Anda di halaman 1dari 30

PPISMP Matematik 2011

Isi Kandungan

Tajuk

Muka Surat

Profil Pelajar

Penghargaan..

Sejarah Bola Baling..

Peraturan dan Undang-undang..

Kemahiran Asas Bola Baling..

20 27

Refleksi..

Bibliografi

28

Lampiran.

29

Gerko Bola Baling

PPISMP Matematik 2011

Profil pelajar

Nama Tarikh Lahir IC No. 7273 Alamat

: Aeron Lamiri : September 10, 1992 : 92091012-12-

: Kg. Takutan, P.O.BOX 264,

89308 Ranau, Sabah. Bangsa Jantina Unit Telefon Motto


Gerko Bola Baling

: Dusun : Male : PPISMP Mathematics Jun 2010 Intake : 019-8961379 : Take Damage to Manage
2

PPISMP Matematik 2011

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana telah memberkati dan memimpin serta memberikan saya semangat dan tenaga yang mencukupi sepanjang menjalankan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya kerana banyak memberikan dorongan, semangat dan juga galakan dari segi keperluan kewangan, motivasi dan sebagainya. Tidak lupa juga kepada guru-guru penasihat Gerko bola baling yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan juga bimbingan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Dengan tunjuk ajar daripada mereka, tugasan ini boleh dilaksanakan dan dilengkapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung telah membantu saya melengkapkan tugasan ini terutamanya rakan rakan sekelas saya.

Gerko Bola Baling

PPISMP Matematik 2011

Sejarah Bola Baling

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai urania pada Zaman Kerajaan Greek, harpaston pada Zaman Kerajaan Rom dan fangballspiel pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yangmirip dengan permainan bola baling yang dipanggil haandbold berasal dari Denmark, hazena berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan torball berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini. Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bolayang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakanrakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark. Hazena Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saizgelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x2.4m) dan masa
Gerko Bola Baling 4

PPISMP Matematik 2011


permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola balingmoden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasanyang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yanghanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.

Torball Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanyadi Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungandi kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainanini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiapnegara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya diperingkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturanpertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.

Bola Baling Padang Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan dikawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saizgol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demisedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkatantarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapatmempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkatdunia, dan sukan menyediakan Olimpik. program bagi membolehkan sukan ini

dipertandingkandi

Justeru

itu, International Amateur

Handball

Federation(IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempohmasa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan disukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakankuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakansatu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark padatahun 1946 di mana satu
Gerko Bola Baling 5

PPISMP Matematik 2011


arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud.Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini,saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagimembolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undangundang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.

Gerko Bola Baling

PPISMP Matematik 2011

Sejarah Bola Baling di Malaysia Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

Gerko Bola Baling

PPISMP Matematik 2011


Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.

Gerko Bola Baling

PPISMP Matematik 2011

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Gelanggang Permainan Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol. Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di belakang garisan gol. Tiang gol diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperoleh. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi. (Rujuk rajah 1)

Gerko Bola Baling

PPISMP Matematik 2011

Rajah 1 Ukuran Tiang Gol

Pandangan depan tiang gol

Gerko Bola Baling

10

PPISMP Matematik 2011

Pandangan sisi tiang gol

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat a. Masa Permainan Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi.
Gerko Bola Baling 11

PPISMP Matematik 2011


Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang. b. Isyarat Akhir Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia harus ditentukan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibaling masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa yang wujud c. Memberhentikan perlawanan (t i m e - o u t ) Pemberhentian masa sementara (time-out ) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti: seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang. diminta oleh pasukan yang bermain. melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan.

Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-out ) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan
Gerko Bola Baling 12

PPISMP Matematik 2011


mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.

Isyarat time-out

Bola Perlawanan

Bola

yang

digunakan

diperbuat

daripada

kulit

atau

bahan

sintetik

dan

mestilah berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi kesan silau atau mempunyai permukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan
Gerko Bola Baling 13

PPISMP Matematik 2011


bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.

Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan a. Pasukan Setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini. b. Pertukaran Pemain Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara time-out Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda.
Gerko Bola Baling 14

PPISMP Matematik 2011

c. Peralatan Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang berbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan permainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci. Penjaga Gol Seorang penjaga gol dibenarkan: menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa

menjaga gol di dalam kawasan gol. bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan

sekiranya dia bermain di luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain. Penjaga gol tidak dibenarkan: melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan. menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain.

Gerko Bola Baling

15

PPISMP Matematik 2011


menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau y a n g b e r g o l e k di luar kawasan gol. mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol. menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak k e l u a r d a r i kawasan gol.

Kawasan Gol Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau

memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol. Contoh situasi yang sering berlaku ialah: pemain tersebu t memasuki kawasan tersebut bersama bola pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di

bawah keadaan yang memanfaatkan pemain tersebut.

Gerko Bola Baling

16

PPISMP Matematik 2011


Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan(defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan golhendak dilakukan oleh pihak lawan. Syarat-Syarat Permainan Pemain dibenarkan: membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau

m e m u k u l b o l a dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha. memegang bola tidak melebihi tiga saat. membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah. apabila berdiri atau berlari: o melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan o melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan o kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan o menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan o kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain. bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai,

c o n t o h n y a k e t i k a hendak melakukan hantaran. Pemain tidak dibenarkan: menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki. menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai. meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika d i d a l a m gelanggang.

Balingan Penjaga Gol Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila: kawasan gol dimasuki pemain lawan
Gerko Bola Baling 17

PPISMP Matematik 2011


bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol. pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.

Balingan Percuma

Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku. Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah. Balingan 7 meter diberi apabila:
Gerko Bola Baling 18

PPISMP Matematik 2011


sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol

dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola. seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol.

Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.

Balingan Pengadil Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika: kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak apabila bola menyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan. tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan. Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan.

Gerko Bola Baling

19

PPISMP Matematik 2011


Hukuman Permainan (a)Amaran / Kad Kuning kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan (b)Hukuman / Gantung Dua Minit tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan penggantian pemain yang tidak sah perlanggaran peraturan permainan kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan (c)Pembatalan / Pemberhentian Pemain melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan berbahaya mengugut pemain di luar gelanggang pemain kekasaran hingga mencederakan pihak lawan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan penyertaan

Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

Gerko Bola Baling

20

PPISMP Matematik 2011

Hantaran

Menjaga gol

Menangkap

Kemahiran Asas
Menjaring Mengelecek

Menghadang

Menghantar

a) Hantaran Aras Bahu


Gerko Bola Baling 21

PPISMP Matematik 2011


o Bola diletakkan di tapak tangan untuk membuat hantaran o Tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang o Tangan dibengkokkan ke siku o Salah satu kaki diletakkan ke hadapan o Tangan yang tidak memegang bola dilintangkan manakala bahu direndahkan sedikit semasa melakukan hantaran

b) Hantaran Aras Kepala o Hampir sama dengan hantaran aras bahu o Hantaran dilakukan dengan melepasi kepala pemain yang membuat hantaran o Hantaran ini sesuai untuk menghantar bola yang jauh dan tinggi kepada rakan c) Hantaran Sisi o Hantaran untuk menghantar bola merentasi padang atau gelanggang o Hampir sama dengan hantaran lintang atau hantaran melepasi badan o Sesuai untuk hantaran pendek yang pantas o Selepas menangkap bola, pemain memegang bola pada kedua-dua belah tangan lalu dibawa mengelilingi badan pada aras pinggang d) Hantaran Lantun o Digunakan dalam situasi tertentu o Hantaran boleh dilakukan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan e) Hantaran Aras Dada o Hantaran jenis ini jarang digunakan o Biasanya digunakan untuk membuat lontaran pendek dan pantas

