Anda di halaman 1dari 32

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

1.0

PENGENALAN Konsep terapi dalam Pendidikan Khas adalah berdasarkan konsep kepelbagai

kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai

perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Secara umumnya, terapi merupakan satu cara untuk mengubah

pemikiran,perasan dan tingkah laku di mana ia boleh dibahagikan kepada tiga aspek terapi yang utama iaitu terapi kognitif,terapi psikodinamik dan terapi tingkah laku. Terapi kognitif contohnya bermula dengan pemikiran individu untuk mengubah perasaan dan tingkah laku, manakala psikodinamik pula memberikan penekanan kepada perassan Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan,halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani

kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh menjalani terapi pertuturan. Jika seseorang individu menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor),individu tersebut boleh didedahkan dengan terapi fisio atau carakerja Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik,terapi seni,terapi pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

NOTA GRAFIK

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

TERAPI

Fisioterapi

main

Cara Kerja

Pertuturan

Muzik

Hidroterapi

alternative

pergerakan kreatif

Seni

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

Terapi Fisio

DEFINISI Rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal

Berjalan Melompat Menendang Duduk tegak

Terapi Cara Kerja

DEFINISI latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur

Menggunting Menampal Membutang baju

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

Terapi Pertuturan

DEFINISI Kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi

Meniup belon Meniup kertas di atas air Latihan lisan

Terapi Muzik

DEFINISI Alternative dalam alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang professional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan,pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal

Menyanyi Menari ikut irama muzik Mendengar pilihan muzik atau lagu

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

Terapi Hidroterapi

DEFINISI Menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan / mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik

Bermain di tepi air Berjalan di dalam kolam Aktiviti renang bebas

Terapi Main

DEFINISI Sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraab dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkah apakah hasil aktiviti itu

Mainan mencirikan kehidupan sebenar Mainan bercirikan luahan perasaan agresi

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

Terapi Seni

DEFINISI Satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dakam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal,mental dan emosi

Catan Kolaj dan asemblaj Reka bentuk Anyaman Kraftangan

DEFINISI Intepretasi idea,perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan

Terapi Pergerakan Kreatif


Berjalan Melompat Merangkak Gimrama

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

Terapi Alternatif

Terapi aroma Terapi herba Terapi ozon Terapi floortime Terapi pasir Terapi haiwan Terapi snoozelang

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

3.0

KEPENTINGAN DAN FAEDAH AKTIVITI TERAPI Tujuan utama terapi diwujudkan ialah bagi membantu individu mempunyai

masalah-masalah-masalah sama ada dari segi fizikal mental,emosi malahan sosial. Justeru pelbagai jenis terapi direka khusus mengikut masalah-masalah yang dialami oleh seseorang yang ada akhirnya akan mencapai tujuan yang sama iaitu melakukan perubahan atau lebih tepat lagi pemulihan kognitif,psikodinamik dan tingkah laku mereka. Penglibatan murid-murid bekeperluan khas di dalam sesi-sesi terapi ini memang diharuskan kerana ia mendatangkan banyak kepentingan dan faedah kepada mereka sehinggakan didalam perancangan persediaan mengajar pada guru Pendidikan Khas turut diselitkan unsur-unsur terapi. Antara kepentingan dan faedah terapi kepada golongan kanak-kanak

bekeperluan khas ialah membantu murid-murid mengembangkan kemahiran otot-otot mereka. Dari segi fizikal kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal Cuma terdapat sedikit perbezaan namun dari sudut penggunaan, fungsinya masih sama kerana manusia diciptakan mempunyai ketulan otot-otot yang terdiri daripada otot-otot besar dan otot-otot kecil. Melalui otot-otot besar, kita dapat melatih kemahiran motor kasar kanak-kanak khas apabila kita menggunakan terapi fizikal atau dikenali dengan nama fisioterapi. Contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, berjalan,melompat dan lain-lain. Manakala, bagi otot-otot kecil pula dapat kita bantu dengan mengembangkan kemahiran-kemahiran mototr halus mereka seperti memasukkan benang dalam straw minuman, mengunting,menampal,melipat kertas atau pakaian, membutangkan baju, menjahit dan lain-lain yang memerlukan kawalan terhadap penggunaan otot-otot yang paling kecil untuk melakukan pergerakan pergerakan berfungsi pada tahap paling mudah.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

10

Kepentingan dan faedah terapi ke atas kanak-kanak bekeperluan khas yang seterusnya ialah membantu mereka ini menghilangkan tekanan. Disebabkan

kekurangan yang terdapat pada diri mereka, masyarakat sekeliling seperti murid-murid normal, guru-guru dan jiran tetangga banyak memandang rendah kepada kanak-kanak khas ini. Ada yang mengambil pendekatan menjauhkan diri apabila didekati oleh kanakkanak khas, tidak kurang juga yang berasa jijik melihatkan mereka ini walaupun tidak dizahirkan melalui percakapan tetapi hal ini dapat ditafsirkan melalui tingkah laku mereka. Justeru, perkara-perkara seumpama ini akan mendatangkan tekanan kepada kanak-kanak khas dari segi emosi dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Melalui terapi yang dijalankan kepada kanak-kanak khas ini,ia akan berfungsi sebagai satu saluran kepada mereka bagi melepaskan sebarang tekanan yang dihadapi. Antara contoh terapi yang boleh dilakukan ke atas kanak-kanak khas ini bagi membantu mereka melepaskan tekanan ialah terapi bermain dan terapi seni. Melalui permainan, murid-murid akan berasa seronok dan melupakan segala masalah dan tekanan yang mereka hadapi. Begitu juga dengan terapi seni. Melalui luahan seni, mereka akan dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa sekaligus dapat memahami bantuan dalam pencarian resolusi. Kepentingan dan faedah terapi selain daripada dinyatakan di atas ialah melalui terapi, kanak-kanak khas ini akan dibantu tentang kawalan kendiri atau cara mengurus diri sendiri. Kita telah sedia maklum tentang kelemahan dan kekurangan kanak-kanak khas ini daripada pelbagai segi. Contohnya dari segi fizikal murid-murid mempunyai masalah dalam kemahiran yang melibatkan motor halus dan motor kasar serta koordinasi tubuh seperti koordinasi tangan-mata dan lain-lain. Melalui sesi terapi yang dijalankan ke atas mereka ini, mereka akan dapat melatih dan mengembangkan kebanyakan fungsi merka hingga ke tahap yang paling tinggi mereka dapat capai. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan mereka bahawa mereka mampu melakukan sendiri kebanyakan pergerakan dan fungsi-fungsi tubuh di mana ia akan menjurus kepada pengurusan kendiri. Ini amat penting kerana sebagai kanak-kanak khas mereka memang memerlukan banyak bantuan samada dari segi fizikal, mental mahupun emosi. Namun adapila mereka dapat mengurus diri hasil daripada sesi terapi yang dijalankan bermaksud ia membantu murid tersebut satu kemahiran untuk hidup iaitu berdikari.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

11

Selain itu, terdapat banyak lagi kepentingan dan faedah terapi kepada kanakkanak khas seperti membina keyakinan dalam diri murid, merangsang pertuturan dan meningkatkan komunikasi serta meningkatkan kesabaran murid dan melatih daya konsentrasi.

4.0

TERAPI CARAKERJA 4.1 DEFINISI TERAPI CARAKERJA

Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktivitiaktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah. Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. 4.2 OBJEKTIF TERAPI CARAKERJA DIJALANKAN

Membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik Memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian 4.3 KEPENTINGAN TERAPICARA KERJA

Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

12

Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otototot kecil yang ada Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur

4.4

AKTIVITI TERAPI CARAKERJA

Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.

Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah : Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup Latihan pravokasional Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

5.0

LAPORAN AMALI TERAPICARAKERJA

SEBELUM Terapi carakerja merupakan salah satu cara untuk melatih murid-murid

memperkembangkan kemahiran motor halus mereka iaitu kemahiran menggunakan jari-jemari. Secara keseluruhannya, Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

13

aktiviti kehidupan harian (activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure). Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedik, medikal, pediatrik, geriatrik dan psikiatrik. Ahli terapi carakarja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan. Bagi perbentangan kumpulan kami, kami telah memilih doh mainan sebagai bahan bantu belajar di dalam kelas. Doh tepung yang dipilih haruslah mempunyai warna yang menarik dan sesuai untuk digunakan oleh murid-murid Pendidikan Khas. Kami telah menyediakan bahan seperti tepung gandum, air, minyak masak, garam dan pewarna yang tidak berbahaya. Kami menguli tepung berkenaan sehingga menjadi kental dan boleh membentuk sesuatu benda. Kami telah membuat 3 adunan yang mempunyai 3 jenis warna. Hal ini kerana dapat menarik minat murid dengan menggunakan warna-warna yang ceria. Pada awalnya, kami berlima ingin menggunakan plastisin dan juga beberapa bekas penekap bentuk bagi menjalankan terapi ini. Oleh kerana terdapat beberapa kekangan masalah yang tidak dapat dibendung, maka kami telah bersetuju untuk membuat aktiviti terapi dengan menggunakan doh mainan yang diuli sendiri dan juga aktiviti membentuk objek daripada objek besar kepada objek kecil.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

14

Rajah 1 : Bahan yang diperlukan untuk membuat doh tepung

Rajah 2 : Doh yang telah siap diuli Cara-cara membuat doh mainan

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

15

1. Adunkan bahan-bahan seperti tepung gandum, garam, minyak masak ke dalam bekas dan digaul rata. 2. Masukkan air dan gaul hingga sebati (minyak masak adalah untuk mengelakkan doh dari menjadi keras). 3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang disediakan (jumlah warna tidak ditetapkan). 4. Gaulkan pewarna makanan dengan doh tadi hingga sebati. 5. Uli bahan hingga lembut. 6. Simpan doh tadi ke dalam bekas kedap udara. 7. Doh sedia digunakan untuk aktiviti membentuk. Terdapat pelbagai manfaat guru menggunakan doh tepung menggantikan plastisin. Hal ini kerana plastisin mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan murid-murid. Penggunaan doh tepung buatan sendiri lebih selamat kerana murid-murid boleh rasa sedikit doh tersebut. Tetapi sebelum itu, kita harus pastikan bahawa kita menggunakan pewarna yang berperisa seperti pewarna perisa strawberi, pandan, anggur dan sebagainya. Selain itu, bermain doh tepung ini sama manfaatnya seperti bermain tisu dan kertas juga. Aktiviti ini dapat Memahirkan jarijemari membentuk pelbagai bentuk akan membuatkan kanak-kanak merasa seronok untuk mengulangi permainan tersebut berulang kali. Hal ini menandakan bahawa kemahiran motor halus telah digunakan sebaik mungkin iaitu dari memegang, menumbuk, melecek dan semuanya. SEMASA Pada 1 Februari 2012, kami seramai 5 orang telah menjalani amali terapi merupakan

carakerja di Bilik Pembelajaran 6 pada pukul 8.00 pagi. Encik Azmi

pensyarah yang memantau kami semasa amali terapi carakerja dijalankan. Sebelum aktivti dimulakan, kami telah mengedar brosur mengenai terapi carakerja kepada semua pelajar dan pensyarah. Selain itu, kami telah membentang serba sedikit maklumat mengenai terapi carakerja. Hal ini untuk memudahkan semua pelajar memahami terapi carakerja lebih dalam.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

16

Selepas kami membuat perbentangan, kami membahagikan pelajar kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 6 orang ahli. Kami mengedar 3 doh tepung yang berlainan warna. Kami menggunakan doh tepung untuk menggantikan plastisin. Hal ini dapat menjaga keselamatan pelajar disamping untuk mengelak murid daripada termakan plastisin yang berbahaya. Dengan adanya doh yang berlainan warna seperti warna kuning,hijau dan biru dapat menarik minat pelajar untuk membuat bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Untuk memulakan aktiviti, kami telah meminta pelajar berdiri dan membuat sedikit regangan pada otot jari tanpa menggunakan doh seperti menggengam jari sambil menggangkat tangan ke atas,tepi dan disisi dengan diiringi muzik. Selepas itu, kami meminta pelajar meramas doh tepung yang besar kemudian membahagikan doh yang besar menjadi saiz besar,sederhana dan kecil. Untuk mempelbagaikan lagi aktiviti, kami meminta pelajar untuk membentuk doh tepung menjadi bola dengan menggunakan kedua tapak tangan,menguli,menggentel,memicit dan mencubit doh tepung. Kesemua aktiviti dijalankan secara individu untuk memastikan motor halus meningkat. Dalam aktiviti terakhir, kami memberi masa selama 10 minit kepada semua pelajar untuk membuat dan mencipta sesuatu bentuk dengan menggunakan doh tepung. Terdapat beberapa kumpulan menghasilkan tema yang tersendiri seperti bunga,haiwan,makanan,kuih tradisional dan lain-lain. Sebagai contoh tema bunga, kumpulan tersebut menghasilkan bunga Rafflesia, Bunga Raya,Orkid. Kami mengakhiri amali terapi carakerja dengan menilai hasil kerja setiap kumpulan.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

17

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

18

RUJUKAN BUKU INTERNET http://cahayacinta.com/tag/bermain-play-doh-atau-tepung http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2009/05/cara-membuat-doh.html http://kist.edu.my/v2/ot.html http://marhainimohamed.blogspot.com/2011/07/resipi-doh-tepung.html http://www.scribd.com/doc/60515100/Notes-Terapi-Dalam-Pendidikan-Khas http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/11/pismp-5-pk-terapi-dlm-pk-en-azmi-abu.html

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

19

NAMA

: AMALINA AFIQAH BINTI MD SUHAIMI

NO KAD PENGENALAN : 901108-07-5580 Bagi kursus terapi Pendidikan Khas pada semester ini, saya dan empat orang rakan saya telah memilih terapi carakerja sebagai tugasan yang perlu dibentangkan di hadapan kelas. Kami perlu memberikan penerangan tentang terapi tersebut dan fikirkan aktiviti yang sesuai bagi laksanakan terapi tersebut. Setelah saya membahagikan tugas antara kami berlima, kami mula menjalankan tugas masing-masing agar tiada kerja yang tertangguh berlaku. Saya berbangga kerana setiap ahli telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam tugasan terapi ini. Setiap ahli telah memberi idea masing-masing yang sangat bernas. Pada awalnya, kami telah mengambil keputusan untuk membeli plastisin dan bekas doh untuk menekap. Oleh kerana kami masih belum mendapat elaun, maka sudah pasti masalah wang yang menjadi penghalang bagi kami laksanakan aktiviti tersebut. Saya dan rakanrakan telah mendapatkan khidmat nasihat daripada Cik Zubaidah selaku salah seorang pensyarah pembimbing dalam kursus ini. Beliau telah mencadangkan kami

menggunakan doh tepung yang dibuat sendiri bagi menjalankan aktiviti terapi ini. Cik Zubaidah telah mengajar kami supaya mulakan aktiviti dengan aktiviti senaman jari kemudian diikuti dengan membentuk doh dari saiz besar hingga saiz kecil. Saya telah membuat beberapa rujukan tentang terapi ini. Sedikit sebanyak saya mendapat tahu bahawa terapi carakerja ini melibatkan kemahiran motor halus dan penting bagi murid-murid pembelajaran khas dan juga orang dewasa yang baru lepas hadapi penyakit strok. Tugas saya ialah menyediakan doh tepung. Saya membuat rujukan internet bagi mendapatkan bahan-bahan dan cara-cara membuat doh mainan. Pada awalnya saya dapati agak susah untuk membuat doh tepung tetapi setelah beberapa kali cubaan, saya dapat siapkan tiga doh mainan yang pelbagai warna. Untuk cubaan kali ini, saya menggunakan pewarna air kerana saya fikirkan para pelajar tidak akan cuba mencubit untuk merasa doh tepung tersebut. Hal ini kerana sepatutnya doh tepung perlu menggunakan pewarna yang mempunyai perasa seperti perasa strawberi, anggur dan lain-lain. Guru boleh meminta murid untuk mencubit sedikit doh tepung

