Anda di halaman 1dari 57

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Isi Kandungan
I. II. III. IV. V. VI. Profil Pelajar....2 Pengakuan Pelajar ...3 Penghargaan......4 Soalan Tugasan ....5 Pendahuluan ..6 Soalan Pertama a. ....8 a. Ciri-ciri perjanjian Malayan Union 1946..9 b. Faktor Pengenalan....10 VII. VIII. Soalan Pertama b. ...13 Soalan Pertama c.....16 a. Reaksi orang Melayu.16 b. Reaksi orang bukan Melayu.18 c. Kesan Penentangan Malayan Union.22 IX. Soalan Kedua....24 a. Bidang Kesusasteraan..24 b. Bidang Kewartawanan..31 X. Soalan Ketiga.39 a. Usaha-usaha kerajaan .39 b. Usaha-usaha rakyat..49 XI. XII. XIII. XIV. Penutup...51 Bibliografi.....53 Refleksi....54 Lampiran ....55

Perkembangan Sejarah Negara

Page 1

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Perkembangan Sejarah Negara

Page 2

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Profil Pelajar

Nama Penuh No Kad Pengenalan Opsyen Asal Tarikh Lahir Bangsa Agama

: Leslie Michael Chang : 900125-12-5303 : PISMP Pengajian Sosial Jan 11 : Penampang, Sabah : 25 Januari 1990 : Cina-Kadazan : Kristian

Perkembangan Sejarah Negara

Page 3

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Pengakuan Pelajar

Dengan ini saya mengaku bahawa segala yang terkandung di dalam fail ini merupakan hasil kerja saya sendiri. Saya juga mengaku bahawa tiada amalan plagiat diselitkan malah tiada penyelewengan dalam pembikinan kerja kursus ini. Saya dengan berbesar hati ingin menyatakan semua bahan maklumat adalah olahan saya sendiri. Jika terdapat persamaan dengan mana-mana pihak, itu hanya satu kebetulan.

Yang Benar,

LESLIE MICHAEL CHANG

Perkembangan Sejarah Negara

Page 4

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Untuk pertama-pertama sekali, saya ingin mengucapkan lafaz syukur kepada Tuhan kerana limpah berkat-Nya, kerja kursus ini telah siap sepenuhnya. Akhirnya penat lelah semasa pembuatan dan pemurnian kerja kursus ini telah membuahkan hasil dan sudah pasti saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri atas bimbingan-Nya. Hasil kerja kursus ini juga merupakan lambang usaha dan semangat saya dan sudah sedia disajikan untuk pensyarah untuk disemak. Kepada pensyarah subjek ini,saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah memberi satu tugasan yang membina dan bagus buat kami sebagai guru pelatih. Bimbingan beliau dalam kelas amatlah berguna dan banyak membuka dan mencapah minda kami. Beliau juga melatih saya untuk berfikir secara terbuka dan tidak hanya memandang sesuatu isu dalam satu sudut sahaja. Guru yang baik, kreatif, berinovasi dan berfikiran kritis boleh dilihat dalam diri beliau. Terima Kasih cikgu. Semoga berjaya dalam menuntut ilmu hingga ke menara gading. Juga kepada rakan-rakan sekelas saya, mereka sudah banyak membantu dalam kolaborasi bersama. Idea dan cadangan mereka sangatlah saya hargai dan berterima kasih. Kepada rakan yang daripada opsyen lain, saya juga sangat berterima kasih buat mereka kerana sudi meminjamkan buku mereka kepada saya. Saya menganggap ini sebagai satu ikatan perpaduan sesama kita. Sekali lagi terima kasih kepada semua.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 5

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Soalan Tugasan

Perkembangan Sejarah Negara

Page 6

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Pendahuluan Adalah penting untuk kita mempelajari sejarah perkembangan negara ini kerana pendidikan sejarah merupakan asas penting dalam pembinaan negara bangsa. Ini bermakna mempelajari sejarah bukan semata-mata bertujuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan tetapi boleh dijiadikan pedoman dan pada waktu yang sama memberi iktibar kepada sesuatu bangsa kesan daripada peristiwa yang sudah berlaku. Sejarah memberi banyak pengajaran yang berkait rapat dengan jatuh bangun sesuatu bangsa dan negara. Malah sejarah turut dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Sejarah mampu menyuburkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum. Mata pelajaran sejarah yang membentangkan pelbagai peristiwa dan fakta berkenaan permuafakatan pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan selepas warganegara. Sikap toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain dalam sesebuah negara berbilang kaum dapat dipupukk melalui pengajaran sejarah. Generasi muda pelbagai kaum dapat memahami bagaimana pahit dan getirnya generasi terdahulu menuntut kemerdekaan. Sejarah juga mampu memberikan gambaran betapa daifnya kehidupan masa lampau kerana dipinggirkan penjajah. Perspektif di atas jelas membuktikan bahawa sejarah merupakan pedoman berguna kepada rakyat demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan. Sejarah menggarap pemikiran dan wawasan generasi muda terhadap negara. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata , orang yang melupakan sejarah akan mengulang kesilapannya. Justeru itu adalah lebih baik kita mengkaji sejarah supaya dapat mengelakkan kesilapan yang pernah dilakukan. Dalam pembinaan negara bangsa, adalah penting untuk kita mengkaji sejarah mengenai kemelut negara kita dalam mencapai kemerdekaan. Negara Malaysia sudah lama mencapai kemerdekaan sejak 1957 lagi. Ini bermakna hampir setengah abad negara kita telah merdeka. Jika kita lihat kembali sejarah perkembangan negara Malaysia, kejatuhan Melaka ke tangan Portugis merupakan titik permulaan penjajahan

Perkembangan Sejarah Negara

Page 7

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Tanah Melayu dan seterusnya penjajahan Belanda, British dan Jepun. Namun penjajahan British banyak memberi impak kepada negara ini. Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni Diraja Britain diwujudkan pada 1826, dan British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu yang lain. Di Sabah dan Sarawak pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia Kedua dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal. Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura. Perjalanan ke arah kemerdekaan amatlah memeritkan dan masih dirasai oleh generasi tua yang ada pada masa ini. Kemedekaan yang dicapai walaupun sudah mencecah setengah abad, sambutan hari kebangsaan tetap diadakan dengan meriah. Namun apa yang menjadi persoalan, masih utuhkah semangat kemerdekaan dalam diri setiap rakyat negara ini?

Perkembangan Sejarah Negara

Page 8

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Soalan: Selepas Perang Gagasan Dunia Kedua, penjajah British di Malaya Union telah ini

memperkenalkan

Malayan

Union.

Cadangan

Malayan

disebarluaskan melalui akhbar Utusan Melayu dan Warta Negara yang antara lain mendesak persatuan-persatuan Melayu berganding menentang cadangan tersebut. a) Apakah Gagasan Malayan Union tersebut? Gagasan Malayan Union adalah persekutuan yang menggabungkan negeri-negeri Melayu dan dua buah negeri selat tanpa Singapura untuk menggantikan British Malaya. Gagasan ini dijalankan untuk melicinkan pentadbiran kesemua negeri-negeri Melayu di bawah satu pemerintahan. Malayan Union juga merupakan kerajaan awam yang pertama diwujudkan di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Cadangan ini pertama kali dikemukakan oleh pihak British pada bulan oktober 1945 oleh Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Luar British. Ia pernah dibincangkan di kabinet sebelum seawal Mei 1944 selepas perang dunia kedua. Unit yang membuat perancangan itu dinamakan Malayan Planning Unit (MPU) yang diketuai oleh MejarGeneral Ralph Hone. Hone ditugaskan untuk merangka satu bentuk pentadbiran di Tanah Melayu. Selepas perbincangan dijalankan, satu usul telah dicadangkan untuk menggabungkan kesemua negeri-negeri bersekutu, negeri-Negeri Tidak Bersekutu dan sebahagian Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka untuk disatukan menjadi Malayan Union. Namun Singapura yang merupakan salah satu daripada negeri-negeri selat tidak digabungkan malah dijadikan satu negara jajahan British yang berasingan. Gagasan Malayan Union telah dibentangkan di House of Commons, London pada 1945. (Nathan, 2009)

Perkembangan Sejarah Negara

Page 9

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946 a) Perjanjian Malayan Union 1946 membawa kepada penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu kecuali Singapura di bawah satu pentadbiran. Syarat-syarat utama perjanjian Malayan Union ialah: b) Semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, dan dua Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang serta Melaka digabungkan di bawah satu pentadbiran. c) Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England. d) Majlis Kerja dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk e) Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas f) Asas kerakyatan Malayan Union ialah kewarganegaraan sama rata mengikut prinsip Jus soli g) Raja-raja Melayu yang diterima sebagai ahli Majlis Malayan Union hanya boleh membincangkan soal adat istiadat orang Melayu dan agama Islam sahaja h) Ketua pentadbir bagi setiap negeri ialah Pesuruhjaya Negeri (Ismail, 2009) Dari sudut pentadbiran, Malayan Union akan mewujudkan sebuah kesatuan yang pentadbirannya dikuasai oleh pemerintah oleh pemerintah pusat. Pentadbiran Malayan Union terus tertakhluk kepada parlimen British di London. Ini telah menghapuskan tradisi dan sistem politik Melayu.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 10

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Faktor Pengenalan Terdapat beberapa faktor yang mendorong Kerajaan British untuk menubuhkan gagasan Malayan Union. Antaranya ialah hala tuju British ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Ini adalah salah satu helah British untuk mendapatkan kepercayaan orang Melayu kononnya selepas penggabungan Tanah Melayu, orang Melayu akan diberikan latihan berkerajaan sendiri. Faktor ini juga menjadi alasan British untuk mengaburi Piagam Atlantik 1945 yang telah dipersetujui British sendiri (Ismail, 2009) 1. Pada tanggal 1 Januari 1942 piagam Atlantik disetujui oleh 26 negara termasuk British yang isinya: 2. Setiap bangsa tidak dibenarkan melakukan perluasan wilayah 3. Setiap bangsa berhak menentukan nasibnya sendiri 4. Setiap bangsa berhak ikut serta dalam perdagangan internasional 5. Menciptakan perdamaian dunia agar setiap bangsa dapat hidup bebas dari rasa takut dan kemiskinan Pada tanggal 26 jun 1945, 50 negara menyetujui piagam atlantik menjadi piagam perikatan bangsabangsa (un charter) dan pada tanggal 24 oktober 1945, piagam tersebut ditandatangani oleh 50 negara dan terbentuklah organisasi PBB, sehingga setiap tanggal 24 oktober diperingati sebagai hari perserikatan bangsa-bangsa. (Ismail, 2009) Selain daripada itu, British juga percaya bahawa dengan satu pentadbiran pusat dapat melicinkan pentadbiran dan mengurangkan kos pentadbiran. Adalah sukar bagi British mempunyai pentadbiran Piagam Atlantik yang berbeza-beza dan berjauhan pusat

Perkembangan Sejarah Negara

Page 11

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] pentadbirannya. Sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat tiga unit pentadbiran di Tanah Melayu iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kerana ketidakseragaman unit-unit pentadbiran ini, sistem pemerintahan adalah kurang berkesan dan menelan kos pentadbiran yang tinggi. Bukan sahaja ianya tidak sistematik dan merugikan, malah ketidakseragaman unit pentadbiran juga menyebabkan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang. Contohnya Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah lebih maju kerana kekayaan sumber ekonomi di kawasan ini menarik minat British. Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak dibangunkan dengan pesat kerana kekurangan sumber ekonomi di negeri-negeri tersebut. (Ismail, 2009) Seterusnya ialah British berhasrat untuk melahirkan Bangsa Malayan Union. Ini bermakna British mahu golongan imigran memberikan taat setia mereka kepada Malayan Union. Dengan usaha ini, golongan imigran akan melupakan negara asal mereka dengan kewujudan Malayan Union. Niat sebenar British adalah kerana mereka tidak mahu sumber tenaga buruh dan pelaburan di Tanah Melayu membantutkan ekonomi sekiranya golongan imigran ini pulang ke negara asal mereka. Ini mampu menjamin penguasaan ekonomi British sepenuhnya ke atas Tanah Melayu dan mengurangkan kuasa politik orang Melayu. Ini kerana British mulai curiga dengan orang Melayu telah mengkhianat British dan bekerjasama dengan Jepun. Pentadbiran Tentera British yang berhasrat untuk melaksanakan semula pelan prapeperangan iaitu satu kawalan berpusat ke atas negeri-negeri Melayu dalam masa beberapa hari selepas kuasa - kuasa British Bersekutu mendarat di Singapura pada 5 September 1945. (Yahaya, 2004) Sir Harold MacMichael telah ditugaskan sebagai wakil British untuk mengumpul tandatangan persetujuan daripada kesemua raja dan sultan daripada setiap negeri.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 12

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] MacMichael bertugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi British Mandate of Palestine diberi kuasa untuk menandatangani perjanjian-perjanjian rasmi dengan Raja-raja Melayu ke atas cadangan skim Malayan Union (wikipedia: Sir Harold MacMichael). membuat untuk MacMichael sendiri tidak mempunyai raja-raja kesemua pengalaman langsung di Tanah Melayu. MacMichael telah beberapa perbincangan tandatangan dengan daripada Melayu. Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari medapatkan pemerintah Tanah Melayu. Bermula dengan Sultan Ibrahim Johor pada bulan Oktober 1945. Sultan Ibrahim bersetuju dengan cadangan skim MacMichael kerana didorong oleh Sir Harold MacMichael keinginannya yang kuat untuk melawat England pada akhir tahun(wikipedia: Sir Harold MacMichael). MacMichael seterusnya berunding dengan raja-raja Melayu yang lain atas cadangan itu, dan cuba untuk mendapatkan persetujuan daripada semua raja-raja. Banyak raja-raja Melayu menyuarakan keengganan yang kuat dalam menandatangani perjanjian dengan MacMichael, sebahagiannya kerana mereka takut kehilangan status diraja mereka dan prospek negeri masing-masing jatuh ke dalam pengaruh politik Thai. Sesiapa yang enggan menandatangani perjanjian itu juga akan diugut akan digantikan dengan sultan yang lain atas tuduhan bekerjasama dengan pihak Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia kedua. MacMichael juga menggunakan unsur paksaan dan memberi tekanan kepada raja-raja Melayu untuk menandatangani skim tersebut. Beliau juga tidak memberi peluang bagi raja-raja Melayu untuk bermesyuarat di Majlis Raja-Raja. (Said, 2010) Walauapapun, Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen England pada Januari 1946 dan diisytiharkan secara rasmi di Kuala Lumpur pada 1 April 1946. Sir Edward Gent dilantik menjadi Gabenor yang pertama dan dengan itu berakhirlah pentadbiran British Military Administration selama 7 bulan di Tanah Melayu. Bendera Malayan Union

Perkembangan Sejarah Negara

Page 13

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

b) Mengapakah Orang Melayu menentang Gagasan Malayan Union? Terdapat beberapa faktor mengapa orang Melayu menolak gagasan Malayan Union. Mereka berpendapat dengan kewujudan gagasan Malayan Union akan mengubah masa depan orang Melayu. Perlembagaan yang digariskan dalam Malayan Union haruslah dibincangkan dan digubal dengan campur tangan orang Melayu sendiri agar kepentingan orang Melayu tidak diperlekehkan. Penggubalan juga dijalankan di London dan digubal oleh orang asing yang tidak tahu menahu tentang Tanah Melayu. Oleh itu penggubalan itu haruslah melibatkan orang yang tahu selok belok Tanah Melayu contohnya orang Melayu sendiri. (Shaffie, 2000) Reaksi penduduk Tanah Melayu dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan yang menyokong dan golongan yang menentang. Kebanyakan golongan yang menentang adalah daripada orang Melayu. Ini kerana isi yang terkandung dalam perjanjian Malayan Union banyak bercanggah dengan tradisi dan cara hidup orang Melayu. Dalam perjanjian tersebut menyatakan dengan jelas bahawa British mempunyai kuasa pentadbiran sepenuhnya ke atas negeri-negeri Melayu kecuali dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan adat resam orang Melayu dan agama Islam. Walaupun raja-raja Melayu masih berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, namun dalam orang inggeris juga telah mencampuri bidang kuasa raja-raja ini kerana zakat fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union. Perubahan ini jelas bertentangan dengan tradisi zaman berzaman yang menetapkan bahawa sultan adalah ketua agama Islam. Persoalan persoalan ini telah membimbangkan orang Melayu dan mereka membantah sekeras-kerasnya perjanjian ini kerana ia memberi kesan buruk kepada rakyat Melayu dan membataskan kuasa raja-raja Melayu. Ini membimbangkan orang Melayu kerana raja-raja Melayu merupakan harapan dan pembela nasib Melayu pada masa-masa akan datang dan jika daulat dan kuasa raja-raja Melayu diambil ahli oleh pentadbiran pusat, maka hak-hak dan institusi orang Melayu akan dihapuskan. (Shaffie, 2000)

Perkembangan Sejarah Negara

Page 14

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Ketegangan perkauman antara Melayu dan Cina memuncak kerana dasar jus soli yang memberikan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu dianggap tidak dapat diterima oleh orang Melayu kerana ianya mampu menjejaskan status quo orang Melayu sendiri. Jus soli ialah prinsip kerakyatan yang berdasarkan kelahiran seseorang di sesuatu tempat atau negara. Dalam konteks Malayan Union, Jus soli merujuk kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu atau Singapura akan menjadi rakyat Malayan Union. Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas, turut diberikan kerakyatan Begitu juga kepada semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat Malayan Union. (Wai, XPRESS Sejarah SPM, 2011) Pada masa perlembagaan ini dibentangkan, sultan-sultan hanya diberikan sehari untuk membaca dan membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian tersebut tanpa diberi peluang untuk membawa usul ini untuk dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri ataupun dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu. Teks perbentangan Malayan Union juga adalah dalam bahasa Inggeris dan sesetengah raja tidak memahami teks tersebut. Penterjemah juga disediakan oleh British sendiri dan orang Melayu berpendapat berkemungkinan terdapat penyelewengan dari segi isi kandungan teks itu. Ia dianggap tidak sah kerana proses kelulusan perjanjian ini tidak menepati perlembagaan negeri-negeri Melayu di mana sebarang perjanjian yang melibatkan orang asing haruslah dibawa untuk berunding bersama-sama ketua-ketua dan pembesar-pembesar negeri terlebih dahulu. Ianya telah termaktub dalam perlembagaan Negeri Johor dan ianya secara langsung tidak sah. (Wai, XPRESS Sejarah SPM, 2011) Bangkangan terhadap Malayan Union dan desakan MacMichael dalam mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu membawa kepada kelahiran semangat nasionalisme Melayu. Penubuhan Malayan Union oleh British sebenarnya adalah untuk menghapuskan negara dan bangsa Melayu yang telah dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka. Ini menunjukkan British telah menarik balik Dasar Pra 1946 yang diamalkan sejak awal Kesultanan Melayu Melaka. Dasar Pra-1946 merupakan dasar perlindungan Negeri-negeri Melayu yang diamalkan oleh British sejak Perjanjian Pngkor 1874. Dalam

Perkembangan Sejarah Negara

Page 15

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] dasar ini, British mengakui raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu . Adat istiadat Melayu, agama Islam, dan bahasa Melayu dianggap sebagai budaya Tanah Melayu. Orang Melayu juga tidak berpuas hati dengan tindakan sesetengah sultan yang membabi buta semasa menandatangani perjanjian tersebut. Ini kerana mereka tidak memikirkan kepentingan rakyat semasa membuat keputusan yang memerlukan pertimbangan yang rasional. Namun Sultan Selangor dan Sultan Johor menandatangani dengan sukarela atas semangat setia kawan dengan pihak British dan juga leka dengan ganjaran yang diberikan oleh British. (Wai, XPRESS Sejarah SPM, 2011)

Perkembangan Sejarah Negara

Page 16

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] c) Huraikan reaksi dan kesan penentangan tersebut terhadap perkembangan di Tanah Melayu. Sebelum pengisytiharan Malayan Union, sudah ramai orang Melayu yang menentang penubuhan gagasan Malayan Union ini. Penubuhan Malayan Union juga boleh disifatkan sebagai satu balasan kepada orang Melayu yang memberi kerjasama dan sokongan kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan juga British memberi kelebihan kepada imigran Cina yang menentang Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Reaksi Orang Melayu Dalam usaha orang Melayu menentang Malayan Union, perjuangan mereka boleh dilihat dalam dua peringkat. Iaitu pada peringkat awal iaitu peringkat ini hanya melibatkan tentangan secara berindividu. Pendapat-pendapat golongan-golongan yang menentang telah disuarakan melalui akhbar-akhbar tempatan. Individu-individu tersebut mengkritik hebat penubuhan dan pelaksanaan Malayan Union dan juga mengkritik MacMichael yang bertindak kasar semasa memperoleh tandatangan daripada SultanSultan. Mereka juga menyeru agar semua orang Melayu bangkit dan bersatu untuk membela nasib mereka. Contoh akhbar yang digunakan untuk menyalurkan suara rakyat ialah Majlis, Utusan Malayu, dan Warta Negara. (Shaffie, 2000) Akhbar-akhbar di atas tadi pada awalnya hanya menentang penghapusan daulat dan kuasa raja-raja Melayu serta pengenalan Jus soli di Tanah Melayu yang menggugat status quo orang Melayu di tanah mereka sendiri. Terdapat orang-orang Melayu dan beberapa Sultan yang menulis surat secara peribadi kepada pegawai British untuk menyuarakan tentangan penubuhan Malayan Union dan menjelaskan situasi sebenar semasa MacMichael mengumpul persetujuan raja-raja Melayu. Ada juga yang menghantar kawat ke London sebagai tanda penentangan mereka. Contohnya Sultan Kedah dan Sultan Perak menghantar kawat mengadu bahawa mereka dipaksa untuk menandatangani perlembagaan Malayan Union.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 17

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Penentangan orang Melayu pada peringkat kedua adalah lebih teratur dan kolektif. Banyak persatuan-persatuan Melayu yang tertubuh hasil daripada penentangan Malayan Union. Persatuan-persatuan lama juga dihidupkan dan mulai aktif. Penentangan yang dijalankan oleh persatuan-persatuan ini adalah dalam bentuk demonstrasi dan perarakan. (Said, 2010) Pada 15 Disember 1945, Persatuan Melayu Kelantan telah mengadakan satu demonstrasi dan perarakan yang disertai oleh 10000 orang ketika MacMichael berada di Kelantan untuk mendapatkan tandatangan persetujuan Sultan. Pada 1946, satu lagi demonstrasi telah diadakan yang dihadiri lebih kurang 50,000 orang Melayu Kedah dan mengadakan satu perarakan raksasa di Alor setar. Jumlah orang yang ramai dalam menyertai perarakan ini menunjukkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu semakin menebal. Pada 10 Februari 1946, lebih kurang 15,000 orang Melayu termasuk 450 orang wanita Melayu mengadakan demonstrasi di Johor. Perarakanperakan ini memberi semangat kepada orang Melayu seluruh Tanah Melayu dan banyak lagi demonstrasi yang diadakan di negeri-negeri lain. (Lamry, 2006) Atas cadangan dan usaha Persatuan Melayu Selangor dan Dato Onn bin Jaafar, satu persidangan di antara Persatuan-persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kelantan. Sebanyak 41 pertubuhan Malayu telah menghantar wakil menghadiri persidangan tersebut. Hasil persidangan ini telah menggabungkan kesemua pertubuhan Melayu menjadi Kongres Melayu se-Malaya. Satu persetujuan telah dicapai dimana UMNO telah ditubuhkan untuk melindungi nasib kaum Melayu di Tanah Melayu. Namun, pihak British tidak mengendahkan tentangan yang dibuatkan orang Melayu kerana mereka yakin tentangan tersebut akan surut lambat laun. Pada 1 April 1946, Malayan Union telah diisytiharkan secara rasmi dan Sir Edward Gent dilantik menjadi Gabenor Jeneral Malayan Union yang pertama. Tentangan pertubuhan Melayu tidak terhenti disitu sahaja. Satu perancangan untuk memulaukan majlis yang dianjurkan kerajaan British telah dibuat. Parti politik Melayu se-Malaya merancang untuk memulaukan Majlis Perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor. Semua orang

Perkembangan Sejarah Negara

Page 18

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Melayu yang dilantik menjadi ahli Majlis Penasihat Malayan Union diseru untuk memulaukan majlis-majlis anjuran British. Pada hari pelantikan Gabenor, Dato Onn Jaafar telah pergi ke Station Hotel untuk mengingatkan raja-raja supaya memulaukan upacara perlantikan Gabenor Edward Gent. Hasinya, tiada seorang pun raja Melayu yang hadir semasa upacara perlantikan tersebut. Selepas mesyuarat tergempar kongres diumumkan, orang Melayu berkabung selama seminggu dengan melilitkan kain putih di atas songkok iaitu bermula daripada 1 April 1946. Satu lagi kongres diadakan untuk kali kedua pada 11 Mei 1946 di Johor Bharu. Kali ini satu keputusan telah dipersetujui untuk menubuhkan UMNO. Dato Onn Jaafar dilantik menjadi Yang Dipertua parti tersebut. Beliau merupakan orang Kuat dalam Kongres menentang Malayan Union. Pihak British pula tidak menyangka kebangkitan orang Melayu untuk menentang Malayan Union begitu kuat dan ini memeranjatkan pihak British sendiri. (Shaffie, 2000) Reaksi Orang Bukan Melayu Penubuhan Malayan Union merupakan satu kelebihan buat golongan imigran. Pihak British pula mengharapkan sokongan daripada golongan bukan Melayu untuk menjayakan Malayan Union. Namun orang Cina dan India tidak menunjukkan sebarang reaksi pada awal pengenalan Malayan Union. Orang Cina hanya berdiam diri kerana yakin dengan janji British untuk memberikan kerakyatan kepada mereka. Kerakyatan yang diperoleh memboleh orang Cina mendapat hak politik yang sama dengan orang Melayu. Namun, apabila British cuba untuk menggugurkan fasal kewarganegaraan dalam perlembagaan Malayan Union, orang Cina mulai mencurigai British lalu mulai hilang minat dengan Malayan Union. Malah golongan orang Cina mula sedar kepentingan mereka tidak akan terlindung jika hak politik adalah lebih memihak kepada kaum Melayu. Mereka merasakan British seolah-olah memungkiri janji kerana desakan Melayu dan mereka mulai menentang dengan pelbagai cara iaitu melalui kesatuan, pertubuhan dan akhbar-akhbar. Menurut M Stenson, orang bukan Melayu kurang berminat dengan Malayan Union kerana ianya bersifat kolonial dan bukan demokrasi. Soh Eng Lim mengemukakan dua sebab mengikut pandangan beliau mengenai

Perkembangan Sejarah Negara

Page 19

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] mengapa orang Cina tidak minat terhadap Malayan Union. Pertama sekali ialah ketiadaan golongan yang kuat dalam membangkitkan kesedaran politik terhadap Tanah Melayu. Keduanya ialah pemimpin yang berkaliber telah pulang ke tanah besar China ataupun terbunuh semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. (Shaffie, 2000) Namun terdapat juga sebilangan orang Cina yang berhaluan kiri menentang penubuhan Malayan Union. Tentangan mereka disuarakan melalui akhbarr-akhbar Cina dan Kesatuan Demokratik Malaya yang berhaluan kiri ditubuhkan pada 12 Oktober 1945. Pertubuhan ini menuntut untuk mendapat pemerintahan sendiri. Pada 12 Oktober 1945, akhbar Sin Min Chu telah mengkritik hebat dasar British memisahkan Singapura daripada Tanah Melayu. Ini mendapat tentangan daripada orang Cina kerana kapasiti penduduk Singapura adalah rata-rata orang Cina dan dengan penarikan ini akan menyebabkan kekurangan peratusan penduduk Cina di Tanah Melayu dan mengurangkan kuasa politik orang Cina. Akhbar Sin Min Chu juga menuntut kemerdekaan sepenuhnya daripada British. (Shaffie, 2000) Tentangan orang Cina terhadap Malayan Union berpusat pada pembentukan AMCJA (All Malaya Council Joint Action) yang ditubuhkan pada 22 Disember 1946. Tun Tan Cheng Lock merupakan pengerusi pertubuhan tersebut dan mereka memperjuangkan agar Singapura disatukan dengan Tanah Melayu. Mereka juga menuntut sebuah kerajaan yang dipilih oleh penduduk Tanah Melayu sendiri dan untuk mendapatkan kewarganegaraan sama rata bagi semua kaum. Akhbar Sin Chew Jit Poh pada 15 Oktober 1945 menentang Malayan Union dan membuat kenyataan bahawa sultansultan Melayu tidak berhak mewakili dan memimpin orang Cina. Mereka mahukan pemimpin dalam kalangan mereka sendiri. Orang Cina lebih berminat mengikut perkembangan politik di tanah besar China. Mereka tidak menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air mereka kerana mereka lebih beranggapan Tanah Melayu sebagai sumber rezeki dan dihantarkan ke keluarga masing-masing di China. Pada masa yang sama, terdapat sebilangan orang Cina yang membentuk dan menyertai Parti Komunis Malaya dan MPAJA (Malayan Peoples Anti-Japanese Army). Parti Komunis ini juga memperjuangkan pembentukan negara komunis di Tanah Melayu. Jika Malayan Union

Perkembangan Sejarah Negara

Page 20

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] diteruskan maka objektif mereka semakin sukar dilaksanakan. Oleh itu mereka beranggapan Malayan Union satu ancaman buat mereka dan menentang pembentukan gagasan Malayan Union. Terdapat juga sebahagian orang Cina yang bersifat berkecuali iaitu menerima dan mengalu-alukan Kertas Putih Malayan Union. Kaum India juga sama seperti orang Cina, tidak memberi sebarang respon dengan keadaan politik di Tanah Melayu. Mereka masih menumpukan perhatian di tanah air mereka sendiri iaitu perjuangan Parti Kongres India. Namun selepas desakan orang Melayu dan UMNO dalam soal kerakyatan, orang India dan Cina mulai berubah. Orang India khususnya lebih senang bermastautin di Tanah Melayu kerana faktor menolak orang India datang ke Tanah Melayu iaitu kepincangan politik yang tidak stabil di India dan juga soal sistem Kasta yang menindas golongan India kelas bawahan. Mereka mengharapkan hak kerakyatan yang sama rata diberikan kepada mereka agar kesejahteraan mereka terjamin. Mereka beranggapan desakan UMNO akan menjejaskan kepentingan golongan India. (Shaffie, 2000) Selain itu juga, bekas-bekas pegawai British terutamanya mereka yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu juga kurang berkenan dengan pelaksanaan Malayan Union. Bantahan mereka disuarakan oleh Speaker House of Lords melalui House of Commons. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan MacMichael yang mengugut rajaraja Melayu dalam mendapatkan tandatangan persetujuan Malayan Union. Antara pegawai British yang menentang Malayan Union ialah Frank Swettenhem, R. O. Winstedt, George Maxwell dan Ronald Braddell. Mereka mengkritik Malayan Union secara keseluruhan. Akhbar The Times iaitu sebuah akhbar yang terkemuka di London, turut menyiarkan rencana-rencana yang mengkritik Malayan Union hasil tulisan Sir Frank Swettenham pada 6 April 1946. Terdapat juga sebilangan kecil penduduk Tanah Melayu yang menyokong dengan pelaksanaan Malayan Union. Golongan Radikal Melayu bersetuju dengan pelaksanaan Malayan Union. Golongan ini menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai Inspirasi. Mereka Menyokong penubuhan Melayu Raya menerusi penggabungan dengan Indonesia. Menurut mereka juga, menerusi Malayan Union,

Perkembangan Sejarah Negara

Page 21

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] pentadbiran negeri-negeri Melayu akan disatukan di bawah sebuah unit politik yang seterusnya melicinkan pentadbiran. Mereka menyokong konsep sama rata dalam Malayan Union kerana percaya bahawa British akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. (Shaffie, 2000) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) turut menyokong Pelaksanaan Malayan Union. Dalam kongresnya yang pertama di Ipoh pada November 1985, PKMM pada mulanya mengalu-alukan pada prinsipnya idea Malayan Union. Pada pandangan PKMM: The idea of such small country like Malaya having different and independent systems of internal administration would not be in keeping with the peculiar situation and needs of this post-war world anymore. (the Manifesto of the MNP) (Khong Kim Hoon, 1984) Parti itu menganggap bahawa kewujudan negeri-negeri feudal yang kecil seperti keadaan Malaya sebelum perang sudah ketinggalan zaman. Oleh itu, PKMM menerima Malayan Union berasaskan janjinya yang akan membawa penyeragaman dalam pentadbiran dan langkah ke arah berkerajaan sendiri. Pada masa itu, informasi tentang Malayan Union masih terlalu sedikit. Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan baru sahaja membuat pengumuman dan MacMichael baru beberapa hari berada di Tanah Melayu. (Lamry, 2006) Pada Februari 1956, dasar PKMM terhadap Malayan Union telah berubah. Pada masa itu parti itu dapat mempertimbangkan cadangan Malayan Union itu dengan perspektif yang lebih jelas kerana sebab-sebab berikut. Pertama, informasi yang terperinci tentang struktur kerajaan yang dicadangkan telah terdapat dalam kertas putih yang diterbitkan dalam bulan Januari. Kedua, British telah memerintah Malaya semula selama beberapa bulan. Aktiviti British tentang Malayan Union khususnya dan tentang pentadbiran seharihari pada umumnya boleh digunakan sebagai asas untuk menilai rancangan British dengan lebih baik.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 22

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Selain PKMM, terdapat juga pegawai Melayu yang menyokong penubuhan Malayan Union kerana mereka merasakan bahawa British merupakan satu kuasa besar dan mempunyai kewibawaan untuk mentadbir Tanah Melayu. Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS) juga antara yang menyokong pelaksanaan Malayan Union. (Lamry, 2006) Kesan Penentangan Malayan Union Malayan Union merupakan kemuncak bagi kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Jika pelaksanaan Malayan Union diteruskan, semakin lama budaya atau tradisi Melayu dan orang Melayu sendiri akan terhakis. Kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu sungguh hebat kiranya. Perjuangan orang Melayu dalam menentang Malayan Union tidaklah sia-sia. Penentangan Malayan Union telah berjaya menyatupadukan orang Melayu di Tanah Melayu. Perjuangan mempertahankan status quo Melayu ini telah membina rumpun Melayu yang kuat dalam menentang anasir barat. Daripada kesatuan-kesatuan kecil, pertubuhan negeri, akhirnya kesemua pertubuhan Melayu bertemu dalam satu persidangan dan membincangkan strategi penentangan. Hasil daripada interaksi ini mereka bersama bersatu membentuk kongres Melayu se-Malaya. Daripada kongres Melayu 1946, UMNO telah dilahirkan yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar. UMNO merupakan benteng perjuangan menentang Malayan Union. Hingga kini UMNO adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi. UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 23

