Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU, PENGKALAN CHEPA, 16109 KOTA BHARU, KELANTAN.

09-7717700 09-7738488

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj. Kami : Tarikh : 23 Februari 2012

Mohd Zul Izhar Bin Mohd Yuti, Ketua Kumpulan, PISMP Semester 3 BM/PJ/KS 2, Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu. __________________________________________________________________ Tuan Haji Abd. Aziz Zaki Bin Razali, Ketua Unit Praktikum, Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu. SEBAB TIDAK MENGHADIRI TAKLIMAT PROGRAM BERASASKAN SEKOLAH PBS 2012 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dari kelas PISMP BM/PJ/KS 2 Semester 3 seramai 20 orang tidak menghadiri taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah pada 23 Februari 2012 bertempat di Dewan Wawasan. 3. Antara sebab kami tidak menghadiri taklimat tersebut adalah Ketua Kumpulan dan Penolong Ketua Kumpulan tidak mendapat sebarang maklumat tentang taklimat tersebut sama ada melalui Sistem Pesanan Ringkas, memo atau panggilan berkenaan taklimat yang diadakan. Maklumat tentang taklimat yang diadakan hanya diketahui setelah berakhirnya taklimat tersebut. 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya. Di atas kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah, . (Mohd Zul Izhar Bin Mohd Yuti), Ketua Kumpulan, PISMP Semester 3 BM/PJ/KS 2, Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu,
sk : Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Anda mungkin juga menyukai