Anda di halaman 1dari 14

1.

PENDAHULUAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsepkonsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :

Kaedah sumbang saran Kaedah tunjuk cara (demonstrasi) Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah Kaedah oudioligual Kaedah kodkognetif Kaedah projek

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Namun bagi kamus dewan edisi ketiga maksud teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Mengikut Edward M. Anthony teknik merupakan satu muslihat atau strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimun pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Setiap guru mempunyai strategi atau cara yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu pembelajaran kepada setiap murid. Setiap guru akan menggunakan cara yang berbeza apabila menghadapi situasi yang berbeza daripada biasa. Jadi tidak hairanlah jika guru menggunakan pelbagai teknik dalam satu-satu masa.

Menurut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz mengatakan bahawa teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Ini bermakna teknik digunakan oleh seseorang guru apabila menjalankan P&P semasa di dalam kelas. Setiap guru tersebut akan berusaha menarik pelajar agar mengikuti pembelajaran yang disampaikan kepada setiap daripada mereka. Semasa berada di institut

perguruan atau di universiti, di samping didedahkan dengan pelbagai pengetahuan,bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar. Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi

arahan kepada atau berkongsi pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan. Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Asas kepada sumbangsaran ialah mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses penilaian. Aktiviti perlaksanaan sumbangsaran ini perlu dijalankan dengan memfokuskan kepada kuantiti idea-idea baru dan saranan-saranan yang telah disampaikan melalui interaksi sesama pelajar. DEFINISI SUMBANG SARAN Kaedah sumbangsaran ini juga dikenali sebagai Brainstroming, Perah Otak, Pecah Minda dan Percambahan Fikiran. Walaupun berbagai istilah dalam bahasa diterjemahkan, namun ia tetap merujuk kepada perkara yang sama dan tidak pernah mengubah kandungan pengertiannya. Perah otak ini adalah kaedah yang paling popular digunakan dalam teknik kreatif secara berkumpulan.

Unsur-unsur kreativiti adalah merupakan elemen yang utama kepada teknik perbincangan yang dikenali sebagai kaedah sumbangsaran. Pengasasnya ialah Alex Osborn dan kaedah ini wujud pada awal tahun 1930an kemudian diperkenalkan pada umum secara rasmi pada tahun 1953 melalui bukunya berjudul Applied Imagination. Menurut Rowlinson (1981) di dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim & Muhammed Fauzi Othman (2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu pendekatan yang digunakan semasa aktiviti
3

perbincangan dalam satu kumpulan untuk mendapatkan seberapa banyak idea dalam masa yang singkat. Bagi menggalakkan dan merangsangkan pertumbuhan pemikiran kreatif di kalangan pelajar, maka kaedah sumbangsaran adalah di antara kaedah yang berkesan boleh dipraktikkan. Asas kepada kaedah sumbangsaran adalah proses pengasingan penghasilan idea daripada menilai. Aktiviti-aktiviti dalam kaedah ini perlulah ditekankan kepada jumlah idea-idea dan saranan yang perlu disampaikan kepada pelajar melalui interaksi di kalangan mereka. Semasa kaedah sumbangsaran dijalankan, guru perlulah bijak melaksanakan dan mengendalikannya agar tiada pelajar yang terlepas dari melibatkan diri mereka. Ini bertujuan untuk menggalakan proses kreativiti berlaku di samping meningkatkan lagi keyakinan pada diri mereka. Pengawalan sesi sumbangsaran yang sempurna juga akan dapat memastikan agar semua idea dan penyelesaian masalah yang dibangkit dan dikemukakan oleh seseorang pelajar itu, tidak akan terbantut. Kadang-kadang penyelesaian masalah yang diberikan mungkin tidak logik. Manakala proses penilaian, perbincangan dan kritikan perlu dikemudiankan. Ini bertujuan agar keseluruhan sesi sumbangsaran dapat berjalan dengan lancar. Kecenderungan guru untuk membuat penilaian bagi melihat sejauh mana keberkesanan sesi sumbangsaran yang dilaksanakan sama ada ianya berjaya atau sebaliknya boleh mengganggu keseluruhan sesi ini. 2.0 TUJUAN SUMBANG SARAN

Tujuan memilih berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu teknik pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Misalnya menurut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Dalam satu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai kaedah. Contoh dalam pendekatan induktif (iaitu pengajaran yang bermula daripada yang spesifik kepada yang umum), pelbagai kaedah
4

boleh digunakan seperti kaedah projek, kaedah inkuiri, kaedah sokratik, dan kaedah penyelesaian masalah.

Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai 3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar 4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan 7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada Tujuan sumbang saran perlu betul untuk di guna pakai di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sumbang saran perlu tahu digunakan oleh guru di dalam bilik darjah supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan murid-murid dapat berkerjasama dan seronok melakukan teknik sumbang saran ini. Namun guru perlu tahu tujuan dan teknik yang digunakan sesuai di gunakan untuk golangan pelajar yang macam mana. Tujuan utama penggunaan sumbangsaran sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Sumbangsaran kadangkala dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Oleh itu, sumbangsaran menggunakan teknik buzz untuk mendapatkan idea yang boleh memberi peyelesaian kepada sesuatu masalah yang diharapkan.Teknik sumbang saran ini sesuai digunakan untuk semua golongan pelajar bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memberi idea dan berfikir bersama-sama rakan di dalam kumpulan. Guru berfungsi sebagai pemantau dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Teknik ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta berani untuk mengutarakan idea dan pandangan serta jawapan mereka di dalam kumpulan. Guru perlu bijak untuk

membahagikan kumpulan sumbang saran supaya keadaan berjalan lancer dan teratur mengikut apa yang di rancang oleh guru.

Tujuan lain yang terdapat di dalam teknik ini ialah teknik ini menggalakkan penggunaan daya imiginasi/ pemikiran kreatif pelajar. Di dalam teknik ini juga idea-idea dikemukakan oleh pelajar secara bebas dan spontan tetapi difokuskan kepada isu yang ditetapkan. Teknik ini juga bertujuan untuk mencari idea-idea yang baru seperti contoh idea-idea baru:

a) b) c) 3.0

dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam mencari idea-idea baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi dalam membuat pelbagai interpretasi bagi sesuatu peristiwa. PERATURAN/ PRINSIP ASAS SUMBANG SARAN

Di dalam teknik sumbang saran ini terdapat peraturan atau prinsip asas yang perlu di patuhi. Di dalam teknik ini peraturan nya tidak terlalu banyak dan boleh dipatuhi dan diikuti oleh semua orang. Peraturannya adalah seperti: a- Sebarang idea diterima b- Dilarang mengkritik sebarang idea c- Sebanyak idea yang mungkin diperlukan d- Idea-idea disarankan secara spontan

e- Idea-idea yang dikemukakan boleh digunakan dan diperkembangkan oleh pelajar- pelajar Keberkesanan sesi sumbang saran bergantung kepada: sikap positif guru dalam menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar suasana terbuka untuk membolehkan pelajar-pelajar berani mengemukakan idea walaupun dianggap tidak penting

guru bertindak sebagai penyederhana (moderator) memastikan idea-idea diutarakan secara bebas, tanpa kritikan dan idea-idea yang dipilih akan diperkemaskan dan digunakan sebaik-baiknya.

4.0

CIRI-CIRI SUMBANG SARAN

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Dalam situasi bilik darjah, sesi sumbangsaran boleh dikendalkan seperti sesi buzz. Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan guru mengemukakan satu atau beberapa topik perbincangan berbentuk soalan masalah. Selepas guru memberi garis panduan untuk mengadakan perbincangan, murid-murid dibahagikan beberapa kumpulan kecil (setiap kumpulan mengandungi 6-10 orang murid). Setiap kumpulan akan diberikan satu topic perbincangan dan ahli-ahli kumpulan kecil digalakkan menyumbangkan idea masing-masing oleh pengerusinya. Idea-idea yang telah dikemukakan akan dicatatkan oleh seorang pelapor yang dipilih daripada kumpulan kecil. Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula untuk mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan atau idea yang dikemukakan. Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid membuat keputusan atau rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka. Melalui kaedah ini, pelajar dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis. Di samping itu juga dapat memupuk semangat kerjasama berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pelajar juga dilatih supaya berusaha menyelesaikan masalah penting sesama mereka. Selain itu, murid-murid juga dilatih supaya dapat menguasai kemahiran lisan dengan bermutu tinggi. Berikut merupakan kaedah sumbangsaran: Menggalakkan penggunaan daya imiginasi dan pemikiran kreatif pelajar Idea-idea dikemukakan secara bebas dan spontan tetapi difokuskan kepada isu yang ditetapkan untuk mencari idea-idea yang baru - dalam penyelesaian sesuatu masalah - dalam mencari idea-idea baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi -dalam membuat pelbagai interpretasi bagi sesuatu peristiwa Beberapa orang pelajar dilantik sebagai pencatat semua idea yang dikemukakan (pada
7

