Anda di halaman 1dari 6

NAME :RABIAH BT ABDUL JABBAR HARUN BIN AHMAD NO.MATRIK: 012011030715 PENSYARAH: PROF.DATO DR.AMINAH BT AYOB.

PENGENALAN Rekod Anekdot Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dansignifikan secara positif atau negatif untuk direkodkan. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa itu berlaku dalam berkumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkahlaku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Rekod Anekdot mencatat peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Perkembangan Sosial Oleh itu, kemahiran yang saya gunakan dalam pemerhatian saya untuk dijadikan Rekod Anekdot ialah perkembangan sosial. Perkembangan sosial bermaksud dalam persekitaran dan pergaulan di dalam masyarakat. Dalam peringkat umur kanak-kanak, mereka sepatutnya diberi kebebasan dalam bersosial dan bergaul dengan persekitaran. Perkembangan sosial ini menitikberatkan dalam penglibatan bersosial dan membenarkan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih meluas. Selain itu,perkembangan social membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan orang lain mengikut cara yang boleh difahami. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji berdasarkan aspek penting seperti aspek peniruan, aktiviti ketika bermain, persahabatan dan hubungan di antara rakan sebaya. Oleh itu, saya menggunakan perkembangan sosial dalam permerhatian yang saya jalankan. Ia juga berkait rapat dengan teori yang di bawa oleh Erik Erikson atau dikenali sebagai Teori Perkembangan

Psikososial Erikson. Erikson menerangkan bahawa social manusia sebagai satu siri perkembangan yang mempunyai 8 peringkat. Pemerhatian yang saya jalankan terhadap seorang murid di dalam kelas saya. Oleh itu, saya telah menyediakan satu Rekod Anekdot yang berfokuskan kepada perkembangan sosial.Dalam rekod ini saya telah senaraikan nama murid, umur, tarikh, masa, nama guru dan juga perkembangan yang diperhatikan.

REKOD ANEKDOT.

Nama Murid Umur Tarikh Masa Nama guru

: Puteri Laila Maria bt Akhtar Alam. : 6 Tahun : 26 Oktober 2011 : 10.00 Pagi : Nor Salizawaty

Perkembangan yang diperhatikan : Perkembangan Sosial

CATATAN

Daripada rakaman yang saya jalankan, saya membuat pemerhatian iaitu selepas mengikuti sesi pengajaran bersama dengan guru, guru akan memberi tugasan kepada muridmurid. Puteri Laila Maria seorang murid yang sentiasa cepat melaksanakan tugasan yang diberikan. Apabila Puteri Laila Maria telah menyiapkan tugasannya, dia mengajak rakan-rakan yang sudah menyiapkan tugasan masing-masing ke sudut pembelajaran. Puteri Laila Maria terus memegang rotan lalu meniru gaya gurunya mengajar. Rakan-rakan lain turut memberi kerjasama dengan ajakan daripada Puteri Laila Maria. Sikap Puteri Laila Maria yang begitu mesra dengan rakan-rakannya menunjukkan interaksi sosial dalam hubungan persahabatan yang begitu akrab. Sikap Puteri Laila Maria yang begitu mesra itu menarik minat rakan yang lain untuk sama-sama dalam aktiviti yang dilakukan oleh Puteri Laila Maria. Puteri Laila Maria meniru gaya gurunya mengajar membaca ayat. Daripada pemerhatian yang dibuat, saya membuat kesimpulan bahawa rakan-rakan Puteri Laila Maria begitu senang berkawan baik dengannya kerana sikap Puteri

Laila yang begitu ramah dan mudah mesra. Rakan-rakannya memberi kerjasama dalam peniruan pengajaran yang dilakukan oleh Puteri Laila Maria dengan penuh minat. Selain itu juga, rakan-

rakan Puteri Laila Maria yang lain dapat memainkan peranan sebagai anak murid yang baik dan tekun mendengar dan memberi perhatian terhadap cara Puteri Laila Maria.

