Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan. Kanak-kanak berkeperluan khas ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa untuk hidup kerana bermasyarakat dan had fizikal atau mentalnya. Special education means education by special methods appropriate to the requirements of pupils whose physical, intellectual, emotional or social developments cannot in the opinion of education authority be adequately promoted by ordinary means

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS


Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

PENDIDIKAN KHAS JUGA MERUJUK KEPADA:


Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua, 1992)

MANAKALA SLAVIN (1997)


Sebarang program yang di peruntukkan atau di tujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas

MENURUT GEARHART DAN WEISHMAN (1980) PULA;


Subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa.

CIRI PENDIDIKAN KHAS


Guru terlatih Kurikulum khas Penglibatan aktif pelajaran Kaedah pengajaran khas Objektif pengajaran khas Kombinasi kepakaran

TUJUAN PENDIDIKAN KHAS

Menyuburkan keupayaan intelek,emosi, sosial dan jasmani: kekuatan kanak-kanak luar biasa perlu dikesan dan diberi penekanan.

Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak cacat fizikal atau akal boleh menjadi pekerja yang berguna dalam masyarakat.

Mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan.


Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan memperkembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri dan sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luar biasa.

Mengeratkan kanak-kanak cacat denganmasyarakat biasa supaya mereka yang cacatini dapat diterima oleh masyarakat.

PPKI SEMEKAR
AKTA PENDIDIKAN KHAS
Akta pendidikan 1996, peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas) 1997 bahagian II yang menyatakan : Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel. Yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai kementerian pendidikan dan pegawai jabatan kebajikan masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali muridmurid yang berikut; a. Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa. b. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

DOKUMEN PENDIDIKAN KHAS DI BAWAH SEKSYEN 41 AKTA PENDIDIKAN 1996


BAHAGIAN 1- permulaan 1. Nama dan mula berkuat kuasa

2. Tafsiran murid-murid dengan keperluan khas ertinya murid-murid atau mempunyai masalah pembelajaran;

BAHAGIAN 2. o Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak menhadiri program pendidikan khas kecuali murid berikut: 1. Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa. 2. Murid yang mempunyai pelbgai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal berat.

Seorang murid dengan keperluan khas yang boleh dididik jika dia mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pelajaran dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.

KATEGORI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


Masalah penglihatan Masalah pendengaran Kerencatan akal Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) Palsi serebrai Masalah pembelajaran spesifik Masalah komunikasi dan bahasa Masalah autisme Masalah pintar cerdas

PERLAKSANAAN
Kementerian pelajaran telah menetapkan garis panduan saiz kelas untuk murid berkeperluan khas, berbeza dengan murid biasa, saiz kelas yang ditetapkan adalah seperti berikut: 1. MASALAH PENGLIHATAN ( 3-6 orang dalam, satu kelas) 2. MASALAH PENDENGARAN (8-12 orang dalam satu kelas) 3. MASALAH PEMBELAJARAN (3-6 orang dalam satu kelas)

KATEGORI MURID-MURID KEPERLUAN KHAS


Masalah penglihatan Masalah pendengaran Kerencatan akal Masalah tingkah laku atau emosi Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) Palsi serebral Masalah pembelajaran spesifik Masalah komunikasi dan bahasa Masalah autism Masalah pintar cerdas

KATEGORI MURID PPKI SMK RAWANG


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 KATEGORI MURID Slow learner Dislexia Autism Down sindrom ADHD Aposis sindrom Kerencatan akal ringan Bermasalah pembelajaran Kurang upaya pendengaran & terencat akal Jumlah BILANGAN 8 1 4 5 4 1 2 8 1 32

CARTA ORGANISASI GURU DAN PPM PPKI SMK RAWANG TAHUN 2012

PENGETUA

PK HEM Pn Hjh Norazian Osman

PK KURIKULUM Pn Ho Yip Leong

PK KOKO En C. Ravichandran

PENYELARAS PPKI Pn Marhaini Dasiron

PEN. PENYELARAS PPKI Pn Rosita Mohd Said

GURU PPKI 1) 2) 3) 4) Pn Nirmala a/p Palaniandy. Pn Siti Aisyah Khairuddin. Pn Mastura bt Abd Hamid. Pn Nur Hidayah bt Abdul Aziz.

PPM PPKI Pn Hairani Haron

PPM PPKI Pn Asmahani Hussin

VISI PPKI SMK RAWANG (SEMEKAR)


Program PPKI SEMEKAR berhasrat melahirkan pelajar yang mampu berdikari, boleh bersosialisasi dengan mampu merancang dan menguruskan kehidupan sendiri.

