Anda di halaman 1dari 3

MODUL BANTUAN KECEMASAN : BANTU MULA (BEBAT DAN ANDUH) Merupakan bantuan awal atau rawatan yang diberi

kepada orang yang sakit atau cedera (dipanggil pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar berkelayakan. BEBATAN Pembebatan dilakukan untuk menutup luka dengan tujuan untuk memberhentikan pendarahan serta memastikan luka bersih dan mencegahnya daripada tercemar. Kain bebat boleh disuci hama bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna. Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu. Menggunakan bebatan.

Cuci tangan sebelum menyentuh luka atau kain bebat Guna kain bebat yang menutupi keseluruhan luka tersebut Memegang kain bebat di sebelah tepi Tambah alas pada luka supaya lebih selesa dan lapik bersama-sama kain balutan

IKATAN ANDUH Apabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata, kemas dan tidak mudah lucut.

INGAT!!!! KIRI ATAS KANAN. KANAN ATAS KIRI

BALUTAN Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan. Lipatan Anduh Tiga Segi

Lipatan lebar - menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan. Lipatan kecil - menutup bebatan luka kecil. Lipatan pelapik - pelapik padat untuk mengawal pendarahan

Lipatan Anduh Tiga Segi

Anduh leher dan siku

Anduh tapak tangan dan tapak kaki

Nota :