Anda di halaman 1dari 14

1.

Pendahuluan Zambia secara rasminya dikenali sebagai Republik Zambia. Republik Zambia merupakan negara daratan di Afrika Selatan.

1.1

Jiran Zambia dikelilingi negara Afrika lain seperti Republik Demokratik Congo di Utara. Di sebelah Timur Laut Zambia pula adalah negara Tanzania. Malawi pula terletak di sebelah Timur Zambia. Negara-negara seperti Mozambique, Zimbabwe, Botswana dan Nanbia pula terletak di Selatan Zambia manakala Angola merupakan jiran Zambia di sebelah Barat.

1.2

Ibu negara Ibu negara bagi Zambia adalah Lusaka. Lusaka terletak di bahagian Selatan-Tengah Zambia. Segala urusan seperti pentadbiran dijalankan di Lusaka.

1.3

Kependudukan Bagi negara Zambia, kependudukannya lebih tertumpu di kawasan sekitar Lusaka di Selatan dan Copperbelt di Barat Laut Zambia. Hal ini berlaku ekoran daripada berlakunya perkembangan yang pesat di bahagian tersebut yang menyebabkan penduduk dari kawasan lain tertarik untuk menetap di kawasan tersebut. Perkembangan yang pesat menyediakan kemudahan yang mencukupi seperti pendidikan, peluang pekerjaan dan sebagainya.

1.4

Asal Asalnya bumi Zambia didiami oleh orang Khisan. Zambia telah menjadi tanah jajahan British RhodesiaUtara hingga akhir abad ke-19 setelah diterokai oleh peneroka Eropah

pada abad ke-18. Pada masa tersebut, Zambia diperintah oleh pentadbiran yang dilantik pegawainya dari London dengan nasihat Syarikat British Afrika Selatan. 1.5 Merdeka Zambia mencapai kemerdekaannya pada 24 Oktober 1964. Zambia mendpat pengisytiharan kemerdekaannya dari United Kingdom. Selepas mencapai

kemerdekaannya, bermulalah era pemerintahan Zambia ke atas negaranya sendiri. Ketua negara Zambia adalah presiden. 1.6 Presiden 1. Presiden Zambia yang pertama sejurus selepas kemerdekaannya ialah Kenneth Kaunda. Zambia diperintah oleh Kenneth Kaunda dari tahun 1964 hingga tahun 1991. Tempoh pemerintahaan Kenneth agak lama berbanding presiden yang lain. 2. Selepas zaman pemerintahan Kenneth, presiden yang seterusnya ialah Presiden Frederick Chiluba. Frederick Chiluba merupakan ahli Pergerakan Demokrasi Sosial untuk Demokrasi Multi- Parti. Frederick membawa kemajuan yang besar kepada Zambia, buktinya, pada era pemerintahan Frederick, ekonomi negara bertambah maju berbanding sebelumnya. Frederick Chiluba menjadi presiden Zambia bermula pada tahun 1991 hingga tahun 2002. 3. Seterusnya, pentadbiran Zambia diteruskan oleh Levy Mwanawasa bermula Januari 2002 hingga Ogos 2008. Levy Mwanawasa melancarkan kempen untuk membanteras gejala rasuah dan meningkatkan taraf hidup penduduk daripada peringkat yang ditinggalkan oleh presiden yang sebelumnya. 4. Rupiah Banda merupakan presiden terkini Zambia. Rupiah dijangka akan menamatkan khidmatnya sebagai presiden Zambia pada tahun 2012 kerana telah ditewaskan oleh

Micheal Sata dalam pilihanraya pada 2011. Micheal telah bersedia untuk menyandang jawatan sebagai presiden Zambia bagi sesi 2012 akan datang. 1.7 Pencapaian Pada tahun 2010, Bank Dunia telah mengisytiharkan Zambia sebagai salah sebuah negara terpantas di dunia dalam reformasi negara-negara ekonomi. Maksdunya, Zambia merupakan salah sebuah negara yang mencapai kemajuan ekonomi dalam masa yang singkat.

2.0

Etimologi Asalnya, wilayah Zambia yang dulu dikenali sebagai Rhodesia Utaka pada tahun 1911. Walaubagaimanapun, setelah Rhodesia Utaka ( Zambia ) mencapai kemerdekaan pada 24 Okteber 1964, nama tersebut ditukar menjadi Zambia. Perkataan Zambia dikatakan berasal dari nama Sungai Zambezi yang merujuk kepada Tuhan Sungai. Sungai Zambezi mengalir melalui kawasan barat negara dan membentuk sempadan selatan.