papan tulis/kertas saiz besar) Terdapat dua pilihan setelah tamat sesi sumbang saran; - memberi masa kepada pelajar memikirkan idea-idea atau maklumat-maklumat tambahan penilaian idea-idea ditangguhkan ATAU - menilai idea-idea yang disaranakan bagi menentukan yang mana berpotensi bagi

mencapai objektif sumbang saranUntuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbang saran harus dipatuhi iaitu :

1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. 2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan : a) pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. b) setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. c) semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. d) cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Teknik sumbang saran perlu bijak di aplikasikan oleh guru di dalam bilik darjah. Guru perlu tahu cirri-ciri yang diguna oleh teknik sumbang saran. Antara cirri-ciri teknik sumbang saran ialah: Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
8

Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

Di dalam teknik ini beberapa orang pelajar di lantik sebagai pencatat semua idea yang dikemukakan. Setelah tamat sesi sumbang saran guru perlu membuat pilihan iaitu memberi masa kepada pelajar memikirkan ideaidea atau maklumat-maklumat tambahan penilaian idea-idea ditangguhkan. Atau menilai idea-idea yang disarankan bagi menentukan yang mana berpotensi bagi mencapai objektif sumbang saran. Guru berperanan sebagai pemantau sahaja di dalam teknik ini .

5.0

PELAKSANAAN SUMBANG SARAN Di dalam pelaksanaan teknik sumbang saran, guru-guru dan pelajar perlu memainkan peranan

penting bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Guru perlu menerangkan tujuan dan mengemukakan persoalan yang menjadi focus sesi berkenaan. Teknik ini juga mementingkan kebebasan pelajar dalam memberi idea. Semua idea yang disampaikan oleh semua pelajar adalah diterima, sama ada betul atau salah. Guru perlu mengumpul sebanyak mungkin idea yang telah diberikan oleh murid. Guru juga tidak boleh mengkritik idea yang diutarakan oleh murid-murid. Interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman dan pengetahuan akan melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi, idea-idea yang dikemukakan oleh rakan-rakan boleh dikembangkan oleh rakan-rakan yang lain. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar akan melibatkan diri secara lebih aktif untuk memberikan pandangan dan idea mereka semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Pelaksanaan teknik ini di dalam pembelajaran dan pengajaran dapat menarik perhatian para pelajar daripada berasa bosan. Masa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak. Ianya
9

tidak akan menjemukan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Guru juga berperanan sebagai pengadil dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam teknik ini. Guru juga perlu menggesa supaya setiap murid mengemukakan idea walaupun ianya salah.

6.0

KELEBIHAN SUMBANG SARAN

Kaedah sumbangsaran mampu mewujudkan suasana yang harmoni didalam sesuatu kelas ataupun kelompok kelas tersebut. Kaedah yang menggunakan percambahan idea daripada pelajar-pelajar sangat member kesan yang baik kepada para pelajar. Antara kelebihan yang dapat kita perhatikan ialah kaedah ini dapat mencungkil idea yang banyak daripada sekumpulan peserta dalam masa yang begitu singkat. Idea yang diberikan oleh setiap pelajar harus diterima dengan hati yang terbuka tangan mengira kesalahan atau idea yang diberikan kepada guru sama ada salah atau betul. Guru harus menerima semua jawapan pelajar sebelum ditapis kembali. Idea yang banyak akan menyenangkan pembelajaran pelajar dan pengajaran daripada guru. Kaedah ini mampu membuatkan pelajar menjadi lebih aktif dan bukannya pasif semasa belajar di dalam kelas. Pelajar tidak cepat bosan jika penglibatan mereka diutamakan. Selain itu juga, interaksi antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman dan pengetahuan akan melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jika setiap pelajar mempunyai pandangan yang berbeza dan juga idea yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu masalah maka masalah akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Mungkin idea yang dikemukan boleh membantu kumpulan pelajar itu dalam mencari penyelesaian yang terbaik. Pengalaman setiap pelajar adalah berbeza dalam setiap perkara. Sebagai seorang guru juga,semua idea yang dikemukakan oleh semua pelajar adalah diterima sama ada ianya salah atau betul. Ini kerana sebagai seorang guru yang bijak kita seharusnya menghargai apa yang disampaikan oleh pelajar walaupun kenyataan yang diberikan kurang tepat. Mungkin kita boleh memneri pujian kerana telah mencuba sedaya upaya dan membetulkan perkara sebenar tentang jawapan yang diberikan. Dengan kaedah sumbangsaran ini, akan lebih menggalakkan para pelajar untuk memyumbangkan
10

