Anda di halaman 1dari 18

Biodata

NAMA JANTINA STATUS PERKAHWINAN NO. KP NO. MATRIKS PROGRAM KUMPULAN SEMESTER ALAMAT TETAP

: : :

SU ING CHUI PEREMPUAN BUJANG

: : : : : :

890705-13-6010 200807016 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP BC AMBILAN JANUARI 2010 5 LOT 6849, JALAN ALPINE, RIAM ROAD, 98000 MIRI, SARAWAK. 0168005951 coldwater_chui0705@hotmail.com CINA SU LUONG KIONG (BAPA)

NO. H/P E-MEL BANGSA NAMA WARIS TERDEKAT NO. TELEFON

: : : :

0194823143

SENARAI KANDUNGAN Kandungan Pendahuluan/Pengenalan Matlamat Objektif Jadual Pelaksanaan Kandungan Refleksi Penilaian Kendiri Penutup Kertas Kerja Lampiran Muka Surat 1 3 4 5 6 9 12 13 14 21

Laporan Refleksi Individu ( Ceramah Fungsi Dan Peranan PPD/Unit/PKG ) 1.0 Pendahuluan/ Pengenalan Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pelaksaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, oleh itu guru harus mampu menyesuaikan diri di dalam semua keadaan dan mampu menagani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki

kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia menagani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Revolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahirkan, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu memiliki keterampilan professional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Dari pandangan inilah timbul suatu kesedaran bahawa kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri atau kelompok sendiri. Oleh sebab itu perlu tumbuh suatu kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan bersama.

Pada hari Jumaat iaitu 10 Februari 2012, IPG Kampus Batu Lintang telah menganjurkan satu ceramah tentang fungsi dan peranan PPD/Unit/PKG di Bilik Kuliah A, IPG Kampus Batu Lintang. Ceramah ini berlangsung pada pukul 2 hingga 5 petang. Penceramah ialah Puan Lydia yang dihormati. Kumpulan yang terlibat ialah kumpulan PISMP Bahasa Cina (BC), kumpulan Sains (SN), kumpulan Bahasa Melayu (BM), kumpulan Pengajian Agama (PA) dan kumpulan Pendidikan Khas (PA) ambilan Januari 2010, terdiri daripada 104 orang.

2.0 Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, ceramah bertajuk Fungsi & Peranan PPD/Unit/PKG telah menjadi aktiviti bagi Program BIG ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan, supaya semua bakal guru dapat lebih memahami apakah fungsi beberapa badan tersebut semasa pada waktu perkhidmatan pada masa kelak.

3.0 Objektif Melalui ceramah Fungsi dan Peranan PPD/Unit/PKG ini, diharapkan akan dapat: I. Mendedahkan kepada pelajar-pelajar mengenai Etiket Sosial & Moral Profesional yang menjadi pegangan seorang pendidik dalam

menjalankan tugas seharian. II. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan kurikulum Bina Insan Guru (BIG). III. Membina kualiti peribadi dan professional sebagaimana guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat. IV. Meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan pendidikan Negara. V. Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar mengenai pentingnya bersikap positif serta peka terhadap persekitaran dan komuniti dalam usaha meningkatkan profesionalisme keguruan.

4.0 Jadual pelaksanaan Tarikh: 10 Februari 2012 Masa: 2.00 petang 5.00 petang Tempat / Lokasi Lawatan: Bilik Kuliah A, IPGKBL. Skop Tugasan Semua pelajar-pelajar PISMP Januari 2010 mengambil tempat di Dewan Kuliah A Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang 2.00 p.m Taklimat ringkas oleh En. Michael Tarang Jelaming Pegawai Pengurusan Bina Insan Guru, IPGKBL. 2.30 p.m Puan Lydia memberi ceramah mengenai Fungsi dan Peranan Pejabat Pelajaran Daerah(PPD). 3.30 p.m Puan Lydia memberi ceramah mengenai Fungsi dan Peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG). 4.30 p.m 4.45 p.m 5.00 p.m Sesi soal jawab mengenai tajuk. Penyampaian Cenderamata. Ceramah tamat.