Menangkap

a) Kedudukan tangan semasa menangkap bola:


Gerko Bola Baling 22

PPISMP Matematik 2011


Tangan dihulurkan ke arah datangnya bola Kembangkan bukaan semua jari Semasa bersentuhan dengan bola, cengkam bola dengan semua jari

b) Menangkap Bola Rendah Satu kaki sedikit ke hadapan dan satu lagi ke belakang Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan Bengkokkan badan ke hadapan dan rendahkan badan mengikut kesesuaian Bawa bola ke dada selepas menangkapnya

c) Menangkap Bola Pada Aras Dada


Melangkah ke arah datangnya bola Satu kaki di hadapan dan satu kaki lagi di belakang Hulurkan kedua-dua belah tangan ke arah datangnya bola Terima bola dan bawa bola ke dada

d) Menangkap Bola Tinggi Hulurkan kedua-dua belah tangan ke atas Kedua-dua tapak tangan di belakang bola semasa sentuhan Bawa bola turun ke hadapan dada selepas menangkapnya Semasa mendarat kedua-dua lutut dibengkokkan untuk menyerap daya jatuhan badan

Menggelecek

Cara perlakuan :
Gerko Bola Baling 23

PPISMP Matematik 2011


Rendahkan badan Sentuh bola pada bahagian atasnya Kedudukan jari terbuka Gunakan jari dan aksi pergelangan tangan, bukan tapak tangan untuk menolak/menekan bola ke bawah Tinggi lantunan antara paras lutut dan pinggang Membelakangi pihak lawan semasa melantun untuk melindungi bola

Menghadang

a) Menghadang dari Jarak Dekat Posisikan badan di hadapan pemain lawan Kedua-dua lutut dibengkokkan - Bersedia melompat atau ke kiri/kanan Tangan dibuka luas Memerhati pergerakan bola serta pergerakan pemain lawan di belakang Gunakan cara hadangan ini apabila pemain lawan berada dalam keadaan yang baik untuk menerima hantaran b) Menghadang Dari Jarak yang Jauh Kaki dibuka luas begitu juga dengan kedua-dua belah tangan Posisikan badan di hadapan pemain lawan Memerhati pergerakan bola serta pergerakan pemain lawan di belakang Gunakan cara hadangan ini apabila pemain lawan berada dalam jarak yang jauh untuk menerima hantaran daripada pemain lawan yang memiliki bola c) Melindungi Rakan Berdiri di sisi pemain lawan Apabila rakan mengelecek bola ke arah gol lawan, bergerak ke hadapan lawan Kaki dibuka luas Objektif perlakuan o memberi laluan mudah kepada rakan yang sedang mengawal bola
Gerko Bola Baling 24

PPISMP Matematik 2011


d) Membuat Benteng Pertahanan Kaki dibuka seluas bahu Badan tegak Tangan dibuka luas ke atas Berdiri rapat antara satu sama lain Benteng dibuat di luar kawasan D Bersedia beralih mengikut pergerakan bola Kekalkan kedudukan badan sehingga bahaya jaringan oleh pihak lawan sudah lepas Menjaring

a) Jaringan Bahu Bergerak ke aral gol dan bola di hadapan badan, paras antara abdomen dan bahu Tangan yang membawa bola dibawa ke belakang siku bengkok Hayunkan tangan ke hadapan dalam aksi membaling bola. Baling bola seberapa kuat yang boleh ke arah gol Badan dan tangan pelaku ikut lajak setelah bola dilepaskan

b) Jaringan Lompat Bersedia di luar garisan gol Ambil tiga langkah ke arah gol Lompat seberapa tinggi yang boleh Semasa di kemuncak lompatan, baling bola sekuat yang boleh ke arah gol Ikut lajak dan mendarat

c) Jaringan Menjunam Bersedia di luar kawasan gol Bergerak secara pantas dan agresif ke arah gol dan elak daripada dihalang
25