3.0

Sejarah Zambia moden didiami oleh masyarakat pemburu-pengumpul Khoisan. Apabila penduduk yang lebih maju berhijrah, kumpulan entik yang asal mula mengalami proses asimilasi. Pada abad ke-12, golongan utama pendatang berbahasa Bantu tiba semasa perkembangan Bantu. Dalam kalangan tersebut, golongan orang Tonga1 yang pertama

menetap di Zambia yang dipercayai datang dari Timur berhmpiran Laut Besar. Orang Nkoya juga tiba pada awal perkembangannya. Meraka datang dari kerajaan Luba-Lunda yang terletak di selatan Republik Demokratik Congo dan Utara Selatan Angola moden
1

Juga dikenali sebagai Ba-Tonga Ba bermaksud wanita

kemudian diikuti pula dengan kedatangan yang lebih besar apda akhir bad ke-12 hingga awal abad ke-13. Awal abad ke-19, orang Nsokolo pula menetap di daerah Mbala di bahagian Utara Zambia. Pada abad tersebut juga, orang Ngori dan Sotho pula tiba dari selatan. Menjelang akhir abad ke-19, kebanyakkan oranr dari pelbagai bangsa di Zambia mula menetap dan membina kawasan petempatan mereka pada masa itu. Antara pelawat yang paling awal dari Eropah ke Zambia adalah Francissco de Lacerda. Livingstone merupakan orang Eropah yang paling menonjol di Zambia. Livingstone mempunyai visi ketika berada di Zambia. beliau ingin menematkab pemerdagangan hamba abdi melalui konsep 3C ( Kristian, perdagangan dan tamadun). Livingstone juga merupakan orangpertama yang menjumpai air terjun indah di Sungai Zambezi. Livingstone telah menemui Air Terjun Victoria. Air terjun tersebut dinamakan begitu sempena dengan nama Ratu Victoria. Penduduk tempatan pula menemakan airterjun tersebut sebagai Mosi-O-Tunya bermaksud Thundering Smoke dalam avid Livingstone.

4.0

Politik Politik di Zambia mula mendapat tempat dalam rangka kerja seorang wakil presiden Republik Demokratik di mana, Presiden Zambia merupakan ketua negari dan ketua kerajaan dalam sistem multi-parti pluniform. Kerajaan menjalankan kuasa eksekutif manakala kuasa perundangan terletak pada kuasa kedua-dua iaitu kerajaan dan perlimen. Zambia merupakan sebuah Republik sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada Okteber 1964.

5.0

Wilayah Zambia mempunyai 9 wilayah. Setiap wilayah ditadbir oleh timbalan menteri yang dilantik. Masing-masing wilayah dibahagi kepada beberapa daerah dengan sejumlah besar daripada 72 daerah. 1. Northern 2. Lapua 3. Eastern 4. Center 5. Copperbelt 6. Lusaka 7. Southern 8. Weastern 9. North-weastern

6.0

Geografi Zambia merupakan negara daratan di Afrika Selatan. Mempunyai iklim tropika yang mana, kebanyakkannya dataran tinggi, terdiri daripada beberapa gunung dan bukit, diselah oleh lembah sungai. Zambia merupakan negara ke 39 terbesar di dunia dan sedikit lebih besar berbanding negeri di Amarike Syarikat iaitu Texas. Negara Zambia terletak antara latitude 8 & 18 S dan longitude 22 & 34.

6.1

Utara Geografi di utara Zambia sangat rata dengan dataran luas.