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Hasil daripada penentangan dan desakan orang Melayu, British telah bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik. Akhirnya terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 24

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] 2. Nilaikan peranan wartawan dan sasterawan dalam menggerakkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak mulai awal kurun ke 20 hingga terbentuknya Malaysia. Bidang Kesasteraan dan pencetusan semangat nasionalisme di Tanah Melayu Peranan wartawan dan sasterawan amat penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme. Ini kerana melalui pembacaan, semangat ini mampu disemai dalam diri orang Melayu termasuklah yang berada di luar bandar. Informasi dan pendapat dapat disebarkan dengan mudah selain memberi ruang kepada pembaca akhbar untuk mengkritik keadaan politik di Tanah Melayu. Wartawan yang mempunyai buah fikiran mampu mempengaruhi fikiran orang Melayu dengan Mudah melalui penulisan kreatif mereka dan juga sajian isu-isu politik di dada akhbar. Sasterawan biasanya menentang anasir penjajahan melalui puisi dan sajak yang menindir dan memberi kesedaran kepada bangsa Melayu. Tidak lupa juga majalah dan novel yang amat memainkan peranan dalam menyamakan coretan novel dengan situasi sebenar untuk tatapan penduduk Melayu mendapatkan pengajaran dan seterusnya membangkitkan semangat anti-penjajah. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2006) Dalam kalangan orang Melayu sendiri sebenarnya telah wujud tradisi lisan dan penulisan yang menghikayatkan perjuangan mereka dalam mendaulatkan kemerdekaan nusa dan bangsa. Selain daripada kisah asal usul raja dan pergolakan Istana, dan matlamat pokok hikayat terkenal seperti Sulalat us Salatin ataupun Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah contohnya, ialah kemunculan dan penegakan kedaulatan politik Melayu serta perjuangan mempertahankan kemerdekaan dan kewibawaan negara bangsa. Dalam Sulalat us Salatin sendiri terpapar jelas peranan hikayat sebagai perangsang semangat perjuangan menenatang penjajahan. Contohnya, para pejuang Melayu Melaka yang sedang menunggu untuk berhadapan dengan serangan Portugis pada Julai 1511 itu pada sebelah malamnya telah diberi pilihan membaca atau mendengar Hikayat Amir Hamzah atau Hikayat Muhammad Hanafiah agar mereka cekal menghadapi musuh yang bakal menyerang. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2006)

Perkembangan Sejarah Negara

Page 25

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Dilihat secara keseluruhan, di samping sebagai warisan tatapan dan pengajaran bagi anak cucu, antara tujuan utama penghasilan semua kitab sejarah atau berunsur sejarah berpaksikan istana seperti Sulalat us Salatin, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Petani, Hikayat Pahang, Hikayat Negeri Johor, Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya itu adalah untuk mengesahkan kedaulatan politik dan perjuangan negara, kerajaan dan pemerintah yang menaja penulisan kitab-kitab Dalam pergerakan Politik Melayu kemudian, Kisah daripada kitab-kitab ini telah menjadi teladan dan pendorong yang kuat bagi para pemuda Melayu untuk mengukuhkan semangat perjuangan mereka. Daripada tradisi lisan, ungkapan sumpah yang kononnya diucapkan oleh Laksmana Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang di Dunia terus diulang-ulang. Maka berasaskan semangat dan kisah daripada kitab dan tradisi inilah para guru, penulis dan penggiat politik seperti Ahmad Abdullah, Abdul Samad Ahmad, Harun Aminurrashid, Darus Ahmad dan lain-lain menghasilkan karya mereka yang bersifatkan sejarah dan kesusasteraan berunsur sejak 1930-an. Mereka mengimbau ke zaman silam untuk menggerakkan semangat bagi perjuangan masa depan. Pengalaman dan perjuangan para pemimpin dan wira zaman Melaka diketengah dengan tokok tambah dan ubahsuaian demi merangsang minat dan kesungguhan terutama kepada kanak-kanak dan remaja. Pada 1938, lahir dua novel perjuangan, Keris Melaka dan Korban Keris Melaka oleh Ahmad Bakhtiar. Bahkan dengan penghayatan yang mendalam, pada 1950-an dan 60-an, terhasil pula karya yang menggunakan nama orang biasa seperti Panglima Awang dan Panglima Hitam demi menonjolkan perjuangan ramai parajurit dan pejuang tanpa nama yang juga menyumbang kepada kehebatan bangsa pada masa lalu. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2006) Karya Dosaku dan Tak Melayu Hilang di Dunia pada 1950 oleh A. Samad Ahmad memaparkan kembali dengan penuh penghayatan kemelut dan perjuangan pada zaman akhir kerajaan Melayu Melaka. Suasana politik yang kian panas dalam tahun menjelang dan selepas kemerdekaan itu juga menggalakkan kelahiran beberapa tulisan lain yang tidak lagi terbatas kepada kisah zaman Melaka sahaja. Dalam masa yang

Perkembangan Sejarah Negara

Page 26

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] singkat, terhasil satu demi satu karya terutamanya tentang perjuangan tokoh kurun ke19 dan ke-20. Antara karya terpenting ialah: 1. Pahlawan Dol Said Naning (1952) oleh Shahabuddin Ahmad 2. Dol Said: Pahlawan Naning (1957) 3. Raja Haji Pahlawan Terbilang (1957) oleh Darus Ahmad 4. Orang Kaya Bahaman, Orang Besar Tanah Ayer (1958) Oleh Darus Ahmad 5. Darah Mengalir di Pasir Salak (1961) oleh Abdul Talib Haji Ahmad 6. Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan (1959) oleh Abdul Talib Haji Ahmad 7. Peperangan Tok Janggut atau Balasan Derhaka (1955) oleh Yahaya Abdullah 8. Riwayat Hidup Tok Janggut dan Peperangan di Kelantan (1963) oleh Haji Abdullah Amirah Selain daripada hikayat dan cerita-cerita teladan, rencana dan tulisan-tulisan berbentuk kritikan juga boleh dijadikan pemangkin semangat nasionalisme. Terdapat orang Melayu yang menulis rencana dan buku-buku yang mengkritik sikap dan keburukan bangsa Melayu sendiri. Antara tokoh yang terkenal dalam bidang penulisan ialah Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba. Beliau pernah menjadi sasterawan dan ahli bahasa yang amat terkemuka di negara ini. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2006) Za'ba dilahirkan pada 16 September 1895 di Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awalnya di sekolah Melayu Linggi. Fasih dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga fasih berbahasa dalam bahasa Arab. Za'ba berpengetahuan luas dalam bidang agama Islam. Pada 1916, beliau ditugaskan mengajar bahasa Inggeris di English College, Johor Bharu. Dua tahun selepas itu iaitu pada 1918, beliau berpindah ke Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mengajar bahasa Melayu. Beliau menyambung

Perkembangan Sejarah Negara

Page 27

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] kerjaya gurunya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim pada 1924 dan memegang jawatan Ketua Pengarang dan Penterjemah Am Beliau banyak menerbitkan hasil-hasil tulisannya. Kebanyakkan hasil tulisannya berbaur mengkritik sikap orang Melayu. Za'ba juga membuat kajian mengenai masalahmasalah orang Melayu. Yang utama sekali ialah masalah kemiskinan, mundur dalam pelajaran dan mundur dalam sosioekonomi. Di samping itu juga, beliau ada menyediakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah orang Melayu. (Shaffie, 2000) Namun Za'ba bukanlah orang pertama yang mengemukakan isu dan permasalahan orang Melayu. Satu abad yang lalu sebelum Za'ba, Abdulah bin Abdul Kadir iaitu bapa kesusasteraan Melayu Moden juga melakukan perkara yang sama seperti Za'ba. Munsyi Abdullah telah mengkritik kepercayaan orang Melayu, pendidikan, ekonomi dan membanding orang Melayu dengan orang Inggeris yang secara kebetulannya berada di Tanah Melayu iaitu golongan Sarjana, cendakiawan, pendidik dan mubaligh. (Wikipedia: Abdulah bin Abdul Kadir) Namun, Za'ba membuat perbandingan yang lebih rasional berasaskan pemikiran moden dan keadaan semasa. Beliau juga membuat perbandingan di antara orang Melayu dan golongan imigran khususnya orang Cina. Tapi apa yang membezakan penulisan Za'ba dan Munsyi Abdullah ialah Munsyi Abdullah hanya sekadar memberi ulasan mengenai sikap dan keadaan orang Melayu. Berlainan pula dengan hasil tulisan Za'ba Islam. Satu rencana Za'ba yang paling mendapat perhatian ialah 'Poverty of Malays'. Rencana ini disiarkan di akhbar Malay Mail pada 6 Disember 1923. Rencana ini mengulas kemiskinan orang Melayu. Sudut pandang kemiskinan yang dimaksudkan bukan sahaja dari sudut harta kebendaan tetapi juga sudut kerohanian. Za'ba melihat orang Melayu bukan sahaja miskin dari segi kewangan dan kebendaan tetapi juga 'miskin sikap'. Za'ba menyifatkan orang Melayu miskin dalam segala-galanya. iaitu membuat kritikan dan mencadangkan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang diutarakan dan cadangan beliau adalah berasaskan ajaran agama

Perkembangan Sejarah Negara

Page 28

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Dalam rencananya boleh dilihat dalam dua aspek. Yang pertama ialah beliau menghuraikan punca kemunduran dan kemiskinan orang Melayu dan yang kedua, beliau menegaskan bahawa kekuatan ekonomi penting untuk mengatasi kemiskinan. Satu lagi rencana Za'ba ialah 'The Salvation of the Malays' yang disiarkan di Malay Mail pada 27 Disember 1923. Kali ni Za'ba menyeru agar orang Melayu menfokuskan bidang pelajaran untuk kemajuan bangsa sendiri. Beliau mengatakan pendidikan itu adalah asas kepada kemajuan. Dengan adanya pendidikan, orang Melayu akan membuang sikap terlalu bergantung dengan orang luar iaitu orang Inggeris pada masa itu. Beliau juga mencadangkan orang Melayu mengamalkan sikap bekerjasama, bersatu padu, berusaha dan tolong menolong. Za'ba telah menubuhkan Persatuan Persuratan Melayu di Kuala Lumpur pada 1923. Keahlian pertubuhan ini rata-rata ialah pegawai Kerajaan seluruh Tanah Melayu yang berpendidikan. Tujuan Penubuhan ini ialah untuk menggalakkan perkembangan sastera Melayu moden dan menyatukan sistem ejaan Melayu. (Shaffie, 2000) Selain daripada bidang sastera dan penulisan, Za'ba juga bergiat aktif dalam bidang persuratan dan pernah menjadi penasihat Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada 1930. Semasa pergolakan berlaku antara Kaum Muda dan Kaum Tua mengenai percanggahan pendapat, Za'ba terlibat dalam usaha menyedarkan orang Melayu dengan mengambil huraian pendapat pihak Kaum Muda. Za'ba juga banyak mengusahakan penterjemahan rencana atau majalah reformis Islam dan mengumpulkannya untu diterbitkan dalam satu buku yang berjudul 'Umri Kemajuan atau Falsafah Takfir Dalam Agama Islam' pada 1932. Buku ini memperkenalkan ideaidea moden. Namun idea-idea yang masih baru ini tidak boleh diterima oleh segolongan orang lalu menjadikan buku ini kontroversi tapi tidak diharamkan. Pada 1934, Za'ba sekali lagi menterjemah sebuah buku bertajuk 'Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba'. Buku ini juga menimbulkan kontroversi dan kemarahan golongan ulama Perak kerana buku tersebut mengandungi fahaman moden yang boleh memesong iktikad kepercayaan orang Melayu. Zaba dikunjungi residen dan buku ini diharamkan di Perak atas arahan Sultan Perak.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 29

