Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 PROSES-PROSES APRESIASI SENI Apresiasi seni boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai

pelukis mengenai karyakarya mereka iaitu faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya atau stail mereka.Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek kognitif. Ia juga merupakan satu bentuk penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu karya atau hasil seni.Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap. Minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini amat berkait rapat aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni memerlukan logical operation, such as defining, valuing and expalianing.Chapman (1978) pula berpendapat,If treat art as if it were anly a matter of learning facts and mastering technique, we deny its value and character. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan dan cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Apresiasi seni ini bertujuan untuk membolehkan seseorang memahami aspek-aspek estetika, pengertian unsure-unsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam sesebuah karya seni dan kraf.Ia juga secara langsung dapat menghubungkaitkan diri dengan hasil sendiri dan dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual. Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu: a) Menggambarkan(description) Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

b) Menganalisa ( analysis ) i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan struktur ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 ) Page 1

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 ii) iii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Menghuraikan stail sesuatu karya

c) Tafsiran ( interpretation ) i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. ii) Mencari metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

d) Penilaian ( evaluation ) i) Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ( significance ) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 2

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 APRESIASI SENI KARYA TEMPATAN

Karya : Tajuk :

Amron Omar Bersilat III 1982 Cat Minyak 164 cm X 182 cm

Tahun : Media : Saiz :

ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 3

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 a) Menggambar Warna adalah unsur yang amat penting dalam segala ciptaan hasil seni visual kerana warna dapat mempengaruhi perasaan kita. Sebagai contoh, warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira. Sebaliknya, warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih. Dalam karya ini, pengkarya tidak hanya menggunakan warna monokrom dalam karyanya tetapi telah menggunakan kepelbagaian warna untuk menimbulkan keadaan yang lembut. Penggunaan warna merah ini telah menampakkan penegasan pada karya beliau. Selain itu, beliau juga bermain dengan warna dalam karyanya ini bagi menampakkan pencahayaan dalam karyanya hingga menimbulkan bayangbayang pada figura tersebut. Penggunaan sapuan warna yang lembut juga telah menampakkan prinsip irama dan pergerakan dalam karya beliau. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Jalinan pada objek alam atau benda buatan manusia membuatkan objek-objek itu lebih cantik dan menarik. Terdapat dua jenis jalinan iaitu jalinan sentuh dna jalinan tampak. Dalam karya ini, unsur jalinan yang terdapat dalam hasil karya beliau ini ialah jalinan tampak kerana catan yang dihasilkan menggunakan media cat minyak. Jalinan tampak pula ialah jenis jalinan dalam bentuk dua dimensi, hanya dapat dilihat dan tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Jalinan tampak penting dalam penghasilan seni visual seperti lukisan, ilustrasi, catan dan gubahan corak supaya karya kelihatan lebih menarik, hidup dan bergaya. Bagi menghidupkan jalinan tampak pada karya beliau, beliau telah menggunakan teknik sapuan lembut. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pertarungan budaya Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kebudayaan. Objek yang dilukis iaitu merupakan figura manusia juga adalah memenuhi ruang.Penggunaan objek dan figura untuk mewujudkan pergerakan.Objek juga telah dilukis dengan aksi yang berbeza, Prinsip-prinsip dalam rekaan seperti penegasan, imbangan dan kesatuan turut memainkan peranan dalam karya ini.Penegasan dalam aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan boleh menjadi titik fokus atau tumpuan kepada pemerhati.Dalam aspek imbangan beliau telah memaanfaatkan figura manusia sebagai imbangan dalam karya ini.Dari aspek kesatuan, keseluruhan idea yang digunakan telah menghasilkan sebuah karya yang amat menarik dan hidup. ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 4