ULASAN Daripada catatan yang telah saya lakukan, saya dapat memberi ulasan daripada pemerhatian yang saya jalankan berkaitan dengan perkembangan sosial. Ulasan yang dapat dibuat ialah Puteri Laila Maria adalah seorang murid yang pandai berinteraksi bersama rakanrakannya. Selain itu juga, Puteri Laila Maria amat berminat terhadap pengajaran yang dilakukan oleh gurunya kerana dia dapat meniru gaya dan cara gurunya mengajar. Dari perkembangan sosial pula, Puteri Laila Maria menunjukkan dia seorang yang setia kawan dan peramah terhadap rakan-rakannya. Tindakan Puteri Laila Maria memberi perkembangan sosial yang positif kerana dia dapat menarik minat rakan-rakannya supaya belajar bersamanya. Sikapnya yang membuatkan rakan-rakannya seronok dengan cara dia mengajar. Dengan perkembangan tersebut Puteri dapat mengeratkan lagi persahabatan dengan rakan-rakan sekelasnya. Selain itu juga, dia dapat membantu rakan-rakannya dan dirinya sendiri supaya lebih menguasai membaca ayat. Selain itu juga, dalam pemerhatian saya, cara peniruan gaya yang dilakukan oleh Puteri Laila Maria adalah berkonsepkan main peranan.Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan interaksi sosial kanak-kanak.

CADANGAN

Daripada pemerhatian yang saya lakukan, terdapat cadangan-cadangan yang positif yang dapat membantu perkembangan sosial murid yang diperhatikan.Antara cadangan-cadangan tersebut ialah dengan memberi pujian supaya Puteri Laila Maria dapat menerapkan nilai setiakawan terhadap rakan-rakan sekelasnya. Selain itu juga, memberi galakkan supaya dia dapat memahami konsep main peranan bersama-sama rakan sekelas dan dapat mengenalpasti bakat dan kebolehan dalam pelbagai aspek. Kemudian cadangan yang dapat membantu Puteri Laila Maria ialah dengan menyediakan strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Ia amat bermakna dalam membantu mengeratkan hubungan antara murid pelbagai latar belakang. Dapat mengalakkan Puteri Laila Maria mempunyai cita-cita menjadi seorang guru apabila dewasa nanti. Daripada pemerhatian yang dibuat terhadap Puteri Maria Laila melalui Rekod Anekdot, terdapat kebaikan-kebaikan yang boleh menambahkan lagi perkembangan sosial di antara rakanrakan sekelasnya. Antara kebaikan-kebaikan tersebut ialah mengalakkan aktiviti-aktiviti yang lebih kepada kreativiti.Selain itu juga, Puteri Laila Maria dapat meluakan perasaan,sikap dan juga bakat dalam aspek peniruan gaya seorang guru. Dalam perkembangan sosial yang ditunjukkan oleh Puteri Laila Maria dapat mempertingkatkan kemahiran sosial terhadap rakan-rakan dan dapat menarik minat mereka untuk berkawan dengannya. Pemerhatian tersebut juga dapat menunjukkan kebaikan dimana Puteri Laila Maria dapat berimaginasi menjadi seorang guru apabila dewasa.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Rekod Anekdot ini dapat membantu saya mengenalpasti perkembangan murid-murid di dalam kelas. Dengan membuat pemerhatian, kita boleh mengenalpasti tingkah laku dan apa yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Selain itu, pemerhatian yang dibuat dapat mencungkil bakat dalam berinteraksi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu juga, dengan menjalankan rekod ini ia dapat membantu saya untuk manakah minat murid ini terhadap pembelajaran dan apakah yang

mengetahui sejauh

mendorong serta menolak minatnya dalam melakukan aktiviti tersebut.Ia juga dapat dinilai sejauhmana hubungan persahabatan terhadap rakan-rakan sekelasnya.Ianya juga dapat

membolehkan saya menyimpan rekod dengan sistematik untuk rujukan dan perancangan masa hadapan. Rekod Anekdot ini mempunyai kebaikan untuk memastikan perkembangan muridmurid lebih berkembang dan lebih maju.