Anda di halaman 1dari 12

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kini dunia memasuki alaf baru yang diiringi oleh kepesatan arus globalisasi.

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya. Ada juga yang menyatakannya sebagai dunia tanpa sempadan. Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini di bawah satu unit yang sama dan seragam di mana semua negara dunia ini menggunapakai satu undang-undang globalisasi yang sama. Ia adalah satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, kesannya dunia tidak lagi mempunyai sempadan sebagaimana yang terpapar dalam peta dunia bahkan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini secara positifnya membolehkan perhubungan di antara negara dan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat tanpa melibatkan perbelanjaan yang banyak. Proses pengaliran global pelbagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan adalah objek fizikal atau bukan fizikal dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat saling berkait, saling bergantung dan kompleks sifatnya. Oleh sebab, dunia Barat mempolopori globalisasi dan menguasai maklumat dunia tentunya globalisasi dunia lebih berpihak kepada mereka. Negara barat sentiasa menyebarkan pegangan dan fahaman mereka dalam apa jua bidang. Bagi mereka kuasa mereka dapat menyerap ke dalam diri masyarakat tanpa adanya pengecualian. Sebagai sebuah negara kerdil, yang mempunyai sistem ekonomi terbuka dan negara yang sedang membangun kita terpaksa mengharungi dan memahami segala isu dengan kritikal dalam segenap aspek implikasi, cabaran dan trend globalisai ala barat

yang semakin pantas menyelinap ke dalam sturktur masyarakat dan negara seluruh dunia secara langsung memberi kesan kepada kualiti hidup. Fenomena ini adalah suatu realiti yang perlu diperakui. Globalisasi telah mengubah tatacara perniagaan dan pelaburan serta meningkatkan persaingan untuk mendapatkan pasaran dan dana pelaburan. Abad ke 21 bukan sahaja menjanjikan peluang yang lebih banyak, kepada semua negara untuk turut sama menjalankan perdagangan tetapi juga menimbulkan cabaran yang belum pasti dapat di atasi. Liberalisasi dan globalisasi walaupun menjanjikan peluang kepada para usahawan namun ia juga menuntut kepada perubahan yang drastik bagi memastikan mereka dapat bersaing dalam pasaran ekonomi global. Globalisasi membawa perubahan kepada ekonomi malah kepada teknologi dan budaya kepada sesebuah negara. Era globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih ketara dalam bidang teknologi. Menurut laporan (The Economist Footloose Firms March 2004) menunjukkan bahawa syarikat tempatan lebih terdedah dengan kuasa persaingan daripada kemasukan syarikat-syarikat global yang kuat ke pasaran tempatan. Kemuncak persaingan perdagangan akan terus berlanjutan. Rentetan perkembangan teknologi menggalakkan perubahan kebudayaan yang mengubah cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada masa kini banyak pihak yang membincangkan isu globalisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi kualiti hidup. (Henderson 2006) Globalisasi membawa kedua-dua berita iaitu baik dan buruk. Globalisasi membawa peningkatan perdagangan, pertumbuhan ekonomi dan membawa kemakmuran serta demokrasi, namun ganjaran ini tidak dapat dibahagikan sama rata, situasi ini menjelaskan bahawa sebenarnya globalisasi ini memberikan kesan sama ada berbentuk positif atau negatif dalam segenap dimensi. Namun, apa yang lebih ketara ialah globalisasi banyak memberi pengaruh kepada dimensi ekonomi. Globalisasi ekonomi dilihat banyak memberi kesan yang negatif dan secara tidak langsung mampu memberi kesan terhadap dimensi-dimensi lainnya. Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat globalisasi ekonomi ala-Barat yang berteraskan kapitalisme. Globalisasi ekonomi yang menggunapakai satu peraturan

