Anda di halaman 1dari 6

1. Boneka Boneka terus berkembang mengikut perkembangan zaman.

Setiap bangsa di dunia mempunyai pegangan dan kepercayaan tersendiri terhadap boneka. Secara amnya, boneka dicipta untuk tujuan keagamaan dan hiburan. Boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun, Cina dan India berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Di Jepun, boneka yang dikenai sebagai banraku digunakan untuk tujuan berhibur. Boneka ini dicipta bertujuan menghiburkan orang ramai. Boneka ini dicipta daripada kayu yang boleh digerakkan mengikut dialog penceritanya.

2. Definisi Boneka Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinasikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad(1999) mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan

menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu mudah dan ringkas, sederhana dan rumit.

5. Fungsi Boneka Dalam Media Pengajaran Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan pengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Kamarudin Hussain dan Siti Hajar (1998) telah menyenaraikan lapan tujuan dan tujuh kebaikan penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Penggunaan Boneka a) Mempelajari bahasa dalam suasana menarik Tujuan pembelajaran menggunakan boneka adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.

b) Pengalaman sebenar boneka dapat mengguna dan memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid-murid melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.

c) Cepat dan memudahkan pemahaman kaedah ini akan mempercepat serta memudahkan pembelajaran murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan.

d) Memupuk daya kreativiti Murid-murid akan diajar untuk menghasilkan sebuah ciptaan karya seni yang menarik dan kreatif.

e) Penglibatan secara aktif di dalam bilik darjah

Boneka membantu murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

f) Membina keyakinan diri Penggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip membantu menambah keyakinan semasa berhadapan dengan rakan-rakan lain ketika di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung proses komunikasi mereka akan lebih berkesan.

g) Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman. Semasa aktiviti membuat boneka murid-murid secara tidak langsung akan berbincang sesame rakan lain dan cara ini dapat memupuk semangat juang dan setia kawan yang tinggi serta bersedia berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik.

h) Teransang dan berminat untuk berlajar Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk, warna dan bentuk boleh menarik minat murid-murid secara tekal dan kekal. Tambahan pula, watak yang sedang ditonton atau dilakonkan pengalaman manis dalam hidup mereka. itu mempunyai

Kebaikan Menggunakan Boneka

a) Belajar sambil berhibur Penggunaan boneka memberikan peluang kepada murid-murid belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka. Cara ini memberikan kesan yang amat berkesan dalam proses

pembelajaran murid-murid terlibat.

b) Menggunakan pelbagai deria Pembelajaran menggunakan boneka akan melibat pengunaan pelbagai deria secara serentak, iaitu deria penglihatan,

pendengaran dan sentuhan.

c) Menggunakan kemahiran bahasa secara serentak Sebelum merancang persembahan, dan murid-murid diberi peluang aktiviti. untuk

mengadakan

pelbagai

Semasa

persembahan pula, murid-murid berpeluang membaca, menghafal dan menggunakan pelbagai dialog. Manakala selepas

persembahan, mereka digalakkan pula berbincang dan bersoal jawab tentang cerita tersebut bersama-sama rakan di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, murid-murid terlibat akan

menggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak tanpa disedari oleh mereka.

d) Memperkukuh kemahira mata pelajaran lain Persembahan boneka melibatkan penggabungjalinan mata

pelajaran seni visual terutama semasa membina boneka. Jika lagu digunakan semasa simulasi, maka mata pelajaran music juga Berjaya diserapkan.

e) Mempercepat pemahaman ini terjadi apabila murid-murid berpeluang menggunakan kemahiran mendengar, bertutur, berlakon, manipulatif dan sebagainya melalui persembahan boneka.

f) Penglibatan diri secara aktif Oleh sebab boneka boleh dimainkan secara individu, berpasangan dan berkumpulan, peranan murid adalah pelbagai dan bergantung kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing . g) Memupuk daya kreativiti Aspek ini boleh diaplikasikan menerusi aktiviti menghasilkan skrip, menulis, membuat dan mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, teknik menggerakan boneka dan sebagainya. Penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat dan

motivasimurid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan boneka sama ada pada

peringkat set induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuan pengukuhan. Penggunaan boneka dalam pelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah banyak memberikan pelbagai pengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah http://id.wikipedia.org/wiki/Boneka http://ctdollartists.com/history.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka Azman Wan Chik. (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairuddin Mohamad (2011). Literasi Bahasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti hajar Abd. Aziz. (1996). Permainan bahasa untuk sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mat Nor Hussin, & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1998). Alat Bantu Mengajar dalam pengajaran bahasa. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai