Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK TINGGI SETAPAK TAHUN 2009 Oleh : Mohd Nor Bin Mat Salleh

Pada hari Jumaat bersamaan 23 Januari 2009, SMK. Tinggi Setapak telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa di Taman Tasik Titiwangsa. Para pelajar telah berlari sejauh 3.7 km dari pintu pagar sekolah dan berakhir di Padang Bola Sepak Tasik Titiwangsa. Kejohanan merentas desa ini telah dirasmikan oleh YDP. PIBG SMKTS, En. Mohd Yunus Bin Mohd Sharif. Pada jam 7.30 pagi para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan dan diberi taklimat oleh Setiausaha Sukan, En. Selvaratnam a/l Navaratnam dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Zuhir Bin Hj. Midon. Selepas taklimat, para pelajar dipecahkan kepada empat kumpulan dan diminta memakai nombor mengikut kategori masing-masing. Mereka dikehendaki melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan untuk mengelakan kecederaan semasa berlari. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan dilarang menyertai larian dan mereka dikehendaki membantu guru rumah sukan masing-masing. Sementara itu para pegawai yang bertugas di check point, penunjuk arah dan hakim penamat telah bersedia di tempat yang telah ditetapkan. Pada jam 8.40 pagi peserta kategori Lelaki A (tingkatan 5 dan 6) dilepaskan dengan jayanya oleh En. Mohd Yunus. Pada jam 9.04 pagi peserta kategori Lelaki B (tingkatan 3 dan 4) dilepaskan. Pada jam 9.13 pagi peserta kategori Perempuan A dilepaskan. Pada jam 9.22 pagi peserta kategori Lelaki C (tingkatan 1 dan 2) dilepaskan. Para peserta berlari dari pintau pagar sekolah di Jalan Ayer Jerneh ke Jalan Ayer Kering, Jalan Ayer Bersih, Lorong Ayer Bersih 4, Lorong Langkawi, Jalan Pahang, Jalan Temerluh, Jalan Kuantan, Jalan Tembeling dan Jalan Temerluh. Para peserta perlu melalui setiap check point yang telah ditetapakan mengikut kategori masing-masing. Peserta yang telah menamatkan larian diminta berkumpul di Padang Bolasepak Tasik Titiwangsa untuk mendapatkan makanan dan minuman dari guru rumah sukan masing-masing. Masa untuk 20 peserta terpantas bagi setiap kategori dicatatkan oleh hakim penamat. Selepas peserta terakhir sampai di garisan penamat pada jam 9.50 pagi, hakim-hakim penamat mengumpul data dari setiap check point untuk menentukan peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-20. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada pukul 10.12 pagi di Padang Bola Sepak Tasik Titiwangsa. Seramai 15 peserta pertama dari setaip kategori diberikan hadiah medal. Majlis berlangsung dalam keadaan yang sungguh meriah dan ceria dengan sorakan dari pelajar-pelajar rumah sukan diikuti kibaran bendera masing-masing mengiringi setiap peserta yang dikalungkan medal. Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi. Para pelajar balik ke rumah masing-masing manakala para guru balik ke sekolah. Guru-guru diberikan jamuan nasi di kantin sekolah. Guru-guru dibenarkan balik ke rumah masing-masing pada jam 12.30 tengahari. Sila rujuk laporan bergambar dan lampiran yang disediakan. Disediakan oleh : . Mohd Nor Bin Mat Salleh 12 Febuari 2009.

LAPORAN MERENTAS DESA Pada 29 Januari 2010, IPG Kampus Kent sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan aktiviti merentas desa. Dalam suasana kegawatan ekonomi, hadiah bukanlah sasaran warga Kent untuk meibatkan diri dalam aktiviti ini, tetapi semangat kesukanan adalah menjadi keutamaan. Justeru, aktiviti tahunan ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan warga Kent termasuk pensyarah, staf sokongan dan ahli keluarga. Sesungguhnya, aktiviti ini telah berjaya merapatkan hubungan silatulrahim dalam kalangan warga Kent.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu kategori pelajar lelaki dan perempuan, kategori pensyarah lelaki dan perempuan, katergori staf sokongan lelaki dan perempuan, serta kategori ahli keluarga staf sokongan / pensyarah lelaki dan perempuan Aktiviti merentas desa bermula pada jam 7.00 pagi dengan pendaftaran peserta. Unit PISMP Pendidikan Jasmani yang diketuai oleh Fredaus Bin Johari telah memimpin semua peserta dalam aktiviti senamrobik sebagai aktiviti pemanasan badan. Ini diikuti oleh bacaan doa yang dilafazkan oleh Ust Nis Hassan. Sebelum para peserta dilepaskan Ketua Unit GERKO, En. Victor P. Salanggang telah memberikan taklimat pertandingan kepada semua peserta. Pada jam 8.00 pagi, para peserta telah dilepaskan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent, En. Romli Bin Darus yang didahului oleh kumpulan pensyarah dan staf skokongan diikuti oleh para pelajar. Aktiviti ini telah berakhir pada jam 10.30 pagi. En. Ejos Siarus selaku Ketua Jabatan JPJK telah menyampaikan ucapan penutupan. Manakala upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pengarah, Pn. Mary Teresa Kinajil. Keputusan pertandingan: Kategori Pelatih Perempuan Johan : Lorreta Johnny (Tun Razak) Naib Johan : Jennete Florian (Rentap) Ketiga : Intan Jamala (Tun Razak) Kategori Pelatih Lelaki Johan : Muhd Faiz Jamaludin (Tun Razak) Naib Johan : Muhammad Firdaus (Abdul Razak) Ketiga : Fredolin (Rentap) Kategori Pensyarah Lelaki Johan : John Gitom (Rentap) Naib Johan : Santana Rajan Perumale (Mat Salleh) Ketiga : Mond Sawari Rahim (Tun Razak)

Kategori Pensyarah Perempuan Johan : Juliana Dumpil (Mat Salleh) Kategori Staff Sokongan Lelaki Johan : Azlan Khazali Naib Johan : Kherry Ketiga : Jeffrie Kategori Staff Sokongan Perempuan Johan : Julita Buin Kategori Ahli Keluarga Lelaki Staff/ Pensyarah Johan : Calvin Victor Jr Naib Johan : Ahmad Farhan Kategori Ahli Keluarga Perempuan Staff/ Pensyarah Johan : Adawiatul Izzah

Anda mungkin juga menyukai