Anda di halaman 1dari 14

ISU DAN TRENDA PEMULIHAN

Peningkatan Profesionalisme

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN


Kandungan kursus perlu memberi tumpuan

yang lebih kepada aspek pedagogi selaras dengan konsep 'Guru Mengajar, Murid Belajar'. Kursus-kursus ini mesti dijalankan di luar waktu p&p. Terdapat juga pertindihan aktiviti antara sekolah dan peringkat yang lebih tinggi seperti daerah dan negeri.

Oleh itu, pihak pengurusan sekolah cuba menggunakan satu strategi sesi selari di mana beberapa jenis aktiviti (Kokurikulum / LDP /

Lain-lain) boleh diurus dan dijalankan secara serentak pada hujung minggu. Selain itu, kursus-kursus yang tidak melibatkan ramai guru boleh juga dijalankan selepas sekolah untuk sesi pagi atau sebelum sekolah untuk sesi petang. Strategi ini dikenali sebagai Strategi Multitasking Hujung Minggu atau secara singkatnya, Strategi Multitasking.

Strategi ini akan memudahkan perjalanan aktiviti kokurikulum secara serentak dengan LDP dan lain-lain aktiviti yang diperlukan pada

hujung minggu yang bekerja. Mengikut kamus Longman, Dictionary of Contemporary English, maksud Multitasking memberi erti kemampuan untuk melakukan lebih daripada satu tugas pada masa yang sama. Jenis aktiviti bermaksud : Aktiviti kokurikulum dikategorikan sebagai sejenis aktiviti manakala LDP ialah jenis aktiviti yang lain.

Multitasking dalam konteks strategi ini bermaksud melaksana dan menguruskan lebih daripada satu jenis aktiviti pada hari yang

sama, khasnya pada hari Sabtu bekerja. Untuk memudahkan urusan pengagihan guru/staf, tempat dan masa supaya tidak berlaku pertindihan.

PENDIDIKAN JARAK JAUH


Pembelajaran bukan hanya

menyampaikan informasi atau pengetahuan saja, melainkan mengkondisikan pembelajar untuk belajar, kerana tujuan utama pembelajaran adalah pembelajar itu belajar Keberhasilan proses pembelajaran dipengaruhi oleh perkembangan ilmu pengetahuan dan kehidupan masyarakat yang berlangsung dari waktu ke waktu.

Pembelajaran seharusnya berorientasi pada

pembelajar sebagai individu yang memiliki potensi, kemampuan, minat, motivasi, yang dapat digali dan dikembangkan melalui proses belajar . Sumber belajar bukan hanya terpusat pada pengajar melainkan juga lingkungan (setting) yang luas. Pembelajaran berorientasi pada sumber belajar secara luas (broad based learning) diantaranya memanfaatkan instrumen teknologi sebagai media alat bantu pembelajaran (as a tools).

Teknologi juga dianggap sebagai suatu disiplin

ilmu yang seharusnya dikuasai oleh pembelajar sebagai bekal dalam proses pembelajaran dan kehidupannya. Pembelajaran media menjadi menarik, menyenangkan, tidak membosankan. Pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi informasi dan komunikasi berlangsung bukan hanya terjadi di satu tempat seperti di sekolah atau perguruan tinggi, melainkan dapat dilakukan di banyak tempat yang berbeza.

Pembelajaran pun tidak hanya terdiri dari satu orang saja, melainkan banyak melibatkan orang. Setiap pembelajar dapat belajar pada

tempat dan waktu yang berbeza-beza. Cara belajar dari pembelajar yang tidak terbatas dengan waktu dan tempat itulah yang disebut dengan pembelajaran berbasis teknologi informasi dan komunikasi. Untuk itulah lahirlah model-model pembelajaran seperti computer based learning yang memunculkan pembelajaran jarak jauh.

Memanfaatkan teknologi informasi dan

komunikasi dalam pembelajaran antara lain dengan: 1. Pengajar dan pembelajar mampu mengakses pada teknologi informasi dan komunikasi. 2. Pengajar memiliki pengetahuan dan keterampilan dalam menggunakan teknologi informasi dan komunikasi, karena pengajar berperanan sebagai pembelajar yang harus belajar terus menerus sepanjang hayat. Tujuannya untuk meningkatkan profesional dan kompetensinya. 3. Tersedia materi pembelajaran yang berkualiti dan bermakna (meaningful).

KAJIAN BERASASKAN BILIK DARJAH


Kajian tindakan mempunyai beberapa

kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk: - meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. - meningkatkan prestasi pencapaian murid.

- mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek. - membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran - Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid. - Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

Pada pandangan saya, seseorang guru itu perlu melakukan kajian tindakan di dalam bilik darjah kerana ia penting bagi

meningkatkan amalan atau cara guru itu mengajar bagi meningkatkan prestasi pelajar. Setiap guru mempunyai amalan yang berbeza semasa proses P&P. Kajian tindakan penting kerana untuk menguji sejauh mana keberkesanan amalan tersebut untuk pelajar.

Antara sebab lain kajian tindakan itu penting adalah untuk membaiki prestasi pelajar yang lemah kerana amalan guru yang praktikal

mempengaruhi prestasi seseorang pelajar. Ia juga penting untuk meningkatkan kelemahan amalan yang sedia diguna pakai oleh guru untuk meningkatkan amalan tersebut. Dalam kajian tindakan yang dilakukan oleh guru juga dapat membantu guru mengenalpasti sama ada amalan yang dilakukan dalam P&P berjaya atau tidak untuk membantu pelajar.

Anda mungkin juga menyukai