Anda di halaman 1dari 26

KEMAHIRAN MENDENGAR

Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

OBJEKTIF
Mengenal pasti aras-aras komunikasi Memberi definisi mendengar secara aktif Mengetahui halangan-halangan kemahiran mendengar Memahami komunikasi dalam perhubungan menolong (memberi respond empati)

PENGENALAN
Mendengar merupakan aktiviti paling penting dan mempengaruhi fasa memahami dan mentafsir mesej dalam komunikasi. Wujud unsur-unsur yang mempengaruhi aspek semantik. Mendengar dalam proses komunikasi ialah mendengar dengan aktif.

KEMAHIRAN MENDENGAR
ARAS-ARAS KOMUNIKASI :
ARAS I FUNGSI Mengiktiraf kehadiran CONTOH Assalamualaikum Waalaikumsalam Apa khabar Baik Nak kemana? turun bandar sekejap Saya Syariff Nama saya Ghazali Tinggal di mana? Damansara Jaya Awak nampak kurang sihat Ya kah? Tindakan begitu tak baik Mengapa pula?

II III

Menukar maklumat Memberi pendapat

IV

Mengemukakan perasaan

Saya kecil hati bila Ramli buat begitu Saya pernah berasa kecil hati dengan awak dulu Saya kecil hati dengan awak

Aras III ( memberi pendapat) dan aras IV (mengemukakan perasaan) merupakan aras yang paling banyak ruang untuk salah faham. Kemahiran menyampai diperlukan untuk memberi maklumat dengan tepat Kemahiran mendengar diperlukan agar maklumat yang didengari ditafsirkan seperti yang dimaksudkan

HALANGAN-HALANGAN MENDENGAR
Keinginan menilai dan menghukum Ketandusan Idea Kaki tembak Lara Mendengar dengan telinga sahaja Buruk sangka / prasangka Pendengar Palsu Gagal banteras gangguan Sukar berkomunikasi

Mendengar dengan minat yang khusus


Kaki bangkang Mendengar secara cetek

MENDENGAR SECARA AKTIF


bermaksud seseorang berkeupayaan mendengar sambil menterjemah maksud dan mesej yang diterima dengan menimbangkan aspek-aspek lain seperti situasi, emosi penyampai mesej, bahasa badan dan berkeupayaan pula memahami mesej-mesej yang tersirat. Oleh itu, kita bukan hanya mendengar dan menunjukkan yang kita sedang mendengar (bahasa badan/anggota) tetapi juga katakata lisan yang mengemukakan apa yang telah kita fahami. Ini dinamakan parafrasa

MEMBERI SAMBUTAN
Dia tu kacaulah. Saya tak dapat buat kerja sebab ia asyik kacau saya Apa yang ingin disampaikan apa perasaannya? Sambutan tanpa lisan 1. Beri pandangan yang sesuai 2. Keadaan anggota yang menunjukkan minat

Awak marah sebab ia selalu mengganggu awak? Katakan kembali apa yang anda telah faham

Sambutan lisan

TEKNIK MENDENGAR SECARA BERKESAN


Bersedia untuk mendengar Dengar dengan penuh tumpuan Kawal emosi dan tingkah laku ketika mendengar Berfikiran positif terhadap maklumat yang disampaikan Dengar dengan mata dan hati Menangguh penilaian Dengar dengan sabar Dengar dengan penuh perhatian dan kritikal

Bersedia untuk mendengar


Pendengar harus bersedia mendengar dengan rasa ikhlas, jujur dan dengan penuh minat. Perlu berusaha memahami apa yang disampaikan oleh komunikator. Perlu bersedia secara mental, fizikal dan emosi.

Mendengar dengan tumpuan


Tabiat menyampuk merupakan tabiat yang buruk Budaya mengelamun menghilangkan daya tumpuan Biasakan diri mendengar sehingga komunikator selesai bercakap.

Kawal emosi dan tingkah laku


Emosi boleh menghalang seseorang mendengar secara aktif

Berfikiran positif tentang maklumat yang disampaikan


Menganggap sesuatu maklumat itu penting dan perlu diketahui untuk kehidupan. Sikap ini boleh meningkatkan minat mendengar dengan teliti.

Dengar dengan mata dan hati


Bermaksud mendengar untuk mendapatkan fakta tetapi mendengar melalui perasaan pengucap, mendengar dan memahami bahasa lisan serta bukan lisan Memerlukan pendengaran melalui mesej lisan terhadap komunikator. Melatih diri memerhati dan membaca komunikasi bukan lisan komunikator.