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris juga menjadi pemangkin semangat nasionalisme kerana kelahiran graduan-graduan yang berjuang memartabatkan bangsa Melayu melalui bidang penulisan. Novel 'Melor Kuala Lumpur' oleh Harun bin Mohd Amin iaitu pelatih MPSI telah berajaya diterbitkan. Harun berasal daripada Singapura dan menuntut di MPSI sejak 1927. Beliau merupakan penggerak semangat nasionalisme yang aktif dan berpengaruh di MPSI untuk mempengaruhi pelajar MPSI. Novel Melor Kuala Lumpur telah diterbitkan pada 1930. Walaupun novel ini mengisahkan permasalahan orang Melayu namun Harun menegaskan bahawa tujuan novel ini ialah untuk menambah bilangan bahan-bahan bacaan dalam kalangan orang Melayu yang teramatlah sedikit. Selain daripada Melor Kuala Lumpur, terdapat juga beberapa novel lain yang membincangkan permasalahan orang Melayu antaranya ialah 'Percintaan Kasih Kemudaan(1927)' karya Ahmad Kotot, 'Lakah Salmah?' (1928), 'Kawan Benar' karya Ahmad Rashid Talu. Namun karya Harun adalah antara karya yang terawal dalam kalangan guru-guru pelatih pada era 30an. (Shaffie, 2000) Pada tahun 1950-an, wujud kumpulan 'Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Kumpulan ini ditubuhkan di Singapura dan merupakan hasil usaha para wartawan, guru dan peminat bidang sastera. Antara tokoh penting yang mengasaskan kumpulan ini ialah Kamaludin Mohammad (Keris Mas), Usman Awang, Masuri S.N, Asraf, Hamzah Hussein dan Jimmy Asmara. Objektif penubuhan kumpulan ini ialah untuk meninggikan kesusasteraan, kebudayaan Melayu, melindungi hak-hak penulis dan memberi sumbangan ke aramh mempertingkatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun ASAS 50 tidak didalangi oleh mana-mana parti politik dan tidak terikat dengan sebarang fahaman politik, tetapi kumpulan ini mempunyai kecendurangan terhadap pejuang-pejuang politik pada masa itu. Ini kerana pucuk pimpinan ASAS 50 adalah berlatarbelakangkan politik Tanah Melayu. Contohnya Kamaluddin Mohammad merupakan bekas Pegawai Penerangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya, Asraf ialah ahli aktif dalam angkatan Pemuda Insaf.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 30

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Selain itu, menerusi kedudukan mereka sebagai wartawan dengan akhbar Utusan Melayu, pucuk pimpinan ASAS 50 berpeluang mengadakan hubungan secara langsung dengan para pejuang nasionalis yang lain seperti Dahari Ali dan Salleh Daud yang kedua-duanya pernah menjadi setiausaha PKMM. Peluang seperti ini memberi implikasi penting kerana ketika itu kegiatan bercorak politik di Tanah Melayu telah diharamkan akibat pengisytiharan darurat. Namun begitu, kelahiran ASAS 50 telah memberi mereka ruang untuk bergerak, sekurang-kurangnya berperanan sebagai kumpulan pendesak yang berjuang untuk mempertingkatkanmartabat bahasa dan kesusasteraan Melayu. ASAS 50 menyedari kewujudan dasar pendidikan British yang menekankan penggunaan bahasa Inggeris dan menjadikannya sebagai pasport untuk berhubung dengan dunia moden. Mereka melihat penekanan kepada bahasa Inggeris oleh pihak penjajah sebagai penghalang kepada perkembangan bahasa Melayu. Mereka percaya bahawa bahasa Melayu boleh berkembang dalam suasana dan iklim bebas daripada pelbagai sekatan pihak penjajah. Oleh itu, ASAS 50 berpendapat perjuangan untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajah merupakan sebahagian daripada perjuangan dalam bidang bahasa dan kesusasteraaan Melayu. Memandangkan kebanyakan penulis ASAS 50 terdiri daripada golongan wartawan, maka karya-karya mereka tidaklah begitu sukar untuk disiarkan. Sebahagian besar karya-karya mereka banyak tersiar di akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman, dan majalah Mastika. Ketiga-tiga penerbitan ini menyediakan ruangan 'kesusasteraan Melayu' dan ruangan dalam majalah Mastika merupakan antara ruangan sastera yang dihormati kerana hanya menerima karya-karya yang dianggap bermutu. (Shaffie, 2000) ASAS 50 bergiat aktif dalam pelbagai bidang sastera, sama ada cerpen, novel mahupun sajak. Namun begitu, penulisan sajak telah mendapat tempat utama dalam karya yang dihasilkan. Kebanyakkan sajak-sajak dalam ASAS 50 mengemukakan tema-tema yang luas meliputi isu-isu perjuangan kemerdekaan, kemiskinan rakyat, penderitaan kaum tani, penindasan dan ketidakadilan ke atas kaum buruh. Persoalan kepincangan masyarakat sangat disedari oleh para penulis ini. Begitu juga kritikan tajam turut ditujukan kepada pihak penjajah. Semasa ahli-ahli politik sedang berusaha

Perkembangan Sejarah Negara

Page 31

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] dalam memperjuangkan kemerdekaanm bagi Tanah Melayu, golongan penulis ASAS 50 turut mengambil kesempatan untuk mendedahkan pelbagai kepincangan dan keluhan rasa yang dialami oleh rakyat. Misalnya Masuri S.N yang dianggap sebagai penyair terpenting dalam ASAS 50 telah menyuarakan penderitaan kaum pekerja yang tertindas dalam sajaknya 'Pandanglah Kami'. Sementara dalam sajak 'Seribu Harapan', beliau membangkitkan persoalan kemerdekaan. Begitu juga Usman Awang, turut membincangkan hal-hal kebebasan dan kemerdekaan bangsa-bangsa di benua Asia dan Afrika seperti dalam sajaknya yang berjudul 'Khabar dari Asia'. (Shaffie, 2000) Bidang Kewartawanan dan Pencetus semangat nasionalisme di Tanah Melayu Sepanjang tahun 1930 hingga 1940an, terdapat 80 naskah akhbar dan majalah yang diterbitkan. Ini mencerminkan perkembangan bidang penerbitan akhbar Melayu di Tanah Melayu kerana memuncaknya minat membaca dalam kalangan orang Melayu. Industri ini menjadi sebuah industri yang sangat menguntungkan dan berjaya menarik minat pelabur untuk menubuhkan syarikat penerbitan. Kandungan dan isu-isu yang dipaparkan dalam akhbar dan majalah pada masa itu tidaklah banyak beza jika dibandingkan secara umum kesemua bahan terbitan pada masa itu. Kebanyakannya lebih menjurus kepada perbincangan soal-soal politik Melayu, masalah kemasukan imigran dan sosioekonomi Melayu lebih-lebih lagi apabila menjelang era 30-an. Antara akhbar yang penting ialah al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis Al-Ikhwan adalah akhbar di bawah pimpinan Sayid Sheikh Ahmad al-Hadi. Ianya diterbitkan pada 16 September 1926 di Pulau Pinang. Pada mulanya akhbar ini mendapat khidmat cetakan daripada The British Malaya Company dan bertukar ke Jelutong Press. Tujuan dan hala tuju akhbar ini ialah untuk membawa pembaharuan soal agama kepada orang Melayu dan menimbulkan kesedaran politik dan sosial di Tanah Melayu. Perkara yang sering dibincangkan emansipasi wanita dan perluasan pendidikan Inggeris dalam kalangan orang Melayu. (Shaffie, 2000) Selepas al-Ikhwan, Sayid Sheikh Ahmad juga menerbitkan akhbar Saudara pada 29 September 1928 di Pulau Pinang. Akhbar ini merupakan terbitan mingguan iaitu hanya pada hari Sabtu. Namun selepas memperoleh syarikat penerbitan sendiri iaitu Jelutong

Perkembangan Sejarah Negara

Page 32

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Press, Akhbar ini menjadi akhbar terbitan dua kali seminggu bermula daripada Mac 1934. Sama seperti al-IKhwan, akhbar Saudara memperjuangkan isu berkaitan Islam. Pengarang yang pertama telah dijawat oleh Mohd Yunus bin Abdul Hamid dan dibantu oleh Abdul Rahim bin Kajai. Tidak lama selepas itu Abdul Rahim Kajai naik menggantikan jawatan Mohd Yunus sebagai Ketua Pengarang. Akhbar Saudara dijadikan wadah untuk menyebarkan idea-idea reformis Islam dari Kaum Muda. Kegiatan ini adalah bagi menggantikan al-Imam yang telah diberhentikan penerbitannya pada 1906. Saudara mengkritik hebat cara hidup orang Melayu yang tidak mahu menerima sebarang pembaharuan dalam soal agama dan sosial kerana masih dengan kehidupan tradisional mereka. Menjelang 1930-an, Saudara mulai memperlihatkan kesedaran politik yang jelas Saudara menyeru umat Islam khususnya orang Melayu untuk bersatu menghalang tanah air daripada diganggu oleh kuasa-kuasa asing. Satu ruangan baru yang diperkenalkan dalam akhbar Saudara yang dinamakan Halaman Sahabat Pena' telah disiarkan bermula pada 29 September 1934. Tujuan ruangan ini ialah untuk menimbulkan minat membaca orang Melayu, mengembangkan persuratan Melayu dan menyediakan medan pertukaran pendapat kepada pembaca. Sambutan ruang ini amat memberangsangkan dan nama ruang ini diubah kepada 'Persaudaraan Sahabat Pena'. Ruang ini mendapat perhatian dalam kalangan pembaca namum mulai kurang aktif menjelang tahun 1935 apabila kegiatannya mula dikawal oleh kerajaan British. Pemerhatian kegiatan persuratan ini diperhatikan melalui Pasukan Cawangan Khas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. (Shaffie, 2000)

Perkembangan Sejarah Negara

Page 33

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Selain daripada Saudara, akhbar yang menyediakan ruang pertukaran pendapat ialah Warta Malaya dan Majlis. Warta Malaya telah diterbitkan pada 1 Januari 1930 di Singapura. Pada awalnya dicetak oleh Anglo-Asiatic Press milik Syed Hussein Ali alSagoff, bersama abangnya Syed Abdullah dan sepupunya Sharifah Shaikah. Warta Malaya adalah setanding dengan akhbar-akhbar terbitan luar negeri. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, sebuah cawangan Warta Malaya telah dibina di Kuala Lumpur pada 5 Mei 1935. Sehubungan dengan itu, lahirlah akhbar mingguan yang bernama Warta Ahad yang diterbitkan setiap hari ahad. Pada 7 September 1936, sebuah majalah di bawah cawangan yang sama diterbitkan setiap minggu iaitu Warta Jenaka yang diterbitkan pada setiap Isnin. Pengarang akhbar Warta Malaya yang pertama ialah Dato' Onn bin Jaafar. Beliau menjawat jawatan ini sekitar Januari 1930 hingga Disember 1933. Semasa akhbar Warta Malaya masih di bawah pimpinan beliau, akhbar ini banyak merungkai rencanarencana yang menyentuh keadaan sosioekonomi orang Melayu, persoalan pelajaran tinggi orang Melayu, dasar-dasar pemusatan kuasa British dan tindak tanduk kaum pendatang khususnya apabila mereka mulai memperjuangkan hak mereka. Pandangan-pandangan yang diutarakan adalah lebih menjerumus kepada idea berteraskan anti-penjajah dan pro-Melayu. Namun begitu, Dato' Onn Jaafar sedar bahawa tidak perlu terlalu radikal terhadap British. Warta Melayu hanya meminta British untuk memberi peluang dan jawatan lebih banyak untuk orang Melayu dalam perkhidmatan Am dan menghalang golongan imigran menjawat dalam bidang pentadbiran untuk melindungi kepentingan orang Melayu selain memberi latihan kepada orang tempatan mentadbir Tanah Melayu. British tidak digesa untuk meninggalkan Tanah Melayu kerana Dato Onn Jaafar sedar orang Melayu sendiri masih kurang bersedia untuk mentadbir negara kerana jumlah orang Melayu yang berpelajaran dan berkelayakan masih kurang. Dato' Onn Jaafar digantikan oleh Sayid Sheikh Ahmad dan akhbar Warta Malaya masih menyiarkan rencana-rencana berhubung dengan kepentingan orang Melayu dalam pelbagai bidang. (Shaffie, 2000)

