Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Nama Pendidik Bulan/Minggu Hari/Tarikh Masa Umur Anak PERMATA Bil. Anak PERMATA Tema Tajuk Objektif : : : : : : : : Syafawati Anisa binti Nor Adzman Julai / Minggu ke-3 Isnin / 18/7/2011 10.30 pagi 11.00 pagi 3 tahun 5 orang Makanan (Makanan kegemaran saya) Mari mengira Kanak-kanak dapat mengira kepingan sosej yang dipotong dengan pengiraan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin (kiraan 1-10). Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian. Apron, sosej, pisau plastik, piring. Ruang makan PAPN. :

Bidang Pembelajaran

Bahan Tempat

: :

Langkah Mengendalikan Aktiviti

1. Pendidik mengajak kanak-kanak ke ruang makan PAPN dan meminta kanak-kanak duduk di atas kerusi masing-masing. 2. Pendidik mengagihkan bahan dan piring kepada kanak-kanak. Kanak-kanak memakai apron yang diambil. 3. Kanak-kanak ditanya tentang nama bahan yang diberikan dan menu masakan yang biasa digunakan dalam penggunaan bahan (sosej) contohnya pizza. Contoh soalan Siapa tahu nama makanan yang ada sosej? 4. Kanak-kanak ditunjukkan cara memotong sosej dan kanak-kanak melihat bagaimana cara untuk memotong sosej. 5. Kanak-kanak digalakkan untuk memotong sosej mengikut cara atau kreativiti masingmasing. 6. Pendidik mengajak kanak-kanak untuk mengira satu persatu sosej yang dipotong dan meletakkannya di dalam piring. 7. Pendidik mengajak kanak-kanak untuk mengira sosej dalam Bahasa Melayu dalam kiraan 110. 8. Kanak-kanak digalakkan untuk mengira sendiri sosej yang telah dipotong. 9. Kanak-kanak kemudiannya diajak untuk mengira sosej dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin (kiraan 1-10). 10. Kanak-kanak mencuba untuk mengira sendiri seorang demi seorang dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin dengan bantuan pendidik. 11. Kanak-kanak diajak menyanyi bersama-sama pendidik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin sambil mengira.

One, two, three, four, five (1,2,3,4,5) Six, seven... eight, nine, ten... (6,7,8,9,10) I love U.... (saya sayang awak)

Yi..er..san..si..wu.. (1,2,3,4,5) Liu..qi.... ba..jiu..shi..... (6,7,8,9,10) Wo ai ni... (saya sayang awak)


12. Kanak-kanak diberikan galakan dan dorongan untuk menyanyi sambil mengira. 13.Kanak-kanak menunggu di ruang makan untuk aktiviti PERMATA seterusnya. Pembelajaran Kendiri Kanak-kanak dapat: :

Pendidik dapat:

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


Nama Pendidik Bulan/Minggu Hari/Tarikh Masa Umur Anak PERMATA Bil. Anak PERMATA Tema Tajuk Objektif Bidang Pembelajaran Syafawati Anisa binti Nor Adzman Julai / Minggu ke-3 Isnin / 18/7/2011 11.00 pagi 11.30 pagi 3 tahun 5 orang Makanan (Makanan kegemaran saya) Roti pizzaku... Menggalakkan kanak-kanak untuk menghias roti mengikut kreativiti sendiri. : Perkembangan kreativiti dan estetika. Perkembangan fizikal. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. : Apron, roti, sosej yang direbus dan telah dipotong, keju, tomato puri, capsicum, piring, sudu, mangkuk, ketuhar pembakar. : Ruang makan dan ruang dapur PAPN. : : : : : : : : : :

pizza

Bahan

Tempat

Langkah Mengendalikan Aktiviti

1. Kanak-kanak menunggu arahan daripada pendidik dan menolong pendidik mengambil bahan aktiviti untuk dibawa ke ruang makan PAPN. Contoh Jom tolong cikgu bawa barangbarang ni ke depan... 2. Pendidik mengagihkan bahan dan piring kepada kanak-kanak. 3. Kanak-kanak ditanya tentang nama bahan yang ada di hadapan mereka dan pendidik menerangkan aktiviti pada hari ini ialah menghias roti pizza. 4. Pendidik mengajak kanak-kanak untuk menyapu tomato puri bersama-sama di atas roti masing-masing. 5. Kanak-kanak digalakkan untuk menghias roti pizza dengan sosej dan sayur mengikut kreativiti sendiri dengan bantuan pendidik. 6. Kanak-kanak ditanya tentang keju dan pendidik mengajak kanak-kanak untuk meletakkan keju di atas roti masing-masing. Contoh soalan Siapa tahu apa nama makanan ni?, Siapa tahu kenapa kita kena makan keju? 7. Kanak-kanak diajak bercerita tentang roti pizza masing-masing yang telah dihias. 8. Kanak-kanak dibawa ke ruang dapur untuk membakar roti pizza. 9. Kanak-kanak digalakkan untuk memasukkkan roti pizza masing-masing ke dalam ketuhar pembakar. 10.Kanak-kanak kemudiannya melihat sendiri roti pizza di dalam ketuhar pembakar sehingga masak dan memerhatikan perubahannya. Contoh ayat Cuba adik-adik tengok roti pizza kita dah berubah sikit-sikit lepas kita masukkan dalam oven ni... 11. Kanak-kanak mengambil piring masing-masing. Pendidik mengambil roti pizza yang telah dimasak dan meletakkannya ke dalam piring masing-masing. 12.Kanak-kanak ditanya tentang perubahan yang berlaku sebelum dan selepas roti pizza dibakar. Contoh soalan Kenapa roti pizza kita berubah lepas masak?

13. Kanak-kanak membawa piring yang berisi roti pizza masing-masing ke ruang makan. 14. Kanak-kanak membaca doa makan dan makan bersama-sama. 15.Kanak-kanak kemudiannya digalakkan untuk menyuap roti pizza kepada rakan di sebelah mereka. Contoh ayat Cuba shamsul koyakkan sikit roti Shamsul lepas tu suap dalam mulut Razan.... Sedap tak Razan? 16.Kanak-kanak digalakkan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan mereka dan menyuap kepada rakan yang lain pula. 17.Kanak-kanak digalakkan untuk membantu pendidik mengemas bahan-bahan yang telah digunakan sambil menyanyi.

Mari kita mengemas... Mengemas...mengemas.... Mari kita mengemas... Kemas sekarang...

18. Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak. 19.Kanak-kanak menunggu di ruang makan untuk aktiviti seterusnya. Pembelajaran Kendiri Kanak-kanak dapat: :

Pendidik dapat: