Anda di halaman 1dari 52

Tips menghadapi temuduga PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika

berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda : 1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan 2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga 3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga 4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda 5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal 6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah mencabar kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah : 1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda 2. Jawab dengan jelas dan lantang 3. Kikiskan sifat ego anda
1

4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas 5. Banyakkan senyuman 6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain 7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA 1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan Selamat Pagi atau Selamat Petang mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. 2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian. 3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah. 4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu. 5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. 6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu 7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
2

8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar 9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel 10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya 11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya. 12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut. 13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. 14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya. 15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya. 16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. 17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu. 18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. 19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu. 20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu. 22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya. 23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. 24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu

TIPS TEMUDUGA 1 Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja. Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan). Ini termasuk : penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima. Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.
4

penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.

calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.

tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon temuduga.

kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.

Sesetengah majikan selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya. Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah : jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika

sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang
5

secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga. jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan

tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan. Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa menghadapi temuduga. TIPS TEMUDUGA 2 Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti mengambil peperiksaan di sekolah lebih banyak anda berkata, lebih baik prestasi anda. Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu berakhir. Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga. Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh yakin

TIPS TEMUDUGA 3 Mitos No. 3: Penemuduga tahu apa yang mereka buat. Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja). Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan. Sebahagian dari contoh temuduga yang tidak baik adalah : mereka sahaja yang banyak bercakap mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minit pertama temuduga dijalankan mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa sesi temuduga mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut pada anda Sebahagian dari temuduga yang baik ialah: mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya mereka membiarkan anda yang banyak bercakap

mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa

mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan suka pada sikap anda

Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja. Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang baik ataupun dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti. Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan panik. Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju dengan pendapat mereka.

TIPS TEMUDUGA 4 Mitos No. 4: Jangan sekali-kali mengatakan Saya tidak tahu Temuduga adalah berkisar tentang tanggapan yang positif dengan menjawab soalansoalan dengan bijak dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penemuduga. Di penghujungnya, ramai calon merasakan yang mereka hendaklah memberi jawapan yang tepat kepada setiap soalan yang dikemukakan, tanpa mengira samada benarbenar mengetahui jawapannya. Jelaslah,temuduga yang hebat adalah di mana anda dapat menjawab semua soalan (dan anda semestinyalah dapat melakukannya seandainya anda mengambil sedikit masa untuk menyediakannya dengan betul); sebaliknya jika anda tidak mengetahui akan sesuatu jawapan, adalah lebih elok anda mengakuinya daripada berpura-pura mengetahuinya atau mula bercakap berjela-jela tanpa mengetahui kewajarannya. Kebanyakan penemuduga dapat merasakan omong
8

kosong anda sejak mula lagi dan mereka tidak suka kerana beberapa sebab; pertama, berkemungkinan akan membuat anda kelihatan tidak jujur. Adalah lebih baik sekiranya anda tidak menghadiri temuduga sekiranya anda mempamerkan ketidakjujuran atau kebijaksanaan anda. Percubaan anda untuk menjawab soalan yang anda tidak mahir boleh memudaratkan sesi temuduga yang sepatutnya hebat. Ini tidak bermakna yang anda tidak boleh mencuba memberi jawapan yang anda tidak pasti. Tiada salahnya anda berterus terang. Mungkin ini adalah jawapan yang anda boleh cuba: Secara jujurnya saya katakan yang saya tidak berapa mahir dalam bidang ini, walaupun saya amat meminatinya. Sekiranya tidak menjadi keberatan, saya ingin mencuba untuk menangani isu tersebut, sekiranya tuan tidak mengharapkan jawapan yang tepat. atau: Saya ingin menjawab soalan tersebut, tetapi terus-terang saya katakan ini adalah bukan bidang yang saya mahir, walaupun saya amat meminati untuk menambahkan pengetahuan saya mengenainya.

TIPS TEMUDUGA 5 Mitos No. 5: Orang yang berketerampilan mendapat kerja Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang berketerampilan begitu amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan lain keterampilan anda tidaklah memberi kesan. Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan majikan adalah bijak memilih. Anggapan yang mereka yang berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat kerja dari mereka yang biasabiasa adalah satu anggapan yang salah bahawa majikan menggemari keterampilan
9

seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua pengalaman saya telah mengajar saya sebaliknya. Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang hebat dan majikan amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal. Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda. Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra.

TIPS TEMUDUGA 6 Mitos No. 6: Kalau jawapan anda adalah lebih baik dari yang lain, anda akan ditawarkan kerja Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan jelas semasa ditemuduga amatlah mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda tidak akan berjaya mendapat tawaran kerja. Walaubagaimanapun, temuduga seperti yang telah kita lihat adalah lebih dari hanya menjawab dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang meyakinkan penemuduga yang anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja. Dengan lain perkataan, ia tidak memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda secara teknikalnya, seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda adalah hebat, amat sukar di temui ataupun penemuduga itu adalah tersepit). Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah dengan memberi jawapan yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan hubungan silatulrahim yang baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang selamat di dalam hal ini, terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan (dan perkara-perkara yang tidak

10

sepatutnya dilakukan) yang boleh membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga.

TIPS TEMUDUGA 7 Mitos No. 7: Anda mesti mencuba menjawab dengan tepat. Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri, mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.ataupun mereka memikirkan mereka dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah orang terlalu obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba tanpa henti sehingga pada pandangan mereka telah mendapat maklumbalas yang terbaik dari penemuduga. Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang ingin didengari oleh penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan dapat melitupi setiap ruang yang ada. Masalahnya dengan cara yang sebegitu, kita akhirnya telah bercakap terlalu banyak, di mana mungkin mengakibatkan penemuduga hilang tumpuan dan oleh sedemikian, di situ mungkin berakhirnya temuduga anda.Sebenarnya dalam kebanyakan kes tidak pernah ada jawapan yang tepat. Pengajarannya di sini ialah: ada banyak faktor yang membawa kepada jawapan yang baik, iaitu kita hendaklah memberi jawapan yang terus kepada tajuk yang dibincangkan dan tidak berlegar-legar tanpa tujuan untuk mencari jawapan yang tepat.

TIPS TEMUDUGA 9 Mitos No. 9: Relaks dan jadilah diri anda sendiri Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial. Kebanyakan temuduga adalah
11

peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan adalah tidak diterima. Ringkasnya, menjadi diri sendiri mungkin akan membawa malapetaka (satu perkataan yang bercanggah). Misalnya, menjadi diri sendiri bermaksud menyandar pada kerusi, berpakaian compang-camping dan berkelakar, anda akan menyedari bahawa anda menghadiri beberapa temuduga. Sementara penemuduga suka mereka yang relaks, mereka juga mempunyai anggapan yang dijangkakan tentang kelakuan yang bersesuaian untuk menghadiri sesuatu temuduga dan anda menyalahgunakan anggapan tersebut untuk membahayakan anda!

TIPS TEMUDUGA 10 Mitos No. 10: Penemuduga mencari kecelaan Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk mengamalkan sikap mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa menemuduga. Sekiranya anda percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari kecelaan anda, besar kemungkinannya akan melemahkan percubaan anda untuk membentuk hubungan erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh menghalang anda untuk terbuka dan memberi jawapan yang baik. Percayalah bahawa kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan harapan untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya selalunya sudah disiapkan dengan harapan untuk memberi gambaran keseluruhan secara mendalam tentang apa yang si penemuduga boleh menyumbang kepada syarikat. Seorang penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan anda tetapi ianya amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir bahawa penemuduga hanya mencari jawapan yang menampakkan kecelaan anda. Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu peluang untuk menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi yang tidak perlu. Ia hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk menunjukkan betapa bagusnya anda. Menganggap yang soalan-soalan tersebut adalah objek syak-wasangka tidak akan masuk akal langsung.
12

Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi permulaan yang baik. Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup: memahaminya secara mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai kejayaan. Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan memberi anda satu senjata dengan informasi yang anda perlukan untuk mengelak diri anda daripada terjerumus ke dalam perangkap yang mengecewakan. Sama pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang temuduga akan membuat anda lebih bersedia dan dapat menyumbangkan keyakinan dan persembahan anda.

KUNCI TEMUDUGA Ringkasan kata-kunci tips temuduga Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan memenanginya selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang terbaik akan memenanginya. Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat. Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik dan tidak. Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda. Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan - mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.

13

Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana. Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga. Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu. Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri. Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.

Soalan Temuduga Anda boleh ibaratkan pengalaman menghadiri temuduga sama seperti menyelam ke laut dalam. Apa saja mungkin terjadi. Anda mungkin terjumpa terumbu karang yang eksotik atau mungkin ditelan jerung! Dah takut ke? Tak perlu. Walaupun setiap majikan adalah berbeza dan soalan temuduga adalah khusus untuk industri tertentu, masih ada soalan - soalan yang sesuai untuk semua bidang. Baca dan fahamkan soalan - soalan temuduga di bawah. Semua soalan temuduga yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan keperluan sektor swasta di Malaysia sahaja.
14

Fikirkan jawapan yang paling sesuai berdasarkan pengkhususan kerja anda (ini adalah permulaan yang baik untuk persediaan temuduga). Setelah itu, berlatih seolah - olah anda sedang diajukan soalan - soalan tersebut dalam temuduga. Anda boleh menggunakan bantuan beberapa perkataan yang power Remember, practice makes perfect! Bakal majikan pasti tertarik dengan kebolehan anda untuk menjawab apa jua soalan yang diajukan. Di bawah saya berikan beberapa contoh soalan temuduga untuk lepasan ijazah dan yang berpengalaman.

Tell me about yourself. Ceritakan tentang diri anda Anggaplah bahawa soalan ini membuka peluang untuk anda mempromosikan diri sendiri. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Jangan habiskan sepuluh minit untuk bercerita tentang butiran peribadi sahaja. Majikan tidak mahu tahu anda berasal dari mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.

Why should we hire you? Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini? Jangan menjawab soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumlah besar calon akan memberikan jawapan hardworking atau honest. Jangan buat kesalahan yang sama. Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.

15

Why do you want to work here? Mengapa anda memilih syarikat ini? Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat - maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.

What is your greatest weakness? Apakah kelemahan anda yang paling ketara? Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apa langkah - langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.

Why did you leave your last job? Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas? Walaupun kerjaya anda di syarikat yang lepas berakhir dengan dasyat (!), baik anda berhati - hati apabila menjawab soalan ini. Jangan ambil peluang ini untuk mengadu dumba. Ia memberikan imej yang tidak baik (bad impression) semasa temuduga. Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.
16

Describe a problem situation and how you solved it. Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya. Soalan temuduga ini memerlukan anda berfikir. Memang agak sukar untuk anda menjawab soalan ini, lebih - lebih lagi sekiranya anda seorang fresh graduate dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja. Penemuduga ingin melihat kebolehan anda untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah - langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.

What accomplishment are you most proud of? Apakah pencapaian yang paling anda banggakan? Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.

What are your salary expectations? Berapakah gaji yang anda harapkan? Soalan temuduga ini juga agak sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh mengunakan
17

khidmat percuma Jobstreet untuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa - apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang anda inginkan, misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.

Tips Temuduga Setiap hari ada saja kerja kosong yang diiklankan. Setiap hari beribu calon menghadiri temuduga. Tapi bukan semua ditawarkan kerja. Kenapa ye? Ha... sebab tidak cukup kalau resume anda saja yang tip top, anda juga perlu membuat persediaan untuk temuduga. Cuba lihat petikan yang diambil dari zaharuddin.net .

Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya

18

Saya cukup setuju dengan kenyataan di atas. Saya pun banyak pengalaman menemuduga calon sebegini. Pada pendapat saya, salah satu sebabnya adalah pendidikan di Malaysia yang lebih kepada exam - oriented. Menjurus kepada penghafalan semata-mata. Jadi bila tiba masa untuk mempraktikkannya di dunia nyata seperti temuduga, tidak ramai yang dapat mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa. Mungkin terdetik dalam hati anda sekarang, "Jadi apa yang boleh saya dari sekarang buat untuk memastikan saya betul - betul bersedia untuk temuduga?" Tips temuduga yang berikut boleh membantu. Perkara yang perlu anda tahu:

Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.

Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).

Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :
19

1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la) 2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je. 3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.

Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang

Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.

Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.

20

Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.

Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib

Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.

Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.

Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.

21

Soalan Temuduga Popular

Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga untuk yang berpengalaman (experienced) yang dipetik dari ebook Sukses Temuduga

What kind of salary would you expect for this job? Based on your job description, which mentions that you prefer someone experienced with a master's degree in engineering. I hope you consider the fact that my skills also meet your highest standards. Therefore, I would expect a salary at the high end of your pay range for the position. Can you give me some indication of the range?

Penemuduga akan menyingkirkan calon yang meminta gaji yang tidak realistik. Jika anda meminta gaji yang terlalu rendah, anda akan nampak kurang pengetahuan, dan jika terlalu tinggi, anda mungkin ditolak mentah - mentah. Oleh itu, cara terbaik ialah mengajukan kembali soalan kepada penemuduga. Dapatkan skala gaji yang boleh ditawarkan dan bagaimana kelayakan anda bertepatan dengan skala tersebut.

Dapatkan lebih banyak tips rundingan gaji di: http://www.ambang-kerjaya-impian.com/asas-rundingan-gaji http://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gaji Bahagian kuiz temuduga juga boleh membantu.

22

What motivates you? There are four main things that motivate me. The first is my need to achieve excellence in every task that I set out to do. The second is my desire to contribute to my firm. The third factor that motivates me is that I enjoy success and accomplishment, because I regularly review my goals and like to see tangible results when I do! I also believe in growth and the fact that if you're not moving forward, learning new skills, meeting new people, you're moving backwards. Finally, I like to feel that my work is being rewarded in an appropriate way.

Jawapan terbaik untuk soalan di atas. Boleh digunakan untuk semua jenis jawatan atau industri.

What is your greatest weakness? Contoh 1 I have the desire to achieve excellence and always like to give 100% when given a task to do. So sometimes I find it a little frustrating when others are being lazy and aren't putting in the effort they could be. I am very aware of this weakness and try to overcome it by adopting an energetic and positive attitude to the task that I hope spreads through the team.

Contoh 2 I consider myself a 'big picture' person. I sometimes skip the small details. For this reason, I always have someone on my team that is very detail oriented.
23

Contoh 3 Sometimes, I get so excited and caught up in my work that I forget that my family life should be my number one priority.

Contoh 4 I like to keep busy and productive at work. I always feel really bad during slow times because I feel that I am not contributing. So, when those times do come up, and that does happen on occasion, I have learned to ask other collegues if they need assistance or to ask my supervisor if there is anything that they would like me to help them with. Jangan gunakan jawapan yang terlalu pendek atau umum seperti "I am a workaholic" atau "I am a perfectionist". Pastikan ada sedikit huraian dan penyelesaian. Jawapan jawapan di atas boleh anda gunakan mengikut kesesuaian.

How long would you stay with our company? I would certainly like to take my career forward with this company; I have a vital interest in (bidang anda) and I feel that (nama syarikat) is the right place to develop my expertise in this area. From my research and what we've discussed so far, it seems that (nama syarikat) has the right environment for me to really flourish and produce my best work. So, as long as I am being challenged and developing professionally, there would be no need to make a move.

Jawapan terbaik untuk soalan di atas. Boleh digunakan untuk semua jenis jawatan atau industri.
24

Walaupun anda bercadang untuk meninggalkan syarikat tersebut selepas beberapa lama untuk bekerja di tempat lain, memulakan perniagaan sendiri atau melanjutkan pelajaran, JANGAN berkongsi maklumat tersebut dengan penemuduga. Jawapan anda mestilah menekankan komitmen untuk jangka masa yang panjang, pada masa yang sama, bersedia untuk perubahan.

Tell me about yourself.

Why do you want to work here?

What other firms are you interviewing with, and for what positions?

Let's say that you were offered a job here, and at the same time, one of our competitors offered you a similar position. Whom would you choose? And why?

Do you think that you are overqualified for this job?

What are your strengths?

Can you work under pressure?

25

What did you not enjoy about your last job?

What was your opinion of your last boss?

What are your short term objectives?

What are your long term objectives? / Where do you see yourself in five years?

Tell me something about yourself that I didn't know from reading your resume.

Why do you want to leave your current position?

Soalan yang ANDA boleh tanya semasa temuduga Selepas tamat ditemuduga, biasanya anda pula akan diberi peluang untuk menanyakan soalan. Jangan lepaskan peluang tersebut. Tanyalah soalan - soalan standard yang menggambarkan individu berpandangan jauh. Oleh itu, baik bersedia dengan beberapa soalan yang bernas dari awal. Gempaklah sikit keputusan temuduga anda nanti.

What is the vision of this organization? Apakan visi syarikat ini?


26

What opportunity for the advancement does this position offer? Apakah peluang untuk kenaikan pangkat yang saya di syarikat ini? Is a training or professional development program available for employees? Adakah latihan dan kursus profesional ditawarkan untuk staf? May I talk with a staff member who holds a similar position in the company? Bolehkah saya berbual dengan staf di jabatan yang sama dalam syarikat ini? What are the benefits that the company can offer me? Apakah faedah lain yang boleh ditawarkan oleh syarikat?

================ Contoh soalan untuk penemuduga yang dipetik dari ebook Sukses Temuduga Contoh 1 I have learned that your company has a good reputation in online marketing. What are the major insights into the marketing process that I might gain from this position? Contoh 2 I understand that your company is one of the leaders in gamat based cosmetics in Asia. I am curious to know how much of the product line is sold here in Malaysia - and whether there are many career opportunities abroad. Soalan - soalan berikut menggambarkan pengetahuan dan minat anda yang khusus terhadap jawatan/ syarikat tersebut. Pastikan anda ada menyoal sekurang - kurangnya satu jenis soalan seperti di atas.

27

Kuiz Temuduga Pilih jawapan terbaik!

Soalan 1: Why are you the best person for this job? a: "I've held a lot of positions like this one, and that experience will help me here." b: "Because I am good at what I do." c: "Our discussion here leads me to believe this is a good place to work." d: "You need someone who can produce results, and my background and experience are proof of my ability. For example..."

Soalan 2: Jika ditanya soalan seperti : Are you creative? Are you analytical? Can you work under pressure? etc. Apakah cara terbaik untuk menjawab? a: Answer yes or no. b: Answer yes and give a specific example. c: Answer you are not sure. d: -----Soalan 3: Describe yourself. a: Outline personal data, hobbies, and interests. b: Give an overview of your personality and work habits. c: Give three specific examples of your personality traits and accomplishments. d: -------Soalan 4: Why are you in the job market? a: "I have invested a great deal of time with my company and become disenchanted
28

with the way things are done." b: "I have a solid plan for my career. Within that plan I am looking for additional responsibility and more room for growth." c: "I have been passed over for promotions when I know I am capable of doing more. I want to move on to a company that will not stunt my growth." d: -------Soalan 5: What are you looking for in a position? a: "I'm looking for an opportunity to apply my skills and contribute to the growth of the company while helping create some advancement opportunities for myself." b: "I'm looking for an organization that will appreciate my contributions and reward my efforts." c: "I'm looking for a position that will allow me to make enough money to support my lifestyle. I am a hard worker and will give a concerted effort to earn the money I need." d: ------Soalan 6: What do you know about our organization? a: "I've done a little homework and here is what I know about your organization...(give any example)" b: "Everything I've seen and heard makes me want to be a part of this organization. I understand your industry is ________ and your primary customer is __________. A particularly exciting part of your business appears to be _________ ." c: "I know enough to know this is an exciting place to work. It appears to be fit for my career goals." d: ------Soalan 7: What are your short term objectives? a: "Short term, I just want a job." b: "Bills are beginning to pile up. In the short run I need to find work so I can keep up
29

with my obligations." c: "Short-term, I'd like to find a position that is a good fit and where I can contribute to a company's bottom line. The position we are here to discuss today would appear to be such an opportunity. Could you tell me more about it?" d: ------Soalan 8: What are your long term objectives? a: "I would think over long term I would be preparing myself to do your job." b: "If selected I would hope to meet my goals and take advantage of opportunities to learn so I will be considered for other positions within the company. I hope to build my career with a company such as this one." c: "Long term, I hope to start my own business." d: -------Soalan 9: Where do you see yourself in five years? a: "In five years I will have either been promoted to your job or have started my own business." b: "Due to recession, it is a very volatile market. I find it difficult to project out five years." c: "That really depends on the firm I join. I would like to take a position with some responsibility and room for growth. The key is with the right challenge I intend to continually contribute and grow with the firm." d: -------Soalan 10: Pada peringakat awal temuduga, anda ditanya solan berikut: Before we go any further, what kind of money do you need to make? a: "I was making 2K at my last job and I feel I am worth at least 40% more." b: "My salary requirements are negotiable. Your firm has a reputation of compensating employees fairly and I trust you would do the same in my case. Before we discuss salary, may I ask you some questions about the position? As I understand, the most
30

important aspects of this job are..." c: "Money is not very important to me. I need to be able to pay the bills but the work environment is far more important to me." d: ------Soalan 11: What are your strengths? a: "I am good at giving constructive criticism to my coworkers. This honesty is something I'm very proud of and have found essential to having open working relationships." b: "I consider myself to be very consistent. I have proven myself to be someone who can be counted upon to do what is expected." c: "I have a determination and ability to get things done. At the same time, I have strong analytical abilities and problem solving skills. These skills combine to give me a unique ability to solve problems and then implement productive solutions." d: ------Soalan 12: What do subordinates think of you? a: "They obey me as a leader. The people who have worked for me learned a great deal under my direction and accomplished in many cases more than they thought possible." b: "My employees would tell you they got direction when they needed and the room to work when it was appropriate." c: "They perceive me as someone who cared about them personally and had high expectations. Former employees would highlight three of my priorities, which are to build loyalty and a team environment, obtain results and develop people."

Kuiz Temuduga - Jawapan dan Huraian Sekiranya anda tiba di laman ini tanpa menjawab soalan kuiz temuduga terlebih dahulu, sila ke Kuiz Temuduga - dan lihat pencapaian anda!
31

Soalan 1: Why are you the best person for this job? A "I've held a lot of positions like this one, and that experience will help me here." ...salah: Menggambarkan bahawa anda yang kerap bertukar kerja dan tidak setia kepada syarikat. Menggunakan perkataan 'experience' adalah baik semasa menjawab soalan ini, tetapi, 'a lot of jobs' tidak. B "Because I am good at what I do" ...salah: Jawapan ini menunjukkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan tetapi ia masih terlalu umum. Anda sepatutnya menyokong kenyataan anda dengan contoh yang kukuh. Jawapan sebegini juga mungkin berbunyi over confident untuk sesetengah penemuduga. C "Our discussion here leads me to believe this is a good palace to work." ...tidak tepat: Kenyataan yang memuji, tetapi kedengaran seperti memihak kepada anda. Pastikan jawapan anda adalah dua hala, give and take. Terangkan juga apa yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat. D "You need someone who can produce results, and my background and experience are proof of my ability. For example..." ...jawapan terbaik . Memberikan sebab dan menyokong kenyataan tersebut dengan fakta adalah taktik menjawab terbaik menjawab soalan ini.

Soalan 2: Jika ditanya soalan seperti : Are you creative? Are you analytical? Can you work under pressure? etc. Apakah cara terbaik untuk menjawab? A Answer yes or no
32

...tidak tepat: Jawapan tergantung selalunya akan dianggap tidak meyakinkan. B Answer yes and give a specific example ...jawapan terbaik. Penjelasan yang ringkas dan spesifik akan menyokong jawapan anda. Juga menunjukkan bahawa anda dalam keadaan yang bersedia dan berkeyakinan. C Answer you are not sure ....salah: Menggambarkan anda seorang yang tidak berkeyakinan.

Soalan 3: Describe yourself. A Outline personal data, hobbies, and interests. ...salah: Penemuduga tidak berminat dengan maklumat peribadi dan kegiatan masa lapang anda. B Give an overview of your personality and work habits. ...tidak tepat: Penerangan yang umum (overview) tidak akan menonjolkan diri anda berbanding pesaing yang lain. Jawapan anda mestilah meninggalkan impak dan meyakinkan. C Give three specific examples of your personality traits and accomplishments. ...jawapan terbaik . Memberi contoh keperibadian yang spesifik beserta pencapaian membuktikan keupayaan anda secara peribadi. Ia juga memberikan kesan positif dan mengangkat imej anda berbanding pesaing yang lain.

Soalan 4: Why are you in the job market?