MISI PPKI SEMEKAR


Menyediakan pendidikan dan kemahiran yang berkualiti kepada pelajar-pelajar PPKI SEMEKAR bertujuan membentuk mereka menjadi insan yang berdikari dan berkemahiran bersesuaian dengan tahap keupayaan diri sendiri.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berkeupayaan, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

DEKLARASI HAK KANAK-KANAK


Memperakui bahawa manusia mempunyai tanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak yang sempurna dan oleh itu harus memenuhi segala keperluan asa kanak-kanak seperti yang termaktub di dalam deklarasi hak kanak-kanak: Persefahaman dan kasih sayang. Pemakanan yang seimbang, perumahan, rawatan dan rekreasi. Pendidikan asas yang sempurna dan percuma.

Pembesaran, perkambangan fizikal, mental dan moral. Punya nama dan kewarganegaraan. Penerimaan rawatan khas bagi yang cacat dan bantuan bagi yang kurang bernasib baik.

Keutamaan pertolongan semasa kecemasan dan mala petaka. Perkembangan di dalam suasana keamanan dan persaudaraan sejagat. Perlindungan daripada sebarang pengabaian, kekejaman dan eksploitasi. Peluang untuk menikmati hak-hak ini tanpa mengira jantina, fahaman politik dan keturunan.

REFLEKSI

Asalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah En Jamaluddin Bin Haron, selaku pensyarah subjek Mengenali Murid Keperluan Khas (ETD 2323) saya, saya Nurul Syahirah Binti Ab Aziz , bernombor matrik 3101014351 dengan dengan ini ingin memberikan refleksi mengenai apa yang saya dapat setelah saya dan kumpulan membuat lawatan akademik di sekolah lama saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang atau lebih dikenali dengan nama (SEMEKAR), Selangor Darul Ehsan pada 9 mac lalu. Pada 8 mac lalu pihak sekolah telah menelifon saya sebagai selaku ketua program untuk lawatan akademik ini, beliau memperkenalkan diri sebagai Pn Marhaini Dasiron, selaku penyelaras PPKI SEMEKAR. Beliau menyatakan kesedian pihak sekolah untuk menerima kunjungan dari pihak kami ke sana. Pada 9 mac, jam 7.30 pagi saya dan rakan-rakan memulakan perjalanan ke smk Rawang, kami hanya pergi menaiki satu kereta sahaja, ini untuk memudahkan perjalanan, bagi mengelakkan dari tersesat. Kami sampai disekolah jam 8.30 pagi,ini bermakna masa yang diambil untuk ke smk Rawang hanya lah satu jam sahaja. Sampai sahaja disekolah, kami berjumpa dan bersalaman dengan Pn Marhaini, beliau membawa kami ke pejabat untuk berjumpa dengan pengetua smk Rawang iaitu Pn Hamidah Binti Husin, tetapi ketika kami sampai, Pn Hamidah tiada di bilik beliau, kerana beliau menghadiri jamuan yang diakan oleh pihak guru-guru smk Rawang. Kami dibawa oleh Pn Marhaini ke PPKI smk Rawang, melihat persekitarannya membuatkan kami teruja untuk masuk ke dalam, ini kerana persekitarannya yang cantik, bersesuaian dengan kehendak murid-murid PPKI. Apabila masuk sahaja, kami diperkenalkan dengan guru-guru PPKI disana, mereka melayani kami dengan baik sekali.

Kami memulakan sesi temuramah dengan Pn Marhaini, beliau menceritkan sedikit sebanyak mengenai PPKI smk Rawang, terdiri daripada 35 orang murid, 21 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Di smk Rawang terdapat 5 orang guru PPKI dan dua orang pembantu, kesemuanya guru perempuan. Terdapat 3 kelas di sana, di dalam setiap kelas dibahagikan mengikut kategori-kategori. Murid yang termuda disana adalah berusia 13 tahun manakala yang tertua adalah 19 tahun. Kebanyakan murid-murid PPKI smk Rawang menghidap penyakit slow learner, sindrom down, autistik. Di sana terdapat 3 jenis terapi yang biasa mereka gunakan untuk murid-murid PPKI, Sebagai contohnya berenang, berkuda dan bermain bowling. Aktiviti ini diadakan setiap bulan, untuk mengelakkan murid-murid bosan. Didapati murid-murid disana aktif dengan pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, sebagai contoh PPKI smk Rawang telah layak hingga ke peringkat kebangsaan dengan sukan olahraga, selain dari sukan, mereka juga terlibat dengan azan subuh, nasyid dan sebagainya. Waktu persekolah mereka berbeza dengan murid-murid biasa, mereka balik jam 1.10 petang pada hari isnin dan khamis, manakala selasa dan rabu mereka balik jam 1.50 petang. hari jumaat pula mereka balik jam 12.30 tengah hari seperti murid-murid yang lain. Manakala waktu rehat mereka pula adalah jam 9.30 pagi, dahulu murid-murid PPKI smk Rawang dikehendaki membeli sendiri makanan ketika berehat, tetapi masih diawasi oleh guru, tetapi sekarang ini, dengan bantuan pihak kantin, murid-murid dibekalkan dengan makanan yang dihantarkan ke kelas mereka ketika waktu rehat, dihidangkan dengan cara buffet.

