Anda di halaman 1dari 2

SOLAR - BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 3

STRATEGI MENULIS KARANGAN a. Memilih soalan yang tepat. i. Soalan yang dipilih bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan calon. b. Menyediakan rangka karangan i. Susun isi mengikut keutamaan dan contoh yang berkaitan. c. Perenggan pendahuluan. i. Mampu mengaitkan dengan arahan soalan. d. Perenggan isi i. Satu isi ditulis dalam satu perenggan. ii. Untuk memantapkan isi, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. iii. Gunakan penanda wacana untuk mengaitkan antara satu isi dengan isi seterusnya. iv. Utamakan aspek bahasa- tatabahasa ,ejaan,tanda baca,pemerengganan dan pemilihan kata. e. Perenggan Penutup. i. Pendirian dan cadangan berkaitan soalan. PENDAHULUAN KARANGAN- Pembakaran Terbuka Pembakaran terbuka memusnahkan__________(1)_______. Hal ini diakui oleh banyak pihak di negara ini dan di seluruh _______(2)________. Amalan buruk itu memusnahkan_____(3)_______ hidupan liar dan menjejaskan punca ubat-ubatan _______(4)_________ yang kebanyakannya tumbuh di kawasan ______(5)_______. Di samping udara tercemar, kebakaran yang berlaku itu boleh mengakibatkan pelbagai ______(6)____kepada orang ramai. Pembakaran terbuka menyebabkan______(7)____dan kualiti udara kita kian _______(8)______. Alangkah baiknya jika kita ________(9)__________dapat meminimumkan terutama pada musim _____(10)________ kerana pada masa ini api merebak dengan mudah. LATIHAN TATABAHASA- Kata Nama Isi tempat kosong dengan memilih perkataan yang telah disediakan. 1. Kejayan yang diraih oleh pasukan kompang sekolah kami amat menggembirakan _____________________ ( pengarah / pengetua ) dan semua guru. 2. Guru Sejarah menceritakan kisah penjajahan ______________( Portugis / Rusia ) di negara kita , Malaysia. 3. __________________ ( Peragut / Peraih ) itu cedera dipukul oleh orang ramai setelah dia meragut beg tangan seorang gadis. 4. Ketua pemerintah pentadbiran negara yang merupakan Ketua Angkatan Tentera Malaysia ialah ___________________(Perdana Menteri / Yang DiPertuan Agong). 5. Pelancong itu terpaksa menggunakan _______________(jurulatih/ jurubahasa) bagi memudahkannya berurusan ketika berada di Malaysia.

Jawapan Karangan. 1. alam sekitar. 2. dunia 3. habitat 4. tradisional 5. hutan 6. penyakit 7. jerebu 8. tercemar 9. bersama-sama 10.kemarau Jawapan Tatabahasa 1. Pengetua 2. Portugis 3. Peragut 4. Yang Di-Pertuan Agung 5. Jurubahasa.

Anda mungkin juga menyukai