ekonomi dunia yang seragam menjadikan kapitalisme sebagai asas di mana ia berteraskan kepada pasaran terbuka dan perdagangan bebas tanpa dikawal oleh nilai-nilai sahsiah murni serta mampu menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi. Ini yang secara jelas membawa kepada kesan negara yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus kaya serta meletakkan jurang perbezaan ekonomi yang jauh antara dua negara miskin dan kaya. Perkataan kualiti hidup seringkali dikaitkan dengan suatu konsep, ukuran dan aplikasi. Secara umumnya, kualiti hidup merupakan keperluan hidup manusia dalam aspek kepuasan terhadap kebendaan, kesihatan, pendidikan, keselamatan, kepuasan keselesaan tempat tinggal dalam persekitaran yang bersih dan masyarakat yang bebas dari permasalahan, dan juga keseronokan kenikmatan dari segi estetika dan kerohanian. Kebanyakan pengkaji menghuraikan jaminan dalam kualiti hidup sepatutnya memfokuskan kepada tiga faktor iaitu keinginan individu, struktur program dan perkembangan program. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, namun kelestarian terhadap kualiti hidup perlulah dimakmurkan agar bermanafaat untuk semua.

1.2 Pernyataan Masalah Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat melanda seluruh pelosok dunia. Pengaruhnya amat besar dan luas sehingga boleh mempengaruhi keseluruhan aspek dan bidang. Demi menjamin kualiti hidup yang baik kita perlu menilai baik dan buruk fenomena globalisasi dengan lebih terperinci. Cabaran globalisasi ini memerlukan pembentukan usahawan yang kreatif, inovatif, berkemahiran, berinelektual dan berdaya saing. Trend globalisasi telah mewujudkan persekitaran global yang kompetetif. Persaingan untuk mendapatkan peluang

perniagaan kian meningkat. Peningkatan persaingan adalah kesempatan besar bagi usahawan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan yang lebih baik untuk berdaya saing. Untuk mampu bersaing, usahawan perlu lebih kreatif, inovatif dan mampu memberi khidmat yang lebih bermutu dan kos yang lebih kompetetif. Ianya sejajar dengan saranan Perdana Menteri YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, iaitu melonjakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, usahawan perlulah berpaksikan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi. Fokus utama Malaysia tertumpu kepada keusahawanan yang memerlukan kepakaran dan kemahiran dengan melengkapkan diri dengan penguasaan pengetahuan, inovasi dan kemahiran serta mengamalkan budaya progresif, berfikiran maju dan berpandangan jauh (Tan Sri Mohamed Yakcop 2009). Kerajaan telah melaksanakan dan merancang beberapa program bagi memulihkan keadaan ekonomi negara antaranya program transformasi ekonomi (ETP), Model Ekonomi Baru (MEB), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Perlaksanaan kesemua program ini bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang kukuh tahun 2011. Di mana, NKEA penting bagi menggerakkan ekonomi domestik kerana ekonomi global dijangka tumbuh pada kadar perlahan dalam separuh kedua tahun 2010 dan tahun 2011 yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Manakala pembabitan sektor swasta dalam NKEA bagi menangani pertumbuhan perlahan ekonomi global amatlah diharapkan. Langkah mengukuhkan ekonomi domestik perlu kerana sebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia terdedah kepada faktor luaran yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu sejajar dan seiring dengan hasrat kerajaan atas dasar program yang telah dilaksanakan dan NKEA yang bakal dilaksanakan tahun 2011 iaitu menjana ekonomi negara ke arah negara membangun telah dapat meningkatan kualiti hidup masyarakat. Situasi ini telah membuktikan bahawa pola perdagangan luar semakin mencabar, manakala saingan menarik modal antarabangsa kian sengit dan persekitaran global pantas bertukar arah. Dalam keadaan ini menunjukkan sektor swasta iatu dunia keusahawan perlu menyahut cabaran untuk menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Situasi inilah menuntut syarikat untuk merancang dan membina strategi baru. Usahawan akan melaksanakan usaha secara berterusan dan sanggup menghadapi risiko tanpa henti untuk mengatasi kemelut dunia perniagaan untuk mencapai

pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan secara tidak langsung mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat. Bagaimanapun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi. Obsesi usahawan untuk menjayakan matlamat dan mencapai strategi organisasi di dunia perniagaan yang terjerumus dalam perdagangan bebas ini, ada ketikanya kualiti hidup mereka turut terjejas. Mengadakan semua benda sudah menjadi matlamat hidup usahawan pada masa kini. Ini menunjukkan sekiranya usahawan diberi peluang untuk bekerja bagi mendapatkan lebih wang mereka akan memilih untuk bekerja daripada meluangkan masa bersama keluarga dan membina keluarga yang bahagia dan harmoni. Usahawan masa kini sering disogokkan dengan lebih kerja, lebih barangan dan perkhidmatan (kehendak) dan lebih kemusnahan di muka bumi. Keadaan ini sebenarnya membawa masalah kepada kualiti hidup mereka seperti kesihatan, masa senggang, persekitaran kerja dan keselamatan. Tidak dapat dinafikan bahawa kepuasan dan kesejahteraan hidup bukan semata-mata bergantung kepada memenuhi keperluan fizikal kehidupan, malahan memenuhi keperluan rohani amat penting untuk menjanjikan kesejahteraan hidup yang sebenarnya.kualiti hidup memerlukan penilaian baik dan buruk fenomena globalisasi dengan lebih teliti untuk mencapai kesejahteraan berterusan dalam hidup. Contohnya, salah satu tokoh usahawan juga turut terdedah denga kualiti hidup kesihatannya terjejas. Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya. Nasimuddin meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan). Dunia pernigaan terjerumus di dalam kancah perdagangan bebas arus globalisasi. Usahawan merupakan penentu dan pemangkin untuk meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Namun, alam keghairahan usahawan untuk menjayakan matlamat dan mencapai strategi organisasi di dunia perniagaan ini realitinya telah mendedahkan diri mereka dengan pelbagai risiko dalam kehidupan. Di samping mengejar matlamat hidup ada ketikanya kualiti hidup mereka turut terjejas. Masalah seperti kesihatan, kehidupan bekeluarga, kehidupan budaya libur, keselamatan diri dan masa senggang serta persekitaran kerja sentiasa berlaku dalam diri usahawan. Situasi ini turut menyedarkan kita bahawa kualiti hidup keselamatan sebagai masyarakat awam juga amatlah

berharga. Golongan usahawan mahupun rakyat biasa mudah terdedah dengan masalah sosial ini akibat daripada pengantarabangsaan jenayah impak globalisasi. Untuk mencapai kelestarian kualiti hidup seharusnya memerlukan penilaian baik dan buruk fenomena globalisasi dengan lebih teliti untuk mencapai kesejahteraan berterusan dalam hidup.

1.3 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak globalisasi terhadap kualiti hidup usahawan. Kajian ini dilihat berdasarkan tema kerajaan Transformasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi yang dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia. 1.4 Objektif Kajian Bagi mencapai tujuan kajian, beberapa objektif utama telah dikenal pasti. Diantara objektifobjektif kajian tersebut ialah:1. menilai kualiti hidup usahawan multinasional secara umum. 2. mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kualiti hidup di dalam kalangan usahawan

syarikat multinasional,
3. mengenalpasti indeks kualiti hidup usahawan syarikat multinasional mengikut sektor. 4. mengenalpasti persepsi impak globalisasi terhadap indeks kualiti hidup dengan usahawan 5. mengenalpasti terhadap perbezaan indeks kualiti hidup berdasarkan persepsi impak

globalisasi

1.5 Persoalan Kajian Khususnya kajian ini meneliti beberapa persoalan berikut: 1) Apakah pendapat usahawan tentang globalisasi dan kualiti hidup?
2) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup usahawan? 3) Sejauhmanakah impak globalisasi telah mempengaruhi kualiti hidup usahawan? 4) Adakah impak globalisasi menyebabkan kualiti hidup usahawan akan terjejas?

1.6 Hipotesis Kajian Ho1: Tidak terdapat perbezaan faktor globalisasi terhadap kualiti hidup usahawan Ho2: Tidak terdapat perbezaan kualiti hidup usahawan impak globalisasi
Ho1: Tidak ada perbezaan antara kualiti hidup usahawan dengan bukan usahawan impak globalisasi Ho2: Globalisasi tidak mempengaruhi kualiti hidup usahawan Ho3: Tidak ada kaitan antara impak globalisasi dan kualiti hidup usahawan.

