Anda di halaman 1dari 14

EAEC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari


EAEC atau East Asia Economic Caucus atau dahulunya dikenali sebagai EAEG atau East Asia Economic Group diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai satu forum untuk membincangkan masalah ekonomi bersama. Dengan mempunyai pendapat atau suara yang sama dalam dialog antarabangsa, diharap EAEC dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, memperkenal dan mempertahankan perdagangan bebas, memecut pertumbuhan ekonomi, memperkenalkan sifat kedaerahan terbuka (open regionalism) dan menyumbang kepada sistem perdagangan multilateral. Isi kandungan [sorokkan]

1 Sejarah 2 Anggota EAEC 3 Lihat juga 4 Pautan Luar

[sunting] Sejarah
Cadangan pembentukan kumpulan seperti ini diutarakan oleh Malaysia pada 1990. Hanya selepas 1995, ASEAN menerima konsep sebegini. Pada mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Bandar Seri Begawan, Brunei, ASEAN mengesahkan penglibatannya dalam EAEC. EAEC dilihat sebagai cabaran kepada APEC dan kehadiran Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Walaubagaimanapun ASEAN meneruskan usahanya untu menerangkan mengenai EAEC kepada China, Korea Selatan, dan Jepun melalui lawatan rasmi Setiausaha Agung ASEAN pada November 1993. Pada 25 Julai 1994, Menteri Luar ASEAN berbincang dengan China, Korea Selatan dan Jepun semasa makan tengah hari. Pada hari yang sama juga, Menteri Luar Korea Selatan telah mencadangkan pembentukan Kumpulan Wawasan Asia Timur (EAVG - East Asia Vision Group) dalam usaha membentuk komuniti Asia Timur. Pada Disember 1997, Malaysia mencadangkan pembentukan ASEAN + 3 sebagai alternatif kepada EAEC. Ini adalah kerana ASEAN + 3 lihat lebih memberikan kesan yang mendalam dalam proses pembentukan Komuniti Asia Timur.

[sunting] Anggota EAEC


EAEC dianggotai oleh negara negara di seluruh Asia Timur (utara dan selatan). Berikut merupakan anggota anggota EAEC:

Brunei Malaysia

Singapura Indonesia Thailand Kemboja Laos Vietnam Filipina Myanmar China Korea Selatan Jepun

Negara negara di Asia Timur yang tidak menyertai pakatan ekonomi ini ialah Timor Timur, Mongolia, dan Korea Utara. Hong Kong dan Taiwan tidak diterima sebagai anggota EAEC atas desakan China.

[sunting] Lihat juga

EAF

[sunting] Pautan Luar

Asia Week

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=EAEC&oldid=1997972"

KIB : 01/12/1999

ulu EAEG, EAEC, tetapi kini EAC


Oleh: GAMAL NASIR MOHD. ALI AKHIRNYA hasrat Malaysia untuk melihat sebuah forum khusus diwujudkan di kalangan negara-negara Asia Timur terlaksana juga apabila negara-negara rantau itu menerima penubuhan forum Kerjasama Asia Timur (EAC) semasa sidang kemuncak tidak rasmi ASEAN di Manila pada 27 dan 28 November lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, cita-cita Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk mewujudkan sebuah forum khusus bagi Asia Timur tercapai apabila EAC akan diterima pakai sebagai program dan aktiviti dalam ASEAN, yang turut melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. ''EAC telah memenuhi konsep Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG) dan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri sejak 1990 dulu. ''Dengan penerimaan EAC itu, maka tercapai sudah hasrat Malaysia untuk melihat diwujudkan forum khusus di kalangan negara-negara Asia Timur,'' jelasnya semasa dihubungi di ibu negara Filipina itu semasa sidang kemuncak berkenaan. Syed Hamid menghadiri sidang kemuncak tidak rasmi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Manila bagi pihak Dr. Mahathir, yang tidak dapat hadir kerana kempen pilihan raya umum, yang menyaksikan Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti dua pertiga. Selain Malaysia dan Filipina, ASEAN turut dianggotai oleh Brunei, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. Menteri Luar berkata, perbincangan semasa sidang kemuncak tersebut memperlihat tahap baru mengenai penubuhan sebuah forum khusus bagi negara-negara Asia Timur, yang dibantah oleh negara-negara Asia Pasifik seperti Amerika Syarikat (AS) dan Australia. ''Selepas konsep EAEG (1990) dan EAEC tidak menerima sambutan yang menggalakkan, Malaysia melalui sidang kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada 1997 telah memperkenal konsep ASEAN campur tiga (ASEAN + 3) - 10 negara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan. ''Pada hakikatnya, ASEAN + 3 itu adalah EAEG atau EAEC memandangkan keanggotaan forum tersebut sama dengan yang disarankan oleh Perdana Menteri di dalam EAEG dan EAEC,'' jelasnya. ''Dalam perbincangan dengan rakan-rakan dialog ASEAN itu, kita melihat ada perbincangan pada tahan baru di dalam konteks EAC pula,'' tambah beliau. Katanya, EAC akan diformalkan di dalam ASEAN menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar, Ekonomi dan Kewangan ASEAN, yang diadakan pada setiap tahun.