Perkembangan Sejarah Negara

Page 34

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Akhbar Majlis diterbitkan 17 Disember 1931 di Kuala Lumpur oleh Mohammed Amin Haji Mohd Yusof. Walaupun Majlis merupakan akhbar berperanan bebas, tetapi banyak rencana yang disiarkan mmembicarakan isu bercorak politik. Ini kerana kemunculan Majlis adalah seiring dengan kebangkitan semangat Melayu oleh gerakan nasionalis ketika itu. Abdul Rahim Kajai, seorang wartawan Melayu yang terkenal dan berpengaruh dilantik menjadi Ketua Pengarang Majlis yang Pertama. Sebelum memimpin akhbar Majlis, beliau pernah berkhidmat dan memimpin akhbar Saudara dan kerjaya kewartawanannya diteruskan dengan beberapa akhbar yang lain seperti Warta Malaya, Utusan Melayu dan Utusan Zaman. Kerana minatnya terhadap bidang politik, akhbar Majlis adalah lebih menjurus kepada isu-isu politik. Selepas perang dunia kedua, Majlis dipimpin oleh Abdul Samad Ahmad sekitar tahun 1949 hingga 1954. Beliau merupakan penulis yang terkenal pada masa itu dan pernah melibatkan diri dalam politik dan berminat dengan penyiaran mengenai perkembangan politik di Tanah Melayu dalam Majlis. Misalnya, pada pertengahan tahun 50-an, perkembangan dan tindak tanduk UMNO mendapat liputan akhbar Majlis selepas kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Majlis turut menyiarkan isu-isu darurat, pilihan raya, soal kerakyatan, matlamat dan perjuangan kemerdekaan serta reaksi pertubuhanpertubuhan sedia ada di Tanah Melayu terhadap isu kerakyatan dan kemerdekaan. (Shaffie, 2000) Sumbangan Majlis bukan hanya melalui bidang penyiaran dan media sahaja. Tetapi juga melalui bantuan kepada gerakan-gerakan parti pada masa itu. Contohnya pejabat Majlis di Kuala Lumpur dijadikan medan pertemuan golongan pemuda yang bersemangat tinggi dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu untuk membincangkan soal-soal politik, isu semasa dan bertukar pendapat. Dengan itu maka lahirlah 'Kesatuan Melayu Muda' (KMM). Pada 1946, bermula dari kongres Kebangsaan Melayu Semenanjung hinggalah tertubuhnya UMNO, pejabat Majlis seolah-olah berperanan sebagai urusetia kongres. Selain itu juga, derma-derma yang disumbangkan oleh rakyat kepada kongres tersebut untuk membiayai perbelanjaan kongres disalurkan melalui Majlis atas nama 'Derma Kebangsaan'.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 35

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Ramai golongan radikal dalam gerakan nasionalis yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan. Dengan itu, tidak sukar bagi mereka menyuarakan pendapat mereka melalui akhbar-akhbar tempatan. Contohnya, Ibrahim Haji Yaakob, presiden KMM, pernah bertugas sebagai penolong pengarang Majlis. Dengan menggunakan nama semaran Ibhi, beliau banyak menghasilkan rencana-rencana dalam beberapa buah akhbar seperti Warta Malaya dan Warta Ahad. Pada 1939, Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako telah dilantik menjadi pengarang akhbar Utusan Melayu. Antara sumbangannya ialah rencana menarik mengenai kehidupan orang Melayu di negeri-negeri mundur seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu. Selain itu juga beliau menulis makalah-makalah yang menyeru orang Melayu untuk bersatu padu, menghasilkan beberapa buah novel. Antaranya Putera Gunung Tahan yang berkisarkan sindiran untuk membidas kerajaan British serta dasardasar yang digubal pihak British. Selain itu juga, sindiran juga disasarkan kepada golongan bangsawan Melayu yang memberikan kerjasama dengan British. Selain Putera Gunung Tahan, novel karya beliau yang lain ialah seperti Anak Mat Lela Gila. Yang diterbitkan pada tahun 1941. Seorang lagi wartawan yang menjadi ahli nasionalis radikal ialah Abdullah Sani bin Raja Kecil atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Boestamam. Beliau aktif dalam kegiatan politik tanah air dan terlibat bersama-sama ahli-ahli KMM dalam gerakan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang berjuang untuk mengisytiharkan kemerdekaan bersama bagi Tanah Melayu dan Indonesia. Tidak lama kemudian, beliau menjadi salah seorang pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Ahmad Boestamam juga pernah menerbitkan rencana-rencana dalam akhbar-akhbar seperti Saudara, Majlis, Warta Kinta, dan Warta Malaya. Selain daripada itu, Dr. Burhanuddin al-Helmi juga merupakan seorang pemimpin nasionalis Melayu yang pernah bertugas sebagai pengarang akhbar Taman Bahagia. Akhbar ini mengkritik pentadbiran British tetapi menyokong isu-isu negara Arab terutamanya Palestin. (Shaffie, 2000)

Perkembangan Sejarah Negara

Page 36

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Pada tahun 1930, akhbar Melayu pertama di Sarawak yang dinamakan Fajar Sarawak. Fajar Sarawak diterbitkan dalam tulisan Jawi dua kali sebulan. Akhbar ini adalah hasil usaha Muhamad Rakawi bin Yusof, seorang bekas Pegawai Kastam yang juga guru kebudayaan tradisi Melayu, termasuklah Ilmu Silat. Untuk menerbitkan akhbar tersebut beliau dibantu oleh dua orang sahabatnya iaitu Haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Encik Johari bin Anang. Selain daripada itu beliau juga mendapat bantuan daripada Haji Mohd. Daud bin Abdul Ghani dan Encik Mohd. Awi bin Anang. Fajar Sarawak diterbitkan oleh Syarikat Putra Sarawak yang dimiliki oleh kesemua mereka. Akhbar ini dicetak oleh Diocesan Press di Wayang Street, Kuching. Dalam terbitan pertama akhbar Fajar Sarawak ialah untuk membangkitkan kesedaran nasionalisma orang-orang Melayu. Ianya dinyatakan dengan jelas dalam keluaran pertama seperti mana kata editor `Fajar Sarawak' diterbitkan bukanlah semata-mata dimaksudkan bagi faedah diri sendiri akan tetapi bagi faedah ramai, yakni bagi berkhidmat kepada kaum dan bangsa Sarawak yang telah nampak pada hari ini sangat-sangat mundur ke belakang oleh bangsabangsa asing. Berdasarkan kepada kata-kata tersebut, tidak syak lagi dengan terbitnya akhbar Fajar Sarawak sebagai akhbar pertama berbahasa Melayu di Sarawak pada hari ini dalam tahun 1930 bukan sahaja membangkitkan perasaan persaudaraan di kalangan orang-orang Melayu tetapi juga menjadi asas kepada perkembangan Nasionalisme di Negeri Sarawak. (Hasfiza, 2008)

Perkembangan Sejarah Negara

Page 37

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Berikut adalah antara majalah terpenting dalam membangunkan semangat

nasionalisme di Tanah Melayu. MAJALAH DAN ISU YANG DIBANGKITKAN Majalah Majalah Guru Pengarang: Muhammad Dato Muda Linggi Yusuf Ahmad Mohd. Sidin Rashid Isu Pendidikan anak-anak Melayu Menyeru Meniup perpaduan semangat cinta dalam akan kalangan orang Melayu negara dan menentang penjajahan. Membaiki taraf hidup orang Melayu Memajukan bahasa dan sastera Melayu Menggalakkan bahasa Pengasuh Pengarang: Dato Nik Mohammad Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah Menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu Memperluaskan ilmu dalam semua bidang Memberi Menggesa menjauhkan buruk. pentafsiran orang diri kepada Melayu sifat persoalan orang Islam daripada perpaduan dalam kalangan guru sebagai pemimpin

Perkembangan Sejarah Negara

Page 38

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Bulan Melayu Pengarang: Zainon Sulaiman Menggalakkan Johor. Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri. Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur (Wai, Ulang Kaji Total Sejarah SPM , 2006 ) Menggalakkan wanita menjadi obor untuk menjadikan bangsa. perpaduan dalam

kalangan guru perempuan Melayu

Perkembangan Sejarah Negara

Page 39

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] 3. Mengekalkan kemerdekaan lebih susah daripada mencapai kemerdekaan. Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menterjemahkan intipati ungkapan berkenaan dengan usaha kerajaan dalam mengekalkan kemerdekaan negara. Usaha-Usaha Kerajaan Rakyat perlu berhempas pulas berkorban apa sahaja untuk mencapai kemerdekaan. Berdasarkan kenyataan di atas, saya amat bersetuju dengan idea tersebut kerana kalau diteliti, untuk mencapai kemerdekaan memerlukan satu jangka masa yang panjang. Walauapapun, perjuangan kemerdekaan akan tetap mencapai satu titik penamatan dimana kita akan mencapai kemerdekaan. Contohnya Tanah Melayu yang telah dijajah sejak koloni Portugis pada 1511, sehinggalah tahun 1957 barulah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Namun, untuk mengekalkan kemerdekaan adalah sesuatu yang infinity iaitu usaha yang tidak terhenti. Usaha untuk mengekalkan kemerdekaan adalah selama-lamanya dan ini merupakan satu tanggungjawab yang amat berat bagi pemerintah sesebuah negara. Jika dilihat negara Malaysia, telah banyak usaha kerajaan dalam mengekalkan kemerdekaan dilaksanakan samada melalui program-program dan dasar-dasar. Namun tidak semua dasar dan program yang dilaksanakan mencapai objektifnya. Sepanjang Malaysia menikmati kemerdekaan selama 54 tahun, terdapat beberapa peristiwa yang mengheret negara ini dalam ambang perpecahan. Paling memberi kesan hingga hari ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum berlaku. Ini merupakan satu kegagalan besar bagi pihak kerajaan dalam mengekalkan keharmonian dalam negara ini. Jika kita imbau kembali zaman sebelum campur tangan British, salah satu cara campur tangan British dalam politik Tanah Melayu ialah kerana berlaku pergolakan dan perebutan kuasa. Dari campur tangan British akhirnya Tanah Melayu dijajah. Kunci utama dalam mengekalkan kemerdekaan ialah untuk wujudkan perpaduan. Hingga kini, kerajaan masih menjalankan dasar-dasar dalam mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan

Perkembangan Sejarah Negara

Page 40

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Walauapapun, pelaksanaan dasar ini kurang berjaya kerana jurang pendapatan mengikut kaum adalah masih ketara. Penjajahan bukan sahaja boleh ditafsirkan sebagai penguasaan wilayah, tetapi juga penguasaan minda. Walaupun bumi Malaysia telah pun merdeka, namun penjajahan minda masih berlaku sehingga hari ini. Ini bererti rakyat masih terikut-ikut dengan budaya barat sehingga menghakis budaya tempatan yang menjadi khazanah dan warisan bangsa. Oleh itu, satu dasar telah diwujudkan bagi mengekalkan kebudayaan negara ini terpelihara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Ini adalah salah satu cara bagaimana kerajaan cuba untuk mengekalkan kemerdekaan Malaysia dengan membendung identiti negara daripada anasir luar.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 41