1.7 Kerangka Konseptual Kajian


Penunjuk ukuran
*Pendidikan *Pekerjaan *Pendapatan *Hak asasi manusia *Reakrasi *Kesihatan *Kehidupan keluarga *Perumahan *Alam Sekitar * Sumber tenaga *Keselamatan awam dan negara *Infrastuktur Tindak balas perubahan

outpu t

Impak globalisasi terhadap kualiti hidup

Demografi Kaum, etnik, umur, keluarga, agama, pendidikan, pendapatan, gender. Pengalaman hidup, sikap, nilai, suara hati, kehendak

Persepsi terhadap kepuasan diri dan kesejahteraan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosioekonomi

Status kualiti hidup yang tinggi

Tindakbal as

(Sumber: Kerangka konseptual diadaptasi daripada Model Survei kualiti hidup ESCAP 1990, Model indeks kualiti hidup Malaysia 1999, Model Calvert-Henderson Quality of Life Indicators 2000 dan Teori Keperluan Maslow 1943) Dapat dilihat dalam kerangka kerangka konseptual bahawa kualiti hidup boleh diukur melalui banyak petunjuk. Diantara yang disenaraikan adalah pendidikan, pekerjaan, pendapatan, hak asasi manusia, reakreasi, kesihatan, kehidupan, status perumahan, alam sekitar, sumber tenaga, keselamatan awam dan negara, dan infrastuktur yang merupakan petunjuk yang biasanya digunakan di peringkat individu. Pendapatan misalnya akan melambangkan status sosial yang dimiliki oleh seseorang yang seterusnya mempengaruhi kuasa beli dan gaya hidup mereka. Kesihatan juga merupakan antara petunjuk yang penting dimana bagi mereka yang berpendapatan tinggi sekalipun, akan merasa serba kekurangan dan hidup dalam penderitaan sekiranya kesihatan

terganggu seperti mengidap penyakit. Alam sekitar juga turut mempengaruhi kualiti hidup kerana pencemaran boleh mmenjejaskan keselesaan hidup masyarakat. Hak asasi manusia juga perlu dititik beratkan bahawa pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak sama rata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan, keadilan dan kedamaian dunia serta mengelakkan berlakunya penindasan. Pekerjaan juga boleh digunakan untuk mengukur kualiti hidup dari segi mempunyai pekerjaan atau menganggur dan jenis pekerjaan yang dilakukan, Sementara itu, pendidikan pula berkait dengan pekerjaan dan pendapatan. Selain itu, status perumahan pula biasanya dilihat dari segi sama ada memiliki rumah sendiri, menyewa, tinggal di rumah setinggan, menumpang rumah orang dan juga jenis rumah yang dimiliki atau disewa. Rekreasi dan masa lapang pula mempunyai perkaitan yang rapat dengan kualiti hidup yang dimiliki oleh seseorang. Misalnya, mereka yang mempunyai kedudukan tinggi, bergaya tetapi mempunyai sifat seperti gila bekerja (workalholic) mungkin dilihat sebagai orang yang berstatus tinggi tetapi pada hakikatnya, mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti rekreasi, bercuti, melakukan hobi di masa lapang dan sebagainya. Keselamatan awam dan negara juga amat penting dalam suasana persekitaran kerja ataupun senggan. Ini kerana masalah sosial atau pun budaya boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan hidup. Adakah hidup yang sebegini berkualiti? Namun begitu, petunjuk yang lain seperti keharmonian keluarga, perhubungan sosial, persekitaran masyarakat, perkhidmatan komuniti dan pengurusan sumber juga boleh digunakan untuk mengukur kualiti hidup seseorang individu atau masyarakat. Keharmonian keluarga, perhubungan sosial, persekitaran masyarakat sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Pengukuran kualiti hidup melalui petunjuk perkhidmatan komuniti pula boleh dilihat dari segi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan disesuatu tempat seperti kemudahan hospital, pengangkutan awam, pejabat pos dan sebagainya. Sekiranya terdapat kekurangan kemudahan penting ini, masyarakat ditempat tersebut belum boleh dianggap memiliki kualiti hidup yang tinggi. Begitu juga dengan penggunaan seperti guna tenaga buruh, penggunaan elektrik dan air yang kini menjadi sebahagian daripada keperluan asas manusia. Misalnya, jika dalam sesebuah negara tertentu, terdapat ramai tenaga buruh yang menganggur, ia dikatakan sebuah negara yang belum membangun dan ini bermakna, negara tersebut boleh dikatakan belum mencapai kualiti hidup yang baik.