''Dengan penerimaan EAC itu, matlamat dan hasrat Dr. Mahathir akhirnya diterima oleh negara-negara Asia Timur. ''Seluruh rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan pencapaian ini,'' tegas beliau. Dan bagi mengukuhkan forum baru Asia Timur itu, negara-negara ASEAN berikrar untuk mempercepat proses pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), selain daripada memperluas kawasan tersebut agar ia meliputi seluruh rantau Asia Timur. Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA) dikatakan mampu menyaingi Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) atau pun Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) memandangkan ia mewakili dua perlima daripada penduduk dunia dengan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah kira-kira AS$7.75 trilion (RM29.45 trilion). Pada sidang kemuncak itu, kata Syed Hamid, ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan turut bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam bidang-bidang berkaitan kewangan dan perdagangan, termasuk mengkaji kemungkinan menggunakan mata wang bersama dan Dana Kewangan Asia Timur (EMF). Cadangan Malaysia - sekali lagi oleh Dr. Mahathir - agar ditubuhkan EMF bagi membantu negara-negara anggota yang mengalami krisis kewangan sudah pun menerima sambutan baik dari China. Seperti juga EAEG dan EAEC, Malaysia tidak begitu mempedulikan nama dana yang akan ditubuhkan itu kerana yang penting ialah ia untuk kepentingan 'harimau-harimau (naga-naga) Asia Timur yang cedera parah' akibat terkena serangan para penyangak spekulator. ''Apa sekali pun nama yang akan digunakan nanti, ia tidak penting. Seperti mana ASEAN + 3 atau EAC, pada hakikatnya, hasrat Malaysia untuk melihat satu forum khusus bagi Asia Timur sudah berjaya,'' tegas Syed Hamid. EAC dan EMF akan terus dilihat dengan penuh prasangka oleh negara-negara Pasifik lain, khususnya AS dan Australia, namun Asia Timur harus berani sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri China, Zhu Rongji di dalam sidang akhbarnya semasa melawat Malaysia baru-baru ini.

KELEMAHAN ASEAN & EAEC


Asean ditubuhkan pada 8.8.1967 sebagai organisasi serantau. Deklarasi Asean di Bangkok, thailand ditandatangi oleh thailand, Malaysia, Singapura, indonesia, filipina dan terbaru Brunai (1982) serta Vietnam(1992). Matlamat Penubuhan Asean: Mempecepatkan pertumbuhan eko, sosial dan budaya melalui kerjasama rapat. Menuju keamanan dan kestbulan selaras dengan prinsip PBB Bergabung dan bantu-membantu dari segi ekonomi, budaya, teknikal, saintifik dan bidang pentadbiran. Kerjasama dalam banetuk latihan dan kemudahan penyelidikan, pendidikan, profesional, teknikal dan pentadbiran. Meninggikan tahap perindistrian dan pertanian dan perdagangan serantau.

Galakkan kajian mengenai Asia Tenggara. Cari jalan mengekalkan kerjasama dengan organisasi lain, wilayah lain dan peringkat antarabangsa.

KERJASAMA EKONOMI ASEAN Dialog diadakan dengan kuas besar seperti Amerika, epun, Australia, Kanada, New Zealand, EEC dan Program Pembangunan PBB (UNDP). Tujuan dialog ialah : meluaskan pasaran banrangan eksport. menstabilkan harga komoditi dapatkan bantuan kewangan antarabangsa. Terdapat 10 JK ASEAN di luar negeri. Antaranya di Bonn, Brussel, Canberra, London dll.

Kelebihan Ekonomi Asean Luas Asean 3 juta kmp. 295 juta hektar dimajukan dengan pertanian. 95 % abaka dunia 85 % getah dunia 83% sawit dunia 67% timah dunia 60 % kuprum dunia Gula, kopi, balak tropika, buah tropika dll Pertumbuhan ekonomi mantap 5-7 % setahun.

Perbezaan ekonomi: Singapura -perdagangan dan perindustrian, pelabuhan tersibuk di dunia. Brunai -petroleum.Malaydia, Indonsia, Filipina, Thailand- pertanian dan eksport bahan mentah.

Bentuk-Bentuk Kerjasama: 1971- Asean Chambers Of Commerce And Industry (ASEAN-CCI) - kerjasama pihak swasta di negara Asean. 1969 Kewangan Bersama Asean - komitmen kewangan untuk menampung projek Asean.

1977 ASEAN Preferencial Trading Agreement (PTA)- kerjasam perdagangan. Kelemahan PTA ialah : lebih kepada persaingan daripada kerjasama. kepentingan nasional mengatasi kepentingan Asean.