6.2

Barat

Di bahagian barat Zambia pula, tempat yang paling terkenal biasanya Dataran Banjir Barotse yang mana, dataran tersebut akan banjir dari Disember hingga Jun. 6.3 Timur Di timur Zambia pula, dataran tinggi yang terbentang antara Zambezi dan tasik Lembah Tanganyika berkeadaan condong ke atas menuju utara dan menaik secara tidak kelihatan dari kira-kira 900m (2953 kaki) di selatan hingga 1200m (3937 kaki) di tengahtengah, mencapai 1.800m (5906 kaki) di Utara berhampiran Mbala. Kawasan dataran tinggiutara Zambia telah dikategori oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WHO) sebagai bahagian besar hutan pusat Zambezian Miombo. 7.0 Iklim Keadaan iklim di Zambia ialah tropika. Keadaannya berubah oleh ketinggian. Dalam pengelasan iklim Koppen, kebanyakkan negara diklasifikasikan sebagai subtropika lembab atau tropika basah kering dan terbentang kecil iklim padang rumput separuh gersang di selatan barat dan di sepanjang Lembah Zambezi. 7.1 Musim Negara Zambia mempunyai 2 musim utama iaitu hujan dan kering. Musim hujan terjadi sekitar bulan November hingga April yang sepadan dengan musim Panas tempoh kitarannya. Manakala musim kering pula terjadi sekitar bulan Mei atau Jun hingga Oktober yang mana tempoh berlakunya musim kering sepadan dengan musim sejuk. Musim kemaraudibahagi kepada 2 iaitu musim sejuk kering (Mei / Jun hingga Ogos) dan musim panas yang kering (September hingga Oktber/November). Perubahan iklim akibat daripada ketinggian memberikan negara cuaca subtropika yang menyenangkan daripada keadaan iklim tropika semasa musim sejuk bulan Mei hingga Ogos.

Walaubagaimanapun, purata suhu bulanan kekal melebihi 20c di kebanyakkan kawasan selama 8 atau lebih banyak bulan pertama tahun ini (2011).

8.0

Demografi Zambia merupakan salah satu negara paling tinggi perbandaran di sub-sahara Afrika dengan 44% penduduk tertumpu di beberapa kawasan bandar sepanjang koridor pengangkutan utama. Kawasan luar Bandar kurang diduduki lantas menyebabkan berlakunya pengangguran yang seruis di kawasan Bandar. Kebanyakkan penduduk Zambia di luar bandar adalah petani sara diri. Penduduk terdiri daripada kira-kira 72 kumpulan etnik yang kebanyakkannya berbahasa Bantu. Hamper 90% penduduk Zambia terdiri daripada 9 kumpulan utama iaitu Nyanja-Chewa, Bemba, Tonga, Tumbuka, Lunda, Luvale, Kaonde, Nkoya dan Lozi. Kawasan luar bandar pula, masing-masing kumpulan etnik tertumpu di kawasan tertentu dan banyak kumpulan kecil yang tidak dikenali. Walaubagaimanapun, semua kumpulan etnik boleh didapati dalam jumlah yang ketara di Lusaka dan Copperbelt.

9.0

Bahasa Bahasa rasmi Zambia adalah bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris digunakan untuk urusan rasmi dan bahasa pengantar pengajaran di sekolah. Bahasa utama tempatan terutamanya di Lusaka adalah Nyanja. Walaubagaimanapun, Bemba ngan Nyanja dituturkandi kawasan Bandar sebagai tambahan kepada bahasa peribumi lain yang biasa dituturkan di Zambia. Anggaran jumlah bahasa yang dituturkan di Zambia bertambah sehingga 72. 13 dialek dikira sebagai bahasa dalam hak mereka sekaligus membawa

angka 72 menjadi 83. Proses pembandaran membawa kesan dramatic kepada beberapa bahasa asli termasuk asimilasi daripada bahasa lain yang asli dan bahasa Inggeris. Di Copperbelt, rata-ratanya bertutur dalam dialek Bemba nagn Nyanja. Dialek Nyanja secara dominannya dituturkan di Lusaka dan Timur Zambia. Namun begitu, bahasa Inggeris masih digunakan untuk tujuan komunikasi rasmi.

10.0

Agama Agama rasmi di Zambia adalah agama Kristian mengikut perlembagaan 1996. Akan tetapi, pelbagai tradisi agama yang wujud. Pemikiran agama tradisional bercampur dengan mudah dengan kepercayaan Kristian. Denominanasi Kristian termasuklah Roman Katolik, Anglican, Pente costal, Gereja kerasulan baru, Lutheran, aAdventist hari ketujuh, Gereja Jesus kristus saints Kamudian Hari, saksi-Saksi Jehorah dan pelbagai mazhab Evangelican. Kira-kira 87% penduduk adalah penganut kristian, 1 umat Islam dengan hidup di kawasan Bandari dan terdapat juga komuniti kecil Yahudi yang kebanyakkannya terdiri daripada Ashkenazis. Penganut Bahai Zambia kira-kira lebih160,000 atau 15% .