RUJUKAN Andrews, F.M., dan Withey, S.B. 1976. Social Indicators of Well-Being. New York: Plenuim Press Almas Heshmati, (2003) The Relationship between Income Inequality and Globalization. The United Nations University, UNU/WIDER. Azahan, Jamaluddin, Lukman, Kadaruddin, Kadir. 2009. The Quality Of Life In Malaysias Intermediate City:Urban Dwellers Prespective. European Journal Of Social Science.Volume 9, Number1. Bergnet, M.B., et al. 1981. Dalam Lawton, M.P. (1987). Measures of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45 A. Khamis & M. Abdullah (1998). Indeks Kualiti Hidup. Prosiding Isu-Isu Kependudukan Malaysia. Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria (2008). Langkah Bijak Usahawan Terbilang. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn Bhd. Ishak Yussof, and Mustaffa Omar, (2008)

Analisis Impak Pertumbuhan Ekonomi ke atas Kualiti


Hidup Penduduk di Malaysia. Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA), 4

(2). pp. 1-18. ISSN 1823-5670 Jordan Rapport, (2009) The Increasing Importance Of Quality Of Life. Journal Of Economic Geography (2009) Pp. 126 Krishn A Goyal, (2006) Impact Of Globalization On Developing Countries (With Special Reference To India) (2006). International Research Journal Of Finance And Economics Issn 1450-2887 Issue 5 (2006) Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of Life and ubjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45. Lawton, M.E. et al. 1982. Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45. Lemke, S., dan Moos, R.H. 1986, Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures f Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45.

Lim Chong Hin (2007). Penyelidikan Pendidikan Pendekatan Kuantitatif Dan Kualitatif . Selangor. Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Lindita, R & Romeo, M. 2009. The Impact Of Financial Crisis On The Quality Of Life. Journal Of Applied Quantitative Method. Vol 4 No 4: 514-524. M Arcia A. T Esta , M.P.H., P H.D. And Donald C. Simonson , M.D. (1996) Current Concepts Assessment Of Quality-Of-Life Outcomes. Journal Of Medicine Vol. 334 No. 13 Mirjam A.G, Carolyn E. 1999. Integrating Response Shift Into Health-Related Quality Of Life Research: A Theoretical Modal. Journal Social Science And Medicine. 48: 1507-1515. Norita Deraman, Nizamuddin Zainuddin, Oemar Hamdan. 2005. Kajian Tentang Ciri-Ciri Personaliti Keusahawanan Di Kalangan Usahawan Bumiputera (Melayu). Jurnal Manajemen Dan Bisnis Sriwijaya. Vol 13 No 6. Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Mohamad Yusop Mohd Jani & Mohd Khairuddin Hashim (2008). Keusahawanan. Selangor. Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Parmenter, T.R. 1992. Quality Of Life Of People Disabilities. International Review Research In Mentel Retardation. 18: 247-287 Parmenter And Donelly (1997), P. 91; Delhey, Jan Et Al (2002) 'Quality Of Life In A European Perspective: The Euromodule As A New Instrument In Comparative Welfare Research', Social Indicators Research, Vol. 58, No. 1 3: 161-175. Prof. Dr. Ab. Aziz Bin Mohd Zin (2008). Kehidupan Berkualiti. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Renwick, R. 2006. The quality life model. http://www.utoronto.ca/qol/conceptshtm. Dicapai pada 19 Mac 2009. Rohaty Mohd Majzub, Kamisah Sharif. 2009. Personaliti Dan Ciri-Ciri Usahawan Melayu Yang Berjaya. Prosiding Pembangunan Keusahawanan .334-351 Rozita Binti Mokhtar, Ahmad Bin Othman, Mazita Binti Mokhtar, Azizan Bin Azit Perjuangan Bahasa Melayu Dalam E-Dagang Sebagai Teras Kecemerlangan Malaysia. . Prosiding Pembangunan Keusahawanan .266-281. Schalock, Robert L (2004) 'The Concept Of Quality Of Life: What We Know And Do Not Know'. Journal Of Intellectual Disability Research. Vol. 48, No. 3: 205. Shanta Sharma. 2004. Impact Of Globalization On World Society. Academic Forum 22.