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Selepas berlaku pergolakan kaum, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Rukun Negara mempunyai lima objektif iaitu I. II. III. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama IV. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak V. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Lima prinsip Rukun Negara pula ialah: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 42

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ianya mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakayat di negara ini. Semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, satu wawasan kerajaan telah dirangka iaitu Wawasan 2020. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidangbidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Tun Dr Mahathir telah menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020. Cabaran yang pertama sekali ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Ternyata keutamaan difokuskan kepada unsur perpaduan rakyat. Kerajaan Malaysia juga turut menfokuskan pendidikan sebagai alat perpaduan dan medium untuk menanam semangat nasionalisme dalam masyarakat muda di negara ini. Kerajaan sedar asuhan di peringkat awal adalah amat berkesan untuk membentuk jati diri masyarakat. Oleh itu penggubalan matlamat pendidikan dan kurikulum juga berintipatikan pembentukan masyarakat yang taat setia kepada Raja dan Negara. Biasanya unsur-unsur sedemikian banyak diselit dalam pembelajaran subjek sejarah dan Pendidikan Moral.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 43

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu garis panduan dan rujukan bagi para pendidik semasa melaksanakan urusan dan sistem pendidikan di negara ini. salah satu elemen dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah mewujudkan Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan yang berupaya memberi sumbangan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Kerajaan telah membuat penggubalan ini dengan mengambil kira semua aspek termasuklah aspek dalam membenih semangat nasionalisme dalam diri generasi muda. Seterusnya ialah pelaksanaan dasar 1Malaysia. 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui 1Malaysia. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Seterusnya ialah usaha kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan pemangkin perpaduan dan semangat nasionalisme. Ramai yang mempersoalkan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini adalah penting untuk difahami oleh rakyat Malaysia kerana objektif pelaksanaannya ialah berkait rapat dengan sikap toleransi dan penerimaan semua rakyat Malaysia tanpa

Perkembangan Sejarah Negara

Page 44

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] mengira kaum. Tiada alat yang lebih mudah untuk mewujudkan interaksi antara kaumkaum yang berbeza kerana semua kaum mempunyai bahasa ibunda yang tersendiri. Satu-satunya cara untuk membina satu ikatan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang berbeza ialah dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dengan penerimaan bahasa Melayu, semua rakyat akan berhubung dan berinteraksi menggunakan satu medium dan seterusnya mewujudkan persefahaman dan ikatan. Bahasa ini pada awalnya diistilahkan sebagai 'Bahasa Malaysia' secara spontan oleh Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, "bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu". Pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad. Dalam sistem pendidikan Malaysia, subjek bahasa Malaysia merupakan subjek wajib diambil oleh kesemua pelajar. Subjek ini juga wajib lulus dalam peperiksaan awam untuk lulus secara keseluruhan dan untuk memperoleh sijil. Rasionalnya ialah agar bahasa ini mampu dikuasai oleh semua generasi untuk memudahkan interaksi antara kaum dan seterusnya membina ikatan perpaduan. Usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa ini bukanlah mudah. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai khazanah dan warisan kepada semua kaum. Oleh itulah, ini penting untuk kaum lain mempunyai sikap keterbukaan untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Ianya bukan sahaja perlu diterima namun harus dihayati dan dipertahankan sampai bila-bila. Jika dilihat senario zaman sekarang,

Perkembangan Sejarah Negara

Page 45

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] anak-anak muda lebih cenderung menggunakan bahasa penajajah untuk

berkomunikasi. Malah dengan sesama kaum juga, mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Mengapa bukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa kebangsaan? Bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kalau bahasa Inggeris dijadikan bahasa Kebangsaan negara Malaysia, apalah identiti negara kita untuk dipamerkan kepada negara-negara lain? Satu lagi usaha kerajaan dalam membina jati diri kukuh dalam kalangan remaja ialah melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ia merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun keatas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Latihan ketenteraan secara intensif adalah sesuai bagi membina jati diri dengan berkesan. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri. Namun, program ini bukan senang untuk tercapai objektifnya. Ini kerana dari segi pelaksanaannya banyak masalah yang berlaku. Terdapat beberapa kes di mana pelatih dibuli, dirogol, kemalangan dan sebagainya dan mewujudkan kebimbangan kepada ahli keluarga. Selain daripada itu, walaupun program ini wajib, namun masih terdapat sebilangan kecil yang tidak melaporkan diri dan memberikan alasan yang tidak munasabah untuk mengelakkan diri dari menyertai program ini. Jika dilihat sekilas

Perkembangan Sejarah Negara

Page 46

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] pandang, bekas pelatih PLKN masih tidak mempunyai jati diri yang kukuh walaupun sudah menjalani latihan 3 bulan. Ini kerana masalah sosial masih berlaku secara berleluasa. Satu lagi usaha kerajaan ke arah pengekalan kemerdekaan negara ialah melalui bidang politik di mana Kementerian Pertahanan Malaysia telah ditubuhkan. Kementerian Pertahanan Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur. Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara. Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan, dengan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia. Antara pusat latihan ketenteraan yang ditubuhkan ialah Maktab Tentera Diraja, Kolej Tentera Darat, Kolej Tentera Udara, Angkatan Tentera Malaysia dan banyak lagi. Kemerdekaan tidak akan berkekal lama jika tiada pertahanan dalam sesebuah negara. Tidak mungkin negara Malaysia akan diajajah lagi. Sebelum penajajahan berlaku, pasukan ketenteraan akan berjuang berhabis-habisan untuk mengalahkan pihak lawan. Seperti yang saya katakan, penjajahan tidak mustahil akan berlaku lagi dan ini berkemungkinan akan melibatkan peperangan. Oleh itu, satu tindakan bijak kerajaan untuk menubuhkan Kementerian pertahanan untuk membuat persediaan untuk menghadapi apa sahaja samada ancaman dari dalam atau dari luar. Walaupunbagaimanapun, usaha baik ini masih mempunyai kelemahan di mana kekuatan ketenteraan kita masih tidak mampu menyaingi negara-negara lain. Jikalau pertahanan Malaysia masih tidak cukup kuat dan tidak mampu menyaingi dengan negara lain terutama negara-negara besar, tidak mustahil Malaysia akan tewas dan jatuh di tangan kuasa luar lebih-lebih konflik Malaysia dengan beberapa buah negara seperti Filipina dan Indonesia akan memungkinkan peperangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Satu lagi permasalahan dalam usaha ini ialah para generasi

Perkembangan Sejarah Negara

Page 47

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] muda kurang berminat untuk menyambung pengajian di maktab-maktab ketenteraan. Walaupun tiada kuota kemasukan dalam maktab ini namun kerajaan masih gagal menarik minat generasi muda terutamanya daripada kaum Cina dan India. Ini mencerminkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda khususnya kaum bukan Melayu masih tidak menonjol. Kempen-kempen kesedaran anjuran pihak kerajaan juga ada dilaksanakan. Selain kempen kesedaran dan ceramah, iklan atau mesej ringkas di televisyen untuk memberi kesedaran juga banyak disiarkan di stesyen televisyen kerajaan khususnya. Kerajaan sedar bahawa medium yang paling berkesan dalam menyampaikan mesej kesedaran ini ialah melalui media elektronik. Lagu-lagu patriotik juga sering dimainkan di televisyen sebagai pemangkin semangat patriotik. Lirik lagu yang bermakna akan menarik minat remaja untuk menyanyi bersama dan seterusnya menghayati mesej yang terkandung dalam lagu. Selain daripada lagu, filem-filem dan drama berunsurkan perjuangan wira negara menuntut kemerdekaan juga disiarkan secara meluas. Contohnya filem Leftanan Adnan yang sering ditayangkan pada hari kemerdekaan. Namun, kempen, ceramah, dan media massa bukanlah satu usaha yang mampu memberi kesan yang besar. Ini kerana ceramah dan kempen kesedaran tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat. Ini kerana mereka tidak berminat dengan program berkaitan dengan kenegaraan kerana ianya dianggap bosan. Selain daripada itu juga, terbitan drama dan filem yang berunsurkan patriotik dianggap sebagai hiburan semata-mata tanpa menghayati mesej yang ingin disampaikan. Filem dan drama tidak berjaya memberi kesan kepada jati diri remaja sekarang. Begitu juga dengan lagu-lagu patriotik yang hanya dijadikan siulan semata namum tidak dihayati.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 48

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Satu usaha yang paling ketara yang masih dilaksanakan hingga ke hari ini ialah sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk mengenang kembali keperitan Tanah Melayu semasa zaman penajajahan dan perjuangan wira-wira negara sehingga terbentuknya Malaysia. Memandangkan Malaysia telah merdeka selama 53 tahun, oleh itu setakat ini 53 kali sambutan kemerdekaan di adakan secara besar-besaran. Pada bulan kemerdekaan, banyak aktiviti yang dilancarkan oleh kerajaan seperti kempen, ceramah, peraduan, pertandingan kawad dan banyak lagi. Media massa juga banyak memainkan peranan seperti menyiarkan dokumentari mengenai perjalanan Malaysia melangkah ke arah kemerdekaan. Selain itu juga iklan-iklan berbentuk mesej tersirat dan teladan yang kreatif banyak disiarkan seperti iklan Petronas, Perlembagaan Filem Negara, Astro dan banyak lagi. Namun iklan yang paling memberi kesan ialah iklan Petronas arahan Allayarham Yasmin Ahmad. Setiap tahun, laungan Merdeka selama tujuh kali akan dilaungkan bersama di Dataran Merdeka setiap kali kemuncak sambutan Kemerdekaan ini. Ini untuk mengimbau kembali laungan yang sama dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 yang membawa seribu makna kepada rakyat Tanah Melayu pada masa itu. Dengan laungan ini mampu membawa semangat kemerdekaan kepada generasi kini sama seperti generasi yang lalu. Oleh itu, sambutan kemerdekaan amatlah bermakna untuk mengekalkan semangat patriotisme dan haruslah diteruskan sampai bila-bila. Usaha-usaha kerajaan yang dilaksanakan masih belum cukup untuk memartabatkan kemerdekaan negara ini kerana tidak semua dasar dan pelaksanaan itu berjaya dan mencapai objektif. Jika dilihat pada hari ini pun, perpaduan dan semangat kemerdekaan masih belum mencapai satu tahap yang membanggakan. Ini kerana jurang ekonomi antara kaum masih ketara, masalah berpuak mengikut bangsa, kadar jenayah yang tinggi dan banyak lagi masih berleluasa. Begitu juga dengan sambutan kemerdekaan dari masa ke masa yang semakin berubah suasananya jika dibandingkan dengan dahulu. Budaya memacakkan bendera di rumah, tepi jalan, di kereta semakin berkurang dan ini menjadi kayu ukur kepada semangat patriotisme rakyat Malaysia pada hari ini. Itulah maksudnya Mengekalkan Kemerdekaan lebih susah daripada

