Anda di halaman 1dari 69

Pedagogi Bahasa Melayu SR

1.0

Pengenalan Sudah ditakdirkan tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk

memudahkan pembelajaran murid. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktivitiaktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. Dalam tugasan ini, beberapa aspek tentang pengajaran P & P bahasa Melayu turut dihuraikan. Penekanan terhadap aspek pendekatan, kaedah, teknik sehinggalah penyerapan KBT untuk pengisian kurikulum turut dimuatkan. Tidak ketinggalan juga pengajaran mikro sebagai suatu usaha yang dapat membantu guru melicinkan corak dan strategi pengajaran mereka.

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

2.0

Teori Pemerolehan Bahasa Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya

beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di dunia ini mempunyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa. Setiap kanakkanak memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini berlaku dengan tidak formal. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan apabila mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis, teori interaksionalis dan kognitif. Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan cara tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar manusia dapat mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi.

2.1

Teori Behaviorisme Menurut Mangantar Simanjuntak (1987:66) Teori behaviorisme pada

asalnya adalah lanjutan daripada teori pelaziman klasik Pavlov. Oleh kerana Watson (1930) telah berjaya memperkenal satu prinsip pembelajaran yang baru maka beliau telah digelar bapa behaviorisme terutama di Amerika Syarikat. Aliran behaviorisme yang telah dianut oleh Watson mempunyai tujuannya yang tertentu. Psikologi memainkan peranan yang penting, hal ini kerana peramalan dan pengawalan atau pengawasan perilaku tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran. Setiap apa yang dikaji oleh psikologi menurut behaviorisme ialah setiap perkara yang diamati secara langsung iaitu gerak balas sedangkan setiap yang berlaku tidak berkaitan untuk dikaji.

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Bagi Mangantar Simanjuntak (ibid:67), Watson dalam kajiannya melibatkan seorang bayi berumur 11 bulan yang bernama Albert. Eksperimen ini bertujuan bagi memastikan teori behaviorisme yang diperkenal benar sama sekali. Bayi tersebut yang tidak mempunyai rasa takut terhadap binatang berbulu putih seperti tikus putih. Proses kajian bermula dengan Watson memukul batang besi dengan sebuah palu setiap kali bayi tersebut memegang tikus putih itu. Akibat daripada pukulan Watson, tidak lama kemudian bayi tersebut menjadi takut, bukan sahaja terhadap tikus tersebut malahan terhadap semua benda yang berbulu putih. Oleh yang demikian Watson mendakwa teori yang telah diperkenal olehnya telah berjaya.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:11) beliau menyatakan bahawa otak manusia diibaratkan seperti kotak hitam dan jika berlaku sebarang perkara di dalamnya maka tidak dapat diamati. Aliran behavioris ini juga dipengaruhi oleh teori dan ilmu psikologi. Golongan behaviorisme ini juga menganggap bahasa adalah proses perilaku yang menerangkan hasil operasi tindak balas yang semata-mata bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia. Kamarudin Hj Husin sekali lagi mengatakan bahawa aliran behaviorisme menganggap setiap pembelajaran bahasa merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang setiap aktiviti yeng hendak dikuasai.

Dalam aspek pengajaran pula, aliran behaviorisme merupakan salah satu aliran yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagimanapun bahasa tulisan merupakan bahasa kedua. Menurut Kamarudin Hj Husin (1986:43), ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya. Menurut Kamarudin Hj Husin lagi (ibid:43) bahasa merupakan satu tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua. Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian. Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang manusia ynag mempunyai perasaan.

Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas. Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

2.2

Teori Mentalis Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme.

Golongan mentalis menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990:32) memetik pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

mekanis. Kenyataan Chomsky yang dipetik dalam buku Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia bahawa seseorang kanak-kanak yang lahir secara semulajadinya dapat menguasai bahasa ibundanya. Terdapat dua unsur penting dalam teori ini iaitu competence (struktur dalaman) dan performance (struktur luaran). Struktur dalaman adalah berbentuk makna manakala bagi struktur luaran adalah ujaran bahasa yang dipertuturkan oleh kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32) memetik kenyataan Chomsky dan terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi sejadi. Menurut Chomsky, bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Kedua-dua perkara tersebut mempunyai maksud dan cara tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi supaya dapat menggambarkan situasi bahasa itu. Ciri-ciri kedua menerangkan bahawa setiap ujaran yang terdedah pada pendengaran mungkin sukar untuk diperolehi sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri yang ketiga, Chomsky menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi sistem bahasa melalui ibunya dengan masa yang singkat. Proses ini berlaku di antara empat hingga lima tahun.

Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (ibid:33) yang memetik kata-kata McNeill yang merupakan seorang penyokong kuat aliran mentalis. Pendapat beliau,setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device). Pendapat yang dikemukakan oleh beliau menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan mempunyai ciri-ciri linguistik sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Oleh kerana unsur sejagat ini wujud dalam diri kanak-kanak maka mereka akan memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah.

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

2.3

Teori Interaksionalis Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang

psikolinguistik sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an. Ahli-ahli interaksionalis ialah seperti Bloom (1970), Bowennan (1973), Cromer (1976) dan lain-lain sependapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.

Hasil kajian Snown (1972), Ringle (1978) dan lain-lain menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjagapenjaga dengan kanak-kanak. Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan sofia Hamid (1993:35) pendapat ahli-ahli interaksionalis ini mendapat sokongan kerana terdapat bukti-bukti daripada kajian bahasa kanak-kanak yang telah dilakukan oleh Bloom, Bowerman, Halliday dan Wells. Kajian yang telah dijalankan oleh Bloom menunjukkan kanak-kanak dapat memahami berabagai-bagai kategori semantik. Bowerman berpendapat perbezaan ini timbul kerana kedua anak-anaknya menggunakan kognitif yang berbeza. Hal ini kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan satu perkara yang penting dalam teori pemerolehan bahasa. Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Hamid (1993:35) memetik kata-kata seorang ahli interaksionalis iaitu setiap perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan juga proses interaksi bahasa. Halliday juga berpendapat setiap kanak-kanak perlu menguasai bahasa. Hal ini kerana setiap manusia perlu untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.

Kamarudin Hj Husin (1998:38) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi Bahasa menyatakan bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan kanak-kanak didedahkan kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

yang diberi, murid-murid boleh mengenal pasti dan mempelajari bagaimana untuk menggambarkan makna kognitif dalam satu bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Teori yang telah dikemukakan oleh Halliday ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat berinteraksi dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati yang baik haruslah boleh untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama ada dari segi tatabahasa dan makna. Kamarudin Hj Husin (ibid:39) menyatakan bahawa dalam setiap pembelajaran bahasa, setiap guru haruslah memberi latihan yang banyak kepada murid-murid. Walaupun aliran interaksionalis ini menganggap penyampaian sesuatu bahasa itu lebih penting berbanding struktur bahasa namun kedua-dua perkara harus dijalankan serentak supaya murid-murid menguasai dua perkara sekaligus. Hal ini akan dibuktikan dalam contoh aktiviti yang dipilih.

2.4

Teori Kod Kognitif Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:33)

Piaget, merupakan ahli kognitif yang terkenal berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai otak dan saraf yang tinggi. Dengan menggunakan otak, manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai perkara. Proses pembelajaran merupakan satu proses mental dan bukanlah proses mekanis. Sebelum memperkenalkan teori kognitif ini, Piaget telah menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan. Kecerdasan ialah satu bentuk keseimbangan atau penyeimbangan ke arah semua fungsi kogniif bergerak.

Bagi Mangantar Simanjuntak (1987:97), apabila berlaku sesuatu gangguan luaran makan seseorang individu akan melakukan satu aktiviti atau kegiatan supaya gangguan tersebut dapat dihilangkan. Manakala Piaget pula ada berpendapat bahawa kecekapan kanak-kanak untuk memperoleh bahasa adalah berdasarkan kognititf dan setiap kanak-kanak akan melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya. Pada kebiasaannya perkembangan bahasa bermula pada peringkat deria
Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

motor yang terjadi ketika kanak-kanak berumur antara 18 bulan hingga dua tahun.

Peringkat kedua pula ialah peringkat praoperasi. Pada peringkat lebih dikenali sebelum peringkat sebenarnya terjadi. Di antara umur dua tahun dan tujuh tahun.Peringkat operasi konkrit adalah peringkat ketiga dalam proses perkembangan kognitif. Pada peringkat ini kanak-kanak akan berusaha untuk mengenali objek konkrit dan proses ini berlaku pada umur tujuh hingga dua belas tahun. Kanak-kanak akan lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu perkara jika mereka diperkenal dengan perkara yang berupa konkrit atau maujud. Aktiviti berbentuk hands-on memang sesuai dalam membantu tahap perkembangan kognitif di usia ini. Peringkat yang terakhir ialah peringkat operasi formal. Peringkat ini berlaku pada umur 12 tahun ke atas. Sesuatu yang abstrak dapat dinilai dan murid akan cuba untuk menaakul setiap bentuk dan situasi yang dirasai mereka.

Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:34) memetik kenyataan salah seorang penyokong Piaget iaitu Sinclair. Beliau telah menjalankan kajian terhadap teori pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan kerangka teori Piaget. Bukti daripada kajian yang telah dijalankan oleh Sinclair menunjukkan Semua kanak-kanak tidak mampu untuk mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka mencapai ke paringkat perkembangan intelek yang tertentu. Kesimpulan yang telah dibuat oleh Sinclair latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan bahasa jika seseorang kanak-kanak itu belum mencapai tahap intelek yang tertentu.

Ahli kognitif bertegas berpendapat bahawa proses pemerolehan bahasa merupakan salah satu proses mental dan perkembangan bahasa dan perkara ini mempunyai kaitan rapat dengan kognitf secara amnya. Kanakkanak akan memperoleh bahasa ketika diperingkat deria motor dan daripada konkrit kepada abstrak. Oleh itu, teori ini jelas membuktikan bahawa

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu.

2.5

Implikasi Terhadap P & P Bahasa Sememangnya diakui teori pembelajaran banyak membantu para guru

melaksanakan aktiviti pengajaran dengan berkesan berpandukan ciri-ciri teori yang dipilih dan diamalkan. Setiap teori membawa implikasi yang berbeza mengikut kesesuaian waktu dan persekitaran bilik darjah. Namun, kajian ahli linguistik telah menghimpunkan pelbagai bentuk implikasi yang dilihat seringkali mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P &P) bahasa.

2.5.1 Teori Behaviorisme Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19) dalam bukunya Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, beliau menyatakan bahawa kumpulan Behavioris berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz (ibid:20), antara prinsip daripada teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan dalam bilik darjah adalah dengan guru memberi pujian apabila pelajar memberikan jawapan yang betul atau menghasilkan kerja-kerja yang baik. Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah atau gred perlu digunakan. Guru atau pihak sekolah member hadiah seperti buku, plak dan sebagainya bagi menarik minat murid. Tambah beliau, guru juga mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik, contohnya karangan dan karya-karya ilmiah yang dapat memberi penghargaan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, acara

Kerja Kursus Projek

10

Pedagogi Bahasa Melayu SR

berbalas pantun, membaca puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke semasa dan para pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran. Dalam kalangan kumpulan Behavioris, E.L Thorndike merupakan ahli linguistik yang terulung dan beliau telah mengemukakan beberapa hukum penting yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme. Hukum-hukum ini boleh diterapkan dalam aktiviti P & P bahasa. Dalam buku Pedagogi Bahasa tulisan Abdul Aziz Abdul Talib (2000:20), telah disenaraikan setiap hukum-hukum tersebut besertakan contohnya. Bagi hukum pertama iaitu hukum latihan, mengikut hukum ini, latihan amat penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, misalnya, latihan diperlukan dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring), dan seumpamaynya. Demikian juga halnya dalam lain-lain aspek pengajaran bahasa seperti aspek tatabahasa atau menulis dan mengarang. Hukum keduanya ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa perlakuan-perlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau terus berlaku sekiranya ia diberikan rangsangan dan ganjaran positif. Ganjaran positif itu hendaklah deberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang dikehendaki itu disempurnakan pelajar. Misalnya, dalam latihan atau ujian bahasa ganjaran dalam bentuk markah atau gred, atau pujian hendaklah diberikan serta-merta kepada pelajar. Hukum Kesan menyatakan bahawa faktor yang paling penting yang menentukan kesan ganjaran terhadap respons atau perlakuan yang baik itu ialah faktor masa. Lebih singkat masa antara respons dan ganjaran, maka lebih kuatlah pertalian antaranya. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, Politzer dan Rivers (1964) berpegang kuat pada Hukum Kesan ini dengan mengatakan: Languange is behaviour, and language behaviour can be learned by inducing, the student to behave the way are want him to behave.... Hukum ketiga yang diterangkan Abdul Aziz Abdul Talib (ibid:21) ialah Hukum Tubi. Hukum ini menyatakan bahawa ganjaran memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respons. Dalam hal ini,

Kerja Kursus Projek

11

Pedagogi Bahasa Melayu SR

semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Ini termasuklah komen positif guru yang membina, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh murid. Bagi guru bahasa yang ingin membentuk perlakuan bahasa yang baik dalam kalangan para pelajarnya, ketiga-tiga hukum tersebut perlu diterapkan dalam proses P & P di bilik darjah.

2.5.2 Teori Mentalis Terdapat beberapa implikasi P & P bahasa bagi teori Mentalis. Dalam buku Zulkifley Hamid (1994) yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, beliau telah mengatakan pembelajaran bahasa berlaku melalui pengalaman menggunakan bahasa. Maksudnya di sini ialah murid mendapat pengajaran bahasa selepas melakukan komunikasi lisan sepanjang kehidupan mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa tatabahasa dipelajari secara tidak langsung. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran tersebut hendaklah menggunakan pendekatan deduktif. Misalnya serapan dan peniruan model dalam aktiviti pengajaran bahasa yang dijalankan. Kanak-kanak menyerap tatabahasa pertama melalui komunikasi lisan (secara intuisi), kemudian menyesuaikan rumus-rumus yang terkandung dalam tatabahasa pertamanya. Di samping itu, implikasi yang lain ialah asas tatabahasa dikuasai dalam bentuk lisan tetapi murid tidak menghafal ayat-ayat seperti mana yang terdapat pada Teori Behaviorisme. Selain itu, Zulkifley Hamid (1994) juga berpendapat bahawa teori ini dapat menggalakkan pelajar menghasilkan pertuturan baru secara kreatif berdasakan pengetahuan rumus bahasa. Murid tidak dapat menerangkan rumus tatabahasa yang diserapi tetapi masih boleh menggunakannya dengan cara yang betul hasil bimbingan guru semasa aktiviti di dalam kelas. Teori ini juga menganggap kesilapan bahasa sebagai ujian sebelum mencapai tahap kemahiran. Guru
Kerja Kursus Projek

sejagat

dengan

menggunakan

nahu

tatabahasa

bahasa

12

Pedagogi Bahasa Melayu SR

hendaklah mengehadkan kesilapan mereka dan menggalakkan mereka memperbaiki berdasakan pengetahuan rumus yang telah mereka pelajari. Oleh itu dapat difahami bahawa latihan-latihan yang diberi seharusnya membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Selain itu, teori ini juga turut menekankan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur.

2.5.3 Teori Kognitif Implikasi P & P teori pemerolehan bahasa yang ketiga iaitu teori Kognitif dihuraikan secara ringkas berdasarkan kajian beberapa ahli linguistik. Teori ini memang cukup sinonim dengan Jean Piaget ahli psikologi yang telah banyak memberi sumbangan kepada bidang kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Implikasi yang dapat dilihat semasa proses P & P bagi teori ini ialah pembelajaran bahasa yang melibatkan proses mental. Pembelajaran bahasa ialah proses berfikir. Oleh itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) bukan bergantung kepada latihan giat semata-mata. Selain itu, teori ini memerlukan penglibatan aktif pelajar dan sikap kebertanggungjawaban kendiri dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan perlulah berpusatkan pelajar di mana guru cuma bertindak sebagai pembimbing manakala muridlah yang melaksanakan aktiviti yang dirancang. Masa dan aspek bahasa yang hendak diajarkan perlu bersesuaian dengan tahap perkembangan umur dan mental pelajar. Seperti mana yang telah dihuraikan dalam teori pemerolehan di bahagian sebelum ini, teori kognitif yang diperkenalkan Piaget mengandungi empat peringkat iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Oleh itu, murid perlu menyesuaikan pengetahuan sedia ada atau skema mengikut pengalaman dan persekitaran yang dilalui. Di samping itu, teori ini juga menggalakkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya, pelbagai dan merangsangkan untuk menimbulkan motivasi. Kesalahan yang dilakukan bukan suatu kegagalan tetapi percubaan hipotesis (rumus) yang telah dibina.

Kerja Kursus Projek

13

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Maksudnya, latihan yang diberikan bukan membentuk kebiasaan automatis tetapi untuk membina kecekapan menggunakan rumus yang dibentuk.

2.5.4 Teori Interaksionalis Bagi menjelaskan implikasi P & P bahasa dengan menggunakan teori Interaksionalis ini, terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat dan diambil kira. Teori yang dipelopori oleh Halliday ini banyak dipengaruhi teori bahasa fungsional yang melibatkan aktiviti komunikasi lisan murid. Implikasi yang pertama dapat dilihat ialah pembelajaran bahasa untuk pelbagai tujuan interaksi. Maksudnya, guru mengajar murid cara berkomunikasi untuk mereka mengaplikasikannya dalam pelbagai urusan kehidupan seharian mereka. Ringkasnya, dapat difahami aktiviti yang dijalankan di dalam kelas lebih becorakkan kontekstual. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Dalam aktiviti P & P, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh itu, makna dan tatabahasa dapat diajar serentak. Selain itu, teori interaksionalis juga membolehkan pendedahan kepada situasi linguistik bagi melatih pelajar menggunakan bahasa yang berkesan dalam interaksi sosial mereka. Maksudnya, guru perlu mengajar aspek kecekapan komunikasi seperti linguistik, sosiolinguistik, wacana dan strategik. Bagi memperkaya aktiviti di dalam kelas, guru juga boleh merancang aktiviti tugasan bahasa iaitu task based. P & P bahasa seharusnya menarik dan dapat memberi makna kepada pelajar. Bagi aspek latihan pula, guru boleh menggunakan teknik latih tubi bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur tetapi masih mengajarkan sistem bahasa dan penggunaannya secara spontan dan fleksibel. Guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa pelajar, cukup sekadar menyedarkan mereka sama ada bentuk atau struktur yang

Kerja Kursus Projek

14

Pedagogi Bahasa Melayu SR

mereka gunakan itu betul atau salah, dan setelah mereka sedar akan kesilapan tersebut, guru digalakkan meminta murid membetulkannya sendiri. Dalam erti kata yang lain, guru boleh membenarkan kesilapan pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi secara spontan dan fleksibel.

2.6

Teori yang Dipraktikkan dalam Tugasan Dalam tugasan ini, terdapat satu contoh sesi pengajaran aktiviti bagi

subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sudah tentulah proses P & P tersebut melibatkan teori pembelajaran bagi membolehkan murid menguasai bahasa. Pada bahagian ini akan dihuraikan mengenai teori yang dipraktikkan oleh guru dalam usaha mencapai objektif pembelajaran yang direncanakan.

Teori pembelajaran yang digunakan ialah teori Behaviorisme. Berdasarkan sukatan pelajaran, terdapat aktiviti yang melibatkan kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memastikan murid dapat bertutur dan berkomunikasi dalam keadaaan yang bertatasusila. Tambahan pula, aktiviti ini dilakukan terhadap murid Tahun 1 yang diketahui umum baru sahaja ingin memulakan kehidupan baharu yang menghendaki mereka melalui interaksi sosial dalam persekitaran masing-masing. Pada awal pengajaran, guru meminta murid untuk mendengar perbualan melalui pita rakaman mengenai situasi di kedai buku. Tujuan langkah ini adalah untuk membiasakan murid dengan suasana di kedai buku sekaligus dapat memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Teori Behaviorisme telah menetapkan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada

Kerja Kursus Projek

15

Pedagogi Bahasa Melayu SR

kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya. Sama juga seperti aktiviti yang telah dirancangkan dalam tugasan ini, langkah selepas murid mempelajari kemahiran lisan, murid akan cuba menulis ayatayat mudah yang berkenaan dengan apa yang mereka dapat daripada guru sebelum itu. Ingatan mereka akan bertahan dalam tempoh yang lama.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1998:43), bahasa merupakan satu tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam contoh akitiviti yang dicadangkan. Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa. Dalam aktiviti ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Semasa guru mengajak murid untuk mengajuk dialog perbualan, guru boleh menggunakan strategi pengukuhan dalam usaha menarik minat murid untuk menghafalnya. Dengan pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian.

Menurut Nik Hassan Basri (2003:110), antara ciri-ciri yang boleh disimpulkan ialah pembelajaran merupakan proses mekanis yang terjadi daripada hubungan antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon). Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan dalam rancangan pengajaran harian yang telah dirancang pada bahagian berikutnya nanti telah membuktikan ciri yang pertama tersebut di mana murid memberi respon kepada rangsangan guru yang memuji mereka. Selain itu, Nik Hassan Basri juga mengatakan sesuatu gerak balas yang diulangi akan membentuk kebiasaan. Perkara ini sangat bersesuaian dengan aktiviti pengajaran bahasa tersebut di mana murid sentiasa akan mengajuk dialog perbualan supaya dapat mengahafalnya. Bukan sekali, malah berulang kali guru mengulang ayat

Kerja Kursus Projek

16

Pedagogi Bahasa Melayu SR

tersebut di samping melakukan teknik latih tubi penggantian dalam usaha menambah perbendahaaan kata murid.

Namun, aktiviti P & P tersebut bukan sahaja melibatkan teori Behaviorisme, sebaliknya, guru akan mempraktikkan teori Situasional. Mafhumnya, di penghujung pembelajaran, guru meminta murid melakukan sesi dialog di kedai buku bagi memenuhi keperluan mereka dalam situasi yang bakal mereka hadapi. Walau bagaimanapun, transformasi pendekatan tersebut tidaklah sehingga mencapai ke tahap komunikatif. Teori pendekatan komunikatif menyatakan interaksi diajarkan di dalam kelas dan dilakukan oleh murid tanpa ada larangan atau teguhan negatif daripada guru. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid berkomunikasi dalam keadaan yang fleksibel dan spontan. Sedangkan aktiviti yang dijalankan guru hanya membolehkan murid meniru ayat yang diajarkan guru. Ini bermakna, pengajaran yang disampaikan masih tidak memenuhi ciri-ciri pendekatan komunikatif. Oleh itu, murid dikehendaki menggunakan ayat yang diajarkan dahulu, dan sekiranya situasi memaksa mereka berbicara secara spontan, guru tidak harus melarang sebaliknya menggalakkan murid. Kesimpulannya, aktiviti yang dirancang mempraktikkan Teori Behaviorisme dan Teori Situasional.

3.0

Perkaitan Teori-Teori Pemerolehan Bahasa dengan Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Setiap guru perlu mengajarkan murid mereka dengan teknik dan strategi yang betul. Teori-teori pemerolehan bahasa yang dipelajari semasa mengikuti latihan keguruan perlu diaplikasikan di dalam kelas supaya guru lebih jelas dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk diajarkan. Maka, guru perlu mengkaji terlebih dahulu ciri-ciri setiap teori pemerolehan bahasa yang sesuai untuk diajarkan. Apa yang paling utama ialah proses hubung kait teori yang dipilih dengan strategi pembelajaran sebelum menghasilkan rancangan pengajaran harian. Pada bahagian

Kerja Kursus Projek

17

Pedagogi Bahasa Melayu SR

berikutnya akan dihuraikan mengenai perkaitan teori-teori pemerolehan bahasa dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Berpandukan tulisan Abd. Aziz Abd. Talib (2000:28-29), pendekatan bermaksud yang paling global atau yang paling abstrak. Ini adalah kerana pendekatan merupakan suatu pandangan, pendirian, pegangan dan falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara. Sementara itu, beliau turut menjelaskan maksud kaedah yang membawa erti cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Akhir sekali, teknik pula didefinisikan sebagai suatu cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. 3.1 Konsep Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa
3.1.1 Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme merupakan teori yang sudah lama dipraktikkan oleh golongan pendidik. Hal ini berikutan teori jenis ini wujud pada suatu tempoh masa yang lama berbanding teori yang selepasnya. Namun, pengajaran bahasa melalui teori ini tidak langsung mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat disuaikan bagi teori ini. Sebagai contohnya, diambil pendekatan oral atau lisan dalam pengajaran bahasa. Menurut Kamarudin Hj Husin (1998:115) dalam bukunya Pedagogi Bahasa: Perkaedahan, pendekatan oral ialah satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek lisan dalam aktiviti pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu menguasai kemahirankemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu, kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi perhatiaan. Maksudnya, pendekatan ini sangat bertepatan dengan ciri-ciri Teori Behaviorisme yang menekankan aspek lisan serta mekanis. Bagi menambah pemahaman lagi, Kamarudin Hj. Husin (ibid:116) turut mengatakan bahawa teori bahasa yang menjadi dasar kepada pendekatan ini dicirikan
Kerja Kursus Projek

sebagai

satu

bentuk

struktural.

Aspek

dan

bentuk-bentuk
18

Pedagogi Bahasa Melayu SR

pengucapan dilihat sebagai asas bahasa, sementara strukturnya pula dilihat sebagai fokus kepada keupayaan bertutur. Tambah beliau, teori pendekatan ini didokongi oleh teori mekanis yang boleh juga didefinisikan sebagai teori Behaviorisme. Teori ini menanggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma. Sementara itu, kaedah yang sesuai semasa teori ini dipraktikkan ialah kaedah terus atau ada juga yang mengatakan kaedah askar. Nik Hassan Basri (2005: 143) berpendapat bahawa dalam kaedah ini, bahasa sasaran digunakan dengan serta merta, berfikir dalam bahasa yang dipelajari tersebut. Oleh sebab bahasa lain tidak digunakan, maka pengajaran perkataan dijalankan dengan menggunakan benda-benda konkrit, melalui gambar dan sebagainya, atau melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu tidak konkrit. Tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dengan contoh-contoh yang sesuai. Tatabahasa secara formal tidak diberikan, melainkan jika perlu tetapi diserapkan dalam bahan mengajar. Bagi Kamarudin Hj. Husin pula (1998:185), kaedah ini mengikut tanggapan ahli Behavioris iaitu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa mereka dengan cara semula jadi. Beliau juga menambah bahawa kaedah terus lebih berfokuskan kemahiran lisan. Teori Behaviorisme sememangnya mengkehendaki corak pengajaran yang lebih bersifat lisan. Murid hendaklah meniru dan mengikut guru dalam aspek bahasa yang diajarkan. Apabila guru sudah mengajar murid kemahiran, guru memberi peneguhan positif dalam usaha menambah minat murid menjawab dengan betul dan tepat. Dengan cara ini, murid akan mematuhi perintah guru sementara nahu dan perbendaharaan kata mereka menjadi semakin jitu. Secara kesimpulannya, kaedah terus mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama, pelajar belajar secara mendengar dan bertutur. Nik Hassan Basri (2005:147). Terjemahan tidak digunakan secara langsung. Oleh sebab sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa.

Kerja Kursus Projek

19

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Perkara terakhir yang perlu diberikan penekanan ialah aspek teknik. Teknik yang sesuai digunakan dalam teori ini ialah teknik latih tubi. Bagi Nik Hassan Basri (2000:149), latih tubi dilakukan bertujuan untuk membolehkan murid menguasai sebutan dan membiasakan telinga mereka dengan sistem bunyi bahasa itu serta menyerap rumus-rumus bahasa dalam bentuk polapola ayat tertentu. Dengan itu, cara pembentukan bahan mestilah memberi perhatian kepada butir-butir tersebut. Manakala Kamarudin Hj. Husin (1998:197-198) mengatakan latih tubi merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini bertepatan dengan teori Behaviorisme yang memerlukan latihan secara kerap dan pengukuhan guru dalam meningkatkan penguasan kemahiran lisan murid.
3.1.2 Teori Mentalis

Setelah melihat huraian perkaitan teori Behaviorisme, didapati terdapat beberapa perbezaan antara teori tersebut dengan teori Mentalis ini. Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme. Golongan mentalis menentang hebat golongan behaviorisme. Hal ini kerana Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:32) memetik pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses mekanis. Buktinya, pendekatan yang digunakan semasa mengaplikasikan teori Mentalis adalah berbeza dengan teori Behaviorisme. Semasa aktiviti P & P bahasa, guru yang mahu menggunakan teori Mentalis dalam pengajaran mereka sangat sesuai menggunakan pendekatan deduktif. Hal ini kerana setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device). Oleh itu mereka berkebolehan untuk melakukan penaakulan yang tinggi. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:91), pendekatan deduktif akan dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan daripada sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contohcontoh atau mengaplikasikan peraturan-peraturan yang diberikan.

Kerja Kursus Projek

20

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Manakala kaedah yang sesuai digunakan melalui teori Mentalis ialah kaedah nahu terjemahan. Menurut Nik Hassan Basri (2005:133), kaedah nahu terjemahan memberi penekanan terhadap kemahiran menulis. Oleh itu, kaedah ini tidaklah mementingkan fonetik atau sebutan. Malahan kaedah ini mementingkan penulisan dan ejaan. Rasional kaedah ini dipilih dan perkaitannya dengan teori Mentalis ialah, kaedah ini melibatkan penghafalan rumus tatabahasa. Pengajaran tatabahasa secara deduktif dan berstruktur dapat menambah perbendaharaan kata murid. Hal ini bertujuan membolehkan murid menggayakan kebolehan berbahasa secara kreatif. Seperti mana yang diketahui, teori ini menekankan proses mental kanakkanak yang dikatakan memiliki alat pemerolehan bahasa sejak kecil lagi. Jadi, fungsi guru mengajar mereka rumus tatabahasa adalah untuk membentuk kecekapan competence (struktur dalaman iaitu makna) bahasa penutur natif daripada mementingkan perlakuan bahasanya sahaja. Maksudnya, muridmurid digalakkan menggunakan ayat sendiri (transformasi) dalam aktiviti selepas guru memberi ayat dasar. Perkara yang ketiga penting dalam huraian teori ini ialah teknik yang sesuai digunakan bagi mengaitkan pendekatan dan kaedah unutk teori Mentalis ini. Teknik yang dirasakan sesuai ialah teknik menggabung ayat. Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000:49), teknik ini bermaksud teknik mengajar murid supaya pandai menggabung ayat secara betul dan berkesan. Latihan penggabungan ayat boleh dilakukan secara lisan atau secara bertulis. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik memanipulasi ayat. Sebenarnya, teknik ini dilihat sesuai digunakan kerana teori Mentalis sememangnya menekankan penggunaan bahasa secara kreatif setelah mempelajari rumus tatabahasa. Oleh itu, guru perlu member penekanan terhadap pembentukan ayat dan memperbetul kesalahan ayat murid secara berkesan.

3.1.3 Teori Interaksionalis

Teori Interaksionalis merupakan teori yang menekankan aspek interaksi sosial. Ramai yang sedia maklum bahawa apabila berkata tentang teori interaksionalis, sudah pasti pendekatan yang digunakan adalah
Kerja Kursus Projek

21

Pedagogi Bahasa Melayu SR

pendekatan komunikatif. Pengajaran bahasa merangkumi kecekapan bahasa (penguasaan sistem tatabahasa) dan kecekapan berkomunikasi. Ini bermakna, setiap pengajaran yang dilalui adalah berbentuk komunikasi antara murid. Sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan, dan bukan untuk dihafaz. Abd Aziz Abd Talib (2000:32) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi Bahasa Melayu mengatakan stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan komunikasi. Beliau juga menambah matlamat pendekatan komunikatif adalah memastikan keupayaan murid berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul dan berkesan. Komunikasi juga terbentuk melalui tiga situasi jurang maklumat iaitu penutur dengan pendengar, pembaca dengan penulis serta penulis dengan pembaca. Tujuan komunikasi tersebut adalah sama bagi ketiga-tiganya yakni memperoleh dan memahami maklumat. Sekiranya pendekatan komunikatif yang digunakan, sudah pasti kaedahnya ialah kaedah komunikatif. Kaedah komunikatif merupakan aktiviti yang melibatkan komunikasi sebenar menggalakkan pembelajaran bahasa yang bermakna kepada murid. Semasa proses P & P, guru hendaklah mendedahkan aspek tatabahasa dalam konteks penggunaanya. Selain itu, guru juga perlu menyediakan latih tubi berstruktur supaya murid dapat menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Implikasi kaedah ini ialah penggunaan bahasa secara fleksibel dan spontan mengikut konteks dan tujuan. Selain itu, murid juga akan bertambah yakin untuk berkomunikasi. Di samping itu, murid dapat mengelak daripada membetulkan kesilapan pada peringkat awal pembelajaran. Selepas melihat pendekatan dan kaedah, teori Interaksionalis juga tidak terlepas daripada perkaitannya dengan teknik. Kajian mendapati teknik yang sesuai bagi teori Interaksionalis ini ialah teknik simulasi. Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah,

Kerja Kursus Projek

22

Pedagogi Bahasa Melayu SR

isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Semasa melakukan aktiviti ini, murid disarankan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:201), sebelum memulakan aktiviti simulasi, guru akan memberi kad peranan supaya murid sedar akan peranan mereka untuk membuat simulasi menyelesaikan sesuatu masalah. Kesimpulannya,pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan khususnya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis selain mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber inovasi kepada pelajar.

3.1.4 Teori Kod Kognitif

Teori pemerolehan bahasa yang terakhir ialah teori kod kognitif. Pendekatan yang sesuai dengan teori ini ialah pendekatan induktif. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:83-84), pendekatan induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Pembelajaran teori kognitif melibatkan proses mental. Semasa aktiviti P & P bahasa dijalankan, pengajaran dimulakan dengan memberi contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan. Selepas menyatakan contoh, generalisasi secara umum akan dilakukan. Dengan kata mudahnya, pengajaran ini menekankan aspek pembentukan kesimpulan umum setelah menyenaraikan beberapa contoh. Teori Kod Kognitif bersesuaian dengan pendekatan ini kerana teori ini menghubungkan pengalaman murid dengan contoh-contoh yang ada (skema) untuk menghasilkan pengetahuan baharu selepas melalui proses asimilasi dan akomodasi. Oleh itu, pendekatan teori ini jelas membuktikan bahawa pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak

Kerja Kursus Projek

23

Pedagogi Bahasa Melayu SR

untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu. Bagi melihat kaedah pengajaran yang sesuai untuk teori ini, aspek pengajaran pemprosesan mental perlu diambil kira. Kaedah yang dijangkakan dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran P & P ialah kaedah induktif. Semasa aktiviti dijalankan, guru perlu memberikan contoh yang jelas kepada murid terutamanya dalam pengajaran aspek ejaan, morfologi, dan sintaksis dalam tatabahasa. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000:43), kaedah induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih dahulu, sebelum hukum-hukum tatabahasa (generalisasi) dijelaskan kepada pelajar. Contohnya aspek ejaan, pembinaan kata (morfologi) atau strukturstruktur ayat (sintaksis). Teori Kod Kognitif mengatakan kanak-kanak lebih mudah belajar sesuatu daripada yang konkrit kepada yang abstrak, terutamanya bagi kanak-kanak yang lemah atau lambat perkembangan mentalnya. Teori Piaget ini juga mengatakan kanak-kanak biasanya berada pada tahap operasi konkrit sewaktu berusia tujuh hingga sebelas tahun. Ini bermakna, kaedah induktif memang sesuai dilaksanakan di sekolah rendah. Akhir sekali, teknik yang boleh dihubung kait dengan teori Kod Kognitif ialah teknik inkuiri. Berdasarkan rujukan yang diperhatikan, didapati teknik inkuiri memiliki kaitan yang setara dengan teori ini. Teknik inkuiri merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulan yang beroreientasikan masalah. Selain itu, teknik ini dapat menimbulkan daya refleksi murid. Bukti yang jelas terhadap perkaitan tersebut adalah berkenaan dengan aspek pengendalian teknik ini. Guru harus memastikan murid mengenal pasti dahulu masalah atau pun butiran pengajaran, kemudian murid akan mengkaji dan membuat ramalan tentang struktur-struktur tertentu sebelum di akhirnya murid menyediakan rumusan atau generalisasi terhadap pengajaran. Oleh itu, teknik ini dilihat sesuai bagi tahap sekolah rendah kerana dapat melatih diri mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

4.0

Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Aktiviti dan Langkah P & P Bahasa Melayu

Kerja Kursus Projek

24

Pedagogi Bahasa Melayu SR

4.1

Huraian Hasil Pembelajaran yang Dipilih dan Objektif Pelajaran Huraian hasil pembelajaran yang dipilih ialah: 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Rasional pemilihan huraian hasil pembelajaran ini ialah, kemahiran

lisan dilihat mampu membentuk individu yang berketerampilan. Tambahan pula, aktiviti ini dirangka bagi murid Tahun 1. Oleh itu, dibayangkan bahawa murid Tahun 1 memerlukan pendedahan mengenai cara berkomunikasi dengan bertatasusila selain fokus sampingannya dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk menuntut keperluan apabila berurusan dengan khalayak. Guru akan mengajarkan ayat-ayat yang biasa digunakan dalam sitauasi tertentu supaya murid dapat menghafalnya dan digunakan semasa situasi itu benar-benar berlaku. Objektif pembelajaran: 1)
2) 3)

Murid dapat berkomunikasi dengan cara bertatasusila. Murid dapat bersoal jawab dengan cara bertatasusila. Membolehkan murid menguasai kemahiran lisan.

Jika dilihat rajah di atas, dapat difahami bahawa tujuan pelaksanaan pengajaran kemahiran berkomunikasi ini adalah untuk mengajar murid caracara berkomunikasi secara bertatasusila. Hasil pembelajaran selepas aktiviti, murid dapat belajar aspek laras bahasa yang sesuai ketika menuntut keperluan pada situasi-situasi tertentu. Objektif pembelajaran yang kedua ialah murid dapat menyatakan hasrat dan keinginan mengikut keperluan. Perkara ini jelas dapat dibuktikan apabila contoh aktiviti dialog yang digunakan dapat membantu murid menghafal cara meminta dan memohon kehendak dengan tertib tanpa terpesong daripada tuntutan yang difikirkan. Akhir sekali, murid dapat menguasai kemahiran lisan dalam interaksi sosial. Seperti mana yang diketahui, kemahiran lisan yang terdiri daripada kemahiran

Kerja Kursus Projek

25

Pedagogi Bahasa Melayu SR

mendengar dan bertutur sangat dituntut dalam aktiviti perbualan. Murid perlu mendengar dengan teliti apa yang diperkataka oleh orang lain di samping cuba meluahkan atau melontarkan kata-kata dengan berkesan dan tepat.

4.2

Pendekatan, Kaedah dan Teknik Tugasan Projek Pendekatan yang digunakan dalam tugasan projek ialah pendekatan

oral atau lisan. Pendekatan ini melibatkan kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Pendekatan ini sangat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran berkomunikasi bagi stituasi-situasi tertentu. Selain itu, pendekatan lisan juga membabitkan kecekapan murid menggunakan bahasa yang dipelajari untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, tidak ramai guru yang menggunakan pendekatan ini kerana dibayangkan bahawa pendekatan ini tidak begitu sesuai dalam melahirkan kanak-kanak atau murid yang kreatif berbahasa.

Sementara itu, kaedah yang digunakan bagi tugasan projek ialah kaedah audio-lingual. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah dengar dan sebut. Menurut Abd Aziz Talib (2000:38), kaedah dengar dan sebut ini dipelopori oleh J.B Carroll (1960) dan William Moultan (1961). Tambah beliau lagi, pada tahun 1964, Wilga M. Rivers telah menjadikan kaedah tersebut lebih konkrit dan memasukkan unsur-unsur teori Skinner (khususnya dalam aspek pelaziman dan latihan) untuk membentuk perlakuan bahasa yang betul. Terdapat beberapa persamaan antara kaedah ini dengan kaedah terus. Malah ada yang beranggapan bahawa kaedah ini adalah variasi daripada kaedah terus.

Selain itu, teknik yang digunakan dalam tugasan projek ini ialah teknik latih tubi. Teknik latih tubi dilihat mempunyai potensi yang baik dalam melaksanakan aktiviti berbahasa kepada kanak-kanak. Hal ini kerana tahap perkembangan minda mereka sukar mencapai tahap yang tinggi tanpa latihan

Kerja Kursus Projek

26

Pedagogi Bahasa Melayu SR

atau bantuan guru. Lebih-lebih lagi kumpulan sasaran dalam tugasan projek ini adalah kepada murid Tahun 1. Selain itu, teknik ini juga memerlukan pengulangan atau latihan berkala bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Teknik ini dipilih disebabkan kesesuaiannya terhadap teori Behaviorisme yang dilaksanakan. Terdapat perkaitan dan kebergantungan antara kedua-duanya. Kaitannya akan diperincikan dalam bahagian yang seterusnya.

4.3

Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa dalam Aktiviti dalam Langkah P & P Bahasa Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

Berdasarkan aktiviti dan langkah pengajaran di bahagian belakang tugasan, teori pembelajaran bahasa yang dipraktikkan ialah Teori Behaviorisme dan teori bahasa yang digunakan pula ialah Teori Struktural. Teori Behaviorisme merupakan salah satu aliran yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagimanapun bahasa tulisan merupakan bahasa kedua. Ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya. Bagi Koh Boh Boon. (1990), bahasa merupakah satu tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua. Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan
Kerja Kursus Projek

27

Pedagogi Bahasa Melayu SR

dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakah salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian. Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan. Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas. Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya. Biarpun ada yang beranggapan bahawa pengajaran melalui teori Behaviorisme adalah bosan dan kurang berkesan, namun sebenarnya pengajaran menggunakan teori ini ada kelebihannya. Murid Tahun 1 perlu didedahkan dengan interaksi sosial bersifat kontekstual kerana murid-murid kini semakin kurang berkomunikasi secara bertatasusila. Untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang, aktiviti dan langkah pengajaran disediakan untuk memudahkan pengajaran menjadi tersusun baik untuk guru mahu pun murid. Jika teknik yang digunakan bersesuaian dengan aras, sudah tentu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efisien. Untuk itu, kami telah menggunakan teknik latih tubi dengan kaedah pengajaran audio lingual serta pendekatan oral atau lisan. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:115-117), pendekatan oral ialah satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek lisan dalam aktiviti pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan perhatian. kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu, kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi

Kerja Kursus Projek

28

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Tambah Kamarudin Hj Husin (1998), walaupun Palmer dan Hornby serta ahli-ahli pedagogi yang lain mempunyai pandangan yang berbeza tentang prosedur-prosedur tertentu dalam pengajaran bahasa, tetapi mereka mempunyai prinsip-prinsip am yang merujuk kepada pengajaran yang menggunakan pendekatan oral. Mereka telah menggariskan beberapa ciri yang berkaitan dengan pendekatan oral ini, seperti berikut : a) Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan. Bahasa hendaklah diajar secara lisan terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan dan dipersembahkan dalam bentuk tulisan. b) Bahasa sasaran ialah bahasa yang digunakan dalam bilik darjah.
c) Ciri-ciri

dan aspek bahasa yang dipelajari akan diperkenalkan dan

dipraktikkan berdasarkan situasi tertentu. d) Permilihan dan perbendaharaan kata dibuat mengikut prosedur yang sesuai agar ia benar-benar dapat berfungsi dengan betul dan mengandungi makna yang tepat. e) Item-item tatabahasa diperingkatkan mengikut prinsip-prinsip penggeredan, yang bermula daripada bentuk yang mudah kepada bentuk yang lebih rumit dan kompleks. f) Aktiviti bacaan dan penulisan akan diperkenalkan sebaik sahaja asas leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai. Pendekatan oral ini kemudiannya disebut juga sebagai Pendekatan Situasional atau pengajaran dan pengajaran banyak bergantung kepada situasi dan keadaan semasa. Teori-teori yang menjadi dasar kepada pendekatan ini boleh dicirikan sebagai satu bentuk struktural. Aspek dan bentuk-bentuk pengucapan dilihat sebagai fokus kepada keupayaan bertutur. Palmer, Hornbay dan ahli-ahli lingguistik terapan yang lain telah menjelaskan beberapa struktural asas pedagogi pengajaran bahasa Inggeris. Berhubung dengan pendekatan in, beliau menyebut:

Kerja Kursus Projek

29

Pedagogi Bahasa Melayu SR

our principle classroom activity in the teaching of English structure will be the oral practice of structures. This oral practice of controlled sentence patterns should be given in situation designed to give the greatest amount of practice in English speech to the pupil. (Pittnan, 1963: 179) Prinsip asas yang sebenarnya yang hendak dijelaskan oleh ahli-ahli bahasa dan linguistik terapan British itu ialah prinsip utama dalam pengajaran bahasa Inggeris di bilik darjah, iaitu struktur lisan. Latihan-latihan lisan yang boleh mengawal penggunaan struktural ayat hendaklah disesuaikan dengan situasi pembelajaran di samping memberi peluang pelajar, menjalankan lebih banyak latihan bertutur. Kamarudin Hj Husin (ibid:117), walaupun teori ini agak sedikat berbeza dengan pendapat dan pandangan sesetengah ahli linggustik di Amerika, namun teori ini tetap dipertahankan keberkesanannya. Mereka seterusnya menekankan pertalian yang rapat di antara struktur bahasa dengan konteks dan situasi bahasa itu digunakan. M.A.K. Halliday dan J.R Firth contohnya telah menghuraikan beberapa pandangan mereka tentang teori bahasa. Mereka memberi keutamaan kepada aspek makna, kandungan dan situasi. The emphasis now is on the description of language activities part of the whole complex of events which, together with the participants and relevant objects, make up actual situation (Halliday, McIntosh, and Strevens 1964:38) Bagi mereka, konteks dan situasi amatlah penting dan perlu diberi keutamaan. Bahasa dilihat sebagai aktiviti yang berfungsi dan mempunyai tujuan tertentu, berkaitan dengan maklumat dan situasi sebenar. Bahasa yang dicipta oleh seseorang itu lazimnya diucapkan untuk tujuan-tujuan tertentu. Pendekatan lisan didokongi oleh teori mekanis (Behaviorisme). Teori ini menganggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu

Kerja Kursus Projek

30

Pedagogi Bahasa Melayu SR

rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai ransangan dan tindak balas organisma. Ia menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui mindanya. Teori ini tidak mementingkan peranan mental. Teori ini mengkaji data-data yang dapat diamati dan diukur. Teori ini juga menitikberatkan bentuk-bentuk linguistik, keutamaan dari aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan bunyi. Di samping itu, latih tubi tidak diabaikan. Kebiasaan yang baik akan pasti dapat melahirkan satu bahasa yang baik. Selain itu, setiap aktiviti pengajaran perlu disesuaikan dengan kaedah pengajaran yang sesuai. Kaedah yang paling sesuai dengan pendekatan lisan yang dirangka sebelum ini adalah kaedah audio lingual. Abd. Aziz Abd Talib (2000) menjelaskan tujuan kaedah ini ialah untuk meingkatkan pemahaman tatabahasa dan sebutan yang tepat. Guru juga dapat menguji murid dalam kebolehan menggunakan bahasa lisan yang betul dalam situasi tertentu. Melalui kaedah pendengaran audio, murid dapat menghafal secara tepat apa yang didengar oleh mereka bagi meningkatkan kosa kata dan pola tatabahasa yang dipelajari. Tambah beliau, terdapat beberapa prinsip utama yang diperlukan semasa menjalankan kaedah audio lingual ini. Antaranya ialah, pengajaran dan pembelajaran bahasa dijalankan secara lisan terlebih dahulu. Selepas itu, baru diikuti dengan aktiviti menulis dan membaca. Selain itu, guru bahasa yang menggunakan kaedah ini perlu sedar dan peka tentang aspek-aspek gangguan daripada bahasa ibunda dan dialek tempatan murid-murid lantas terus membetulkannya. Tambahan pula, guru boleh mengadakan aktiviti bahasa yang melibatkan penggunaan bahasa seharian di rumah, sekolah dan sebagainya. Aktiviti ini dapat dilakukan melalui teknik situasi dan simulasi. Abd Aziz Talib juga mengatakan guru merupakan model dalam kaedah ini kerana murid akan menurut apa sahaja yang dituturkan dan pengukuhan sangat diperlukan bagi memastikan psikologi pengajaran ini tercapai berdasarkan prinsip yang telah diketengahkan oleh Skinner.

Kerja Kursus Projek

31

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Dalam contoh aktiviti yang disediakan, didapati bahawa murid mendengar dan menghafal bulat-bulat apa yang diujarkan oleh guru dan apa yang didengar melalui dialog situasi di kedai buku daripada pita rakaman. Biarpun kaedah ini agak bosan untuk digunakan dalam tempoh masa yang panjang, namun, kaedah ini tetap berkesan dalam proses memperoleh maklumat asal dan menghubung kait dengan situasi sebenar. Selepas murid mempelajari ayat-ayat tersebut, guru juga akan mengajarkan ayat tanya atau ayat soal kepada murid supaya dapat turut digunakan semasa sesi perbualan. Usai mereka mendapat pendedahan mengenai kemahiran lisan, guru akan memperkukuh kaedah ini dengan meminta murid menulis semula ayat tanya dan ayat bagi jawapan situasi di kedai buku terbabit. Akhir sekali, guru akan mengadakan aktiviti perbualan secara berpasangan supaya murid dapat mengaitkan ayat yang dipelajari dan dihafal itu mengikut situasi yang sesuai. Aktiviti ini dilakukan dengan bimbingan guru. Teknik latih tubi atau teknik menghafaz adalah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Nik Hassan Basri (2005) menceritakan bahawa teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut : (a) Memikirkan bahan yang dipelajari; (b) Mengulang bahan yang dipelajari; (c) Mengucapkan bahan di hadapan guru; (d) Mengingtkan bahan yang dipelajari. Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya. Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran
Kerja Kursus Projek

32

Pedagogi Bahasa Melayu SR

yang

hendak

disampaikan

itu

akan

menjadi

tidak

berkesan

dan

membosankan. Berdasarkan tulisan Koh Boh Boon (1990:65), beliau berpendapat bahawa hingga ke hari ini masih terdapat pendidik bahasa yang menentang penggunaan latih tubi dalam pengajaran tatabahasa. Bagi mereka, tatabahasa tidak boleh diajarkan melalui latihan secara bertubi-tubi. Mereka biasanya terdiri daripada pendokong golongan mentalis yang berpendapat bahawa pembelajaran bahasa adalah satu proses mental iaitu melibatkan pemikiran. Tambah beliau lagi, mereka turut menolak pendapat golongan Behavioris bahawa pembelajaran bahasa adalah satu pengulangan sesuatu yang baharu sehingga perkara baru itu boleh dilakukan secara spontan. Dalam aktiviti yang telah dirancang bagi tugasan projek ini, terdapat teknik latih tubi penggantian bagi membolehkan murid mempelajari seberapa banyak kosa kata dan ayat manipulasi tentang situasi di kedai buku. Oleh itu, kajian terhadap prinsip semasa melakukan teknik ini telah diperincikan. Hasilnya, memetik sumber daripada buku Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu: Prinsip dan Teknik yang mengatakan terdapat beberapa langkah yang perlu diambil semasa menjalani teknik latih tubi penggantian. Guru perlu mematuhi prinsip yang berikut:a) Jangka masa untuk salah satu latih tubi penggantiaan haruslah pendek baisanya beberapa minit sahaja. b) Latih tubi mestilah dijalankan secara cergas dan hidup. c) Ayat-ayat mestilah diucapkan oleh pelajar dengan sebutan yang betul dan kecepatan yang sesuai. d) Guru mesti mencegah kecenderungan pelajar untuk mengucapkan ayat secara bernyanyi atau sambil lewa. e) Guru haruslah mengadakan variasi dalam latih tubi. Berdasarkan apa yang telah dijelaskan sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa teknik latih tubi menggalakkan murid mengguna pakai istilah atau ayat yang khusus yang diajukan oleh guru yang bertindak sebagai model
Kerja Kursus Projek

33

Pedagogi Bahasa Melayu SR

dalam aktiviti berbahasa. Selain itu, guru juga perlu memberi penekanan terhadap tahap keberolehan murid menghafal ayat yang diujarkan kerana terdapat murid yang mempunyai dialek tersendiri. Tambahan pula, semasa menjalankan aktiviti ini, guru digalakkan memperbanyak pelbagai ayat dan perbendaharaan kata supaya teknik itu tidak menjadi bosan dan mudah ditangkap oleh murid. Perkara yang penting dalam teknik ini ialah pengukuhan. Seharusnya guru memberi pengukuhan kepada murid sebagai pengharagaan seperti mana yang telah dijelaskan oleh Skinner melalui teori Behaviorisme kerana teori tersebut sememangnya mempunyai kaitan yang rapat dengan teknik latih tubi ini. Kesimpulannya, teori pemerolehan bahasa yang telah dikaji

mempunyai pelbagai cara yang tersendiri untuk memastikan kanak-kanak dapat menguasai bahasa pertama mereka dengan baik. Teori Behaviorisme merupakan teori yang sesuai bagi kanak-kanak sebelum mereka mengenal dunia luar. Selain itu, pendekatan oral yang digunakan dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar berkomunikasi. Kaedah yang dijangka sesuai dengan teori tersebut adalah kaedah audio lingual. Kaedah ini memberi pendedahan kepada murid mengenai kemahiran lisan supaya mereka dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Proses penghafalan dan teknik latih tubi yang digunakan dapat menajamkan pemikiran murid. Tambahan pula, pendekatan dan kaedah pengajaran yang disediakan dapat membantu meningkatkan pemahaman murid. Oleh itu, setiap guru perlu merangka strategi pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid.

5.0

Konsep Kemahiran Bernilai Tambah dalam Kurikulum Bahasa Melayu 5.1 Komponen-Komponen Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) 5.1.1 Kemahiran Berfikir

Kerja Kursus Projek

34

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. 5.1.2 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untuk menghadapi dunia yang semangkin mencabar dan sering berubah serta mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

5.1.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.
5.1.4 Kemahiran Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
5.1.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi logik matematik, visual- ruang, muzik, naturalis, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik dan interpersonal. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan

Kerja Kursus Projek

35

Pedagogi Bahasa Melayu SR

kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
5.1.6 Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
5.1.7 Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman individu, masyarakat, dan alam bekerja. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latih amal adab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. 5.2 Kepentingan KBT dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada

pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme, dan peraturan sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysian ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti. Antara kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah merupakan salah satu cara untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan
Kerja Kursus Projek

36

Pedagogi Bahasa Melayu SR

menempuh cabaran abad ke-21. Dengan adanya kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan pelajar dapat bersedia untuk menghadapi sagala masalah dan cabaran pada masa depan. Hal ini kerana, kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Ini bermakna pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan. Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam pengisian kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid secara tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran berfikir misalnya, namun kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 5.3 Penyerapan Tiga Komponen KBT dalam Aktiviti dan Langkah P & P Bahasa Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P Setiap aktiviti P & P, pasti ada penyerapan komponen KBT yang terkandung dalam rancangan pengajaran. Tujuannya adalah bagi memastikan murid mencapai objektif pembelajaran di samping pengisian kurikulum yang direncanakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Fungsi KBT adalah memastikan unsur positif dan mapan yang terkandung dalam kurikulum sebelumnya sekali gus melahirkan pendidikan yang berkualiti. Dalam aktiviti dan langkah P & P bahasa Melayu yang dirancang, terdapat tiga komponen yang akan diambil kira dan dihuraikan bagi memperjelas fungsi KBT dalam sukatan pelajaran. Komponen KBT yang pertama ialah kemahiran belajar cara belajar. Kemahiran ini mengandungi aspek mengingat jangka panjang, serta kemahiran mendengar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru memulakan pengajaran dengan memperdengarkan rakaman perbualan di radio untuk situasi di kedai buku. Ketika itu, murid perlu menumpukan perhatian mereka dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang telah dipelajari. Selain itu, komponen KBT bagi kemahiran ini melibatkan cara mengingat
Kerja Kursus Projek

37

Pedagogi Bahasa Melayu SR

jangka panjang. Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan dengan situasi di kedai buku. Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu untuk diaplikasikan semasa mengalaminya di dunia sebenar. Untuk itu, murid perlu mengingat jangka panjang dialog situasi itu serta meningat beberapa kosa kata tambahan yang dipelajari semasa aktiviti latih tubu gentian bagi sistem bahasa dan tatabahasa. Kedua, aktiviti yang dirancang ini juga turut dimuatkan dengan komponen KBT iaitu kecerdasan pelbagai. Seperti mana yang diketahui, cabang dalam kemahiran ini ada banyak dan kesemuanya melibatkan ilmu yang pelbagai untuk diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Mengambil contoh dalam aktiviti, kecerdasan yang terkandung ialah kecerdasan interpersonal, intrapersonal serta verbal linguistik. Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P & P tersebut membolehkan murid memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini merangkumi keupayaan bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan dan mempengaruhi orang lain. Contohnya, apabila guru menyuruh murid mencari pasangan untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat menjalankannya dengan baik di mana setiap mereka menyelami perasaan dan hasrat masing-masing dalam urusan pembelian dan penjualan barang di kedai buku tersebut. Seterusnya, kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek

pemahaman terhadap diri sendiri termasuklah kemahiran mengawal emosi. Murid akan memahami diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat dan keperluan serta dapat mengawal emosi mereka semasa berurusan dengan peniaga. Ketiganya ialah kecerdasan verbal linguistik. Setiap pegajaran bahasa perlu ada kecerdasan ini. Tidak boleh tidak, kecerdasan verbal linguistik mesti diterapkan bagi mencapai tata tingkat kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan. Verbal linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada melalui lisan, penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. Semasa aktiviti dijalankan, sememangnya murid-murid ini akan melalui proses komunikasi

Kerja Kursus Projek

38

Pedagogi Bahasa Melayu SR

berkesan sesama mereka. Mereka juga akan cuba meyakinkan orang lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Di samping itu, murid dapat menggunakan laras bahasa yang sesuai. Akhir sekali ialah komponen kecerdasan kontekstual. Pembelajaran kontekstual ialah pendekatan pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran di sekolah dengan kehidupan seharian mereka. Sebagai contohnya, aktiviti latih tubi dialog situasi di kedai buku boleh mengaitkan pengetahuan murid dengan kehidupan seharian. Melalui aktiviti ini juga, murid akan memperoleh pengalaman baharu dalam hidup mereka khususnya hubungan mereka dengan dunia luar agar mereka tidak kekok menghadapi persekitaran kelak. 6.0 Konsep Pengajaran Mikro 6.1 Definisi Pengajaran Mikro Menurut Mok Soon Sang (2009:168), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran dalam masa lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih yang biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Tujuan mengadakan pengajaran mikro adalah untuk membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Terdapat sepuluh sepuluh komponen dalam Pengajaran Mikro. Antaranya ialah : i. ii. iii. iv. v. Set induksi Penyoalan Variasi rangsangan Penerangan dengan contoh-contoh Penggunaan sumber pengajaran-pembelajaran
39

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

vi. vii. viii. ix. Melalui

Pemudahcara Penggunaan papan tulis Pengukuhan Penutup mikro, guru-guru pelatih akan berpeluang

pengajaran

mempraktikkan teori pengajaran dalam suatu situasi yang terkawal. Pada kebiasaannya, pengajaran mikro ini hanya tertumpu kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Semasa aktiviti pengajaran mikro, aktiviti pengajaran yang

disampaikan oleh guru pelatih itu diperhatikan dan dinilai oleh rakan-rakan dan pensyarahnya yang memainkan peranan sebagai penyelia, dan juga dirakam dalam video. Selepas aktiviti pengajaran selesai, perbincangan tentang kelemahan pengajaran dengan merujuk kepada rakaman video diadakan di antara penyelia dengan guru-guru pelatih. Melalui komen-komen penyelia dan rakan-rakannya, guru pelatih yang terlibat dapat memperbaiki kelemahan pengajarannya. Pengajaran mikro ini dipelopori oleh Robert Bush dan D. Wight Alleh di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran, Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada tahun 1961. Sejak itu, teknik pengajaran mikro telah digunakan secara meluas di institut-institut pendidikan guru untuk melatih guru-guru pelatih supaya menguasai kemahiran-kemahiran mengajar sebelum mereka menjalankan latihan mengajar di sekolah.

6.2

Prinsip-Prinsip Pengajaran Mikro Dalam melaksanakan pengajaran mikro guru perlu membina satu

rancangan mengajar yang singkat 5 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya, dalam membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan .

Kerja Kursus Projek

40

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakanrakan dan kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah :

Perancangan (RPH)

Pencerapan ( komen )

Pengajaran ( mengajar)

rajah : Kitaran pengajaran mikro

Untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik guru perlulah mempunyai kemahiran- kemahiran untuk menarik minat murid dalam pembelajaran. Antara kemahiran yang perlu ada dalam Pengajaran Mikro adalah : Kemahiran set induksi Set induksi adalah merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut : memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru merangsang minat dan penglibatan murid

Kerja Kursus Projek

41

Pedagogi Bahasa Melayu SR

meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat. mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid

Kemahiran menggunakan papan tulis Papan tulis adalah sangat penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak. Oleh itu racangkan bagaimana penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar. Kemahiran variasi ransangan Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran. Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal guru. Kemahiran penyoalan Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar i. Panduan menyoal pastikan soalan jelas nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan tanya satu soalan pada satu masa

Kerja Kursus Projek

42

Pedagogi Bahasa Melayu SR

gunakan soalan arar rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi gunakan teknik probing untuk membantu pelajar memberikan

jawapan.

ii. Aras soalan Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan : d. Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Kemahiran menggunakan pengukuhan Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan, mengemukakan pelajar cadangan melibatkan dan diri secara dalam keseluruhannya dapat melibatkan

perbincangan bilik darjah.

Kemahiran penutup Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang. Di samping itu tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.

6.3

Objektif Pengajaran Mikro


43

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Bagi komponen set induksi, antara objektif-objektifnya ialah : i. Menarik perhatian pelajar terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan. ii. Membina aliran fikiran yang hendak diajar. iii. iv. Memotivasikan pelajar-pelajar supaya bersedia untuk belajar. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas pelajar dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan. v. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atau projek. vi. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran pelajar. vii. Membantu pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna. pelajar supaya mereka bersedia

mempelajari sesuatu yang berkaitan dengan isi pembelajaran

Bagi komponen penyoalan pula, antara objektif-objektifnya ialah : i. ii. iii. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. iv. Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam ujian yang akan datang. v. Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan yang terancang. vi. Melibatkan pelajar supaya aktif di dalam kelas.

Kerja Kursus Projek

44

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Bagi komponen variasi rangsangan pula, antara objektif-objektifnya ialah : i. Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran guru. ii. Melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti

pembelajaran dan pengalaman belajar mereka. iii. Memotivasikan pelajar serta membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru. iv. Member peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti pengajaran yang dijalankan. v. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan seronok. Bagi komponen penerangan dengan contoh dan penggunaan sumber pelajaran pula, antara objektif-objektifnya ialah : i. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. ii. Memudahkan pelajar memahami konsep dan isi pelajaran dengan jelas. iii. iv. Menghuraikan sesuatu prosedur atau proses tertentu. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu. Bagi komponen penggunaan papan tulis pula, antara objektifobjektifnya ialah : i. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. ii. Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran.

Kerja Kursus Projek

45

Pedagogi Bahasa Melayu SR

iii. iv. v.

Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran pelajar. Untuk member peluang kepada pelajar-pelajar mencatat nota dari papan tulis.

Bagi komponen pengukuhan pula, antara objektif-objektifnya ialah : i. ii. iii. Memberi galakkan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan. Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif. iv. Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar mewujudkan tingkah laku yang positif. v. Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negative yang timbul. Bagi komponen penutup pula, antara objektif-objektifnya ialah : i. Menarik mperhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh. ii. Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-fakta penting. iii. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan pelajar dengan menggunakan teknik peneguhan. Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan dapat diuruskan supaya diberi peluang mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang mereka baru palajari. 6.4 Kepentingan Pengajaran Mikro

Kerja Kursus Projek

46

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Menurut Mok Soon Sang (2009:168), pengajaran mikro merupakan satu komponen yang penting dalam Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan Ikhtisas di institute perguruan. Setiap guru pelatih yang sedang mengikuti kursus pendidikan di institut perguruan diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran mikro. Pengajaran mikro ini merupakan satu-satunya latihan yang paling berkesan untuk membantu guru-guru pelatih menguasai kemahirankemahiran mengajar. Latihan ini akan mendatangkan beberapa faedah kepada guru-guru pelatih. Antaranya ialah : i. Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran

mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan. ii. Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan

yang tenang, mudah dan kurang kompleks. iii. Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan

teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya di bilik kuliah. iv. Pengajaran mikro dapat membantu guru pelatih mengurangkan

berbagai-bagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan. v. Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri

kelebihan dan kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro. vi. Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat

memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha membaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping mengukuhkan kelebihan-kelebihan mengajar. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru pelatih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang sebenar, misalnya mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi praktikum di peringkat sekolah.

Kerja Kursus Projek

47

Pedagogi Bahasa Melayu SR

6.5

Pengajaran Mikro dalam Aktiviti dan Langkah P & P Bahasa Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P Setiap aktiviti P & P pasti akan terkandung komponen pengajaran

mikro. Pengajaran mikro perlu dilaksanakan bagi melicinkan proses P & P. Bagi kemahiran set induksi, aktiviti yang dirancangkan ialah tayangan video situasi di kedai buku. Tujuan ditayangkan video tersebut adalah untuk menarik minat murid dengan tajuk pembelajaran pada hari terbabit. Selain itu, melalui set induksi juga, murid dapat mengenal pasti sedikit sebanyak kemahiran berkomunikasi sekali gus memberi gambaran awal tentang apa yang bakal dipelajari dan dikaitkan dengan isi pelajaran. Seterusnya ialah kemahiran penggunaan papan tulis. Murid-murid dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan dengan lebih jelas dan tepat selepas melihat guru menulis ayat dasar sebelum ke langkah latih tubi. Selain itu, guru juga dapat menambah aktiviti pengayaan perbendaharaan kata nama untuk latih tubi gantian dengan menulis perkataan-perkataan yang baharu itu di hadapan. Murid akan menyalin dan cuba untuk menghafal dan mengajuk pertuturan guru. Contohnya: Isnin Bahasa Melayu 2.4.2010

Ayat Penyata: Saya hendak membeli.... (pemadam) (pensel) (buku)

Ayat Tanya: Berapa harga buku ini? Pemadam ada dijual di sini?

Kerja Kursus Projek

48

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Ketiga, rangsangan

kemahiran meliputi

variasi

rangsangan.

Kemahiran tingkah laku

variasi guru,

kemahiran

mengubah-ubah

mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dengan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru ada melakukan variasi rangsangan semasa mengajar ayat dialog situasi di kedai buku tersebut. Guru perlu mengubah corak interaksi dengan murid setiap lima minit supaya murid tidak bosan dan suasana kelas akan bertambah ceria. Seterusnya ialah kemahiran penyoalan. Teknik penyoalan merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal. Misalnya, di dalam set induksi, guru ada bertanya kepad murid tentang di manakah situasi terbabit berlaku, apakah perkara yang berlaku dan sebagainya. Dalam peringkat perkembangan, kemahiran menyoal digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar demi membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Mengambil contoh aktiviti langkah mempelajari ayat dialog pertuturan di kedai buku, guru akan bertanya sejauh mana pemahaman murid tentang pengajaran tersebut. Selain itu, guru juga perlu melaksanakan kemahiran menerang dengan menggunakan contoh atau ilustrasi. Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi huraian kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh dan ilustrasi. Dalam aktiviti yang dirancang, guru menggunakan kemahiran menerang semasa teknik latih tubi. Guru menjelaskan dialog perbualan dengan memberikan beberapa ayat untuk murid menghafalnya. Contohnya:

Kerja Kursus Projek

49

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Guru: Saya hendak membeli...

Guru: Saya hendak membeli...

Guru: Saya hendak membeli...

Di samping itu, pengajaran mikro juga terkandung kemahiran pengukuhan (peneguhan). Seperti mana yang diketahui, aktiviti ini melibatkan teori Behaviorisme. Teori ini pula sememangnya menekankan aspek pengukuhan iaitu guru memberi ransangan dengan pujian sebagai tanda penghargaan usaha murid menghafal ayat dialog yang dikehendaki. Sebolehnya, peneguhan negatif harus dielakkan bagi mengekalkan minat murid untuk terus berada di dalam kelas. Contohnya: Guru: Saya hendak membeli... Murid: Pembaris! Guru: Pandai, Syarifah. Kamu memang cerdas.

Akhir sekali, bagi kemahiran penutup dalam rancangan pengajaran aktiviti yang dirancang telah mengadakan satu sesi kesimpulan yang dijalankan guru bersama murid. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Hasil penilaian

Kerja Kursus Projek

50

Pedagogi Bahasa Melayu SR

ini akan membolehkan guru membuat pengubahsuaian untuk rancangan pelajaran yang akan datang.

7.0

Perancangan Aktiviti dan Langkah-Langkah P & P

TAJUK: Membeli buku dan alat tulis di kedai buku. TAHUN: 1 Bukhari MASA: 60 Minit Teori Pembelajaran: Teori Behaviorisme Teori Huraian Bahasa: Teori Struktural Pendekatan: Oral/Lisan Kaedah: Audio-Lingual Teknik: Latih Tubi Objektif pembelajaran: 1) Murid dapat berkomunikasi dengan cara bertatasusila. 2) Murid dapat menyatakan hasrat dan keinginan mengikut keperluan. 3) Membolehkan murid menguasai kemahiran lisan dalam interaksi sosial. Hasil Pembelajaran: Fokus utama: 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Huraian Hasil Pembelajaran:

Kerja Kursus Projek

51

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Aras 1 (i) Mendengar sesuatu perbualan dengan teliti untuk mendapat

maklumat. Aras 1 (iii) Menjawab soalan secara bertatasusila.

Fokus sampingan:

8.1

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Huraian Hasil Pembelajaran:

Aras 1 (i) Menulis perkataan dan ayat tunggal yang diberikan dengan cara

yang betul dan kemas.

Kemahiran Bahasa: Membaca, Mendengar dan Bertutur Sistem bahasa: Sebutan dan intonasi, Kosa kata (alat tulis dan sebagainya) Tatabahasa: Ayat tunggal (Rujuk Langkah 2) Penyerapan Nilai: Hemah tinggi, Keberanian, Rasional, Hormat-menghormati. Kemahiran bernilai tambah:
1. Kemahiran belajar cara belajar: mengingat jangka panjang, mendengar

aktif.
2. Kecerdasan pelbagai: interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik. 3. Kontekstual.

Pengetahuan sedia ada:

Pengalaman: Murid pernah pergi ke kedai buku sekolah.


52

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Bahan Bantu Mengajar: rakaman video di kedai buku, komputer riba, radio, pita rakaman dialog. Langkah-Langkah Pengajaran: Isi Pelajaran Video rakaman perbualan tentang seorang murid yang sedang membeli buku dan alat tulis di sebuah kedai buku. Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Set Induksi (5 minit) KBT Catatan

Contoh interaksi sosial: G - Guru M - Murid G: Kamu tahu di mana tempat ini? M: Tahu, cikgu. Di kedai buku. G: Kamu biasa ke tempat ini? M: Tak. G: Selama ini siapa yang selalu belikan buku? M: Ayah. G: Baiklah, hari ini cikgu akan ajar kamu macam mana cara untuk berdialog untuk membeli barang di

1. Guru menayangkan video 1. Kontekstual situasi di kedai buku. 2. KP: 2. Murid dikehendaki untuk intrapersonal, mendengar dengan teliti interpersonal 3. Guru menjalankan 3. BCB: interaksi sosial dengan kemahiran murid. mendengar 4. Guru mengaitkan soal jawab dengan tajuk BBB: rakaman video. pengajaran.

Kerja Kursus Projek

53

Pedagogi Bahasa Melayu SR

kedai buku.

Rakaman perbualan yang mengandungi dialog situasi di kedai buku dimainkan.

Langkah 1 (15 minit) 1. Guru memainkan pita rakaman yang mengandungi dialog situasi di kedai buku dengan menggunakan radio. 2. Murid diminta untuk mendengar dengan teliti. 3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai ayat perbualan yang dimainkan. 4. Guru memainkan pita rakaman buat kali yang kedua. 5. Guru menyebut baris dialog tertentu. 6. Murid mengajuk frasa dan ayat yang disebut oleh guru. 7. Guru menambah beberapa frasa dalam dialog. 8. Murid belajar beberapa ayat penyata mengenai situasi di kedai buku secara bertatasusila. 9. Murid dikehendaki menghafal setiap baris ayat dialog dengan tepat. 10. Guru memberi pujian sebagai pengahargaan.

KBT
1. Kontekstual 2. KP:

Contoh dialog: P - Penjual M Murid P: Adik, boleh saya bantu? M: Encik, saya ingin membeli sebuah buku. P: Buku yang macam mana adik nak beli? M: Saya ingin membeli buku tulis garis satu. P: Baiklah. Ada apa-apa lagi yang adik mahu beli? M: Saya juga ingin membeli pemadam. Adakah dijual di sini? P: Ada. Adik nak berapa? M: Satu sahaja, encik. Berapakah harganya? P: Harganya 50 sen sahaja. M: Baiklah, saya beli. Terima kasih, encik.

intrapersonal, interpersonal 3. BCB: kemahiran mendengar, mengingat

BBB: rakaman dialog, radio

Kaedah: Audio-lingual Teknik: Latih tubi

Kerja Kursus Projek

54

Pedagogi Bahasa Melayu SR

P: Sama-sama. Latih tubi pola ayat (ubah perkataan/frasa dalam dialog) Latih tubi pengembangan/gantian / pola yang diajarkan. Contoh: G: Sila ulang apa yang saya sebut. Buku tulis. M: Buku tulis. G: Membeli buku tulis. M: Membeli buku tulis. G: Hendak membeli buku tulis. M: Hendak membeli buku tulis. G: Saya hendak membeli buku tulis. M: Saya hendak membeli buku tulis. Contoh latih tubi gantian: Guru menunjukkan gambar pemadam. G: Saya hendak membeli.... M: Pemadam. G: Saya hendak membeli pemadam. M: Saya hendak membeli pemadam. Langkah 2 (25 minit) 1. Guru mengujarkan sebaris dialog untuk diajuk oleh murid. 2. Murid mengajuk dengan tepat dan bertatasusila. 3. Guru mengukuhkan ayat dengan mengubah perkataan dan frasa. 4. Murid masih mengikut apa yang dituturkan guru. 5. Kemudian, guru mengembangkan frasa bagi membentuk satu ayat. 6. Murid menghafal ayat tersebut dan mengulanginya beberapa kali. 7. Guru memberi peneguhan positif setiap kali murid berjaya menghafal dengan tepat. 8. Sekiranya terdapat kesilapan, guru membetulkan kesilapan itu segera dan membantu murid menghafalnya semula. 9. Bagi latih tubi berikutnya, guru menunjukkan gambar buku dan alat tulis untuk melakukan aktiviti latih tubi gantian. 10. Murid membina kosa kata baharu dengan melihat gambar yang ditunjukkan guru. 11. Murid membuat ayat lengkap berdasarkan gambar dan Teknik: latih-tubi

KBT
1. Kontekstual 2. KP:

intrapersonal, interpersonal 3. BCB: kemahiran mendengar, mengingat Nilai: keberanian, rasional

BBB: gambar buku dan alat tulis.

Kerja Kursus Projek

55

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Contoh latih tubi ayat tanya: Guru meminta murid mengajuk ujarannya. G: Encik, berapa harga buku ini? M: Encik, berapa harga buku ini? G: Encik, di mana saya boleh mendapatkan buku itu? M: Encik, di mana saya boleh mendapatkan buku itu? G: Encik, di mana saya perlu membayar barang ini? M: Encik, di mana saya perlu membayar barang ini?

menghafalnya. 12. Guru mengajarkan pula ayat soal atau ayat tanya yang sesuai bagi situasi di kedai buku. 13. Murid menghafal ayat tanya tersebut tanpa sebarang kesalahan. 14. Guru meminta murid menulis beberapa ayat dialog dan ayat soalan bagi situasi di kedai buku. 15. Murid menulis di buku tulis masing-masing untuk digunakan bagi aktiviti perbualan berpasangan yang seterusnya.

Aktiviti pengukuhan berpasangan.

Langkah 3 (10 minit) 1. Guru mengarahkan supaya murid menghadap rakan masing-masing secara berpasangan. 2. Murid diminta melakukan aktiviti soal jawab bersama pasangan dengan menggunakan ayat (termasuk ayat tanya) dan dialog yang baru sahaja dipelajari. 3. Murid juga dibenarkan menjawab secara

KBT
1. Kontekstual 2. KP:

Murid melakukan akitiviti bersoal jawab dalam situasi di kedai buku bersama pasangan. M1: Boleh saya bantu? M2: Encik, saya hendak membeli buku. M1: Kamu mahu beli

intrapersonal, interpersonal 3. BCB: kemahiran mendengar, mengingat Nilai: keberanian, rasional, hormat-menghormati

Kerja Kursus Projek

56

Pedagogi Bahasa Melayu SR

buku apa? M2: Saya hendak membeli buku tulis garis satu. M1: Boleh. Kamu nak berapa banyak? M2: Saya ingin membeli sebuah sahaja. Encik, berapa harga buku ini? M1: Harganya cuma 50 sen sebuah. M2: Baiklah. Saya beli. Encik, di mana saya perlu membayar buku ini? M1: Kamu boleh membayarnya di kaunter. Penutup kognitif - Rumusan isi pelajaran: murid dapat menghafal dialog situasi di kedai buku. murid menjawab soalan dalam situasi kehidupan seharian - penutup sosial menjawab bertatasusila

spontan tetapi masih bertatasusila. 4. Guru memantau dan akan membetulkan setiap kesilapan murid.

Penutup (5 minit) 1. Murid diminta merumus kembali apa yang telah diajar oleh guru. 2. Guru memberi pujian dan motivasi kepada murid.

KBT 1. KB: merumus 2. KP: intrapersonal, interpersonal. 3. Kontekstual. Nilai: Keberanian, rasional

Kerja Kursus Projek

57

Pedagogi Bahasa Melayu SR

8.0

Kesimpulan Secara konklusinya, tugasan ini, telah menjelaskan mengenai Pedagogi

Bahasa Melayu. Di samping itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan menjelaskan beberapa hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan mengaplikasi Pengisian Kurikulum dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aras pembelajaran kemahiran. Untuk itu, pelbagai kaedah pengajaran telah dirangka bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran yang mementingkan penyerapan kemahiran bernilai tambah serta beberapa cabang kemahiran lain.

Kemahiran berkomunikasi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada pelajaran bahasa. Sama ada secara langsung atau tidak, kemahiran ini terpaksa diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak dari darjah permulaan lagi. Aspek komunikasi merupakan aspek yang diberi penekanan kepada murid tentang kemahiran interpersonal, yakni membolehkan murid memulakan, membina dan mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan bagi tujuan keperluan harian sama seperti dalam contoh aktiviti yang dihuraikan dalam tugasan projek. Oleh itu, guru perlu menyediakan satu aktiviti khusus yang dapat meningkatkan kemahiran lisan murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dengan

Kerja Kursus Projek

58

Pedagogi Bahasa Melayu SR

persekitaran di samping mengikis perasaan malu dan takut ketika berhadapan orang luar di alam luar persekolahan. Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak langsung telah membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kaedah pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Ini adalah satu peluang kepada guru pelatih untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru yang sebenar. Selain itu, guru sepatutnya menjadikan Sukatan Pelajaran sebagai dokumen rujukan dalam menghasilkan rancangan pengajaran yang menepati aras pengetahuan murid. Kajian yang mendalam tentang pedagogi untuk mencapai hasil pembelajaran sukatan pelajaran harus dipertingkatkan supaya murid dapat mengadaptasi kemahiran yang sepatutunya mereka kuasai. 9.0 Refleksi 9.1 Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini SEBELUM

Usai mendapat tugasan BM 2 ini, penulis berasa gementar dan risau kerana tidak mendapat sebarang gambaran yang jelas mengenai tugasan tersebut. Namun, setelah mendapat penerangan yang jelas daripada pensyarah, penulis berasa teruja untuk memulakan tugasan berikutnya.