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 b) Menganalisa Dalam karya ini, manusia adalah subjek utama yang ingin diketengahkan atau dalam erti kata lain ia menjadi titik fokus dalam karya ini.Dua figura manusia yang berbeza rupa telah memberi impak terhadap hasil karya ini. Unsur-unsur seni seperti warna, rupa dan bentuk juga terdapat alam karya ini.Figura manusia yang dilukis sempurna dan cukup sifat pahlawannya membuat karya ini bernyawa.Jalinan-jalinan antara garisan yang membentuk gumpalangumpalan isi menunjukkan yang kedua-duanya sedang hanyut dalam rentak pertarungan itu. Warna adalah unsur seni yang amat penting dalam segala ciptaan seni.Warna juga boleh mempengaruhi perasaan kita terhadap sesuatu hasil karya seni.Dalam karya ini kebanyakan warna yang digunakan adalah warna monokrom atau warna sewarna.Ia merupakan warna yang menghasilkan pelbagai ton warna.Penggunaan warna merah dan ungu dalam karya ini dapat menimbulkan kesan yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kehebatan warna asas dan warna sekunder. Rupa adalah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan

permulaan.Kesan ini boleh terhasil daripada garisan,warna dan jalinan. Bentuk figura manusia yang dihasilkan yang bersifat tiga dimensi yang mempunyai lebih dari satu permukaan.Figura yang dilukis adalah merupakan rupa positif sementara latar belakang keseluruhan karya adalah rupa negatif. Dari segi prinsip rekaan yang diaplikasikan dalam karya ini,ia diolah dan dipersembahkan dengan baik dan matang.Dalam aspek penegasan, penggunaan warna yang lebih gelap pada objek yang dilukis memberikan penegasan terhadap mesej yang ingin disampaikan oleh peukis melalui karya ini.Figura mamusia yang dilukis berbeza aksi juga membantu menyampaikan mesej kepada pemerhati.Pembentukan bayingbayang menunjukkan adanya sumber cahaya dalam karya ini.Jadi warna yang lebih cerah digunakan di bahagian yang menghadap sumber cahaya. Dari segi keseimbangan, pelukis dengan bijak dapat memberi keseimbangan terhadap lukisan ini. Kedudukan kedua-dua figura dalam karya yang dalam keadaan

ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 5

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 mencangkung telah member kesan secara langsung terhadap idea keseluruhan karya ini.Ruang yang terdapat dalam karya ini digunakan sepenuhnya, Dari aspek kualiti ekspresif dalam karya ini, mood atau suasana yang diketengahkan ialah semangat pertarungan atau perjuangan.Emosi yang digambarkan agak tegang dan dibayangi semangat seorang jaguh. Karya ini telah dipersembahkan dengan baik dan bertenaga sekali dengan menggunakan cat minyak.Sifat kilau yang terdapat pada bahan itu telah membuat karya ini gaya tersendiri. Karya ini dihasilkan menggunakan cat minyak dengan menonjolkan objek melalui sudut pandangan dari atas. Disini jelas menunjukkan pelukis mempunyai kemahiran melihat Sudut foreshortening kepada objek yang hendak di paparkan. Pelukis ini hanya menggambarkan dua imej lelaki yang sedang bersilat . Gambaran imej begitu ringkas tetapi begitu realistik di mana wujudnya unsur pergerakan yang sangat jelas.

c) Tafsiran Bila kita memerhatikan karya ini, kita seolah-olah berada pada suatu tempat yang tinggi seperti di atas sebuah rumah ataupun beranda. Dengan pengamatan yang mendalam kita dapat merasai sendiri semua pergerakan seni silat yang dipersembahkan. Pelukis seperti membiarkan imej manusia itu bergerak dengan sebebas-bebasnya. Ruang kanvas tidak di kawal langsung. Imej manusia dibiarkan dan kelihatan tidak kaku pada satu-satu sudut. Ini jelas kelihatan pada tubuh manusia pada bahagian kanvas itu. Walaupun gambaran ini hanya dilukis diatas kanvas namun kita masih dapat merasai keindahan langkah demi langkah dan bunga-bunga silat yang dipersembahkan itu. Selain itu, beliau berjaya mencungkil anatomi pada tubuh figura dengan menggambarkan dua imej lelaki tidak berbaju sehingga menampakkan dengan jelas otot-otot tubuh yang sasa serta cengkaman jari-jari tangan. Warna latar dipalitkan dengan warna coklat kekuningan untuk menggambarkan cahaya yang tertumpu pada dua lelaki yang sedang beraksi. Imej lelaki di dalam karya ini di biarkan tidak berbaju bertujuan untuk menunjukkan tubuh lelaki yang sasa sebagai lambang kekuatan bangsa Melayu. Otototot yang sasa melambangkan kejantanan dan kegagahan seorang lelaki sebagai wira. ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 ) Page 6

