Anda di halaman 1dari 7

PENYAMPAI : MAHANI BT HANIPAH TARIKH : 20 JANUARI 2012 MAJLIS : PROGRAM AKU JANJI TEMPAT : SK BANDAR PUTRA , KULAI ISU

: JURUACARA

KATEGORI: HARI : JUMAAT

TEKS UCAPAN PENUH : Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pemula bicara. Bismillahirohmanirohim.. Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohamed Noor b. Ibrahim, Guru Besar, SK Bandar Putra. Yang Dihormati, Encik Alkaf b. Baharudin,Naib Yang Dipertua PIBG, SK Bandar Putra, Pn. Hjh Rozita bt Abd Majid ,Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Hasan bin Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Jeffrey bin .., Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Intan Junizah bt .., Penyelia Petang Sk Bandar Putra, Barisan AJK PIBG Sekolah, Para ibu bapa, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum ,Salam Sejahtera ,Salam Perpaduan , Salam Satu Malaysia, Salam Kulaijaya Gemilang dan Salam SK Bandar Putra Terbilang kepada sekalian yang berada dalam dewan yang permai ini. Meranti tiga nan sebatang, Ditebang tiga nan pemuka, Yang dinanti sudah datang, Apa perkara kan kita buka.

Bersyukur kita ke hadrat AllahSubhanahu Wataala kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri Program Aku Janji Murid-muird Tahun 6, SK Bandar Putra, Kulaijaya bagi tahun 2012 ini.. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Encik Alkaf bin baharudin NYDP PIBG SK Bandar Putra, barisan AJK PIBG dan para ibu bapa kerana dapat menghadirkan diri ke sekolah pada pagi ini walaupun sibuk dengan pelbagai agenda lain yang menuntut tindakan segera tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Semoga tindakan dan sokongan yang diambil oleh ibu-ibu dan bapabapa pada hari ini dapat memberi impak yang besar kepada murid-murid tahun 6 yang ada bersama-sama kita pada pagi yang mulai ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Bagi memuliakan dan memberkati program pada pagi ini,majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Nazlan bin Abd Rashid bagi mengetuai bacaan doa. Untuk itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan. Dipersilakan.

Tetak buluh panjang tujuh, Buat menjolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon mendapat berkat

Amin, Amin Ya Robbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Nazlan bin Abd Rashid atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Mohamed Noor bin Ibrahim guru besar SK Bandar Putra untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan . Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohamae Noor bin Ibrahim atas ucapannya sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan program ini dengan mendengar pula ucapan dan taklimat daripada Puan Hajah Rozita bt Abd Majid , Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sk Bandar Putra . Dipersilakan puan... Para hadirin yang dihormati sekalian,Harapan tuan guru besar sudah diluah, amanat guru kanan pentadbiran sudahpun didengar. Sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar pula lafaz ikrar daripada ketua murid SK Bandar Putra, adik Ana Maisarah bt Mohamad Arif. Dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada ketua murid, adik Ana Maisarah bt Mohd Arif kerana sudi mengetuai bacaan ikrar sebentar tadi.

Anak-anak cikgu sekalian, dengarkan beberapa rangkap pantun yang boleh dijadikan pedoman dan azimat buat semua.

Anak musang di tepi telaga Sarang tupai di pohon manggis Perasaan ibu bapa hendaklah dijaga Jangan sampai mereka menangis

Anak seluang dimakan haiwan, Kupu-kupu di tepi paya, Masa terluang jangan disia-siakan, Jadikan buku teman setia.

Daun palas di tepi perigi, Dikutip oleh ibu mertua, Orang malas selalu rugi Hidup susah sampai ke tua

Tanam sayur di Kampung Chepa, Sayur ditanam bersama lada, Wajah hodoh tidak mengapa, Asalkan ilmu penuh di dada.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar lafaz ikrar daripada guru-guru tahun 6. Untuk itu dijemput kepada semua guru tahun 6 agar dapat berbaris di bahagian hadapan dewan bagi melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh Encik Awalludin bin Mohd Yusof. Dipersilakan

Murid sudah guru pun sudah.Seterusnya, majlis menjemput pula Encik Alkaf bin Baharudin tampil ke hadapan untuk mengetuai bacaan ikrar bagi pihak ibu bapa. Diminta para ibu bapa dapat berdiri dan melafazkan ikrar bersama-sama. Dipersilakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SK Bandar Putra, Kulai lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh para pelajar. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Seterusnya kita akan menyaksikan 3 wakil bagi 3 kumpulan komuniti sekolah

untuk menandatangani aku janji. Justeru majis dengan ini menjemput adik Ana Maisarah bt Mohamad Arif tampil ke hadapan bagi mewakili murid-murid tahun 6, Encik Awalludin bin Mohd Yusof bagi mengetuai para guru dan akhir sekali Encik Alkaf bin Baharudin NYDP PIBG SK Bandar Putra akan mewakili pihak ibu bapa, sementara Tuan Haji Mohamed Noor bin Ibrahim sebagai saksi kepada ketiga-tiga pihak yang akan menandatangani aku janji tersebut. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Ana Maisarah bt Mohd Arif, Encik Awaluddin bin Mohd Yusof , Encik Alkaf bin Baharudin serta Tuan Hj Mohamed Noor bin Ibrahim. Tuan-tuan, puan-puan , dan anak-anak yang dikasihi sekalian Dengan termeterainya perjanjian antara 3 pihak itu, maka berakhirlah sudah Program Aku Janji Murid-murid Tahun 6 bagi tahun 2012 ini. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Tiada ucapan seindah kemaafan; Tiada kemaafan semurni keikhlasan; Tiada keikhlasan setulus kesyahduan; Justeru, marilah kita melabuhkan tirai pertemuan; mencampakkan sauh pelayaran; dan merehatkan lelah kepenatan; Lalu, sampai di sini sahaja berhujungnya majlis aku janji yang indah permai ini, dengan penuh harapan kita menyusun kalimat refleksi agar: - penganjuran mengundang kesan; - perbelanjaan tidak dipersiakan; - pengetahuan sudi dikongsikan; - kesamarataan dalam pendidikan kita sama-sama perjuangkan. Wabillahittaufiq... Kesempurnaan itu milik ALLAH, kepincangan itu milik hamba. Sekian, salam hormat daripada saya:

S BNAPTA KADR UR

SK BANDAR PUTRA, KULAI

HARI ANUGERAH CEMERLANG SABTU, 14 NOVEMBER 2009

TEKS UCAPAN PERASMIAN TUAN HAJI ZAMRE BIN

PENGURUS BESAR ALAMTOLOGI SDN. BHD.

DISEDIAKAN OLEH PUAN MAHANI BT HANIPAH GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU, SK BANDAR PUTRA, KULAI