Sebelum menjalankan tugasan, beberapa fokus utama aktiviti telah dikenal pasti. Fokus tersebut melibatkan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran selain pembacaan terhadap pengisian kurikulum dalam sukatan pelajaran. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada guru benarbenar memainkan peranan dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui aktiviti yang dirancang secara berkumpulan, penulis dapat mengetahui juga cara pelaksanaan dan langkah-langkah pengajaran dalam kelas termasuk penggunaan sumber bahan pengajaran seperti ICT dan sebagainya.

Kerja Kursus Projek

59

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Selain itu, aspek yang terpenting sebelum tugasan projek dilaksanakn ialah pengetahuan sedia ada mengenai tajuk tugasan. Rata-rata antara kami masih tidak begitu mahir dalam kemahiran pedagogi bahasa. Jadi, bantuan pensyarah serta rakan sangat ditagih. Namun, amali di dalam kelas yang telah dibentangkan banyak membantu kami. Antaranya aspek pengajaran mikro dan sebagainya.

Akhir sekali, sebelum tugasan dilaksanakan, penulis dan beberapa orang rakan yang lain telah merancang strategi pelaksanaan tugasan ini. Ada dalam kalangan kami yang sudah mendapatkan beberapa maklumat penting daripada senior dan sebagainya. Perancangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kami melakukan persediaan sebelum tugasan projek dilaksanakan. Jadual kerja juga dirangka supaya dapat memudahkan perjalanan penyediaan laporan penuh tugasan. SELEPAS Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penulis berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan ini sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, penulis tidak terbayang sedikit pun apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan Puan Zainiyah Bt Mohd Zain, gambaran itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak sabar-sabar untuk memulakan tugasan. Penulis telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, namun tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya penulis tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Tugasan ini banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh serahan tugasan. Selain itu, penulis dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.
Kerja Kursus Projek

60

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini. Sementara itu, secara jujurnya penulis sangat bersyukur kerana mendapat tugasan ini. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah pengetahuan pedagogi bahasa kerana sebelum ini hanya memahami apa yang di ajar secara umum. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu menegenai kemahiran bahasa serta kandungan yang terdapat dalam sukatan pelajaran dapat dipraktikkan semasa menjadi guru kelak. Tanpa pengetahuan mengenai semua ini, mungkin rancangan pengajaran harian sukar untuk dihasilkan. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

9.2

Muhammad Amir Al-Hafiz Bin Zulkifli SEBELUM

Penyataan sebelum menjalankan tugasan ini, bagi saya ianya amat susah. Semasa mula-mula mendapat soalan, saya merasakan tidak tahu apa yang sepatutnya saya lakukan. Pada mulanya saya masih samar-samar mengenai kehendak soalan. Tetapi setelah diberikan penerangan oleh pensyarah segala persoalan yang bermain difikiran terjawab. Terlebih Muhammad dahulu,saya Khalil bersyukur dan Muhd kerana Syazmi semasa Aizudin. pembahagiaan Berdasarkan

kumpulan saya telah diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Aminul pengalaman saya yang lepas mereka ini amatlah baik orangnya. Pada kebiasaannya mereka sentiasa menjadi pendorongan kepada ahli kumpulan

Kerja Kursus Projek

61

Pedagogi Bahasa Melayu SR

mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Ternyata segala sangkaan baik saya itu benar, semasa hendak menjalankan tugasan ini saya telah dibebankan dengan banyak tugasan subjek lain. Jadi , merekalah yang banyak mendorong saya dengan kata-kata semangat. Saya masih ingat lagi kata-kata Khalil pada waktu itu, kita boleh siapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan, jika kita yakin pada diri kita Insyallah Allah akan bantu kita siapkan tugasan ini. Sebelum menjalankan tugasan ini juga saya menghadapi masalah dalam memahami dan memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan dalam melaksanakan tugasan ini. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah bertanya kepada senior saya mengenai masalah yang dihadapi saya. Mereka telah banyak membantu saya. Selain itu, saya juga mengunjungi perpustakaan untuk mencari ilmu berkaitan dngan tugasan. Tetapi perbincangan dalam kumpulan sebenarnya banyak membantu saya memahami kehendak soalan yang diberikan. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya.

SELEPAS Assalamualaikum w.b.t... Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, hidayah-Nya serta inayah-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek ini pada masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus ini telah diberikan oleh pensyarah pembimbing bagi membuat rujukan, pemerhatian dan mengumpul maklumat. Tarikh mula bagi kerja kursus projek ini ialah pada 23 Februari 2010 yang lalu. Saya memulakan tugasan bersama rakan seperjuangan saya iaitu Muhammad Aminul Khalil bin Zaini dan Mohd Syazmi Aizuddin bin Yusof.

Kerja Kursus Projek

62

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Kami mula mengumpulkan seberapa maklumat untuk mengkaji tentang soalan yang diberikan. Kami mencari maklumat-maklumat berkenaan di Pusat Sumber Datuk Lokman Musa IPGM Kampus Bahasa Melayu. Kami juga melayari internet bagi menambah maklumat tentang tugasan ini. Antara halangan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus ini ialah kami juga perlu menyiapkan banyak tugasan mata pelajaran lain. Jadi, kami menguruskan masa dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua. Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini. Akhir kata, saya berharap agar semua pihak khususnya pihak pensyarah berpuas hati dengan hasil kerja kursus pendek yang telah kami hasilkan ini.

9.3

Mohd Syazmi Aizudin Bin Yusof SEBELUM Dalam subjek Bahasa Melayu 2 kami, kami mestilah mengusai subjek

ini untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara hasil pembelajarannya ialah menjelaskan tentang Teori Pembelajaran Bahasa dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami juga perlu menjelasaskan

Kerja Kursus Projek

63

Pedagogi Bahasa Melayu SR

perkaitan antara teori dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat. Selain itu, kami juga diminta untuk mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam langkah-langkah untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semulajadi murid. Oleh itu, bagi memastikan proses penghasilan kerja kursus kami ini berjalan dengan lancar dan memuaskan hati semua pihak, kami haruslah sentiasa teliti dalam menghasilkan kerja kursus projek ini. Kami sentiasa berbincang bagaimana ingin memulakan kerja kursus ini. Apa yang kurang difahami dalam sesuatu perkara, akan dibincangkan sebaik mungkin sesama kami. Jika ada sesuatu perkara yang agak kabur bagi kami semua, kami berjumpa dengan pensyarah kami untuk bertanyakan kepadanya. Taklimattaklimat yang diberikan oleh pensyarah kami akan kami dengar dengan teliti dan akan dicatat. Hal ini bertujuan untuk menambahkan lagi pemahaman kami terhadap cara-cara untuk menyiapkan tugasan yang diberi ini. Segala persediaan kami sebelum memulakan kerja kursus kami ini telah kami lakukan sebaik mungkin. Kami amat berharap agar kami dapat menyempurnakan tugasan kami ini dengan baik dan amat berharap agar perjalanan proses projek kami berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih.

SELEPAS

Kerja Kursus Projek

64

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Pada 23 Februari 2010 yang lalu, pensyarah Bahasa Melayu 2 saya, Puan Zainiyah bt Md Zain telah memberikan tugasan iaitu berkaitan dengan Pedagogi Bahasa Melayu dan rancangan aktiviti pengajaran. Dari segi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini, secara terus terang saya katakan bahawa agak bermasalah untuk menyiapkan tugasan ini kerana pada suatu tahap saya berasakan tertekan untuk menyiapkan tugsan ini. Namun, disebabkan bantuan yang telah diberikan oleh rakan sekumpulan saya iaitu Muhammad Aminul Khalil dan Muhammad Amir Al-Hafiz serta rakan-rakan yang lain, kami semua kembali bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya berjaya menyempurnakan tugasan pada kali ini. Namun disebalik kesukaran tersebut saya mendapat banyak manfaat yang tidak ternilai harganya. Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat meningkatkan kemahiran belajar kami sama ada membaca,mencatat nota,merujuk dan sebagainya. Saya juga lebih mahir dalam proses untuk mencari dan menambah maklumat yang diperoleh. Kesimpulannya, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru pelatih yang masih menuntut, saya perlulah mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Pedagogi Bahasa Melayu. Melalui pemahaman ini juga, guru dapat mengajar dengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya berharap semoga kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta orang lain. Sekian, Wassalam.

Kerja Kursus Projek

65

Pedagogi Bahasa Melayu SR

10.0

Jadual Pelaksanaan Tugasan dan Borang Kolaborasi

BIL

PERKARA

TARIKH

Menerima tugasan dan sedikit penerangan daripada Puan Zainiyah

23 Februari 2010

Mula mencari rakan pasangan dan mengagihkan tugasan.

25 Februari 2010

Mula mencari buku-buku rujukan tentang Pedagogi Bahasa Melayu dan buku-buku lain yang berkaitan di Perpustakaan Negara.

2 Mac 2010

Mula menjalankan kerja menaip dan membuat sedikit perbincangan dengan rakan-rakan yang mengetahui tentang tugasan ini.

8 Mac 2010 9 Mac 2010 2 April 2010 10 April 2010 12 April 2010

Menghantar draf awal.

Menghantar draf akhir.

Tugasan siap dan hanya memerlukan sedikit penambahan sahaja.

Tugasan diserahkan.

Kerja Kursus Projek

66

Pedagogi Bahasa Melayu SR

11.0

Rujukan 11.1 Sumber buku

Kerja Kursus Projek

67

Pedagogi Bahasa Melayu SR

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Modul 2/4 Bahasa Melayu KPLI SR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1993).

Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Koh Boh Boon. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu: Prinsip dan Teknik. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mangantar Simanjuntak. (1998). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir. (2003). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zulkifley Hamid. (1994). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 11.2 Sumber intrernet Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diperoleh pada 1 Mac 2010. daripada www.ppk.kpm.my:
68

Kerja Kursus Projek

Pedagogi Bahasa Melayu SR

http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm Ariffin. (16 Mac 2010). Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Diperoleh pada 6 Mac 2010. Daripada dadwayne.blogspot.com: http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategipendekatan-kaedah.html Yahya Nursidik. (16 Mei 2008). Teori Behaviorisme. Diperoleh pada 14 Mac 2010. Daripada apadefinisinya.blogspot.com: http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/05/teori-behaviorisme.html SIL International. (2 July 1998). Behaviorist theory of learning (Skinner). Diperoleh pada 15 Mac 2010. Daripada www.sil.org: http://www.sil.org/lingualinks/literacy/implementaliteracyprogram/be havioristtheoryoflearningski.htm Laura Davenport. (April 26, 2001). cognitivsm vs. behaviorism in learning theory. Diperoleh pada 25 Mac 2010. Daripada www.greenspun.com http://www.greenspun.com/bboard/q-and-a-fetch-msg.tcl? msg_id=0056KI

12.0

Lampiran (Draf-Draf Tugasan)

Kerja Kursus Projek

69