Barangan yang kos tinggi tidak sanggup bersaing. Asean Industrian Project (AIP) ASEAN Industrial Complementation (AIC) ASEAN Industrial Joint Ventures( AIJV)

Ancaman Perdagangan Negara Barat: Dasar Perlindungan Ekonomi Amerika. Blok Perdagangan seperti EEC, NAFTA dan ANZCERTA.

Thailand rugi dalam perindustrian kain dan beras Amerika melepaskan Stok Penimbal Getah dan Bijih Timah hingga meruntuhkan perlombongan timah di Malaysia. Indonesia terpaksa menurunkan ekport petroleum. Jepun sipati ( PM Fukuda, Suzuki dan Nakasone) tetapi masih takut-takut dengan Amerika kerana banyak kepentingannya di sana. Negara-negara Asean bersaing sesama sendiri ntuk menarik pelabur. Kemudahan dan subsidi berlebihan kepada pelabur sehingga merugikan dalam jangka masa panjang.

EAEC
Idea Awal Sebelum EAEC 1966 Persidangan Peringkat Menteri Bagi Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara di Tokyo ada membincangan dieujudkan kerjasama ekonomi serantau. 1968 Persindangan Kesatuan Parlimen Asia mencadangkan Pusat Pembangunan Ekonomi Asia 1970 Korea Selatan mencadangkan Pasaran Bersama Asia. Mac 1988 Jepun mencadangkan Jaringan Ekonomi SeAsia.

Sebab Asean perlukan EAEC Banyaknya perlindungan perdagangan seperti GSP Munculnya Blok-blok Perdagangan baru. EEC akan melaksanakan pasaran tunggal pada 1992. NAFTA akan bergabung dengan Benua Amerika Selatan pula. Australia dan New Zealand melalui ANZCERTA. Kebuntuan Rundingan Pusingan Uruguay Asean belum cukup kuat bersaing dengan barat. Asean akan kuat jika bergabung dengan Jepun, China, Korea Selatan, Korea Utara, Taiwan dan Honh Kong. EAEC akan jadi kuasa tawar-menawar yang kuat. Terutama dengan adanya Jepun dan China. Sebagai alternatif jika GATT gagal.GATT ialah Perjanjian Am Mengenai Tariff dan Perdagangan.

Prinsip Penubuhan EAEC Tidak akan bercanggah dengan GATT. Malah mendokong GATT Tidak akan bercanggah dengan Kerjasama Asia Pasifik (APEC) Tidak membelakangi Asean malah memperkukuhkan Asean. Keahlian terbuka, tiada sekatan. Tidak diskriminasi. Galakkan perdagangan, tidak alihkan perdagangan. Meningkatkan pelaburan, perdagangan bebas dan adil.

Faedah EAEC kepada Asia Timur Memperkukuhkan Asean. Tenaga baru kepada Asean pada peringkat lebih tinggi. Elakkan kesan negatid\f perlindungan perdagangan. Pemangkin aliran perdagangan di negara-negara Asia Timur. Memperkukuhkan kuasa rundingan dengan pihak barat. Meningkatkan kerjasam Cari jalan kreatif bagi menangani ketidakadilan perdagangan dunia.

Memperkukuhkan penglibatan Jelun di rantau Asia Timur.

Amerika menentang EAEC kerana: Mungkin jadi blok perdagangan tertutup. EAEC semacam ditubuhkan untuk menentang Amerika. Usaha menetang garis pemisah di tengah-tengah rantau Pasifik. Bersifat perkauman Bersifat eksludif dan menyisihkan. Satu cubaan memusnahkan APEC.

Cara atasi Prasangka Amerika. Tukar EAEG kepada EAEC. Group kepada Caucus. ( Perundingan Ekonomi Asia Timur). Jepun masih ragu menyokong kerana tentangan keras dari Amerika. 06/12/2005