27-38 Sarimah Hanim Aman Shah (2005). Ekonomi Dari Prespektif Islam.Selangor. Fajar Bakti Sdn Bhd. Siti Faaizah Ismail (2009). Didik Anak Jadi Usahawan. Kuala Lumpur. Pts Professional Publishing Sdn Bhd Unit Perancang Ekonomi.Kualiti Hidup Malaysia (2004). Jabatan Perdana Menteri Malaysia Unit Perancang Ekonomi.Kualiti Hidup Malaysia (2002). Jabatan Perdana Menteri Malaysia Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed (2006). Memperkasakan Usahawan : Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan Dan Penjanaan Usahawan. Selangor. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

RUJUKAN INTERNET Bernama-Pekerja Dijangka Rasai Kesan Kemelesetan Ekonomi Awal Tahun Depan. www.bernama.com.htm. Dicapai pada 27 Disember 2009. Calvert-Henderson Quality Of Life Indicators. http://www.calvert-henderson.com/ Dicapai pada 27 September 2010 Entrepreneurial Economics (Encyclopedia). www.wikepedia.org.htm Dicapai pada 21 September 2009. Entrepreneurship (Encyclopedia). www.wikepedia.org.htm Dicapai pada 12 Jun 2009. Globalisasi.htm. www.wikepedia.org.htm Dicapai pada 20 Jun 2009. Ho Lip Wah. Pengaruh Teknologi Malumat Ke Atas Kehidupan Di Bandar. http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534. Dicapai pada 12 Januari 2010. http://drsidekbaba.blogspot.com/. Akhlak landasan utama kualiti hidup. dicapai pada 2 November 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasimuddin_Amin. Dicapai pada 2 Oktober 2010 http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/pendapatan/index.htm. pelanstruktur Kuala umpur 2020. Dicapai pada 5 April 2010 http://www.treasury.gov.my/data/le/le11.html. bajet 2011. Di capai pada 16 Oktober 2010

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosilawati_Lawiya. Dicapai pada 10 Oktober 2010 Keluaran-Dalam-Negeri-Kasar-Pendapatan-Negara-http://www.statistic.gov.my/bm. Dicapai pada 17 September 2009. Kepenggunaan. www.kkk.org.my. Dicapai pada 20 Julai 2009. M.M.Zafir, M.H.Fazilah. Stres Di Tempat Kerja Dan Kesannya Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.. http://myais.fsktm.um.edu.my/2846/. Dicapai pada 7 Mac 2010 Persekitaran kualiti hidup masyarakat Bandar. http://www.dotsoc.com/docs/10729891/PERBENTANGAN-PROPOSAL-DR. Dicapai pada 9 Januari 2010. Prof. Shaharir Mohamad Zain (2007). Jurnal Ekonomi Pembangunan Lawan Ekonomi Kebahagiaan. www.myais.fsktm.um.edu.my Dicapai pada 1 September 2009. Quality Of Life And Well-Being: Measuring The Benefits Of Culture And Sport: Literature Review And Thinkpiece . Dicapai pada 20 Januari 2010. .http://www.scotland.gov.uk/Publications/2006/01/13110743/22 . Quality of Working Life (encyclopedia). www.wikepedia.org.htm Dicapai pada 7 Ogos 2009. Siti Fatimah Abdul Rahman. 2006. Kriteria kualiti hidup berkeluarga. http://www.ikim.gov.my/bm/paparmedia.php?key=781 . Dicapai pada 25 Mac 2010. The Impact Of Financial Crisis On The Quality Of Life. http://www.jaqm.ro/issues/volume-4,issue -4/11_rova_mano.php. Dicapai pada 7 Februari 2010. The Increasing importance of quality of life. Journal of economic geography. www.wikepedia.org.htm Dicapai pada 28 Julai 2009. Theoris of religion. www.wikipedia.org.htm Dicapai pada 28 Jun 2009.

Anda mungkin juga menyukai