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

20

untuk rasa perasa tersebut. Hal ini dapat meningkatkan deria rasa murid-murid tersebut. Di samping itu, guru boleh mengajar murid-murid tentang deria rasa. Pada hari perbentangan iaitu 1 Februari 2012 di waktu kuliah Encik Azmi Bin Abu Bakar rakan seperjuangan saya iaitu Nazri Fahmy dan Siti Sarah telah mengelolakan slaid perbentangan yang telah dibuat oleh Nur Bazilah dan juga Husna Nasiha. Nazri telah memberi penerangan tentang pengenalan terapi carakerja, manakala Siti Sarah telah mengelola aktiviti senam ringan dan juga aktiviti yang menggunakan doh mainan. Setelah semua pelajar membuat senam ringan tersebut, saya, Nur Bazilah dan Husna Nasiha mula membahagikan doh-doh tepung kepada 12 kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada lima orang. Hal ini kerana aktiviti ini perlu dilakukan oleh setiap orang. Para pensyarah inginkan semua pelajar turut serta dalam aktiviti ini. Walaupun kami semua menghadapi masalah kewangan, tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi kami menjalankan tugasan dengan cara yang terbaik. Aktiviti perbentangan kami sekumpulan berjalan dengan lancar. Saya berasa gembira kerana semua pelajar memberikan komitmen sepenuhnya dan berasa seronok membentuk benda menggunakan doh tepung tersebut. Sememangnya saya akui rakanrakan kursus Pendidikan Khas bagi kumpulan saya sangat kreatif dan berfikiran luar daripada kotak. Hal ini terbukti daripada hasil-hasil kerja yang telah saya dan ahli kumpulan saya perhatikan sehingga kami tidak dapat membuat keputusan kumpulan mana yang harus menang kerana semuanya cantik belaka. Setelah selesai menjalankan aktiviti membentuk doh mainan, kami sekumpulan mengambil keputusan untuk membenarkan setiap kumpulan simpan doh tepung tersebut kerana melihat mereka begitu khusyuk bermain doh mainan. Kami manfaatkan dua jam perbentangan tersebut dengan pengisian yang bermakna hingga rakan-rakan lain dapat mengingati apa yang mereka lakukan pada hari tersebut. Saya berasa bangga mempunyai ahli kumpulan yang sanggup bersusah bersama-sama, meluangkan masa mengeluarkan idea-idea bernas dan berkongsi wang untuk membeli tepung dan bahan-bahan lain. Sikap beginilah yang harus diterapkan dalam diri seseorang guru iaitu sikap bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

21

NAMA

: NAZRI FAHMY BIN BAHARIN

NO KAD PENGENALAN : 901219-10-5703 Pada semester kali ini,saya diwajibkan menjalani kursus terapi Pendidikan Khas. Bagi tugasan ini kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil agar perjalanan terapi Pendidikan Khas kali ini tampak lancar. Saya bersama-sama empat lagi ahli kumpulan saya yang lain dari kumpulan Pendidikan Khas tiga telah bergabung usaha dan tenaga dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami telah memilih untuk menjalankan serta membentangkan mengenai terapi cara kerja di hadapan kelas. Sebaik sahaja pembahagian tugas dijalankan, kami berlima mula memulakan tugas masing-masing demi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan di dalam menyiapkan tugasan ini. Saya mula mencari baha mengenai terapi cara kerja di lamanlaman sesawang dan buku-buku di perpustakaan. Saya juga berjumpa kepada pensyarah-pensyarah yang pakar mengenai bidang terapi ini. Akhirnya hasil di antara kami berlima mendapatkan maklumat serta input-input mengenai terapi cara kerja ini menampakkan hasil yang cemerlang. Alhamdulillah tanpa ada kerjasama di Antara rakan-rakan yang lain, tugasan ini pastinya tidak dapat dilakukan dengan mudah. Saya turut berasa terharu dengan kerjasama yang diberikan setiap ahli kumpulan saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Setiap seorang daripada ahli dapat menyumbangkan beberapa idea yang hebat dalam ketika sesi perbincangan di dalam kumpulan, hal ini amat membanggakan saya. Pada perbincangan kali pertama, kami berlima telah bersetuju untuk membuat doh dengan menggunakan plastisin serta bekas doh untuk menekap. Namun oleh kerana kami kekurangan sumber kewangan berikutan masalah elaun yang tidak dapat lagi maka kami membuat doh dengan menggunakan tepung. Idea ini terhasil melalui perbincangan kami dengan pensyarah pembimbing Cik Zubaidah. Beliau mencadangkan kepada kami agar membuah doh tepung bagi menjalankan aktiviti terapi cara kerja ni. Beliau terut memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami tentang bagaimana untuk menjalankan aktiviti terapi ini kepada kanakkanak Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

22

Hasil daripada pengalaman serta pemerhatian saya sewaktu saya menjalankan tugasan Program Berasaskan Sekolah(PBS) pada semester lepas, saya dapati aktiviti terapi cara kerja ini adalah melibatkan bahagian-bahagian motor halus. Terapi cara kerja ini penting bagi murid-murid pembelajaran khas. Tugas saya pada tugasan kali ini adalah membentangkan terapi cara kerja ini di hadapan rakan-rakan di dalam kelas. Bagi tugas menyiapkan doh tepung pula telah di berikan kepada ahli kumpulan saya yang lain. Justeru itu saya hanya perlu menyiapkan serta wajib memahami apa yang dimaksudkan dengan terapi carakerja sebelum saya membuat pembentangan nanti. Tanggal 1 Februari 2012, iaitu pada hari pembentangan saya telah meyediakan peralatan-peralatan untuk pembentangan seperti komputer riba dan LCD bersamasama ahli kumpulan saya. Pada permulaan agak sukar untuk memahamkan kepada rakan-rakan kelas akan apa yang kami perbentangkan kerana terdapat pelajar yang bersembang sewaktu perbentangan di jalankan. Namun setelah saya menegur kesalahan mereka barulah mereka senyap. Akhirnya semua perjalanan aktiviti kami berjalan dengan lancar tenpa sebarang gangguan. Pandangan serta komen daripada pensyarah pembimbing iaitu En. Azmi juga amat lah membina serta memuaskan hati saya. Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai ahli kumpulan yang begitu memberikan kerjasama yang sangat baik pada saya. Saya harap di semester-semester akan datang, akan ada lagi aktiviti-aktiviti seperti ini yang banyak memberikan kebaikan serta input-input baru pada pelatih-pelatih guru saperti saya ini.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

23

NAMA

: HUSNA NASIHA BINTI HAKIMI

NO KAD PENGENALAN : 891117-08-6218 Terapi cara kerja adalah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk

meningkatkan kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Secara umunya, terapi cara kerja ini adalah merupakan satu latihan untuk mengembalikan kefungsiaan otot-otot halus individu khususnya di bahagian jari jemari. Aktiviti amali terapi cara kerja ini telah dilakukan pada 1 Februari yang lalu selama dua jam di dalam kelas. Berdasarkan aktiviti amali yang telah dijalankan, beberapa penilaian dan semakan semula telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya yang lain bagi mengenalpasti kekurangan, kelemahan dan seterusnya melakukan beberapa cadangan penambahbaikan pada masa akan datang. KEKURANGAN DAN KELEMAHAN Antara kekurangan dan kelemahan yang dapat dikenalpasti selepas aktiviti ini berlangsung adalah, kumpulan saya hanya menjalankan satu aktiviti sahaja iaitu aktiviti doh mainan yang hanya menggunakan sejenis bahan sahaja iaitu doh tepung. Ketidakpelbagaian aktiviti ini menyebabkan aktiviti dilihat kurang menarik minat murid untuk melakukan aktiviti dan kurangnya timbul keseronokan dalam kalangan murid. Kelemahan seterusnya dapat dikenalpasti apabila bahan yang disediakan agak kurag berbanding jumlah bilangan murid yang ramai. Oleh itu setiap murid terpaksa berkongsi bahan doh mainan tersebut bersama. Terdapat juga beberapa orang murid yang tidak mencuba melakukan terapi ini akibat kekurangan bahan yang disediakan. Hal ini menyebabkan tidak semua murid dapat mengambil bahagian dalam melakukan terapi cara kerja ini. KELEBIHAN DAN KEBAIKAN

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

24

Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan amali terapi cara kerja ini, namun terdapat juga beberapa kelebihan yang telah dikenalpasti terdapat di dalam amali yang dijalankan ini. Antara kelebihan amali ini adalah, walaupun kami hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu doh mainan, tetapi saya dan ahli kumpulan yang lain dapat mempelbagaikan aktiviti hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu dengan meminta murid membentuk objek besar, objek kecil, membentuk abjad dan seterusnya meminta murid menggunakan imaginasi mereka untuk membentuk doh mainan tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Walaupun hanya menggunakan satu bahan sahaja sebagai terapi, terapi ini tetap dapat dilakukan dengan baik dan mencapai objektifnya kerana bahan yang disediakan ini dapat dijadikan sebagai satu bahan terapi untuk meningkatkan penguasaan motor halus murid. Selain itu, semasa terapi cara kerja ini dilakukan, kawalan kelas dapat dilaksanakan dengan baik di mana semua murid dapat mendengar arahan yang diberi dengan baik dan melakukan aktiviti seperti yang telah diarahkan. Selain itu, doh mainan yang telah disediakan dengan pelbagai warna juga dilihat mampu menarik minat murid terhadap bahan tersebut dan seterusnya membuatkan murid berminat dan teruja untuk melakukan aktiviti terapi cara kerja ini. Kelebihan seterusnya dapat dilihat apabila aktiviti terapi yang dijalankan ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada murid sebagai satu latihan asas kepada murid untuk meningkatkan kemahiran motor halus mereka untuk memegang pensel dan menulis. Selain itu, aktiviti terapi yang dijalankan ini juga dapat meningkatkan daya pemikiran murid supaya berfikir secara lebih kreatif dan kritis untuk membentuk doh mainan yang disediakan kepada pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan dan mencegah ketidakupayaan dan kefungsian mental murid untuk berfikir. Di samping itu, kelebihan bagi aktiviti terapi cara kerja yang dilakukan ini juga dilihat mampu memulihkan anggota murid yang lemah khususnya di bahagian motor halus murid iaitu di bahagia tangan dan jari. Aktiviti terapi doh mainan ini dapat memberikan latihan asas kepada murid untuk menggunakan pergerakan jarinya secara

