Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI

1|PJM3106

1.0 Pemerhatian terhadap Kelas Pendidikan Jasmani

Saya telah melakukan satu pemerhatian terhadap satu kelas pendidika jasmani untuk mengumpulkan maklumat, berbincang dengan guru dan merekod data. Berikut adalah butiran mengenai waktu kelas tersebut: Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Masa Kelas Nama guru : 7.40 pagi- 8.40 : 1 Nano : En. Faizal

Bilangan murid : 38 orang

1.1 Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? Pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan pada hari tersebut diajar oleh Cikgu Faizal. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh cikgu berkenaan. Sebelum memulakan aktiviti, murid-murid telah diminta untuk memanaskan badan terlebih dahulu. Pertama, guru menyuruh murid berlari bebas seperti burung layanglayang, berjalan seperti itik dan merangkak. Guru melakukan aktiviti seperti itu kerana ingin melatih koordinasi badan untuk bergerak sambil berlari atau berjalan. Aktiviti seperti ini juga merupakan satu aktiviti memanaskan badan agar adar nadi murid dapat ditingkatkan sebelum melaksanakan aktiviti yang lebih berat. Selepas itu, barulah aktiviti regangan dilakukan. Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan beratur dalam kumpulan tersebut untuk melakukan regangan. Guru telah memilih seorang murid untuk menjadi ketua dalam aktiviti regangan ini. Hal demikian, murid perlu mengikut apa yang dilakukan oleh ketua mereka. Dalam masa yang sama, guru dapat melihat dan membetulkan kesalahan yang dilakukan murid semasa aktiviti memanaskan badan ini. Regangan yang

dilakukan merangkumi semua anggota badan yang penting seperti kepala, tangan,

2|PJM3106

pinggang dan kaki. Semua murid dapat melakukan aktiviti memanaskan badan dengan baik dan selamat.

1.2 Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada murid-murid? Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan,guru telah menyatakan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid secara umum iaitu menyatakan bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelak daripada berlaku kecederaan semasa bermain atau melakukan aktiviti. Hal demikian sudah memadai bagi seorang murid tahun satu untuk memahaminya. Guru tidak menerangkan secara terperinci kepada murid mungkin kerana faktor masa dan ia mungkin lebih sesuai dijelaskan semasa di dalam kelas.

1.3 Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi perhatian?

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan, aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut melibatkan otot besar iaitu ketika melakukan aktiviti memanaskan badan dan permainan kecil yang melibatkan otot pada bahagian tangan. Pengajaran pada hari tersebut menfokuskan kepada koordinasi badan murid dalam melakukan aktiviti. Guru tersebut telah memberi perhatian kepada otot yang akan digunakan semasa permainan kecil iaitu ketika aktiviti memanaskan badan, murid dikehendaki berlari bebas dan tangan terbang seperti burung. Hal ini, guru telah melatih pergerakan tangan murid secara tidak langsung sebelum guru melaksanakan aktiviti yang melibatkan otot tersebut.

3|PJM3106

1.4 Adakah aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?

Sewaktu melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di padang, tiada aktiviti yang dilakukan membahayakan otot-otot, sendi dan anggota lain. Hal ini kerana, setiap aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang dengan baik dan aspek-aspek keselamatan juga telah ditekankan oleh guru terlebih dahulu. Hal ini penting kerana murid-murid tersebut adalah murid tahun satu yang perlu dijaga tahap keselamatan mereka. Malah aktiviti yang dilakukan hanyalah permainan kecil yang tidak melibatkan pergerakan yang berat iaitu murid hanya dikehendaki melambungkan bola kecil ke dalam bakul. Tambahan itu, guru tersebut juga telah menerapkan konsep ansur maju iaitu murid-murid dikehendaki berlatih melambungkan bola ke udara dan menangkapnya. Hal ini, membantu murid meningkatkan kemahiran melambung dan menangkap. Namun begitu, terdapat segelintir murid yang nakal yang melanggar peraturan akan menyebabkan diri mereka cedera sama ada dari segi otot, sendi dan bahagian lainlain anggota badan mereka. 2.0 Adakah aktiviti warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada murid-murid?

