Anda di halaman 1dari 2

Berbuat baiklah kepada ibu bapa kita

Wahai ayah dan ibu... Betapa mulianya dua insan yang bernama ibu bapa. Merekalah yang Allah takdirkan menjadi sebab-musabab lahirnya kita ke alam fana ini... Hasil kejayaan yang kita kecapi hari ini juga kerana jerih-perih, jasa dan pengorbanan mereka. Kerana mulia dan agungnya kedudukan ibu dan bapa di dalam agama, maka Allah mewajibkan kita berlaku ihsan kepada mereka berdua. Firman Allah s.w.t.: Dan sembahlah Allah, jangan kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik. (An-Nisa: 36) Kemudian tegas Allah Taala di dalam al-Quran lagi: Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik. (Al-Israk: 23). Kemudian tegas Allah di dalam al-Quran lagi: Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik. (Al-Israk: 23) Para mufassirin (para pentafsir al-Quran) menjelaskan, bahawa maksud berbuat baik kepada ibubapa itu antaranya: 1. Kita dituntut berusaha mencari keredhaan dan menggembirakan hati keduanya. Agama mengajarkan kita bahawa tanpa keredhaan ibu dan bapa, maka Allah juga akan menafikan keredhaan-Nya. Murka dan marah keduanya, maka berlakulah murka Allah terhadap diri seseorang anak itu. 2. Kita juga sentiasa diingatkan agar tidak sekali-kali lupa untuk berbakti dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya terhadap kedua ibu bapa sama ada semasa mereka masih hidup ataupun

selepas mati. Limpahan jasa baik mereka amat wajar dan wajib dibalas baik. Bukannya dibalas tuba! 3. Kita diwajibkan untuk mentaati perintah keduanya (selagi tidak menderhakai Allah), menunaikan hak mereka dengan hati yang ikhlas dan tidak menyakiti hati keduanya. Firman Allah: Tidaklah balasan perbuatan baik itu melainkan kebaikan pula (balasannya). (ArRahman: 60) BILA IBU BAPA TUA Anak-anak perlu tahu, bahawa penekanan dan kewajipan yang tersebut di atas tadi lebih dituntut dan menjadi berganda apabila ibu bapa mencapai usia tua atau sudah uzur. Maksudnya kasih sayang perlu digandakan. Perhatian perlu dilebihkan. Penghormatan patut ditingkat Bukannya semakin menurun dan merosot. Amat tercela dan biadab sekali apabila sejumlah anak-anak yang tampak berjaya, punya nama, pangkat dan harta, tetapi akhirnya membuat keputusan menghantar dan menempatkan ibu dan bapa di rumah orang-orang tua. Begitukah yang disuruh agama? Beginikah perintah Allah swt kepada kita? Tidak sekali-kali! Renunglah segala pengorbanan ibu bapa dan wasiat Allah swt terhadap kita. Hayati firman Allah Taala yang bermaksud: Ibunya mengandungkannya dalam keadaan susah payah dan melahirkannya juga dalam keadaan susah payah.(Al-Ahqaf:15) Firman Allah swt lagi: Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan. (Luqman: 14). Kenapa susah payah ibu bapa kita balas dengan sikap yang keji? Kenapa anak-anak yang sudah besar dan dewasa tidak dapat berbakti dan mengasihi ibu bapa mereka yang sudah tua? Belajarlah untuk tidak menjadi kurang ajar kepada ibu dan ayah. Belajarlah juga untuk berakhlak kepada mereka. Allah swt menyebutnya: Bilamana seorang daripada mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua di sisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka perkataan Uf (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka (merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.(Al-Israk: 23)

Berbuat baiklah kepada ibu bapa kita


Menurut hukum qiyas/kias (hukum Islam berdasarkan perbandingan), mengatakan Ah sahaja pun sudahn dilarang Allah dan sangat berdosa besar, apalagi kalau si anak melakukan perbuatan yang lebih buruk daripada itu. Tapi, hari ini saban waktu kita disajikan dengan laporan berita tentang anak-anak yang sampai tahap membunuh ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. ketika menggambarkan tanda-tanda kiamat ada menyatakan bahawa akan sampai suatu masa apabila Ibu-ibu akan melahirkan tuan-tuan. Telahan baginda itu kini menjadi nyata. Sudah berapa banyak ibu yang melahirkan anak-anak derhaka. Sudah berapa banyak anak yang disusukan ibu mereka kini mengarahkan ibu bapanya supaya melakukan begitu dan begini. Satu perkara yang perlu disemat dalam ingatan seorang anak, hati ibu bapa di kala usia senja mereka amat mudah tersinggung dan terasa. Jangan dibiarkan tersinggung hati mereka dek perkataan ataupun kerenah kita. Jika tidak, besarlah dosa kita di sisi Allah s.w.t. Percayalah betapa sunyinya hidup ibu dan ayah bila anak-anak sudah berumah tangga. Betapa pilunya hati mereka kalau di hujung usia mereka diletakkan di rumah orang-orang tua. Betapa kejamnya jikalau ibu bapa dijadikan orang gaji, tukang masak, pengasuh atau tukang kebun. Kata Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Urwah,Tunduklah kamu di hadapan ibu dan bapa kamu sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di depan tuannya. Berkata pula Atha bin Rabah, Janganlah kamu mengangkat tangan apabila kamu sedang bercakap dengan kedua ibu bapa kamu. Sementara Imam al-Hasan pula menyebut, Hendaklah si anak itu bercakap kepada kedua orang tuanya, Wahai ibu, wahai ayah!,dan jangan sekali-kali memanggil dengan menyebut nama mereka. Akhir sekali, pulanglah menziarahi ibu bapa di kampung. Renung dan tataplah wajah mereka berdua walau kedut sudah seribu. Suaplah nasi ke mulut mereka. Cempunglah mereka untuk menunaikan hajat sekira mereka terlalu uzur. Imamkan solat mereka. Urut dan picitkanlah badan mereka. Hamparkan\permaidani untuk mereka. Kembalikanlah kenangan-kenangan indah di ruang mata mereka saat kita di dalam pelukan dan jagaan mereka. Rindu mereka pada anak-anak bukan lagi pada harta kekayaan dan pangkat kita, sebaliknya rindu pada belaian kasih, doa tulus dan bakti murni kita. Firman Allah swt: Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali. (Luqman: 14). Firman Allah swt: Dan berdoalah, Wahai Tuhanku kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sewaktu kecil dahulu. (Al-Israk: 24)
Maksud: Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'an bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya. (Hadith riwayat Imam Muslim)

Anda mungkin juga menyukai