Perkembangan Sejarah Negara

Page 49

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] mencapai kemerdekaan. Walauapapun, usaha kerajaan tidak memadai jika tidak ada sokongan daripada rakyat. Untuk mengekalkan kemerdekaan bukanlah melalui kerajaan tetapi sebenarnya ianya melalui diri kita sendiri iaitu rakyat Malaysia. Apa yang paling penting ialah semangat Patriotisme dalam diri setiap rakyat Malaysia. Jika wujud semangat itu maka kesemua perkara mengenai kenegaraan akan sanggup kita berjuang. Usaha-Usaha Rakyat Dalam perkara-perkara mudah pun sudah memberi makna yang besar jika kita usahakan. Contohnya kita haruslah menghormati lagu Negaraku dan juga bendera Malaysia. Dalam majlis-majlis rasmi terutamanya akan berkumandangnya lagu Negaraku. Kita haruslah berdiri tegak semasa lagu Negaraku dimainkan dan menyanyi dengan penuh kelantangan suara. Ini menunjukkan kehormatan kita kepada negara kita dan menjunjung tinggi maruah negara kita. Rakyat Malaysia haruslah juga mempunyai sikap berakhlak mulia dan berbudi pekerti. Ini sudah digariskan dalam Rukun Negara dan mesti dipatuhi oleh setiap orang. Biarlah orang lihat rakyat Malaysia sebagai rakyat yang berbudi bahasa dan dipandang tinggi. Sikap begini juga mampu mencipta keamanan dalam negara apabila semua orang senang hati dengan sesama sendiri. Selain daripada itu juga kita kenalah mengekalkan kedaulatan perlembagaan dan undang. Terdapat banyak hal dan perkara yang terkandung dalam perlembagaan negara termasuklah soal kerakyatan, hak-hak istimewa orang Melayu dan sebagainya dan ini akan memberi impak yang besar jika ianya tidak diakui dan dikhianati. Selain itu juga, jika kita memperlekehkan undang-undang yang sedia ada, sudah pasti negara ini tidak akan mencapai keamanan kerana ada sahaja jenayah yang berlaku seterusnya mencetuskan huru-hara.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 50

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Semangat kekitaan juga sangat penting untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini. Perpaduan adalah kunci kepada kemerdekaan dan jika tiada perpaduan maka pergolakan juga akan berlaku. Semangat kekitaan bermaksud semangat perpaduan bangsa Malaysia. Bukannya semangat bangsa mengikut kaum masing-masing. Jika muwudnya semangat kekitaan sebagai bangsa Malaysia, maka sukar untuk bangsa asing untuk merobohkan ikatan perpaduan yang sedia ada dalam negara ini. Rakyat juga perlu lebih produktif dan berinovasi dalam setiap perkara yang dilakukan. Dengan ini penjanaan ekonomi negara akan berkembang dengan maju. Ekonomi negara yang maju akan menyumbang ke arah kesejahteraan negara. Selain itu, dengan produktiviti dan inovasi rakyat Malaysia akan mengurangkan kebergantungan dengan negara lain. Kebergantungan selalunya akan membuka peluang negara lain untuk mengambil kesempatan ke atas negara kita.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 51

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Penutup Kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu boleh disimpulkan memuncak pada zaman awal abad ke 20 di mana munculnya banyak gerakan politik, parti-parti dan berkembangnya kesusasteraan Melayu dan Kewartawanan di Malaya. Semangat ini diapikan lagi apabila pihak British mula memihak kepada golongan imigran dengan mengenalkan Malayan Union. Walaupun gagasan Malayan Union berjaya dilaksanakan pada peringkat awal, namun hasil daripada tentangan dan kerjasama rakyat Tanah Melayu, ianya hanya mampu dilaksanakan selama dua tahun. Jatuhnya Malayan Union boleh diambil kira satu kejayaan besar buat orang Melayu sehinggakan British sendiri begitu terkejut dengan kemaraan orang Melayu menentang British. Malayan Union adalah satu pengajaran yang amat besar buat orang Melayu kini. Namun begitu, pergerakan politik di Sabah dan Sarawak agak lambat. Sebelum perang dunia kedua, tiada gerakan atau cubaan untuk menentang penjajah yang dilakukan. Namun secara perlahan-lahan rakyat di bumi borneo mulai sedar dengan ancaman British yang mula menindas kepentingan dan hak-hak mereka. Oleh itu, pertubuhan parti-parti politik semakin meluas. Tanpa disangka-sangka, bidang kesusasteraan dan kewartawanan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Ini termasuklah puisi-puisi, syair, sajak, karya novel dan cerpen yang menjadi tatapan umum tersemat dalam diri masyarakat. Sindiran pedas melalui penyampaian yang halus boleh disifatkan satu akal budi yang bernas kerana di samping memperjuangkan kemerdekaan, orang Melayu juga masih mengekalkan kesopanan dan budi bahasa. Dalam bidang kewartawanan, boleh dikatakan paling berkesan dalam memberi kesedaran kepada orang Melayu. Kritikan orang Melayu kepada orang Melayu sendiri sangat memberi kesedaran kepada orang Melayu yang leka. Orang Melayu boleh dianalogikan perlu diketuk, baru terngadah Tahun demi tahun perjuangan nenek moyang kita, akhirnya sampai ke titik pengakhiran di mana Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957. Khabar gembira ini dibawa ke generasi ke generasi berikutnya hinggalah hari ini. Namun bukan mudah

Perkembangan Sejarah Negara

Page 52

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] untuk mengekalkan kemerdekaan negara. Terdapat satu ungkapan yang berbunyi Mengekalkan Kemerdekaan adalah lebih sukar daripada mencapai kemerdekaan. Maksud ungkapan itu jelas dapat dilihat hingga hari ini dimana usaha mengekalkan kemerdekaan masih belum berjaya sepenuhnya. Anak-anak muda sekarang masih tidak tahu menghayati soal kemerdekaan malah hanya mengganggap hari kebangsaan sebagai sebuah perayaan semata-mata. Kadar jenayah masih menjulang tinggi malah isu sosial semakin menjadi-jadi. Tidak mustahil pada suatu hari nanti negara Malaysia akan berada di bawah naungan kuasa asing lagi kerana bak kata Tun Dr. Mahathir, orang yang tidak belajar sejarah akan mengulangi kesilapannya. Oleh itu, sama-samalah kita bangun bersatu padu. Jangan pernah membezakan ras, bangsa dan perbezaan kita kerana kesepaduan amatlah penting untuk mencapai keharmonian negara dan seterusnya akan kita akan bangkit menjadi satu negara yang kukuh. Tanamlah semangat cintakan negara dalam diri masing-masing. Biarkan ianya bertumbuh sampai bila-bila kerana dengan semangat itu, biar senapang diacukan ke kepala kita pun, kita masih terus berjuang untuk nama negara. Biarpun sumbangan kita kepada negara amatlah kecil jika dibandingkan dengan wira-wira negara, itu sudah memadai daripada menjadi pengkhinat negara. Oleh yang demikian, kajilah sejarah, hayati sejarah dan jadikan sejarah sebagai panduan hidup maka terbentuklah bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 53

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Bibliografi
Arkib Negara Malaysia. (2010, April 22). Retrieved July 17, 2011, from Malayan Union Teladan buat generasi masa kini, akan datang: http://www.arkib.gov.my/malayan_union Sejarah Malaysia. (2011, July 6). Retrieved July 24, 2011, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia Abdul Rahman Haji Ismail, A. A. (2006). Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hasfiza. (2008, Oktober 09). Akhbar Fajar Sarawak Diterbitkan . Retrieved July 24, 2011, from Arkib Negara : http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=1305 Ismail, A. (2009). Focus ACE SPM Sejarah. Bangi: Pelangi. Kesatuan Melayu Muda. (n.d.). Retrieved July 17, 2011, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesatuan_Melayu_Muda Lamry, M. S. (2006). Gerakan Kiri Melayu . Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nathan, R. (2009). Spotlight SPM Sejarah . Subang Jaya: Pan Asia Publication. Said, I. (2010). Perkembangan Sejarah Negara. Puchong: Penerbitan Multimedia . Shaffie, F. (2000). Sejarah Malaysia . Shah Alam: Fajar Bakti. United Malays National Organisation. (n.d.). Retrieved July 17, 2011, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/United_Malays_National_Organisation Wai, Y. C. (2006 ). Ulang Kaji Total Sejarah SPM . Petaling Jaya: Herald Printers. Wai, Y. C. (2011). XPRESS Sejarah SPM. Petaling Jaya : Sasbadi. Yahaya, Y. (2004). Master Studi Sasbadi SPM Sejarah. Petaling Jaya: Sasbadi.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 54

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] Refleksi Kerja kursus ini banyak membantu saya memahami situasai sebenar yang berlaku di Tanah Melayu dalam era penajajahan British. Buku-buku yang saya baca banyak merungkai isi-isi sejarah yang tidak terdapat dalam buku teks sejarah tingkatan 4. Saya lihat ini satu kebaikan dan objektif kerja kursus ini telah tercapai bagi saya. Saya juga telah banyak mengetahui mengenai di belakang tabir sebalik sejarah Malayan Union kerana buku yang dipinjam banyak mempersoalkan perjuangan UMNO. Terdapat juga buku-buku yang anti-kerajaan dan berhaluan kiri dalam mengulas idea dalam bukunya. Namun saya tidak ingin mengambil risiko untuk memuatkannya dalam kerja kursus ini Sebelum itu, jika dilihat kerja kursus saya ini amatlah panjang sedangkan dalam kertas soalan ada mengatakan 10 helai sudah mencukupi syarat. Tapi saya tidak mahu mensia-siakan usaha saya mencari maklumat dan buku di perpustakaan. Oleh itu saya sangat berharap agar pensyarah subjek ini tidak tertekan semasa memeriksa kerja kursus ini kerana saya sudah mengusahakannya siang hingga malam. Saya juga amat berharap agar pensyarah juga akan membaca hasil tulisan saya kerana hampir kesemuanya adalah hasil tulisan saya sendiri saya khuatir jika ianya tidak dibaca. Selain daripada kekhuatiran saya, saya ingin mengemukakan beberapa masalah yang saya hadapi sepanjang pembikinan kerja kursus ini ialah kekurangan buku rujukan selain rujukan SPM. Saya berasa kesal dan menyesal kerana saya antara golongan yang lambat untuk ke perpustakaan kent untuk meminjam buku. Buku sejarah kesemuanya telah habis dipinjam. Begitu juga keadaannya di perpustakaan Sabah cawangan Penampang. Perpustakaan itu kekurangan sumber bacaan terbitan tempatan dan hanya buku inggeris banyak disediakan. Buku sejarah Malaysia juga amat kurang. Selain daripada itu, saya juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk menfokuskan usaha saya dalam pembikinan kerja kursus ini. Kerja kursus ini mengambil masa selama dua minggu untuk siap. Tempoh ini tidak termasuk usaha saya mencari buku rujukan dan merancang pembikinan kerja kursus ini. ini kerana jadual yang padat sehingga ke petang dan aktiviti kampus pada waktu malam

Perkembangan Sejarah Negara

Page 55

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA] membataskan saya untuk memberi fokus 100% dalam tugasan ini. Selain itu juga, kerana kepadatan jadual membuatkan saya penat dan malas lalu mengambil keputusan untuk tidur petang. Bagi saya tidur petang sangat penting untuk kecerdasan minda dan persiapan untuk saya membuat tugasan ini pada waktu malamnya. Satu lagi masalah yang saya hadapi ialah terdapat buku-buku yang terlalu radikal dalam memberi pendapat. dan beberapa sumber yang saya dapati mengkritik UMNO semasa perjuangan kemerdekaan. Buku-buku itu hanya sesuai untuk bacaan peribadi tetapi tidak untuk dimuatkan dalam kerka kursus ini. Walauapapun, masalah-masalah ini boleh diatasi kerana masalah bukan penghalang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Cadangan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang sama pada masa depan ialah dengan bertindak pantas selepas sahaja soalan tugasan diberikan untuk mendapatkan buku rujukan sebelum kehabisan dalam pusat sumber. Saya juga perlu pantas menelaah maklumat untuk penulisan dalam tugasan agar kerja kursus ini cepat siap. Walauapapun, saya mengharapkan kerja kursus akan datang akan mengajar saya dalam banyak perkara dan maklumat secara tidak langsung. Saya mengharapkan markah yang diberikan oleh pensyarah adalah setimpal dengan usaha keras saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek ini dan moga akan terus berjaya dalam hidup.

Perkembangan Sejarah Negara

Page 56

PISMP Pengajian Sosial [PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA]

Lampiran

Perkembangan Sejarah Negara

Page 57