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 Palitan warna-warna coklat kekuningan seperti warna senja ataupun warna alam dari cat minyak begitu menarik dan sesuai dengan tema yang di bawa iaitu kesenian silat melayu dimana warna ini melambangkan kekuatan dan semangat yang berkobarkobar untuk mencapai sinar kemenangan dalam pertarungan menentang pihak lawan. Kesimpulannya, karya tersebut merupakan satu olahan yang mampu mencuri mata kita untuk tidak leka melihat setiap langkah pergerakan itu. Ia di hasilkan setelah menyedari seni persilatan akan terkubur, maka pelukis berusaha merakamkan kembali dalam bentuk seni visual. Sesungguhnya karya ini mampu untuk menyedarkan bahawa kesenian dalam alam melayu penuh dengan keindahan walaupun hanya diatas sekeping kertas. Oleh itu, semangat patriotisme perlu dipupuk agar warisan pusaka tinggalan nenek moyang kita yang semakin tenggalam di hanyut arus zaman terus terpelihara .

d) Penilaian

Keaslian karya ini adalah berdasarkan pengalaman pelukisa sendiri yang pernah melihat aksi sebegini dalam kehidupannya.Sebagai masyarakat Malaysia yang lahir dalam kelompok masyarakat yang mengamalkan budaya ini, pelukis dalam ilham untuk menghasilkan karya ini yang pada hakikatnya akan terus berkubur di dalam arus kemajuan negara. Gubahan atau interpretasi idea dalam karya ini berkisar dengan budaya tempatan yang kaya dengan pelbagai kesenian yang asli dan tersendiri.Idea ini mrndapat tempat di hati pelukis kerana nilainya yang cukup estetik dan unik. Teknik sapuan cat minyak telah memberi gambaran seperti suasana pada masa itu walaupun ia hanya atas sekeping kanvas. Idea dalam karya ini pula yang kebanyakkannya berakar dari tradisi Melayu, khususnya dari dunia seni mempertahankan diri, telah mencetuskan satu keadaan dan fenomena yang berupaya membangkitkan semangat dan sifat kedirian pemerhati Melayu/Islam dalam konteks tempatan. Selain itu karya ini telah berjaya secara intrinsiknya untuk menggambarkan sisi sifat budaya masyarakat Melayu tradisional dalam arus budaya kehidupannya.

ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 7

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103

Karya : Tajuk : Tahun : Media : Saiz :

Syed Ahmad Jamal Mandi Laut 1957 Cat minyak 299 X 400

ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 8

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 a) Menggambar

Penggunaan warna dalam karya ada amat menarik dan unik. Warna-warna yang lebih gelap digunakan pada objek yang dekat dan warna yang lebih cerah pada objek yang jauh.Warna yang gelap pada kawasan yang tertentu juga mnenunukkan kehadiran sumber pencahayaan.Hampir keseluruhan warna dalam karya ini menggunakan warna sejuk.Warna-warna ini telah menimbulkan suasana kesegaran, kelembutan dan kedamaian.Penggunaan waran sebegini sesuai digunakan pada warna latar kerana ia memberi kesan ruang yang jauh ke dalam.Dalam karya ini penggunaan ton warna juga ketara. Unsur garisan dalam karya ini telah membentuk gambar pokok kelapa, bongkah-bongkah batu dan gigi air laut atau pesisir pantai.Unsur ini juga telah menghasilkan figura empat orang gadis yang sedang bersantai di trepi pantai. Rupa figura manusia yang telah dipermudahkan terdapat dalam karya ini.Figura manusia yang dilukis yang dilukis sedang berkemban sedang meni9kmati keindahan laut.Bentuk figura manusia yang mudah dan tidak kompleks.Penggunaan warna perang pada rambut figura membawa pengaruh dari barat tetapi telah diadun dengan baik mengikut acuan budaya tempatan. Prinsip-prinsip rekaan seperti penegasan dalam karya ini ialah elemen figura manusia itu sendiri.Figura manusia telah dilukis sebagai titik fokus dalam karya ini.Keunikan yang terdapat pada figura itu telah menjadikan ia senagai penegasan dalam karya ini.Penggunaan ruang yang amat baik juga dapat kita perhatikan dalam karya ini.Figura manusia yang duduk di atas batu telah mengimbangkan lukisan dalam karya ini. Pada keseluruhan idea yang ingin dikongsikan bersama adalah sebati dan meyeluruh.Konsep mandi di tepi laut adalah sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.