Evolusi Sidang Kemuncak Asia Timur

Oleh MD. NASRUDIN MD. AKHIR SIDANG Kemuncak Asia Timur (EAS) pertama akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10-14 Disember 2005. Ia akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin 16 buah negara terdiri daripada ASEAN+3 (iaitu 10 negara ASEAN bersama China, Jepun, Korea Selatan), serta India, Australia dan New Zealand. Akar umbi ke arah EAS yang dijangka mendorong kepada penubuhan Komuniti Asia Timur (EAC) bertitik tolak daripada beberapa perkembangan global yang signifikan sebelumnya apabila bentuk-bentuk regionalisme baru muncul selepas tamatnya Perang Dingin. Terdapat dua perkembangan yang boleh dijejaki sehingga membawa kepada EAS iaitu pertama, gagasan Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC) yang gagal direalisasikan tetapi menjadi permulaan usaha ke arah EAS manakala keduanya ASEAN+3 yang dibentuk kesan daripada krisis kewangan Asia 1997. Idea ke arah pembentukan EAEC (sebelumnya dicadangkan sebagai East Asia Economic Group atau EAEG) dikemukakan pertama kali oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 Disember 1990 semasa jamuan makan malam meraikan lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Peng ke Malaysia. Kemudiannya, persidangan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang bertemu di Kuala Lumpur bermula 7 dan 8 Oktober 1991 menerima EAEC sebagai satu gagasan ASEAN. Keahlian EAEC yang dicadangkan terdiri daripada enam negara ASEAN pada ketika itu, serta Jepun, China, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Vietnam. Matlamat utama cadangan penubuhan EAEC oleh Dr. Mahathir ialah sebagai persediaan negara-negara Asia Timur berhadapan dengan keghairahan sesetengah rantau yang cenderung ke arah pembentukan blok-blok ekonomi yang menyukarkan negara-negara rantau lain berdagang dengan blok berkenaan. Namun begitu gagasan EAEC tidak dapat direalisasikan kerana kecaman, tentangan dan campur tangan AS ke atas lima perkara termasuk EAEC dituduh menuju kepada pembentukan blok perdagangan tertutup selain dianggap usaha `membunuh' Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Jepun turut enggan mengetuai EAEC walaupun berkali-kali dipujuk Malaysia kerana tidak berani mengambil risiko ke atas hubungan perdagangan dan keselamatan Tokyo-Washington yang amat signifikan berbanding hubungan Jepun-ASEAN. Jepun sebaliknya mencadangkan supaya EAEC menerima kemasukan AS, Australia dan New Zealand. Kegagalan memperoleh komitmen di kalangan negara-negara Asia Timur serta bantahan Washington menyebabkan gagasan EAEC terkubur. Tidak kurang ramainya penganalisis hubungan antarabangsa yang mengakui bahawa, walaupun EAEC gagal direalisasikan, namun cetusan idea tersebut merupakan inisiatif awal ke arah pembentukan EAS. Kewujudan ASEAN+3 bertitik tolak daripada inisiatif ASEAN yang menjemput tiga buah negara di Asia Timur Laut iaitu China, Jepun dan Korea Selatan untuk terlibat dalam pertemuan di Kuala Lumpur pada Disember 1997 sebahagian besarnya bertujuan membincangkan langkah-langkah mengatasi kesan krisis kewangan Asia. Pertemuan yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN telah mewujudkan Sidang Kemuncak ASEAN+3 pertama secara formal ekoran daripada krisis kejatuhan nilai mata wang baht yang merudum pada Julai 1997. Kesediaan Jepun menyumbang sebanyak AS$80 bilion (RM296 bilion) melalui pakej bantuan Miyazawa Plan membantu Indonesia, Thailand, Filipina, Malaysia dan Korea Selatan yang terkena kesan krisis kewangan Asia menjadi asas kukuh bahawa Asia Timur perlu bergerak secara kolektif dalam menangani krisis yang dihadapi. Di bawah kerangka ASEAN+3 kemudiannya, Jepun semakin aktif memainkan peranan dalam Sidang Kemuncak ASEAN+3 sehingga pelbagai kerjasama dibentuk melibatkan komuniti Asia Timur. Sidang Kemuncak ASEAN+3 ketiga pada 1999 bersetuju dengan kenyataan bersama berhubung Kerjasama Asia Timur yang menjadi sinergi mempercepatkan EAS dianjurkan. Pada November 2000, persidangan pemimpin-pemimpin ASEAN+3 di Singapura telah bersetuju secara formal dengan ketetapan untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan EAS. Semasa Sidang Kemuncak ASEAN+3 keenam diadakan di Phnom Penh pada tahun 2002, kesemua pemimpin negara-negara Asia Timur bersetuju secara konsensus dengan idea penubuhan EAC. Di persidangan di Bali pada Oktober 2003, terdapat saranan kuat di kalangan negara-negara Asia Timur supaya peranan Sidang Kemuncak ASEAN+3 diperluaskan menjadi EAS. Penganalisis Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun pada Oktober 2003 menyatakan, ``ASEAN+3 akan berkembang secara beransur-ansur ke arah Sidang Kemuncak Asia Timur, yang akan membawa ke arah penubuhan Komuniti Asia Timur. Oleh itu negara-negara Asia Timur Laut wajar menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN+3 secara bergilir-gilir setiap tiga atau empat tahun sekali sebagai langkah sementara sehingga Sidang Kemuncak Asia Timur berjaya dianjurkan.'' Pada Disember 2003, Jepun menganjurkan sidang kemuncak bersama ASEAN sempena 30 tahun hubungan Jepun-ASEAN yang dianggap oleh sebilangan penganalisis di Jepun sebagai sokongan padu ke arah EAS. Pertemuan tersebut dianggap begitu signifikan disebabkan sidang kemuncak melibatkan ASEAN sebelum ini tidak pernah dianjurkan di luar ASEAN dan dianggap akan memberi ruang kepada China serta Korea Selatan untuk turut menganjurkan sidang kemuncak bersama ASEAN kemudiannya. EAS merupakan cabaran awal ke arah memperluaskan peranan dan skop ASEAN+3 yang kemudiannya merintis jalan ke arah penubuhan EAC. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran awal hubungan intra-Asia Timur yang perlu ditangani supaya perbincangan selanjutnya ke arah EAC tidak menemui kegagalan. Misalnya, walaupun Indonesia, Singapura dan Jepun bersetuju dengan EAS namun ketiga-tiga negara ingin memasukkan AS ke dalam kerangka EAS. Alasan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga negara ialah, pertama, dalam segala aspek melibatkan Asia Timur

seperti perdagangan, kewangan dan pelaburan; politik dan keselamatan; serta sosio dan budaya, peranan AS di rantau ini amat signifikan. Kedua, kebimbangan ketigatiga negara ke atas dinamisme ekonomi China yang dibimbangi akan memperluaskan hegemoni di Asia Timur. Manakala kepada Jepun, Perikatan Keselamatan Jepun-AS amat signifikan dalam mempertahankan keselamatan Jepun daripada ancaman dan kemungkinan serangan luar. Oleh itu, Jakarta, Singapura dan Tokyo berhujah bahawa Washington perlu dili-bat-kan dalam EAS, tambahan pula Australia, New Zealand dan India akan sama-sama terlibat dalam sidang kemuncak pertama pada Disember akan datang. EAS merupakan pernyataan visi hubungan politik dan kesepaduan ASEAN bersama China, Jepun dan Korea Selatan bagi mengenal pasti kepentingan bersama ke arah perundingan forum-forum multilateral di peringkat global seperti mana Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sehubungan itu EAS perlulah bertindak sebagai mekanisme yang mengintegrasikan negara-negara Asia Timur ke dalam komuniti Asia Timur yang akan menyumbang ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dan global. - DR. MD. NASRUDIN MD. AKHIR ialah Ketua Jabatan Pengajian Asia Timur di Universiti Malaya (UM).

Wednesday, July 12, 2006

AS dan masa depan komuniti Asia Timur

Kuala Lumpur telah pun mencatatkan episod penting dalam sejarah Asia Timur apabila menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pertama pertengahan Disember ini. Jalan menuju komuniti Asia Timur yang diimpikan ini masih dirintangi pelbagai cabaran, dan bagi sesetengah pihak, jalan ini tidak semestinya menerusi EAS. Pertemuan pertama ini, yang menyusuli Sidang Kemuncak Asean ke-11, menjadi titik permulaan penting dalam usaha ke arah mewujudkan bentuk kerjasama serantau di masa akan datang.

Kini, cabaran sebenar perlu ditangani dengan berkesan oleh negara-negara terbabit, iaitu mewujudkan rangka kerja kerjasama ini dan melaksanakannya. Asia sejak bermulanya pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menyaksikan wujudnya usaha ke arah penyatuan yang lebih bermakna, tetapi setakat ini belum lagi berlaku penyatuan yang dikehendaki itu, walaupun perdagangan di kalangan negara terbabit sentiasa meningkat. Kerjasama komuniti Asia Timur yang lebih rapat diharapkan daripada EAS (melibatkan 10 negara Asean, rakan Asean dalam Asean+ 3; China, Jepun dan Korea Selatan dan Australia, India dan New Zealand) pertama ini, terutama oleh Malaysia, walaupun setiap negara membayangkan hal yang berbeza. Tidak dapat dilelakkan lagi, Asia Timur melihat kepada Kesatuan Eropah (EU) sebagai contoh penyatuan ekonomi dan politik yang berjaya, walaupun politik masih terlalu awal untuk dibincangkan oleh negara-negara Asia. Oleh itu, blok ekonomi atau kawasan perdagangan bebas sudah tentu menjadi matlamat yang munasabah untuk dicapai. Dan keupayaan mengimbangi Amerika Syarikat dan EU pasti wujud di minda pemimpinpemimpin Asia. Idea penyatuan ekonomi jugalah sebenarnya yang menjadi isu utama semasa Mahathir Mohamad mengemukakan cadangan Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG) pada 1990 semasa beliau menjadi perdana menteri. Kepimpinan Malaysia - negara yang sentiasa mengutarakan "penyelesaian dialog" untuk semua hal - bagaimanapun cuba kelihatan sederhana dan tidak terlalu bercita-cita tinggi apabila menafikan usaha ke arah blok ekonomi melalui EAS. Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dalam lawatannya ke China awal September lalu menyatakan EAS tidak bertujuan untuk menjadi blok bagi menyaingi mana-mana pihak. Terbaru, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan di Busan, Korea Selatan bahawa EAS tidak akan menjadi pencetus kepada blok ekonomi dan tidak akan menyaingi pertubuhan seperti forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec). Tindakan ini mungkin mengambil pengajaran daripada usaha Mahathir mewujudkan blok ekonomi Asia Timur apabila menyuarakan penubuhan EAEG pada 1990, yang kemudian diubah kepada Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC) pada 1995. Cadangan ini ditentang hebat Amerika Syarikat yang tidak mahu mana-mana pihak mencabar dominasinya dalam sistem perdagangan global. Hala tuju yang kelihatan paling munasabah ialah kerjasama ekonomi serantau yang lebih berkesan, seperti yang dilaksanakan di seluruh dunia. Asia telah terlalu banyak talkshop dan sekiranya EAS juga bermatlamat mewujudkan sebuah lagi talkshop bagi pemimpin-pemimpin Asia Timur, tidak ada kepentingan untuk EAS dilangsungkan. Pihak yang tidak mahu Asia Timur muncul sebagai kuasa penting dalam perdagangan global sudah tentu ingin EAS - sekaligus kerjasama lebih rapat negara Asia Timur di masa akan datang - bertindak sebagai sebuah lagi forum dialog tanpa hasil yang konkrit. Trend perdagangan global hari ini menyaksikan penubuhan organisasi kerjasama ekonomi yang berkesan dalam menangani cabaran ekonomi global dan memastikan kepentingan bersama terpelihara. EU dan Mercosur di Amerika Latin menunjukkan kepentingan pengukuhan