33

A "I have invested a great deal of time with my company and become disenchanted with the way things are done." ...salah: Berbunyi seperti anda menyalahkan majikan anda sekarang. Temuduga bukan masa untuk anda mengadu dumba. Pamirkan perwatakan sepositif yang boleh. B "I have a solid plan for my career. Within that plan I am looking for additional responsibility and more room for growth." ...jawapan terbaik. Menunjukkan bahawa anda telah merancang objektif kareer anda. Pada masa yang sama, ia menggambarkan keinginan anda untuk berkembang dan menyumbang dalam kareer. C "I have been passed over for promotions when I know I am capable of doing more. I want to move on to a company that will not stunt my growth." ...salah: Berbunyi seperti anda tidak berpuas hati dengan majikan sekarang. Cuba jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga. Elakkan jawapan - jawapan berbunyi negatif yang menjatuhkan imej anda di mata penemuduga.

Soalan 5: What are you looking for in a position? A "I'm looking for an opportunity to apply my skills and contribute to the growth of the company while helping create some advancement opportunities for myself." ...jawapan terbaik . Jawapan ini menunjukkan individu yang pandangan yang jauh, kesungguhan untuk berjaya dan kehendak untuk berkerja dengan organisasi yang baik. B "I'm looking for an organization that will appreciate my contributions and reward my efforts."
34

...salah: Jawapan yang berat sebelah. Penemuduga mungkin mengganggap anda suka berkira dengan setiap tugasan yang diberikan. Oleh itu, pastikan jawapan anda adalah dua hala, give and take. Terangkan juga apa yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat. C "I'm looking for a position that will allow me to make enough money to support my lifestyle. I am a hard worker and will give a concerted effort to earn the money I need." ...salah: Adalah tidak salah untuk meletakkan duit sebagai 'motivating factor', tapi maklumat ini lebih baik disimpan dengan diri anda. Kebanyakan penemuduga mencari calon yang sanggup bekerja keras dan menyiapkan tugasan. Fokus kepada faktor kewangan mungkin tidak berapa digemari oleh bakal majikan.

Soalan 6: What do you know about our organization? A "I've done a little homework and here is what I know about your organization... (give any example)" ...tidak tepat: Membuat sedikit 'homework' adalah bagus. Tetapi pendekatan ini terlalu umum dan kadangkala nampak seperti anda mereka - reka. Jawapan yang spesifik lebih digalakkan. B "Everything I've seen and heard makes me want to be a part of this organization. I understand your industry is ________ and your primary customer is __________. A particularly exciting part of your business appears to be _________ ." ...jawapan terbaik. Walaupun jawapan yang sebegini memerlukan persediaan yang mendalam, pengetahuan yang sebegini adalah penting untuk mendapatkan first impression yang baik dan meyakinkan bakal majikan bahawa anda benar - benar berminat untuk bekerja dengan syarikat tersebut.

35

C "I know enough to know this is an exciting place to work. It appears to be fit for my career goals." ...salah: Ini adalah jawapan yang akan diberi oleh calon yang langsung tidak bersedia. Ingat! Kajian latarbelakang syarikat (background check) adalah salah satu senjata yang akan membantu anda dalam proses temuduga. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan temuduga tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Dengan adanya internet, proses ini menjadi lebih mudah.

Soalan 7: What are your short term objectives? A "Short term, I just want a job." ...salah: Menunjukkan anda dalam keadaan terdesak. B "Bills are beginning to pile up. In the short run I need to find work so I can keep up with my obligations." ...salah: Mungkin anda berkata benar - tetapi tiada majikan yang mahukan pekerja yang matlamatnya adalah gaji semata - mata. Jawapan ini menggambarkan hubungan satu hala dengan majikan dan tiada rancangan untuk bersama dengan syarikat tersebut untuk jangka masa panjang. C "Short-term, I'd like to find a position that is a good fit and where I can contribute to a company's bottom line. The position we are here to discuss today would appear to be such an opportunity. Could you tell me more about it?" ...jawapan terbaik. Jawapan yang dua hala, menyatakan apa yang anda boleh sumbangkan dan apa yang diinginkan dari syarikat. SETERUSNYA, memfokuskan semula perbincangan kepada jawatan yang ditawarkan.

36

Soalan 8: What are your long term objectives? A "I would think over long term I would be preparing myself to do your job." ...salah: Jawapan ini mungkin benar, tetapi ada kalanya membuatkan penemuduga rasa tergugat. B "If selected I would hope to meet my goals and take advantage of opportunities to learn so I will be considered for other positions within the company. I hope to build my career with a company such as this one." ...jawapan terbaik. Jawapan ini menunjukkan bahawa anda akan rajin berusaha untuk peningkatan diri. Menekankan keinginan untuk maju bersama - sama dengan syarikat juga mengggambarkan kesetiaan anda. C "Long term, I hope to start my own business." ...salah: Jawapan ini mungkin benar - tetapi mungkin menampakkan anda sebagai bakal pesaing! Ada ke syarikat yang nak melatih pesaing mereka sendiri?

Soalan 9: Where do you see yourself in five years? A "In five years I will have either been promoted to your job or have started my own business." ...salah: Jawapan ini mungkin benar, tetapi agak agresif dan menggugat. B "Due to recession, it is a very volatile market. I find it difficult to project out five years." ...salah: Walaupun dalam kegawatan ekonomi, penemuduga ingin melihat calon yang mempunyai pendekatan yang positif kepada jawatan yang dipohon.