Masa 1..45 p.m

Kumpulan Sasaran 5 kumpulan PISMP (PK-BM, BC, SN, BM, PA-AQ) Ambilan Januari 2010 semester 5

5.0 Kandungan Carta Organisasi Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan

Pegawai Pelajaran Daerah & Timbalan

Pengurusan 1. 2. Organisasi 3. Pengurusan Sekolah

Pengurusan Maklumat / ICT

Pengurusan Akademik

Pengurusan Pendidikan Islam & Moral

Pengurusan Pembangunan & Bekalan

Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Carta Organisasi Bidang Tugas Pengawai Pelajaran Daerah

Pengurusan Kebajikan Pelajar

Pengurusan Pembangunan Dalaman Dan Luaran

Pengurusan Kewangan, Keselamatan,Kemudahan dan sumber.

Bidang Tugas Pengawai Pelajaran Daerah

Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum

Pengurusan Kakitangan dan Organisasi

Fungsi dan Peranan Pengurusan Pejabat Pelajaran

UNIT PENGURUSAN ORGANISASI (UPO)

Bertanggungjawab dalam urusan hal-hal perkhidmatan, kewangan, dan perjawatan.

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH Menguruskan Perancangan Kelas Dan Keperluan Guru,Mengurus Dan Memproses Permohonan Kemasukan Semula Pelajar Ke Sekolah

Pengurusan Pendidikan Islam & Moral Mengurus dan menyelia hal-hal yang berkaitan dalam perlaksanaan Pendidikan Islam Teras, Pendidikan Islam Elektif dan Bahasa Arab serta kegiatan keagamaan di sekolah bagi melahirkan ihsan yang seimbang dan berakhlak mulia.

Pengurusan Maklumat / ICT Mengurus hal-hal berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pembangunan media, teknologi pendidikan serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Pengurusan Akademik Mengurus hal-hal berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program Pendidikan dan program peningkatan profesionalisme guru.

Carta Organisasi Peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG)

Pusat kegiatan profesional dan kurikulum serta pusat melaksanakan aktiviti-aktiviti ikhtisas dan kurikulum yang berkait rapat dengan keperluan sekolah dan sesuatu kelompok.

Pusat Sumber bagi menyediakan kedudukan dan perkhidmatan bahanbahan pendidikan, alat bahan mengajar serta penghasilan bahan pengajaran-pembelajaran

Peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG)

Pusat sosial bagi meningkatkan proses sosialisasi antara pendidik, pentadbir dan guru melalui aktivitiaktiviti kebudayaan, kesenian dan majlis gotong-royong.

Alat Bantu Mengajar (ABM)

6.0 Refleksi Kendiri Pada 10 Februari 2012, saya telah mengikuti ceramah Fungsi dan Peranan PPD/Unit/PKG yang telah diadakan di Dewan Kuliah A, IPG Kampus Batu Lintang. Ceramah ini telah disertai oleh sebanyak lima kumpulan kuliah yang berbeza iaitu daripada kumpulan PISMP Bahasa Cina (BC),kumpulan Sains (SN), kumpulan Bahasa Melayu (BM), kumpulan Pengajian Agama (PA) dan kumpulan Pendidikan Khas (PA) ambilan Januari 2010. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memenuhi tuntutan pengajian semester lima bagi program Bina Insan Guru (BIG). Puan Lydia merupakan penceramah pada hari tersebut. . Ceramah ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu ceramah tentang fungsi dan peranan PPD, fungsi dan peranan PKG serta sesi soal jawab. Sesi soal jawab melibatkan perbincangan dua hala antara para pelajar dan Puan Lydia dibawah tema yang diberikan.
Selepas mengikuti ceramah ini, saya telah mempelajari banyak ilmu

pengetahuan yang baru. Sesi pertama dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Peranan dan Fungsi sebagai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Walaupun tajuk ini agak membosankan kerana melibatkan banyak fakta-fakta, Puan Lydia tetap menyampaikan ceramah tersebut dengan baik. Saya berpeluang mempelajari tentang peranan-peranan kakitangan PPD dengan amat terperinci. Mereka memegangkan peranan yang amat penting bagi sesebuah sekolah dari segi perkhidmatan, kewangan dan pengurusan.