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

25

keseluruhan dalam membentuk doh tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan pergerakan jari jemari murid ke tahap maksimum. Peningkatan terhadap penggunaan pergerakan jari ini membolehkan murid dapat

menggunakan jarinya dengan lebih baik untuk melakukan aktiviti seharian seperti mandi, memakai baju, melipat baju, memberus gigi, menyapu sampah dan sebagainya. Seterusnya melalui aktiviti terapi cara kerja ini juga, kelebihan dapat dilihat di mana melalui aktiviti terapi ini murid akan dapat meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka untuk berkomunikasi bersama rakan kelas. Melalui aktiviti terapi yang dijalankan secara berkumpulan ini, ia akan dapat menggalakkan wujudnya interaksi mesra dalam kalangan murid di dalam satu kumpulan yang sama. Selain itu, aktiviti terapi ini juga dapat membentuk emosi murid yang stabil dan tenang. Aktiviti terapi yang dijalankan secara tenang dan secara bermain dapat menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid. Emosi murid yang stabil ini juga dapat mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dengan menyediakan pelbagai bahan terapi supaya pelbagai aktiviti cara kerja dapat dilakukan. Sebagai contoh, guru boleh membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan

melakukan aktiviti terapi cara kerja yang berbeza menggunakan bahan yang berbeza. Antara aktivitinya adalah membentuk doh mainan, menggunting kertas dan membuka dan memasang alatan. Kepelbagaian aktiviti terapi ini mampu mengelakkan murid dari cepat merasa bosan dan juga menyediakan pengalaman yang bermakna kepada murid dalam menjalankan aktiviti yang pelbagai. Penambahbaikan seterusnya yang dapat dilakukan adalah dengan menyediakan lebih banyak bahan terapi yang bersesuaian dengan jumlah murid dalam satu kelas. Hal ini bagi memastikan setiap murid dapat mencuba melakukan akiviti terapi yang dijalankan seterusnya dapat memastikan tidak terdapat murid yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti terapi ini.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

26

NAMA

: NUR BAZILAH BINTI MUSTAFA BAKRAY

NO KAD PENGENALAN : 901101-08-6498 Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran saya tidak terhingga ke atas hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menjalankan amali bagi kursus Terapi Dalam Pendidikan Khas, kod PKU 3109, dalam masa yang ditetapkan berdasarkan giliran untuk melaksanakan amali. Melalui amali yang telah diberikan ini, saya dapat menimba seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai terapi cara kerja. Melalui penyelidikan saya terhadap terapi, saya mendapat pelbagai maklumat baharu. Hal ini kerana sebelum ini, saya tidak memahami peranan terapi dalam pendidikan khas dan cara pelaksanaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi pendapat saya, sekiranya tidak ada tugasan seumpama ini mungkin saya tidak akan menimba pengetahua bak mutiara pengalaman tersebut. Adat menjalankan tugas dalam kumpulan hendaklah sentiasa bergerak seiringan dan melakukan sesi perbincangan yang kerap bagi menghasilkan amali dan tugasan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Saya bersyukur kerana ahli kumpulan saya mempunyai ciri yang sangat baik iaitu rajin bertanya dan membuat rujukan serta melakukan perbincangan bersama-sama. Saya dan rakan berjumpa dengan Cik Zubaidah selepas waktu kelas untuk meminta pendangan beliau mengenai aktiviti yang kami akan laksanakan. Cik Zubaidah memberi penambahbaikan terhadap idea kami. Hasilnya, saya dan rakan-rakan dapat melaksanakan proses pembikinan ini dengan lancar dan baik. Selain tunjuk ajar dari Cik Zubaidah, pensyarah pembimbing seperti Encik Azmi dan Puan Sharina sentiasa memberi idea dan cadangan penambaikan terhadap setiap amali yang dijalankan tidak berpeluang untuk mengecapi nikmat ilmu dan

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

27

Kami berlima telah membahagikan tugas masing-masing. Antara tugas yang diberi ialah membuat slaid perbentangan, brosur, doh tepung dan membentangkan maklumat semasa amali dijalankan. Saya telah ditugaskan untuk membuat slaid perbentangan untuk memastikan pelajar dapat memahami terapi cara kerja yang dilaksanakan kepada murid pendidikan khas di sekolah. Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Hal ini kerana bagi saya untuk menghasilkan satu tugas yang boleh dianggap cemerlang, ia memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap. Dengan adanya perbincangan saya dapat melatih supaya lebih menghargai masa

