Anda di halaman 1dari 2

Sekolah menengah kebangsaan Puchong utama (1)

Sinopsis Bab 9 novel merenang gelora


Nama : Kelas : Tahun : Nama Guru :

Bab 9 : Rahsia Hampir Terbongkar

Badri meneruskan rutin jogging pada setiap hari Ahad. Selepas tiga pusingan, Badri berehat di pondok yang disediakan. Tiba-tiba Badri ternampak Meng Kong, Shahrul dan Kumar yang sedang berbincang sesuatu. Badri ke tempat pengumpulan mereka lalu memasang telinga untuk mengumpul bukti kegiatan tiga orang budak nakal sekolahnya itu. Mereka bercakap tentang Jamil yang penakut dan perihal CCTV dipasang di kedai ayah Meng Kong. Mereka bimbang tentang Badri, lebih-lebih lagi apabila Nadira mula berbaik-baik dengannya. Urus niaga mereka di sekolah juga merosot akibat pelbagai larangan dan pemeriksaan. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang didengarnya, Badri keluar dari persembunyian dan menegur mereka. Shahrul membentak Badri, lalu terus menyerang. Badri yang penuh ilmu silat di dada bagai pendekar dengan mudah menewaskan Shahrul. Shahrul cabut lari dengan memecut motosikal, diikuti oleh Meng Kong dan Kumar. Kebetulan, Siew Mei pula muncul di situ. Dia gembira justeru Badri mendapat bukti tambahan untuk dipanjangkan kepada Cikgu Jailani. Badri beriringan dengan Siew Mei ke tempat letak basikal.

Anda mungkin juga menyukai