Ceramah menjadi lebih menarik apabila Puan Lydia menerangkan tentang cuti-cuti bagi seorang guru. Cuti ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan lain-lain. Mendapatkan maklumatmaklumat mengenai cuti ini dapat membantu kami terutamanya guru wanita kerana kami akan menghadapi cuti bersalin pada masa yang akan datang. Puan Lydia menekankan bahawa kami perlu cekap merancang pengambilan cuti supaya cuti tahunan tidak melebihi lalu menyebabkan kami perlu memohon cuti tanpa gaji. Tambahan pula, kami sebagai bakal guru dan pekerja kerajaan, kami dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik dari segi skim pinjaman skim pinjaman kereta atau rumah. Perancangan kewangan yang lebih baik dapat dilakukan dengan perkhidmatan ini. Saya berasa amat bersyukur kerana mendapat penjagaan yang baik dari kerajaan sebagai seorang bakal guru. Saya akan memanfaatkan dengan apa yang memperolehi. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya perhatikan sepanjang mengikuti ceramah ini. Kelemahan yang paling besar adalah pertukaran penceramah pada saat terakhir memberikan kesukaran untuk penceramah iaitu Puan Lydia untuk bersiap sedia menyampaikan ceramah. Penceramah mungkin kekurangan masa untuk membaca slaid-slaid yang disediakan dan tidak sempat untuk membuat pembetulan atau penambahan. Pemahaman penceramah terhadap isi-isi yang ingin disampaikan juga amat penting.

Bagi langkah menyelesaikan masalah di atas, saya mencadangkan supaya pihak BIG dapat memberi notis awal kepada penceramah yang akan bertugas supaya perancangan masa dapat dilakukan. Pihak BIG boleh memilih seorang penceramah sampingan untuk bersiap sedia sekiranya berlakunya apa-apa perkara kecemasan seperti pertukaran penceramah. Ceramah yang

dirancangkan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan sempurna. Secara kesimpulannya, ceramah ini telah berjaya mencapai objektif yang diinginkan. Secara tidak langsung,ceramah ini telah berjaya menyediakan minda bakal-bakal guru untuk menempuh alam pedidikan pada masa kelak. Pelbagai cabaran yang mendatang dapat diatasi oleh guru dan seterusnya mencapai matlamat yang diinginkan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

7.0 Penilaian Kendiri Sikap menghormati dan menumpukan perhatian semasa

penceramah menyampaikan isi-isi. Memanfaatkan ilmu pengetahuan tentang fungsi dan peranan PPD/Unit/PKG dalam alam pendidikan pada masa akan datang. Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Memahami konsep nilai dan etika keguruan. Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan. Berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang lain. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan. Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan. Berupaya berfikir secara reflektif dalam nilai kelemahan dan kekuatan diri untuk melakukan penambahbaikan Mengeratkan hubungan silaturahim

8.0 Penutup Melalui ceramah ini, kami mendapati profesion guru ini bukanlah sesuatu kerja yang senang dan mudah. Untuk menjadikan diri sebagai seorang guru yang berkualiti, kita perlulah mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang mencukupi tentang peranan dan fungsi Pejabat Pelajaran Daerah serta Pusat Pusat Kegiatan Guru. Kami harus mempunyai pengetahuan-pengetahuan ini agar membantu dalam kerjaya pendidikan pada masa kelak. Justerus, kita perlulah senantiasa menampirkan sahsiah yang positif agar menjadi teladan kepada anak-anak murid. Ceramah ini telah memanfaatkan guru-guru pelatih. Dengan menghadiri ini, setiap guru-guru pelatih PISMP semester 5, ambilan Januari 2010, telahpun mencapai objektif yang diingini. Bakal-bakal guru ini menjadi lebih bersedia untuk menghadap apa yang akan datang semas menjadi seorang guru. Selain daripada itu, kita juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur. Persediaan awal yang dirancangkan dan pelaksanaan kerja dengan bertanggungjawab amat kami hargai.

Lampiran

Encik Michael sedang memberi ucapan alu-aluan.

PISMP BC menumpu sepenuh perhatian semasa ceramah.

Pembacaan doa.

Penyediaan LCD dan powerpoint.

Penceramah Puan Lydia.

Semasa ceramah dijalankan.