memandangkan terdapat pelbagai tugasan yang harus saya selesaikan dalam sama yang sama. namun demikian, saya dapat jua akhirya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil tugasan saya. Semasa menjalankan amali terapi cara kerja, saya berasa gembira kerana walaupun doh tepung sedikit untuk setiap kumpulan tetapi pelajar dapat menghasilkan pelbagai bentuk mengikut kreativiti pelajar. Di sini saya dapat melihat semangat berkumpulan dan bekerjasama amat tinggi. Kekuatan yang saya peroleh semasa menjalankan amali terapi kerja, pelajar dapat menfokuskan aktiviti yang dijalankan. Dengan menggunakan doh tepung, kami dapat menghasilkan pelbagai aktiviti dengan meminta pelajar menguli,meramas,menggentel,memicit dan lain-lain. Pelajar dapat menguatkan lagi motor halusnya. Bilik Pembelajaran 6 yang selesa membuatkan saya tidak tersukar untuk memantau dan mengawal kelas yang besar. Selain itu, pelajar selesa menjalankan aktiviti kerana lengkap dengan meja, kerusi dan pelajar mudah uli doh tepung atas meja. Saya dapat merasakan bahawa tugasan ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara saya dan ahli kumpulan. Hal ini kerana kebanyakkannya masa saya diluangkan bersama untuk membincangkan perkara yang masih kurang jelas. Walaubagaimanapun, sekeras mana usaha saya dalam menyiapkan tugasan ini pasti akan berlaku banyak kekurangan dan kelemahan tetapi saya telah mencuba yang terbaik dan saya berharap, saya dapat mencapai tahap kualiti yang dimahukan dan ditetapkan demi menghasilkan satu kerja kursus yang berkualiti dan lengkap.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

28

Kelemahan yang timbul semasa menjalankan amali terapi cara kerja ialah muzik yang perlahan semasa membuat regangan. Semasa memasang muzik,pelajar di hadapan sahaja mendengar muzik. Hal ini menyebabkan pelajar di belakang membuat bising dan memberi perhatian. Selain itu, masa yang tidak mencukupi menyebabkan pelajar tidak diberi peluang untuk memberitahu hasil yang telah mereka dapat buat. Sebagai penambahbaikan, saya akan cuba membahagikan masa dengan elok supaya dengan masa yang ada, saya dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dan pelajar dapat menyatakan hasil tangan mereka supaya pelajar dapat menyatakan idea kreatif pelajar. Untuk keseluruhan, saya berasa gembira mempelajari terapi dalam pendidikan khas. Hal ini kerana, saya dapat idea baru untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang baik berdasarkan pengetahua dan pengalaman yang telah saya pelajari semasa menjalani amali. . Di samping itu, terdapat juga sedikit kesukaran difahami seperti untuk mengaplikasikan terapi semasa proses pengajaran berlangsung menyebabkan saya berasa putus asa untuk mempelajari. Walaubagaimanapun, saya perlu berusaha untuk memastikan saya dapat menguasainya. Akhir kalam, saya akui bahawa setiap insan tidak sempurna. Namun ada kelebihannya tersendiri yang memerlukan diri kita sendiri untuk terokainya,begitu jua dengan hasil tugasan yang telah saya laksanakan. Bagi saya, saya telah memberi sepenuh komitmen serta idea bagi melaksanakan tugasan ini. Tetapi setiap orang mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza. Namun begitu, saya berharap agar hasilan saya dapat memuaskan hati pensyarah di samping saya memperoleh pelbagai faedah serta maklumat baharu melalui tugasan Terapi dalam Pendidikan Khas ini. Maklumat sedemikian amat berguna bagi saya aplikasikan dalam alam khidupan saya kelak. Sekian, terima kasih.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

29

NAMA

: SITI SARAH BT ABDUL WAHAB SHAARI

NO KAD PENGENALAN : 890826-02-5552

Pada semester 5 kali ini, saya telah mengambil subjek PKU 3109 iaitu Terapi dalam Pendidikan. Subjek ini mengajar kami jenis-jenis terapi, kepentingan dan cara mengaplikasikan terapi ini dalam pengajaran di bilik darjah. Subjek ini begitu menarik dan saya pasti ramai yang meminati subjek ini kerana selain daripada belajar di dalam kuliah, kami semua juga dapat melakukan amali berkumpulan berdasarkan jenis terapi yang berbeza. Terdapat beberapa terapi yang telah kami jalankan iaitu terapi floor time, main, muzik, cara kerja dan lain-lain. Terdapat juga terapi yang kami lakukan diluar IPDA iaitu terapi berkuda yang diadakan di Equistrian Jitra dan terapi renang yang dijalankan di Darulaman Golf Club Center di Jitra.

Setiap kumpulan mempunyai giliran masing-masing untuk mengajar dan mengaplikasi terapi yang diagihkan. Kumpulan saya telah mendapat tugasan terapi cara kerja yang telah dilaksanakan pada 1 Februari 2012. Kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri Siti Sarah, Amalina Afiqah, Nur Bazilah, Nazri dan Husna. Saya dan rakan-rakan telah berbincang untuk melakukan aktiviti terapi cara kerja yang mudah didapati, murah dan senang dikendalikan. Pelbagai cadangan yang diberi oleh rakan-rakan kumpulan saya.setiap cadangan yang diberi telah kami renungi dan kaji

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

30

dengan teliti. Setelah itu, kami telah mendapat keputusan untuk membuat terapi cara kerja iaitu main doh. Untuk menjimatkan kos, kami telah bersepakat untuk menggunakan 1kg tepung yang dibancuh bersama air dan minyak dan sedikit pewarna makanan. Oleh itu, faktor keselamatan telah kami terapkan dalam terapi yang kami rancang. Disebabkan terapi cara kerja ini memerlukan aktiviti pembelajaran langsung yang memerlukan pelajar sendiri menyentuh doh mainan yang telah kami sediakan menyebabkan kumpulan kami perlu menyediakan doh mainan yang banyak yang mencukupi untuk 61 orang pelajar yang mengambil subjek ini. Boleh juga doh mainan yang sedia ada atau palestesin dibeli di kedai-kedai atau pasaraya, namun untuk menjimatkan kos, strategi yang kami gunakan adalah begitu meringankan bebanan kami sebagai pelajar. Sama ada guru pelatih atau guru yang mengajar di sekolah juga boleh menggunakan terapi ini dengan senang hati kerana tidak perlu risau murid anda memasukan doh mainan tersebut didalam mulut malahan kos yang digunakan juga sangat berpatutan.

