Anda di halaman 1dari 3

Brand DSLR Mana Paling Bagus?

Posted on March 26, 2012 Setelah genap setahun berblogging maka tidak terlalu awal rasanya untuk saya nak beli DSLR. Memandangkan pengetahuan saya tentang DSLR ini zero jadi saya nak minta korang semua suggest me brand DSLR Mana yang paling bagus untuk saya yang baru nak berjinak-jinak dengan benda ni.

Saudara Shibli ada juga suggest kepada saya untuk beli Canon EOS 600D tetapi saya masih blur nak beli brand mana satu. Tujuan utama saya beli DSLR ni sebab nak guna buat review dalam blog ini memandangkan kebanyakannya review dalam blog ini saya ambik menggunkan iPhone 4 sahaja. Untuk memantapkan lagi blog ini, saya rasa bukan suatu pembaziran rasanya kalau saya beli DSLR. Saya anggap pembelian ini nanti suatu pelaburan jangka masa panjang selain menambahkan pengetahuan saya tentang DSLR kan.

Daripada sumber yang saya dapat kat blog TheSkop.com harga DSLR Canon EOS 600D ni harganya: RM2,549 (kerangka saja), RM2,999 (dengan EFs 18-55IS), RM3,688 (dengan Efs 18-135IS). Boleh tahan juga harganya kan hehe. Walaubagaimanapun daripada pembacaan saya terutamanya daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia photographer brand bukan sesuatu aspek yang utama dalam pembelian DSLR tetapi perkara yang paling penting adalah skill.

Mereka yang memiliki skill di sini menurut saudara TarmiziShukri.com adalah mereka yang mempunyai kemahiran mengambil gambar menggunakan brand apa sekalipun tetap cantik sebab mereka ada skill. Macam saya yang takda skill ini mesti kena tanya korang yang pakar hehe. Dalam perancangan saya nak beli DSLR dari Canon atau Nikon. Sony adalah pilihan ketiga saya kerana menurut mereka yang berpengelaman kalau nak beli sesuatu produk kena beli pada produk yang fokus kepada satu produk je. Canon bukan sekadar keluarkan kamera je kan, begitu juga Sony. Mereka mengeluarkan produk lain seperti labtob, printer dan banyak lagi tetapi Nikon hanya fokus pada kamera sahaja.

Walaupun Nikon hanya mengeluarkan satu produk sahaja bukan bermaksud Nikon ni je yang bagus kerana menurut mereka yang berpengelaman Nikon masih bergantung pada Sony untuk buat sensor. Namun begitu, Nikon user menafikannya kerana menurut mereka sensor Nikon adalah keluaran 100% daripada mereka sendiri cuma mereka bagi Sony sebagai pengilang sensor mereka.

Itulah sedikit perkongsian daripada pembacaan saya tentang DSLR, harap korang dapat suggest kepada saya brand DSLR mana yang bagus untuk saya buat review dalam blog ini.

Lebih banyak artikel boleh dibaca artikel lain di sini http://lawrencevision.com/

Anda mungkin juga menyukai