Anda di halaman 1dari 4

Nama : Nor Fazlina Binti Othman Kumpulan kuliah : PISMP PK(BM)/ PSV PJ

Refleksi

Pada 31 Januari 2012, kami telah menjalankan terapi hidro di Darulaman Golf & Country Club. Pengalaman tersebut dapat mematangkan diri saya dan melatih saya untuk menjadi seorang guru yang berketrampilan. Ilmu pengetahuan tentang terapi hidro akan dapat saya aplikasikan ketika di sekolah kelak. Juru latih bagi terapi hidroterapi ialah Puan Nor Asyikin Binti Ismail dan pembantunya, Nur Fazlin Bin Ramli. Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid water confidence. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka. Melalui aktiviti ini, saya dapati terapi hidro sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.

Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi. Ada juga rakan-rakan saya dan termasuklah mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah jurulatih memainkan peranan untuk membimbing dan

membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya kami dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui terapi hidro ini juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Sebagai seorang bakal guru, saya dapat menimba pengalaman mengenai

terapi hidro. Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut. Menurut juru latih, guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

Melalui aktiviti terapi ini saya dapati bahawa ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya. Maka dengan itu, guru hendaklah memastikan keselamatan mereka diutamakan. Kekuatan saya melalui program ini ialah saya dapat melaksanakan tugas dengan baik. Saya dan rakan-rakan yang lain berusaha mencari maklumat mengenai terapi hidro. Pada mulanya, saya kurang mengetahui tentang terapi hidro. Namun, saya

mencari maklumat melalui pembacaan di perpustakaan dan melayari internet. Setelah itu, barulah saya memahami apa itu terapi hidro. Saya juga berbincang bersama pensyarah pembimbing iaitu Encik Azmi Bin Abu Bakar. Beliau banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada kami semua. Saya dan rakan yang lain turut bertanya tentang renang melalui jurulatih kami iaitu Puan Noorasyikin Bin Ismail. Beliau sanggup untuk membantu kami menjadi jurulatih tanpa bayaran. Saya berasa amat bertuah dan menghargai pergorban yang beliau berikan. Selain itu, saya dan rakan lain berjaya mencari seorang fasilitator dari kelas Pendidikan Jasmani. Beliau turut membantu jurulatih dalam mengendalikan terapi ini. Kelemahan ialah saya lambat mendapat kemahiran renang. Ketika latihan pernafasan, saya lambat mendapat sesuati teknik berbanding rakan saya yang lain. Hal ini saya tidak dapat menguasai kemahiran yang lain. Walaubagaimanapun, saya tidak berputus asa dan berusaha sehabis baik. Saya juga terharu dengan rakan saya kerana banyak membantu tanpa jemu. Mungkin saya takut untuk berada dalam air.

Cadangan penambahbaikan ialah aktiviti terapi untuk

bakal guru pendidikan

khas hendaklah di lakukan dengan banyak sesi. Hal ini dapat menambah kemahiran bakal guru pelatih. Aktiviti selama dua jam tidak mencukupi terutamanya saya yang bermasalah dalam mendapat kemahiran sebegini. Program ini seharusnya dilanjutkan dengan beberapa sesi pada hari yang berlainan. Saya juga perlu mengikuti kelas renang dan mengambil kelas renang tambahan di luar untuk mendapat kemahiran renang. Kesimpulannya ialah terapi hidro dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini. Sebagai seorang guru pelatih, saya hendaklah memantapkan ilmu tentang terapi untuk persediaan yang akan datang.