Setelah melalui perbincangan dalam kumpulan, saya dan rakan kumpulan juga telah menemui salah seorang pensyarah kami iaitu Cik Zubaidah untuk bertanya mengenai aktiviti yang telah kami susun. Banyak pandangan, komen dan idea yang berguna yang dilontarkan oleh Cik Zubaidah yang menjadikan aktiviti yang saya dan kumpulan kendalikan lebih menarik. Setelah itu, saya dan kumpulan bersama-sama menyusun kembali langkah-langkah aktiviti yang bakal kami bentangkan.

Perbincangan telah dibuat, aktiviti telah disusun perkara yang seterusnya adalah membuat risalah mengenai terapi yang diajar dan menyediakan power point yang bakal ditayangkan sebelum berlangsungnya terapi cara kerja doh mainan untuk sedikit taklimat. Penyediaan power point dan risalah disediakan oleh saya, Amalina dan Nur Bazilah. Manakala, pembentangan pula kumpulan kami telah menugaskan Nazri dan Husna sebagai pembentang. Namun, tugas tersebut telah saya pikul sebagai bidan terjun.

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

31

Sehari sebelum berlangsungnya pembentangan tugasan amali terapi cara kerja, saya dan kumpulan telah mengamanahkan Amalina Afiqah untuk membuat doh yang telah kami rancang disebabkan faktor kemudahan yang dia ada serta faktor jarak antara saya dan kumpulan yang lain berjauhan telah menyebabkan tugas-tugas penyediaan doh mainan tidak dapat dilakukan bersama. Walaubagaimanapun, pembahagian tugas juga telah kami lakukan antara kumpulan. Salah seorang kumpulan kami iaitu Husna tidak begitu mengambil berat mengenai terapi yang kami rancang, tiada tugas khas yang dia buat. Husna hanya membantu membahagi doh pada kumpulan pelajar di dalam kelas sewaktu pembentangan dijalankan.

Hari yang ditunggu dan saat yang di nanti-nanti telah tiba. Tugasan terapi cara kerja perlu dibentangkan berdasarkan yang telah kami rancangkan bersama. Pembentangan kami dimulai dengan sedikit taklimat mengenai terapi cara kerja oleh Nazri dan dibantu oleh saya. Semasa taklimat berlangsung, risalah turut diedarkan oleh kumpulan saya. Semua rakan-rakan pelajar memberi perhatian yang baik kepada pembentangan kami. Setelah itu, aktiviti terapi cara kerja telah dikendalikan oleh saya. Aktiviti pertama ialah senaman jari, aktiviti ini dijadikan sebagai aktiviti pra terapi cara kerja memandangkan terapi ini bertujuan untuk kemahiran motor halus. Aktiviti kedua pula ialah meramas doh mainan yang diberi kepada semua orang. Aktiviti meramas doh mainan adalah merupakan aktiviti aras rendah kerana aktiviti ini mudah dilakukan oleh murid-murid pendidikan khas. Setelah itu, aktiviti ketiga adalah menggentel doh mainan membentuk bulatan yang besar. Aktiviti menggentel doh membentuk bulatan merupakan aktiviti aras sederhana kerana tidak semua pelajar yang mampu membentuk bulatan yang betul. Aktiviti ketiga merupakan aktiviti aras tinggi yang memerlukan pelajar menggentel doh mainan menjadi lima doh berbentuk bulat. Aktiviti ini mungkin sukar bagi murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah motor halus, namun latihan demi latihan perlu diberi supaya kemahiran motor halus mereka semakin meningkat. Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti membentuk pelbagai objek secara bebas mengikut kreativiti murid. Kreativiti murid boleh dinilai oleh guru dan disamping itu juga, guru juga boleh membantu membimbing murid ketika aktiviti ini

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKU 3109)

32

dijalankan. Guru juga boleh mengambil hasil doh mainan yang paling cantik untuk dipamerkan di dalam kelas.

Dengan aktiviti yang terakhir ini, maka berakhirlah pembentangan tugasan kami. Perkara terakhir yang perlu dilaksanakan adalah menghantar laporan terapi cara kerja beserta dengan refleksi individu. Laporan tugasan telah disediakan oleh Nur Bazilah dan Amalina Afiqah. Manakala saya menyediakan lampiran rujukan dan lampiran bergambar.

Kesimpulannya,

tugasan terapi cara kerja banyak membantu saya dan

kumpulan untuk menimba ilmu dan pengalaman yang baru yang begitu berguna kelak. Saya harap, saya dapat mengaplikasi jenis-jenis terapi yang saya telah belajar di sekolah nanti.