Anda di halaman 1dari 2

Jurnal 1 (minggu pertama : 19-23 Mac 2012) Masalah perasaan malu dalam kalangan murid. 1.

0 Masalah Isu ini telah dikenalpasti pada minggu pertama praktikum iaitu ketika orientasi murid dijalankan. Saya mengalami kesukaran untuk mendengar apa yang cuba disampaikan oleh murid ketika mengenalkan diri. Suara mereka sangat kecil dan mereka malu untuk menyatakan hobi dan cita-cita mereka. 1.1 Persoalan Bagaimanakah guru boleh mengatasi masalah malu dalam kalangan murid dan membantu murid untuk menyuarakan pendapat/pandangan mereka?

2.0 Perkembangan Masalah Pada hari Selasa (20 Mac 2012), saya telah ditugaskan untuk berada dalam kelas tahun 6 Utarid bagi tujuan sit in seawal jam 7.15 pagi hingga 8.15 pagi untuk matapelajaran bahasa Melayu. Normanya, untuk pertama kali masuk kelas, sesi orientasi murid akan dilakukan dan saya meminta setiap pelajar memperkenalkan nama, hobi dan cita-cita seorang demi seorang. Namun begitu, sukar bagi saya untuk mendengar suara dan apa yang cuba disampaikan oleh murid-murid tersebut. Pada pandangan saya, perasaan malu dalam diri mereka telah membataskan perhubungan dan komunikasi yang pertama antara kami. Saya melihat hal ini sebagai satu masalah yang serius jika tidak dibendung kerana akan memberi kesan kepada sesi P&P.

3.0 Analisis Masalah Murid-murid tahap 2 terutama tahun 6 adalah tidak wajar untuk memiliki sikap malu yang melampau. Hal ini demikian kerana, pengalaman bergaul dan berkomunikasi antara guru dan rakan-rakan yang lain selama bertahun-tahun harusnya telah membantu mereka untuk mengadakan komunikasi yang lebih baik. Perasaan malu yang melampau ini menjadikan murid bersuara dengan nada yang

sangat rendah dan kadangkala hanya boleh didengari setelah saya mendekatkan telinga hampir ke mulut mereka.

3.1 Punca /Sebab Masalah Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lampau saya, perasaan malu memang semulajadi ada dalam diri masing-masing dan perasaan itu semakin menebal terutama ketika berjumpa dengan guru baru. Hal ini demikian kerana murid belum mengenali guru tersebut dan masih cuba menyesuaikan diri dengannya sebelum memulakan komunikasi. Pada masa yang sama, murid-murid malu untuk menyuarakan pendapat berikutan khuatir apa yang diutarakan salah dan mengundang persepsi buruk dalam diri guru terhadap mereka. Seboleh-bolehnya, mereka ingin guru melihat kelebihan dalam diri mereka dan mereka mengambil sedikit masa untuk memulakan komunikasi.

3.2 Tinjauan Literatur

Anda mungkin juga menyukai