Gerko Bola Baling

PPISMP Matematik 2011


Melonjak untuk melemparkan diri (secara terjunam) Bola dilepaskan semasa di udara, iaitu sebelum badan menyentuh kawasan gol Mendarat dan lembutkan pendaratan dengan tangan

d) Jaringan Rendah/ Bawah Lengan Bersedia dengan kaki dibuka luas Bola dibawa jauh ke belakang (tangan kanan) siku dibengkokkan Bahu kiri menghadap ke arah gol Kilaskan badan dan hayunkan tangan kanan ke hadapan untuk menjaringkan gol Baling dengan seberapa kuat yang boleh dan ikut lajak dengan tangan balingan

Menjaga Gol

a) Menangkap Bola Merendahkan atau meninggikan bola mengikut ketinggian bola Teknik tangkapan sama seperti menerima hantaran, iaitu hulurkan kedua-dua belah tangan ke arah datangnya bola Kedua-dua tapak tangan di belakang dan sisi bola Lembutkan tangkapan dengan membengkokkan siku dan membawa bola ke dada b) Menahan Bola Gunakan mana-mana bahagian tangan atau kaki (yang terdekat atau sempat digunakan) untuk menahan bola c) Menampan/Memaha Bergerak ke arah datangnya bola Sesuai untuk digunakan menahan balingan jaringan paras antara lutut dan pinggang

Gerko Bola Baling

26

PPISMP Matematik 2011


d) Menolak/Menepis Bola Gunakan tapak tangan untuk menolak/menepis bola ke atas palang gol atau ke kiri/kanan tiang gol

Refleksi Saya Berasa amat bersyukur kerana dapat melengkapkan kerja kursus pendek bola baling ini. Saya telah mendapat banyak faedah sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini.
Gerko Bola Baling 27

PPISMP Matematik 2011


Antaranya ialah, kemahiran berkomunikasi saya telah menjadi semakin baik memandangkan kerja kursus ini memerlukan kolaborasi yang banyak. Sepanjang melaksanakan tugas ini, saya juga mengetahui banyak lagi info tentang permainan bola baling yang sememangnya tidak diajar sewaktu kuliah ataupun sewaktu bermain di padang. Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat dalam kerja kursus pendek ini. Setiap semester, kerja kursus bagi Gerko permainan dibuat dalam kumpulan. Oleh sebab kerja ini dibuat secara individu, kerja ini menjadi lebih sukar. Selain itu, saya juga kekurangan sumber memandangkan buku-buku di perpustakaan IPG Kampus Kent adalah buku-buku yang bukan terbaharu. Ini menyebabkan sumber dari internet dan juga buku menjadi berlainan kerana terdapat banyak perubahan yang telah dilakukan dalam peraturan permainan bola baling. Sebagai kesimpulan, saya berharap supaya kerja kursus yang serupa ini dapat saya laksanakan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang. Saya juga berharap agar dapat menguasai permainan bola baling agar dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari sepanjang kursus ini.

Rujukan
Bola Baling dan Bola Keranjang, by P. Sundaralingam Amran Lee Abdullah. Petaling Jaya: Sutrapadu (M) Sdn. Bhd, 2007.

Gerko Bola Baling

28

PPISMP Matematik 2011


Buku Panduan Kokurikulum. n.d. pkq.upsi.edu.my/v2/images/buku_panduan.pdf (accessed September 4, 2011). "Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani." In Drill Bola Baling, by Syihabuddin Ismail, Tuan Kamarudin Tuan Sulaiman, Robiah Shuib Mohd. Sofian Omar Fauzee. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd, 2006. Sejarah Bola Baling. n.d. http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/sejarah-bola-baling/ (accessed September 4, 2011).

Gerko Bola Baling

29

PPISMP Matematik 2011

Lampiran

Gerko Bola Baling

30

Anda mungkin juga menyukai