idea walaupun idea yang diberikan tidak tepat atau betul. Kebijaksaan guru dalam mengatasi masalah ini sangat penting. Pelajar disini bebas mengeluarkan idea yang dirasakan betul. Tidak ada sekatan dalam member idea dalam sesuatu perbincangan. Antara kelebihan lain yang dikenalpasti seperti masanyang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak. Aktiviti yang menarik apabila berlaku perbincangan dan perbahasan antara para pelajar di dalam kelas. Secara tidak langsung juga kelas akan menjadi ceria dan para pelajar tidak mudah bosan dengan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar juga akan sentiasa berada didalam kelas tanpa berfikir untuk ponteng kelas atau sebagainya. Pelajar akan tertunggun-tunggu masa pembelajaran guru tersebut. Guru yang mengamalkan cara P&P yang sebegini akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Kaedah sumbangsaran yang digunakan mampu melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam diri setiap pelajar. Pelajar yang didedahkan dengan pembelajaran yang sebegini akan lebih terbuka pemikirannya kerana guru secara tidak langsung menjadi internet atau astro kepada pelajar tersebut. Pelajar akan dapat memikirkan suatu idea atu pendapat yang bernas jika menghadapi sesuatu perkara di dalam hidupnya. Pelajar yang telah didedahkjan denga persekitaran yang sebegini akan mudah untuk meyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Setelah pelajar emmpunyai pemikiran yang kreatif maka mereka seharusnya boleh menumpang atau mengambil idea orang lain, mengubah atau mengembangkan idea itu untuk melahirkan satu idea yang baru. Idea yang diperolehi oleh pelajar akan senang untuk diolah oleh pelajar keran telah mempunyai kemahiran untuk mengubahsuai idea yang sedia ada. Ini sangat memerlukan kreativiti pelajar itu atau pelajar dapat melakukannya semasa dalam kumpulan. Kerjasama antara pelajar juga sangat penting dalam menjadikan sesuatu perkara itu berjalan lancar. Semasa sumbangsaran dijalankan, para pelajar dinasihati supaya menonjolkan keupayaan atau kelebihan yang ada dalam diri masing-masing agar kebolehan itu boleh dicungkin ke tahap yang lebih baik lagi. Bagi menjayakan proses sumbang saran dalam P&P di sekolah, guru tidak perlu membuat penghakiman, penilaian atau kritikan idea-idea yang salah atau tidak benar. Sebagai seorang guru, sebolehnya jangan cepat membuat penilaian keatas seseorang pelajar dalam sesuatu perkara. Walaupun
11