Dengan jasa baik pihak kantin yang sangup sponsor makanan pada mereka, dapat menjimatkan masa mereka, ini kerana murid-murid PPKI ini mengambil masa yang lama untuk memakai kasut, ada seorang murid yang mengambil masa selama setahun untuk mempelajari bagaimana memakai kasut. Saya begitu kagum dengan guru-guru PPKI smk Rawang kerana begitu bersabar dengan kerenah anak-anak muridnya. Pada hari itu kami dapat bersarapan pagi dengan mereka, keletah mereka ketika makan mencuit hati saya, mereka begitu teruja apabila melihat orang luar dating melawat mereka. Sajian yang dihidangkan pada hari itu (pulut kuning) mungkin tidak pernah dimakan oleh bangsa cina dan india, tetapi mereka tidak memilih, malah hanya makan tanpa banyak soal, ketulusan hati mereka menerima pemberian orang sangat menyentuh hati saya, seperti yang diceritakan oleh penyelaras PPKI smk Rawang, Pn Marhaini, sekalipun makanan yang dihidangkan tawar, mereka akan tetap makan tanpa banyak bertanya. Setelah bersarapan dengan mereka, lawatan kami diteruskan pertunjukan slide-slide berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh PPKI smk Rawang pada tahun lepas. Seterusnya dengan persembahan dari murid-murid, beberapa orang ,murid membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu kepada kami, selepas itu diteruskan dengan persembahan tarian yang terdiri dari murid dan guru-guru, kami juga ditarik untuk menari bersama mereka, pada mulanya perasaan malu menyelubungi kami, tetapi dengan melihat kesungguhan mereka, Berjaya menukar perasaan malu kami menjadi perasaan seronok.

Selesai menari empat buah lagu, kami direhatkan dahulu sebelum meneruskan aktiviti mewarna, murid-murid begitu teruja apabila melihat kertas-kertas diedarkan. Mereka walaupun murid berkeperluan khas tetapi ada segelintir daripada mereka yang sangat pandai mewarna, begitu berhati-hati apabila mewarna. Ada seorang murid berbangsa cina yang memiliki keistimewaan dalam melukis, lukisan beliau pernah dipamerkan di Galeri Seni Ampang dan dijualkan dengan harga ribuan ringgit, manakala seorang lagi murid PPKI smk Rawang telah dimasukkan namanya ke dalam THE MALAYSIAN BOOK OF RECORD dibawah kategori persembahan terbaik untuk kanak-kanak menghidap sindrom down. Ini sesuatu yang sangat membanggakan bagi pihak sekolah. Selepas aktiviti mewarna, mereka terus pulang, ini kerana hari itu, hari jumaat , maka balik jam 12.30 tengah hari. Ada sesetengah murid yang dijemput oleh ibu-bapa mereka, dan ada yang menaiki van sekolah. Selesai bersalaman dengan guru-guru PPKI smk Rawang, kami meminta diri untuk pulang, perasaan yang ada ketika itu adalah seronok sekali, seperti ingin pergi lagi ke sekolah itu pada suatu hari nanti, insyaAllah. Pengalaman bersama dengan murid-murid keperluan khas pada hari itu sangat berguna untuk saya suatu hari nanti, dan saya rasa ia mungkin satu pengalaman yang manis, terima kasih kepada pensyarah kami, En Jamaluddin Bin haron kerana memberikan kami tugasan kumpulan ini. Selain itu terima kasih juga buat guru penyelaras PPKI smk Rawang Pn Marhaini Binti Dasiron kerana sudi memberikan maklumat-maklumat penting kepada kami. Tidak lupa juga untuk pengetua smk Rawang, Pn Hamidah Binti Husin kerana sudi menerima kunjungan dari pihak kami. Semoga jasa baik anda dibalas oleh Allah S.W.T. sekian...

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

http://srikandiperak.tripod.com/pendkhas.html Majalah sekolah SMK Rawang

http://ruhanaa115497.blogspot.com/2010/02/definisi-kanak-kanakbermasalah.html

http://www.ceritarasahati2.com/

Anda mungkin juga menyukai