kerjasama ekonomi serantau. EU telah menunjukkan keberkesanannya apabila memasuki perdagangan global dengan satu suara. Negara-negara terlibat bagaimanapun masih berbelah-bagi, terutama melibatkan negara mana yang dirasakan perlu dilibatkan dalam proses ke arah komuniti Asia Timur masa depan. EAS pertama di Kuala Lumpur akan memulakan proses pembentukan kerjasama Asia Timur masa depan, tetapi negara-negara terlibat perlu mencapai kesepakatan untuk kerjasama tersebut. Kekuatan EAS masih belum dapat dipastikan, kerana negara-negara Asean tidak bersatu dalam hal melibatkan EAS, walaupun Abdullah menyatakan di Sidang Kemuncak Asean di Vientiane, Laos, tahun lalu, kelahiran EAS ialah berdasarkan konsensus Asean. Singapura, negara sekutu kuat Amerika di rantau ini sentiasa konsisten mahu Amerika turut serta dalam menentukan masa depan Asia Timur. Eric Teo, setiausaha majlis Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura dalam satu tulisannya di akhbar Singapura The Straits Times menyatakan "persoalan peranan Amerika dalam EAS menjadi penentu kejayaan atau kegagalan EAS" sebelum kelahirannya lagi. Jelasnya, Asean dan Asean + 3 boleh terbahagi kepada dua kumpulan dalam menangani isu ini. Singapura berpendirian EAS perlu inklusif dan melibatkan Amerika. Peranan Amerika itu dapat dilihat melalui konflik Beijing-Tokyo yang semakin hangat kebelakangan ini. China dengan jelas mempamerkan cita-cita dan memperlihatkan percaturan kuasanya. Jepun memberi reaksi dengan merapatkan diri dengan Amerika dan dalam tindakan simbolik dan provokatif, Perdana Menteri Jepun Juinichiro Koizumi melawat tugu Yasukuni, yang dilihat sebagai simbol kekejaman silam Jepun. China juga telah pun memperlihatkan keinginan memandu Asia Timur dan menjadi kuasa dominan menentukan bentuk komuniti rantau ini di masa depan. Terbaru, lapor akhbar Jepun Daily Yomiuri, China menentang usaha menggunakan EAS sebagai asas komuniti Asia Timur kerana mendakwa jumlah negara yang besar menyukarkan integrasi. Beijing mahu masa depan komuniti Asia Timur ditentukan melalui Asean + 3. Usaha China ini dengan nyata sekali memperlihatkan keinginannya mendominasi hala tuju Asia Timur. Menurut laporan akhbar itu, China berpandangan bahawa semakin banyak negara terlibat dalam proses pembentukan komuniti Asia Timur masa depan, semakin sukar kesepakatan diperolehi. Ini mudah difahami kerana dua lagi negara dalam Asean + 3, Jepun dan Korea Selatan cenderung kepada Amerika. Dalam EAS, jumlah negara yang dilihat umum sebagai pro-Barat bertambah dengan penyertaan Australia dan New Zealand. Walaupun negara-negara seperti Jepun, Australia dan New Zealand dilihat sebagai menyebelahi Amerika - terutama Australia dan Jepun dalam tindakan ketenteraan Amerika dan "perang menentang terorisme" - kehadiran negara tersebut juga penting untuk mengimbangi kuasa China. Perebutan peranan kuasa dominan ini mungkin menjadi satu ciri penting yang mencorakkan EAS dan sebarang usaha mewujudkan kerjasama komuniti Asia Timur. Ini juga boleh menguntungkan negara-negara Asean kerana tidak berkiblatkan satu pihak sahaja. Dan tindakan tidak melibatkan negara-negara tersebut juga mungkin mengundang tentangan kuat dari Barat, sepertimana berlaku semasa usaha menubuhkan EAEC. Roger Cohen, kolumnis International Herald Tribune dalam tulisannya baru-baru ini memetik menteri

