Anda di halaman 1dari 10

Integriti

Dari maksud yang didapati dari Kamus dewan,

integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan boleh pegang cakapnya Kepentingan integriti adalah satu kualiti penting yang perlu ada pada setiap individu dan organisasi.

Integriti boleh didapati dalam 3 bentuk: 1. Integriti individu


Kualiti Unggul yang wujud secara keseluruhan dan

padu pada individu dan organisasi 2. Integriti Organisasi Pelaksanaan Kod Etika, Piagam Pelanggan dan Sistem/ Proses kerja 3. Integriti Penjawat Awam Melaksanakan amanah & kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum

Rasuah
merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-

undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

Di Malaysia, terdapat 4 kesalahan rasuah yang utama


1. Meminta/Menerima Rasuah
2. Menawar/memberi rasuah 3. Membuat tuntutan palsu

4. Menyalahguna jawatan/kedudukan

1. Meminta/Menerima Rasuah meminta atau menerima rasuah merupakan suatu

perbuatan setuju terima atau cuba memperolehi satu sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan urusan prinsipalnya. Contoh kes: Inspektor Mohd Firdaus Mohd Japar didakwa menerima RM3,000 sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes adik pemandu teksi dan didakwa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

2. Menawar/memberi rasuah menawar atau memberi rasuah merupakan perbuatan

memberi atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan suapan sebagai dorongan kepada ejen untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan urusan prinsipalnya. mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

3. Membuat tuntutan palsu Contohnya: Mengemukakan sijil cuti sakit palsu (Yang dibeli ). Mengemukakan tuntutan perjalanan/ perpindahan yang mengandungi butiran palsu. Invoice, delivery order, resit palsu (Tiada pembelian). Pesanan kerajaan (Perakuan mengatakan barangbarang yang diterima memenuhi spesifikasi, kuantiti dan kualiti). Apa-apa surat perakuan yang mengandungi butiran palsu yang dengan niat mengelirukan majikan prinsipal dan mendatangkan keuntungan kepada pihak tertentu.

4. Menyalahguna jawatan/kedudukan Menyalahguna jawatan dan kedudukan bermaksud

menggunakan kedudukan atau jawatan rasmi untuk kepentingan diri.

Pemerdagangan manusia
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan

perniagaan dalam pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh sah serta buruh paksa. termasuk kepada perekrutan, pengangkutan, pelindungan, atau penerimaan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan atau ikatan hutang).

Anda mungkin juga menyukai