Menangguh penilaian
Ia disebabkan emosi negatif pendengar yang timbul daripada penilaian dan pertimbangan awal Penilaian awal berlaku setelah pendengar mendapat maklumat sekunder daripada komunikator berunsurkan negatif. Bagi mengelakkan penilaian awal negatif, kita seharusnya jangan tergesa-gesa membuat penghakiman terhadap komunikator.

Dengar dengan sabar


Mendengar dengan penuh budi bahasa, sabar dan tenang.

Hal ini penting bagi mewujudkan komunikasi dua hala dan penting.

Mendengar dengan penuh perhatian


Mendengar dengan sepenuh tumpuan dan berminat terhadap penerangan komunikator. Ini dapat mengelakkan komunikator berasa kecewa Terdapat beberapa cara mewujudkan komunikasi berkesan : Menganggukkan kepala, memandang komunikator, hubungan mata, mengeluarkan kata-kata seperti oh! dan membalas pertanyaan.

HALANGAN KOMUNIKASI
Kesilapan yang kerap berlaku dalam komunikasi interpersonal ialah kegagalan untuk mendengar. Apabila seseorang tidak mendengar, dia akan memberi respon dengan hujah-hujah yang menghalang komunikasi. Untuk mendengar dengan baik, kita perlu memahami keadaan orang yang sedang mengalami kesusahan itu.

JENIS-JENIS RESPON YANG MENGHALANG KOMUNIKASI

Menghukum (menyetujui atau membakang)


- mengkritik, melebel, mengkelas, menginterpretasi, menasihati, memberi syarahan

Memberi penyelesaian
Mengarah, mengancam, memberi syarahan, menyoal keterlaluan menasihati

Mengetepikan - Mengalih topik, memujuk, menyokong, menurut logik

CONTOH RESPON YANG MENGHALANG KOMUNIKASI


Saya rasa awak ni terlalu serious sangat dengan pembelajaran awaklah. Awak patut relak dan bersukaMengkritik dan suka juga Saya rasa macam nak gila. Tengoklah result saya semester ni, terok. Saya tungkus lumus belajar. Saya rasa setiap masa saya celik mata, tak ada masa nak relaks tapi tak berhasil juga.

memberi syarahan

Ini masalah time management sebenarnya, you tak pandai atur masa. Cuba cerita bagaimana you uruskan masa you Mengkritik dan

menyoal keterlaluan
Alah apa nak susahsusah. Marilah kita pergi shopping cuba hiburkan hati

Mengalih topik

RESPON EMPATI
Apabila berkomunikasi dalam perhubungan menolong, kita perlu memahami orang berkenaan, agar sambutan yang kita kemukakan menunjukkan yang kita memahami apa yang dikata dan apa yang sedang dia alami. Pendengaran empati berlaku apabila kita memahami orang itu dengan sepenuhnya dan secara mendalam, secara emosi dan intelek. Dalam memberi respon empati, kita mendengar dengan telinga, mata dan hati kita

4 PERINGKAT RESPON EMPATI


Meniru Kandungan Menyebut semula kandungan Menggunakan otak kanan dan mencerminkan perasaan Menyebut semula kandungan dan membalikkan perasaan

Contoh Empat Peringkat Pendengaran Empati


Dialog seorang anak dengan ayahnya: Ayah, saya dah bosan! Sekolah memang tak bergunalah! Meniru Kandungan Menyebut Semula Kandungan Menggunakan Otak kanan dan mencerminkan perasaan Menyebut semula kandungan dan membalikkan perasaan Kau dah bosan? Sekolah memang tak berguna? Kau tak mahu pergi ke sekolah lagi.

Kau rasa amat kecewa tentang sekolah.

Kau betul-betul dah kecewa tentang sekolah?

CONTOH RESPON EMPATI


Saya rasa macam nak gila. Tengoklah result saya semester ni, teruk. Saya tungkuslumus belajar. Saya rasa setiap masa saya celik mata, tak ada masa nak relaks tapi tak berhasil juga.

Awak hampa kerana walau macam mana awak berusaha pun, keputusan ujian awak masih tidak memuaskan.

KESIMPULAN
Mendengar

dengan baik/aktif akan mewujudkan komunikasi yang benar-benar berkesan Respon empati cara menang-menang bermaksud pendengar benar-benar mendengar dengan tujuan untuk memahami dan seterusnya betul-betul memahami masalah yang dikemukakan oleh seseorang itu. Untuk mencapai penyelesaian masalah secara menang-menang, kita memerlukan tahap timbang rasa dan keberanian yang amat tinggi serta keinginan secara jujur untuk cuba memahami dan difahami.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).