luar Singapura, George Yeo sebagai menyifatkan penyertaan Australia dan New Zealand penting kerana Singapura "tidak mahu melihat sebuah organisasi terhad kepada Asia sahaja dan mengenepikan orang kulit putih." Yeo juga dilaporkan sebagai berkata Amerika akan dan mesti kekal sebagai sebuah kuasa Asia. Pengaruh China - yang lebih daripada sekadar berkaitan kepesatan ekonominya - memang dirasakan di Asia, menjelaskan kepentingan negara pesat membangun itu. Negara itu bersama Rusia menguasai negara-negara jirannya di Asia Tengah melalui Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan jelas sekali ingin memperluaskan lagi ruang pengaruhnya. Menurut Cohen dalam tulisannya itu, "Pengaruh China telah jauh melangkaui perdagangan, diperkukuhkan lagi dengan peningkatan pakatan di rantau itu sementara perhatian Amerika tertumpu pada perang menentang keganasan. Perbincangan-perbincangan sidang kemuncak juga merupakan tanda pengukuhan pengaruh China secara senyap-senyap." Tanda-tanda pengaruh China telah pun dilihat melalui tindakannya cuba menolak negara selain Asean + 3 daripada terlibat dalam mencorakkan komuniti Asia Timur masa depan, tindakan yang mampu menjejaskan EAS. Di Amerika, sentiasa ada dua kelompok berbeza pandangan terhadap China: satu dikenali "panda huggers," kelompok yang ingin berbaik dengan negara kuasa Asia itu, dan "dragon slayers" iaitu kumpulan yang melihat China dengan penuh curiga, seperti juga dua kelompok dasar luar Amerika yang masing-masing menyokong dasar penglibatan konstruktif dan pembendungan. Bagaimanapun, Washington berhati-hati dalam "menangani kebangkitan China," kerana walaupun dilihat mengancam hegemoni Amerika, China juga rakan dagang penting Amerika. Walaupun retorik anti-China sering kedengaran dari Amerika, terutama dari kelompok sayap kanan, Amerika masih berpegang pada dasar satu China. Antara cara digunakan untuk menekan China ialah mengukuhkan pengaruhnya di negaranegara sekitar China; Jepun, Taiwan dan Korea Selatan. Setiap tindakan China, terutama pemodenan angkatan tenteranya, dilihat dengan penuh sinikal oleh kerajaan Amerika hari ini, walaupun dalam lawatan George W Bush ke China baru-baru ini, tekanan ke atas Beijing dilakukan dengan sangat berdiplomasi. Terbaru, lapor akhbar Taipei Times baru-baru ini, pemerhati keselamatan selat Taiwan mendakwa wujud kemungkinan perang tercetus ekoran perlumbaan mendapatkan sumber tenaga melibatkan China dan Jepun. Walaupun kemungkinan seperti itu sering diperbesarkan, China jelas sekali sedang agresif mendapatkan pegangan ke atas sumber minyak, bagi memastikan keselamatan bekalannya. Sumber minyak merupakan elemen penting dalam mengukuhkan kedudukan China di Asia Timur dan sebagai negara perdagangan penting kepada dunia. Dari sudut ini, China lebih bebas berbanding Jepun, yang sejumlah besar bekalan minyaknya diperolehi dari Timur Tengah. Pergantungan ini meletakkan Jepun di posisi lebih sukar. China melalui hubungan baiknya dengan negaranegara Asia Tengah berjaya meningkatkan kedudukannya sebagai antara pelabur utama industri minyak dan gas rantau itu. Menyedari pengaruh luasnya, China mengidamkan agenda lebih luas untuk Asia Timur, termasuk mata wang Asia Timur berdasarkan yuan, penyatuan mata wang yang sekiranya