b) Menganalisa Subjek yang ingin diketengahkan pada karya ini ialah manusia.Empat figura gadis yang sedang mandi di tepi laut member nilai estetik yang tersendiri dalam karya ini.Kedudukan atau aksi yang berbeza yang ditunjukkan oleh mereka adalah satu

ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 9

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 gambaran yang menunjukkan beberapa cara yang boleh dilakukan oleh kita apabila berada di tepi laut. Penggunaan warna sejuk dalam karya ini telah memberikan gambaran atau suasana yang amat mendamaikan.Bentuk manusia yang telah dipermudahkan juga membuat pemerhati memberi perhatian pada aspek ini.Warna yang lebih cerah pada kawasan laut dan langit memberikan perspektif pada karya ini.Penggunaan warna hijau dalam karya ini telah member kesan alam semula jadi pada karya ini. Keseimbangan yang terdapat pada karya ini ialah penggunan ruang yang menyeluruh dan seimbangan.Imbangan yang tidak simetri dalam karya ini telah menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaannya.Aplikasi prinsip kontra dalam karya ini telah secara tidak langsung memberikan penegasan pada karya ini. Karya ini juga terdapat sedikit kesan pergerakan air laut. Bentuk yang terdapat dalam karya ini amat mudah dan tidak sukar untuk dihasilkan.Objek yang diukis hanya bersahaja tidak menampakan sifat yang sempurna tetapi ada gaya tersendiri.Bentuk yang begini mambawa kelainan paea keseluruhan idea pada karya ini. Dalam karya ini mood yang cuba ditonjolkan ialah keseronokan dalam suasana yang tenang, aman dan harmoni.Kualiti ekspresif ini telah menghanyutkan kita dalam mood yang santai dan tidak tegang. Karya ini telah dihasilkan denga teknik cat minyak tanpa memberi fokus pada ton warna.

c) Tafsiran Walaupun pada hakikatnya karya ini adalah pengaruh barat, ia telah diolah dan dan dizahirkan mengikut budaya masyarakat tempatan.Warna rambut figura yang dihasilkan dalam karya ini ini walaupun keperang-perangan, ia tidak diterjemahkan sepenuhnya dalam budaya barat. Gadis-gadis ini telah dilukis dengan berkemban seperti gadis-gadis melayu pada suatu masa dulu.Gabungan dua budaya ini telah menghasil sebuah karya yang unik dan tersendiri serta berani.Semangat setiakawan

ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 10

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE1103 juga boleh diperhatikan dalam karya ini.Keempat-empat gadis itu merupakan satu kelompok masyarakat yang sentiasa bersama dan sungguh akrab perhubungannya.

d) Penilaian Karya ini diadaptasikan dari pengalaman yang pernah dilihat atau diperhatikan.Pengolahan yang berani telah member nilai sentiment kesopanan dan keayuan gadis-gadis pada suatu masa dahulu.Simbol gadis yang berkemban dan tidak mendedahkan aurat bukan seperti yang dilalui oleh pelukis adalah satu lambing kesantunan masyarakat melayu tradisional.Walaupun pada zaman sekarang

perwatakan yang sedemikian dianggap kurang sopan kerana ia terdedah kepada unsure-unsur yang negative, pelukis pasti ada alasannya tersendiri kerana berbuat demikian. Pada keseluruhannya, kesinambungan idea ini adalah sesuatu yang amat unik dan ada stail tersendiri.Masyarakat pada masa kini mempunyai cara tersendiri untuk menikmati dan menghargai keindahan alam.Keaslian karya ini adalah pada gaya persembahan pada karya.

ANNA WAN JOK ( 780529 -13 5854 )

Page 11