11.0

Ekonomi Keadaan ekonomi di Zambia boleh dikatankan sebagai sebuah negara miskin. Kira-kira 68% iaitu lebih separuh penduduk berbanding di bandar yang hanya 53%. Zambia merupakan negara ke 117 daripada 128 negra dalam Indeks Daya Saing Global 2007. Pendapatan perkapita tahunan kini berada pada 1 langkah kehadapan berbanding dahulu. Sektor pertania memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi. Hal

ini kerana, sektor pertanian membekalkan peluang pekerjaan yang lebih banyak berbanding sektor industri perlombongan.

12.0

Sosial Secara amnya, Zambia mempunyai banyak perlindungan ssoial yang disasarkan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan perkapita yang rendah. Bantuan yang disalurkan termasuklah bantuan sosial (perlindungan) dan program-program insurans sosial (pencegahan) dan program-program untuk meningkatkan produktiviti ekonomi (promosi). Walaubagaimanapun, program-program yang dijalankan menghadapi cabaran yang besar dan liputan yang sebenar adalah sangat rendah dan dalam kes-kes tertentu, sebenarnya menurun. Penekanan ke atas perbelanjaan bagi program perlindungan, pencegahan dan promosi membawa maksud bahawa hanya sebahagian kecil sahaja isi rumah yang berjaya keluar dari belengu kemiskinan. Hal ini kerana, mereka tidak berpeluang untuk melabur dalam aktiviti yang mempunyai pulangan yang lebih besar.

13.0

Pendidikan Keadaan pendidikan di Zambia pada tahun 2003 dilaporkan bahawa, kadar celik huruf dianggarkan sebanyak 80.6% yang mana, dalam jumlah tersebut 86.8% adalah lelaki dan 74.8% adalah perempuan. Pendidikan di Zambia terdiri daripada 2 peringkat pendidikan iaitu peringkat asas 1 hingga 9 tahun dan peringkat menengah atas 10 hingga 12 tahun. Sesetengah sekolah menyediakan pendidikan asas meliputi tahun 1 hingga 9. Kanak-kanak yang berada di tahun 9 dianggap telah mencapai satu tahap yang layak untuk berpendidikan. Tusyen hanya percuma hingga kanak-kanak 7 tahun. Hal inilah

yang menyebabkan kebanyakkkan kanak-kanak tercicir pelajaran mereka selepas 7 tahun apabila yuran untuk tusyen harus dibayar memandangkan kebanyakkan rakyat di Zambia tidak berkemampuan. 13.1 Peringkat pendidikan Secara ringkasnya, pendidikan di Zambia dikelaskan kepada tiga tahap iaitu peringkat rendah, peringkat menengah rendah dan peringkat menengah atas. Pendidikan tinggi di Zambia sangat terhad. Lazimnya, pendidikan tinggi di Zambia tertumpu kepada 6 universiti Zambia antaranya, Universiti Zambia, Universiti Copperbelt, Universiti Terbuka Zambia, Universiti Cavedish, Universiti Adventist Zambia dan Universiti Northwise. 13.2 Pendidikan Rendah Pendidikan persekolah biasanya ada tiga peringkat iaitu sekolah rendah gred 1 hingga 7, menengah rendah gred 8 hingga 9 dan menengah atas gred 10 hingga 12. Sekolah asas diajarkan kepada kanak-kanak berunur 1 hingga 9 tahun. 13.3 Pendidikan Tinggi Peluang pendidikan lebih tinggi dari sekolah menengah agak terhad. Terdapat segelintir sekolah menawarkan pendidikan tinggi, namun kebanyakkan penduduk Zambia tidak mampu membayar yuran. Universiti Zambia adalah institusi utama pengajian. Beberapa maktab perguruan menawarkan program 2 tahun di luar sekolah tinggi. Selain itu, terdapat beberapa sekolah kristian yang menawarkan latihan seminari-berperingkat. Tabung Cecily merupakan salah satu badan amal yang menyokong pendidikan di Zambia. Badan amal ini membiaya kursus di sekolah lebih 11,000 orang kanak-kanak. (Jun 2010).

10

14.0

Kesihatan Tahap kesihatan di Zambia berada pada tahap yang sederhana. Dinyatakan bahawa, HIV lazimnya melebihi 10% daripada jumlah penduduk pengidapnya. Perbelanjaan awam adalah pada kadar 3.4 KDNK pada tahun 2004. Perbelanjaan untuk kesihatan pula adalah pada kadar 2.9% juga dalam tahun 2004. Kematian bayi adalah 102 bagi setiap 1 kelahiran pada tahun 2005.