dilaksanakan, akan menyaingi dolar, euro dan yen serta mengukuhkan lagi pengaruh China di Asia Timur. Sekiranya ini berlaku, cengkaman China di Asia Timur tidak akan dapat disaingi. Kemungkinan ini pasti akan mengundang reaksi lebih agresif Jepun dan Amerika. Demi kepentingan negara-negara Asia Timur, mana-mana negara kuasa besar tidak boleh dibenarkan memandu agenda Asia Timur tanpa diimbangi suara-suara negara lain yang memiliki pelbagai kepentingan. Mengimbangi kuasa Amerika dan EU dengan hadir sebagai satu suara dalam perdagangan antarabangsa tidak semestinya bermakna mesti bernaung di bawah hegemoni mana-mana negara kuasa besar. China bagaimanapun pasti akan berpengaruh dalam komuniti Asia Timur yang bakal wujud, kerana pengaruhnya dan paling utama, pasarannya yang besar tidak memungkinkan projek Asia Timur berjalan tanpa peranan instrumental negara itu. Projek Asia Timur ini sangat menarik bagi pihak luar. Masa depan komuniti Asia Timur ini tidak mampu untuk diabaikan mana-mana pihak. Negara-negara terlibat tidak mungkin mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan tidak turut serta dalam usaha menentukan hala tuju Asia Timur, rantau paling pesat membangun di dunia. Kerana ini, negara-negara seperti Australia dan New Zealand yang dalam banyak hal merasakan diri mereka lebih Eropah daripada Asia perlu bertindak sebagai sebahagian daripada Asia, kerana hanya dengan berperanan sebagai sebahagian Asia mereka akan lebih bersedia diterima menyumbang dan mengambil manfaat daripada projek ini. Kerana prospek inilah, beberapa negara, termasuk Rusia dan Pakistan berminat untuk menyertai EAS. Berbanding Jepun awal 1990-an dahulu, China kini berada di posisi terbaik untuk mendepani usaha ke arah penubuhan blok ekonomi Asia Timur. Mahathir, ketika dalam usaha merealisasikan EAEG cuba mendapatkan sokongan dan kepimpinan Jepun, negara maju paling berpengaruh di Asia Timur ketika itu. Asean ketika itu juga dilihat sebagai negara blok yen. Hari ini, posisi China tidak pernah dialami mana-mana negara Asia sebelum ini. China lebih yakin dan memang menyimpan hasrat untuk memainkan peranan kepimpinan di Asia Timur, dan Beijing kini dilaporkan melobi untuk menjadi tuan rumah EAS kedua nanti. China juga kelihatan mengambil kesempatan daripada kemerosotan kedudukan Amerika hari ini. Di forum Apec di Korea Selatan baru-baru ini, jelas tumpuan Amerika ialah isu politik, iaitu perang menentang keganasan, tindakan memperlihatkan usaha pentadbiran Bush mengukuhkan kembali sokongan kepada agenda perangnya. Ketika fokus Amerika tertumpu kepada agenda politiknya, China mengambil peluang yang muncul dengan mengukuhkan peranannya di Asia Timur. Bagaimanapun, usaha ini masih lagi di peringkat retorik dan simbolik. Sentimen mengimbangi hegemoni Amerika semata-mata tidak akan membawa ke mana-mana sekiranya tidak disertai kesungguhan negara terbabit. Bentuk kerjasama masa depan itu juga perlulah jelas agar tidak menjadi sebuah lagi forum dialog yang tidak mencapai sebarang agenda konkrit. Asia Timur perlu menyedari kuasanya sebagai sebuah rantau pesat membangun dan kuasa perdagangan dunia. Dalam menangani permainan kuasa dalam pembentukan komuniti Asia Timur ini, Asean perlu berperanan lebih besar dan menjadi pemandu agenda ini, kerana kelahiran EAS dan agenda blok ekonomi ini juga lahir daripada Asean. Mahathir pada 1990 telah mencadangkan EAEG,

kali pertama idea penyatuan Asia Timur muncul dengan jelas. Kemudian, di Sidang Kemuncak Asean ke-5 di Bangkok, Thailand. Tiga negara rakan dialog Asean, China, Jepun dan Korea Selatan yang terlibat dalam EAEC terus bersama Asean dalam penubuhan Asean + 3 pada 1997. Asean + 3 ditubuhkan berikutan krisis kewangan yang melanda rantau Asia Timur pada 1997, sebagai langkah sementara untuk meneruskan kerjasama. EAS merupakan lanjutan daripada kerjasama Asean + 3. Oleh kerana itu, peranan Asean sebagai penyatu telah terbukti melalui sejarah. Asean, walaupun tidak sehaluan dalam banyak perkara, masih boleh dan perlu terus berperanan sebagai penyatu. Tetapi, untuk Asean memainkan peranan penyatu dan penggerak ini, ia perlu muncul sebagai sebuah pertubuhan serantau yang kohesif. Pengukuhan Asean juga perlu menjadi agenda utama dalam memasuki era pembentukan kerjasama ekonomi serantau. Selama ini, Asean tidak kelihatan mampu untuk membawa sebarang perubahan bermakna untuk rantau ini. Pencabulan hak asasi bebas dilakukan pemimpin-pemimpin negara ahli sambil dasar tidak campurtangan terus dipatuhi. Setakat ini, bentuk komuniti Asia Timur yang diimpikan - termasuk kriteria keahlian - di masa akan datang masih di peringkat awal perbincangan. Perisytiharan bersama dan langkah menuju perlaksanaannya akan menunjukkan kesungguhan Asia Timur untuk bersatu memelihara kepentingan bersama menghadapi cabaran politik dan perdagangan global. - 29 November, 2005