Anda di halaman 1dari 2

Campur Tangan Kerajaan dalam Membina Ekonomi Pasaran Bebas

Penandatanganan ACFTA (ASEAN-China Free Trade Area) menandai kawasan China dan enam negara utama ASEAN (Brunei, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina) menjadi kawasan ekonomi perdagangan bebas dengan populasi paling ramai pada Januari 2010, ianya juga termasuk Myanmar, Kamboja, Laos dan Vietnam pada tahun 2015. Perjanjian ini mencakup penghapusan cukai penuh terhadap beberapa barangan di kawasan perdagangan bebas tersebut. Ianya membantu kerajaan dalam mengeksport produknya namun juga mengancam produk tempatan yang belum mempunyai kecekapan dalam bersaing dengan produk luaran. Perdagangan bebas telah menjadi salah satu pilihan utama kerajaan dalam meningkatkan ekonominya walau boleh menjejaskan perekonomian negara. Lalu apakah yang dimaksud dengan perdagangan bebas atau pasaran bebas? pasar bebas adalah perniagaan yang mengikuti hukum permintaan dan penawaran atau pasaran tanpa campur tangan kerajaan seperti tarif (cukai), peraturan, kuota dan subsidi (bantuan). Kesan positif dari perdagangan bebas boleh berupa lebih banyak pilihan bagi pengguna daripada apa yang ditawarkan oleh produk tempatan, seperti barangan murah dari China bahagi pengguna dan pengeluar di negara lain. Ianya juga membolehkan syarikat tempatan untuk menjangkau pasaran antarabangsa tanpa hambatan tarif, kuota dan peraturan ketat yang dikenakan oleh negara lain. Dengan dihapusnya rintangan-rintangan tersebut, diharapkan ianya boleh meningkatkan eksport negara. Negara yang berjaya mengamalkan pasaran bebas ialah China, selepas gagal dalam mengamalkan sistem ekonomi terpimpin pada tahun 1970an, China mula mengamalkan sistem pasaran bebas dan sekarang mengalami peningkatan KDNK dengan rerata sepuluh peratus per tahun selama tiga puluh tahun ke depan.1 Beberapa negara di Asia Timur yang termasuk dalam NIE (newly industrialized economies) seperti Hongkong, Singapore, Taiwan dan Korea Selatan juga berjaya mengangkat perekonomiannya melalui pengamalan pasaran bebas seperti Singapore dan Hongkong yang hampir tiada tarif dan halangan bukan tarif (kuota dan peraturan yang ketat), sedangkan Taiwan dan Korea Selatan mengamalkan

China: A sixty-year experiment with free markets, Diperolehi pada 28 Januari 2010, dari http://www.eastasiaforum.org/2009/10/ 04/china-a-sixty-year-experiment-with-freemarkets/

tindakan interventionist (campur tangan) dalam polisinya yang mesra-pasaran (marketfriendly). Keberjayaan ini didukung oleh kerajaan dengan polisi-polisi yang mengutamakan eksport. Kerajaan pula mendukung industri dan syarikat tempatan dengan pemberian pinjaman, pengurangan cukai, dan polisi-polisi lainnya yang merangsang pertumbuhan eksport negara. Semua pengeksport Asia Timur telah memperoleh insentif seragam yang cukup untuk eksport di hampir semua industri dan kegiatan, dengan berbagai tingkat hambatan import. Subsidi eksport ini dimaksudkan untuk mengimbangi insentif yang dicipta oleh tarif import yang ada dan hambatan non tarif untuk melindungi industri di pasaran domestik. Polisi industri juga digunakan untuk batas tertentu di Taiwan. Sebagai contoh, pada saat Taiwan telah beransuransur kehilangan keunggulan komparatif dalam industri padat karya, kerajaan telah memberikan kredit preferensial, teknologi bantuan, dan sokongan pengurusan industri "strategik" tertentu sejak awal 1980-an (Taiwan menargetkan industri "strategik" mempunyai enam kriteria: kesan kualiti pertautan (linkage quality effect , potensi pasaran yang tinggi, intensiti teknologi tinggi, nilai tambah tinggi, penggunaan tenaga yang rendah, dan rendah pencemaran. Sektor target termasuk produk-produk mekanik, maklumat, dan elektronik). Namun, kerajaan pula kena mempersiapkan diri dalam menghadapi perdagangan bebas terutama dalam daya saing produk tempatan (local product competitiveness) demi mengatasi persaingan dengan produk luaran. Seperti yang dinyatakan Lilies Setiartiti ahli ekonomi dari Universiti Muhammadiyah Yogyakarta bahawa Indonesia dalam menghadapi ACFTA perlu meningkatkan daya saingnya melalui peningkatan aspek-aspek dalaman negara seperti birokrasi yang tidak cekap, yang boleh menyebabkan perniagaan yang tidak cekap juga. 2 Akhir kata, perdagangan bebas tidaklah selalunya menjejaskan perekonomian negara namun ianya boleh meningkatkan kemakmuran negara seperti apa yang dialami oleh China, Taiwan dan Singapura. Keberjayaan suatu negara dalam menghadapi perdagangan bebas ditentukan oleh bagaimana negara tersebut menghadapi perdagangan bebas.

RI needs to increase competitiveness in facing ACFTA, diperolehi pada 28 Januari 2010, dari http://www.antaranews.com/en/news/1262374600/ri-needs-to-increasecompetitiveness-in-facing-acfta