37

C "That really depends on the firm I join. I would like to take a position with some responsibility and room for growth. The key is with the right challenge I intend to continually contribute and grow with the firm." ...jawapan terbaik. Jawapan yang menekankan kepada keinginan calon untuk bekerja keras dan menyumbang tanpa menggugat sesiapa.

Soalan 10: Pada peringkat awal temuduga, anda ditanya solan berikut: before we go any further, what kind of money do you need to make? A "I was making 2K at my last job and I feel I am worth at least 40% more." ...salah: Ramai majikan yang menggunakan faktor duit sebagai pemutus apabila terpaksa memilih salah seorang daripada calon yang disenarai pendekkan. Anda mesti memahami kehendak jawatan dan gaji yang boleh ditawarkan untuk jawatan tersebut sebelum menyatakan gaji yang anda ingini. Walaupun soalan ini ditanya di awal sesi temuduga, ubah haluan supaya penemuduga dapat mengenali anda dan kepakaran anda terlebih dahulu. Soalan gaji itu sendiri adalah kritikal, sama seperti soalan - soalan temuduga yang lain. Rundingkan dengan cara dan masa yang sepatutnya. B "My salary requirements are negotiable. Your firm has a reputation of compensating employees fairly and I trust you would do the same in my case. Before we discuss salary, may I ask you some questions about the position? As I understand, the most important aspects of this job are... ...jawapan terbaik. Merundingkan gaji sebelum perkara lain dalam temuduga bukanlah langkah yang bijak. Anda akan mempunyai 'bargaining power' yang lebih tinggi sekiranya anda dapat menawan hati penemuduga sebelum soalan ini dijawab. Jawapan ini mungkin panjang tetapi sangat efektif kerana ia tidak menyangkal akan kepentingan gaji kepada anda, tapi pada masa yang sama, mengubah haluan
38

temuduga kepada jawatan yang ditawarkan terlebih dahulu. Cuba lihat artikel Tips Rundingan Gaji. C "Money is not very important to me. I need to be able to pay the bills but the work environment is far more important to me." ...salah. Apabila anda menyatakan bahawa anda tidak mementingkan gaji, secara automatik 'bargaining power' anda menjadi lemah (walaupun anda ditawarkan jawatan tersebut). Ia juga menggambarkan anda tidak menghargai kerja dan keupayaan anda sendiri.

Soalan 11: What are your strengths? A "I am good at giving constructive criticism to my coworkers. This honesty is something I'm very proud of and have found essential to having open working relationships." ...tidak tepat: Walaupun jawapan ini mungkin benar, ia juga menggambarkan anda sebagai seorang yang suka mengkritik. Adalah lebih baik sekiranya anda menyatakan (dengan contoh) bahawa anda mudah bekerjasama dengan pekerja lain. B "I consider myself to be very consistent. ...tidak tepat: Jawapan ini masih dikira ok tetapi ia nampak umum dan tidak unik. Konsisten dalam kerja adalah baik, tetapi jawapan ini belum cukup meyakinkan. C "I have a determination and ability to get things done. At the same time, I have strong analytical abilities and problem solving skills. These skills combine to give me a unique ability to solve problems and then implement productive solutions." ...jawapan terbaik. menunjukkan bahawa anda yakin dengan kemampuan sendiri. Anda bukan sahaja mengetengahkan kemahiran yang anda ada, malah bagaimana

39

ia bermanfaat kepada majikan.

Soalan 12: What do subordinates think of you? A "They obey me as a leader. The people who have worked for me learned great deal under my direction and accomplished in many cases more than they thought possible." ...tidak tepat: Bukan semua penemuduga bersetuju dengan jawapan ini. Kedengaran seperti anda seorang yang sangat tegas dan kuku besi. B "My employees would tell you they got direction when they needed and the room to work when it was appropriate". ...tidak tepat: Bukan semua penemuduga bersetuju dengan jawapan ini. Walaupun jawapan ini benar, nampak seperti anda tidak berapa tegas. C "They perceive me as someone who cared about them personally and had high expectations. Former employees would highlight three of my priorities, which are to build loyalty and a team environment, obtain results and develop people." ...jawapan terbaik. Jawapan yang menggambarkan seorang ketua yang menghargai anak buahnya, pada masa yang sama sangat fokus kepada produktiviti. Ini adalah stail pengurusan yang diterima pakai secara meluas.

10 Soalan Lazim Temuduga Soalan-soalan ini selalu saya panggil soalan bocor. 1. Ceritakan tentang diri anda? - Sediakan jawapan untuk dua (2) minit, yang memperkenalkan diri anda, hobi, minat, penyertaan dalam persatuan & komuniti, sedikit pengalaman bekerja anda yang terakhir.
40

2. Mengapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini? - Mereka ingin tahu motivasi anda untuk menyertai mereka. Cari sedikit maklumat tentang syarikat tersebut, budaya kerja dan pasaran. Terangkan bagaimana anda mampu menyumbang ke arah objektif syarikat. 3. Mengapa anda mencari kerja baru? - Sentiasa tumpukan ke arah yang positif. Walaupun anda dibuang kerja, bergaduh dengan bos lama. Tolong pastikan bagaimana anda boleh memanipulasi alasan itu dari segi yang positif. Sampel jawapan yang boleh digunakan ialah, mahu meneruskan karier ke arah yang baru (terangkan). Penstrukturan semula syarikat berlaku dan anda mengambil keputusan mencari peluang kerja di tempat lain. 4. Jawatan apa yang anda cari? - Fokus. Jangan jawab secara umum. Jawab dengan tepat kepada jawatan itu dan bagaimana kelebihan dan pengalaman anda membantu dalam menjalankan tugas tersebut. 5. Apakah kelebihan dan kekurangan kamu? - Saya tidak menggalakkan anda menceritakan kekurangan anda, tetapi cuba fikirkan kekurangan yang positif. Contohnya seorang yang kurang sabar, mungkin katakan anda suka memulakan sesuatu idea itu serta-merta. 6. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini? - Kaji tentang syarikat itu. Jangan mengulang-ulang atau menggunakan fakta yang terlalu menunjukkan anda menghafal. 7. Apakah kejayaan anda yang terbaik? - Ceritakan tentang beberapa kejayaan anda yang memberangsangkan. Tunjukkan kualiti dalam diri anda yang digunakan dalam menyelesaikan masalah dan menghadapi tekanan.

41

8. Di manakah anda dalam lima (5) tahun dari sekarang? - Syarikat mahu melihat anda sebagai orang yang berwawasan. Akan tetapi pastikan ianya munasabah untuk dicapai. Berpijak di bumi yang nyata. Mungkin mereka akan bertanya bagaimana untuk anda mencapainya. 9. Apakah tugas yang anda lakukan dalam pekerjaan anda dahulu? - Jujurlah. Kerana soalan sampingan daripada mereka akan memerangkap anda nanti jika anda menipu. 10. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan baru dengan rakan sejawatan dan penyelia anda? - Tunjukkan yang anda sangat teruja dan positif. Terangkan yang anda mudah bergaul dengan semua orang. Anda tidak semestinya akan disoal dengan semua soalan di atas. Setiap soalan yang dijawab akan menghasilkan soalan-soalan yang baru. Maka pastikan semua jawapan anda telah dilatih. Biasanya saya menggalakkan rakanrakan membuat mock

TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat. Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai setiap tahun. Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti maktab, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan42

kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka. Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih. Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil panel temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki. Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajarpelajar MRSM, perkara-perkara berikut telah didapati: 1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat arguement. 2. Bersikap pasif semasa temuduga. 3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik. 4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. 5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil. 6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil. 7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universitiuniversiti tempatan dan luar negeri. 8. Kurang pengetahuan am. 9. Berpakaian tidak kemas. Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat diatasi. Selain dari berusaha bersendirian untuk mendapat keterangan/memperbaiki
43

perkara-perkara berkenaan, anda juga boleh berhubung dengan Kaunselor, guru-guru dan mungkin ibu bapa dan kawan-kawan bagi mendapat pertolongan yang sewajarnya.

TAMBAHAN: Kesalahan mengisi borang permohonan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap , tulisan tangan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan calon. Jadi, perlu ditekankan bahawa proses temuduga bermula dari masa mengisi borang permohonan.

PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA: Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan: 1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:

Kaunselor. Guru-guru kaunseling. Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu. Buku-buku Occupational Outlook Handbook dan Dictionary of Occupational Tittles yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor. Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan Maktab. Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
44

Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya. Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan angan-angan sahaja. 3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi. 4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

PADA HARI TEMUDUGA: 1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas. 2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar. 3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.

45

4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda). 5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat. 6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA: 1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan selamat pagi/selamat petang mengikut pada keadaan waktu, atau assalamualaikum sekiranya panel temuduga itu beragama Islam. 2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian. 3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah. 4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan. 5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
46

6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini. 7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga. 8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan. 9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. 10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang. 11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato/ Dato Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya. 12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan. 13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna. 14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka. 15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu point itu dengan penuh semangat. 16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah. 17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan
47

peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan. 18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan. 19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka. 20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu. 21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apaapa masalah peribadi anda semasa temuduga. 22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan. 23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris. 24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda observant atau tidak. 25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana

memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu. Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.

48

CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA 1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang? 2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang? 3. Cerita sedikit tentang diri anda. 4. Apakah yang dapat memotivasikan anda? 5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda? 6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan? 7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami? 8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orangorang bawahannya. 9. Apakah kelemahan-kelemahan anda? 10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar? 11. Mengapakah patut kami memilih anda? 12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda. 13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda. 14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya? 15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan. 16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda. 17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa? 18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda? 19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure) 20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.

49

21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu? 22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda? 23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda? 24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya? 25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa? 26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa? 27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum? 28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa? 29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda? 30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

20 Contoh Soalan Temuduga SPA 20 contoh soalan temuduga SPA: 1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA? 2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini? 3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja? 4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh
50

jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya? 5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala? 6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda? 7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini? 8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda? 9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut? 10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh? 11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang? 12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi? 13. Mengapa anda memohon jawatan ini? 14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
51

15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini? 16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas? 17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain. 18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta? 19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini? 20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

52