pelajar itu jahat atau baik, kita seharusnya jangan beranggapan awal tentang sesuatu perkara. Contohya, jika seseorang pelajar itu melakukan kesalahan janganlah kita cepat menuduhnya bukan-bukan dan angaap budak itu jahat atau nakal tetapi guru harus selidik dahulu sebab kenapa pelajar tersebut melakukan perkara itu. Terdapat banyak kelebihan yang boleh digunakan oleh para guru untuk menarik minat pelajar dalam menjadikan pembelajaran tidak membosankan. Guru-guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar, namun tanpa usaha yang gigih daripada pelajar seseorang itu tidak akan Berjaya menjadi pelajar yang cemerlang. 7.0 KELEMAHAN SUMBANG SARAN Jika seseorang guru itu ingin menggunakan kaedah sumbang saran maka beliau mestilah mempunyai kepakaran serta idea yang banyak untuk mengawal pelajar-pelajar didalam kelas.Banyak kelebihan jika seseorang guru itu menggunakan kaedah sumbangsaran ini, secara tak langsung guru dapat melihat bakat yang ada dalam diri setiap pelajar sama ada pelajara itu aktif atau pasif. Namun, terdapat kelemahan tentang teknik sumbang saran ini. Antara kelemahan yang terdapat dalam teknik ini ialah ia hanya praktikal bagi kumpulan yang dianggotai tidak lebih daripada 20 orang. Maknanya disini, kelas akan jadi tidak praktikal jika pelajar di dalam kelas melebihi 20 orang. Antara sebab-sebab kenapa kelas menjadi tidak praktikal jika melebihi 20 orang ialah kerana pelajar-pelajar mungkin tidak akan mendapat perhatian yang baik daripada guru kelas tersebut kerana guru terpaksa melayan kerenah pelajar yang ramai. Guru kelas juga mungkin tidak dapat melihat perkembangan mental dan fizikal setiap pelajarnya kerana terlalu memikirkan tentang masalah pelajar-pelajarnya. Kemungkinan besar juga ada pelajar yang ponteng kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar yang ramai menyebabkan ada pelajar mengambil kesempatan untuk tidak masuk kedalam kelas. Selain daripada itu, kelas boleh menjadi kelam-kabut jika tiada perancangan teliti dan kemahiran memimpin dari guru kelas itu sendiri. Untuk menggunakan teknik sumbangsaran ini, seseorang guru itu perlulah bijak mengawal kelas agar pelajar-pelajar tidak mudah bosan atau pembelajarn tidak lari dari topic yang dibincangkan. Guru perlulah membuat persediaan awal sebelum masuk ke kelas atau memulakan
12

pembelajaran, perancangan yang dilakukan haruslah merangkumi perbincangan dan langkah-langkah dan pelaksaan yang ingin diambil oleh guru. Dengan cara ini guru boleh mengelakkan situasi yang kelam-kabut semasa P&P berlangsung. Contohnya, jika hari ini guru ingin mengajar pelajarnya tentang jenis-jenis buah tempatan, guru tersebut haruslah memberitahu pelajar-pelajarnya agar menyenaraikan beberapa jenis buah-buahan dan menyoal pelajarnya keesokan hari. Ini kerana member persediaan kepada pelajar untuk mencati jawapan yang sesuai. Guru juga harus bersedia dengan jawapan jika terdapat pelajar-pelajar yang ingin menanyakan soalan. Seharusnya guru tersebut menunjukkan gambar kepada pelajar agar lebih difahami. Namun begitu, ada segelintir murid yang sukar untuk memberikan pandangan dan meyuarakan pendapat semasa P&P berjalan. Namun begitu sebagai guru kita tidak boleh menyalahkan pelajar tersebut tetapi seorang guru itu perlu bijak memancing pelajar yang pasif itu agar kembali aktif dengan emnggunakan teknik-teknik yang boleh menyebabkan pelajar itu kembali aktif didalam kelas. Jika terdapat pelajar seperti ini di dalam kelas maka semua pelajar yang lain harus memainkan peranan agar dapat membantu pelajar ini. Pelajar yang lain harus mengajak pelajar yang pasif tersebut supaya kembali akti dan tidak terpinggir serta ketinggalan dalam pembelajaran. 8.0 PENUTUP Kesimpulannya, kaedah sumbang saran banyak memberi kesan yang positif berbanding kesan negative. Tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Guru perlu tahu serba serbi tentang apa yang ingin diajar, selain itu guru dianggap orang yang hebat di sekolah. Guru menjadi rujukan para pelajar sama ada untuk menyelesaikan masalah peribadi atau masalah berkenaan dengan pelajaran. Para pelajar menjadikan guru mereka sebagai idola. Kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat harus dipelbagaikan agar murid-murid tidak cepat bosan dan jemu dengan pembelajaran yang dijalankan. Pelbagai kaedah atau teknik yang boleh
13

diaplikasikan asalkan guru itu tahu tentang tujuan dan matlamat pembelajaran yang igin dikaji. Antara teknik yang boleh digunakan ialah teknik latih tubi,drama, inkuiri, simulasi, main peranan dan banyak lagi. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan. Sebagai seorang guru, persediaan yang cukup untuk menghadapi para pelajar sangat penting. Segala persediaan perlu dilakukan agar guru tidak panic apabila ditanya oleh pelajar. Teknik-teknik yang digunakan akan berkesan jika kerjasama daripada semua pihak iaitu guru, pelajar dan pihak tertentu seperti ibu bapa dan pihak sekolah.

14