Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Penggunaan teknik latih tubi dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membuat inferens.

Penghargaan Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur kepada Tuhan di atas segala petunjuk, ilham dan kurnia yang ditunjukkan oleh Nya. Kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa memberikan dorongan moral sebagai semangat untuk saya menyiapkan proposal ini. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Chandran Vengadasamy selaku penyelia penyelidikan tindakan saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan proposal penyelidikan tindakan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu hasil tugasan yang baik. Kepada pihak Pentadbiran SK Linungkuan, Tuaran khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya sepanjang saya melaksanakan penyelidikan di tempat kajian. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan sekelas iaitu Unit PISMP Sains Ambilan Januari 2009 turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan proposal ini.. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan proposal penyelidikan tindakan ini. Sekian dan terima kasih.

ii

ABSTRAK Ramai penyelidik telah mula untuk menunjukkan minat mereka yang mendalam terhadap penyelidikan yang berkaitan dengan penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunakan teknik latih tubi untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membuat inferens di kalangan murid Tahun 4 di SK Linungkuan Tuaran. Sampel yang terlibat ialah 5 orang murid Tahun 4 di SK Linungkuan Tuaran. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan pos, analisis dokumen dan temubual. 5 siri bimbingan yang khusus akan dilaksanakan untuk membantu murid dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membuat inferens. Dapatan kajian akan menunjukkan keberkesanan kaedah soalan latih tubi dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membuat inferens. Tindakan susulan yang dicadangkan seterusnya ialah dengan melaksanakan teknik yang sama untuk meningkatkan penguasaan murid dalam KPS yang lain seperti mengawal pemboleh ubah, membina hipotesis dan kesimpulan dengan melibatkan ruang sampel yang lebih besar pada masa hadapan.

iii

Anda mungkin juga menyukai