14.1

Penjagaan kesihatan ibu dan anak. Pada Jun 2011, Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

mengeluarkan satu laporan mengenai keadaan perbidanan dunia. Kadaar kematiann ibu bagi setiap 100,000 kelahiran ialah 470orang. Matlamat laporan ini dikeluarkan adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai bahawa keadaan perbidanan di Zambia berada di tahap yang kurang memuaskan sekaligus untuk mengurangkan kadar kematian ibu dan anak di Zambia. 14.2 HIV/AIDS di Zambia Zambia mengalami wabak teritlak HIV/AIDS dengan kadar kelaziman HIV sebanyak 17% dalam kalangan ornag dewasa berusia dalam lingkungan 15 hingga 49 tahun. Cara jangkitan HIV adalah melalui seks dan penghantaran ibu kepada anak.

15.0

Budaya Budaya di Zambia terutamanya budaya Bantu asli bercampur dengan pengaruh Eropah. Sebelum penubuhan Zambia moden, orang asli hidup dengan bebas, setiap suku dengan cara hidup mereka masing-masing. Salah satu sebab era penjahjahan berlaku adalah kerana berlakunya perkembangan urbanisasi yang mana kumpulan etnik berbeza

11

telah hidup bersama di pecan. Hal tersebut telah mempangaruhi satu sama lain lantas mereka mengamalkan banyak budaya Eropah. Budaya asal masih diamalkan di sebahagian besar kawasan luar bandar. Dalam persekitaran bandar, terdapat integrasi berterusan dan evolusi dari budaya ini untuk menghasilkan budaya Zambia yang wujud pada hari ini. 15.1 Budaya Tradisional Budaya tradisional kelihatan sangat berwarna-warni di Zambia. Terdapat upacara tahunan yang diadakan antaranya Kuomboka dan Kathanga diraikan di bahagian barat, Mutomboko diraikan di bahagian Lapula, Nawala di timur dan Lwindi dan shinunega di selatan, Lunda Lubansa di utara-selatan, Chibwela Kurushi di bahagian tengah dan akhir sekali di bahagian utara meraikan perayaan Ukusefya Pa wgwena. 15.2 Seni Seni tradisional yang popular di Zambia adalah seperti bakul tembikar, anyaman kain, tikar, ukiran kayu, dan ukiran pada gading.Muzik tradisonal Zambia berasaskan gendang dengan banyak tarian dan nyanyian. 15.3 Makanan Makanan ruji Zambia adalah berasaskan jagung. Jagung dimakan sebagai bubur pekat dipanggil Nishima oleh masyarakat tempatan Zambia. Nishima asal dari perkataan Nyanja. Nishima disediakan daripada tepung jagung dan kebiasaannya, hidangan ini dikenali sebagai Mealie. Ianya boleh dimakan dengan pelbagai sayuran, kekacang, daging ikan atau susu masam terpulang dengan keadaan geografi kerana lain kawasan, lain cara penyediaannya. Nishima juga disediakan daripada ubi kayu yang merupaka makanan ruji di beberapa kawasan di Zambia.

12

16.0

Sukan Zambia mengisytiharkan kemerdekaannya pada hari maljis penutupan sukan Olimpik 1964, sekaligus menjadi negara pertama yang pernah memasuki sukan Olimpik sebagai sebuah negara bebas. Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di Zambia. Pasukan bola sepak kebangsaan Zambia mempunyai sejarah kegemilangannya dalam sejarh bola sepak dunia. Miaslnya, pada sukan Olimpik Seoul 1988, Zambia Berjaya mengalahkan negara kuat dalam sukan bola sepak iaitu Itali dengan skor 4-0. Zambia pernah juga berada di kedudukan ke-15 FIF Zambia juga Berjaya menghasilkan atlet kulit hitam pertama Afrika iaitu Madalitso Muthiya untuk bermain diAmerika Syarikat Golf Terbuka, salah satu daripada 4 kejohanan golf utama. Rigby, boxing dan kriket juga antara sukan yang popular di Zambia.

13

Rujukan : Mister Wikipedia Ensyclopedia. Google

14

Anda mungkin juga menyukai