Selepas tamat menjalankan aktiviti tersebut, murid-murid dimelakukan sedikit aktiviti warm down tetapi guru tidak memberikan penjelasan kepada murid mengenai tujuan warm down atau maklumat berkaitan dengannya. Hal ini kerana, guru kesuntukan masa untuk menjelaskan aktiviti tersebut. Aktiviti warm down dimulakan dengan bahagian bawah dahulu hingga ke atas iaitu dengan bahagian kaki dahulu sehingga kepala.

4|PJM3106

3.0 Adakah peralatan yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan?

Guru telah menjalankan satu permainan kecil iaitu melambung bola ke dalam bakul. Aktiviti ini menekankan kemahiran koordinasi mata dan tangan murid untuk melakukan lambungan.Peralatan yang digunakan ialah kon, bola getah dan bakul kecil. Kon digunakan untuk menentukan kedudukan murid untuk melambung bola. Terlebih dahulu guru membahagikan murid mengikut kumpulan rumah sukan. Kemudian guru menerangkan secara ringkas mengenai peraturan dan cara bermain permainan kecil tersebut.

Murid dikehendaki mengikut giliran untuk melakukan lambungan. Penggunaan bola getah dan bakul sesuai digunakan untuk aktiviti tersebut. Murid-murid juga boleh melambung bola getah dengan baik dan ia tidak membahayakan. Namun begitu, bakul yang digunakan agak kecil dan ringan. Ketika murid melambungkan bola ke dalam bakul kadang-kala bakul itu terbalik dan murid terpaksa membetulkannya semula. Hal demikian, guru telah menyuruh seorang wakil kumpulan untuk memegang bakul tersebut manakala rakan yang lain akan melambung bola ke dalam bakul.

4.0 Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani sesuai seperti yang dirancang? Aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana, pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai dan berakhir dengan tepat mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Setiap aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ketetapan masa ini amat penting agar tidak mengganggu masa murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

5|PJM3106

5.0 Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap kelas pendidikan jasmani tersebut, secara keseluruhannya objektif guru untuk melatih murid meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan dengan melakukan aktiviti permainan kecil tercapai. Keseluruhan murid berjaya melambung bola ke arah bakul. Tambahan itu, saya juga secara tidak langsung telah mempelajari dan memahami situasi sebenar proses mengajar pendidikan jasmani dengan baik mengikut langkah yang betul.

Namun, terdapat saranan dan tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut yang perlu dilakukan oleh guru tersebut. Pertama sekali ialah, ketika melaksanakan aktiviti permainan kecil selepas murid mencuba melambungkan bola dengan baik, guru boleh melakukan pertandingan iaitu kumpulan yang banyak memasukkan bola ke dalam bakul dikira sebagai pemenang. Hal ini, dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk melakukan yang terbaik semasa melambung. Guru juga boleh menyediakan sedikit hadiah kepada pemenang jika perlu. Namun begitu,peraturan pertandingan perlu ditetapkan dan diterang terlebih dahulu agar tidak berlaku pergaduhan dan kemalangan yang tidak diingini.

Disamping itu, guru perlu menekankan juga aktiviti menyejukkan badan. Aktiviti ini penting bagi membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan kecederaan pada murid. Walaupun aktiviti menyejukkan badan dilaksanakan tetapi ia tidak mencukupi kerana hanya sebahagian anggota badan sahaja dilakukan Guru perlu melakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya dalam masa 5 hingga 10 minit. Dengan itu, guru hendaklah sentiasa peka agar murid dapat membuat persediaan pada diri mereka sendiri untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya di dalam kelas.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran tersebut amat menarik dan penglibatan murid secara menyeluruh dapat memberi kesan terhadap objektif yang
6|PJM3106

hendak dicapai. Murid-murid juga berasa gembira dengan aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Justeru, saya telah mempelajari sesuatu yang amat berguna iaitu merancang aktiviti dengan baik dan terancang sangat penting agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada anak murid. Hal ini dapat melahirkan murid yang sentiasa cergas dan cerdas serta cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

7|PJM3106

LAMPIRAN

8|PJM3106

6.0 LAMPIRAN

Aktiviti memanaskan badan

Penerangan kepentingan memanaskan badan

Permainan kecil ( peralatan yang digunakan kon, bola getah dan bakul)

9|PJM3106

10 | P J M 3 1 0 6