Anda di halaman 1dari 1

Masyarakat melayu memang kaya dengan bahasa kiasannya.

Mereka biasanya berkias ketika menyatakan sesutu hasrat dan hajat pada seseorang. Maksudnya bahasa kiasan begitu popular dikalangan orang melayu sejak zaman berzaman. Banyak peribahasa dalam khazanah kesusasteraan tradisional bangsa. Satu daripadanya ialah "Sikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit". Peribahasa ini bermaksud kalau kita pandai berjimat cermat akhirnya kita akan dapat menyimpan wang yang banyak. Tabungan ini dapat digunakan apabila diperlukan.Contohnya ialah apabila kita ditimpa kesusahan dan kemalangan.Contoh peribahasa lain yang seerti dengannya ialah "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain ". Tindakan berjimat-cermat adalah langkah yang bijak.Kita ikutlah rasmi anai-anai. Serangga ini mengangkut satu-satu benda secara sedikit demi sedikit. Hal ini disebabkan saiz anai-anai itu yang kecil. Akan tetapi, berkat usaha dan ketekunan , bahan yang diangakt sedikit demi sedikit itu akhirnya banyak dan dijadikan busut dan kemudiannya bukit. Murid-murid juga dapat mencontoji anai-anai itu. Kalau tiap-tiap hari muridmurid dapat menabung sepuluh sen daripada belanja saku yang diber oleh ibubapa, maka tabungan sebulan ialah tiga ringgit.Dalam jangka masa satu tahun murid - murid sudah dapat menyimpan wang sebanyak tiga ratus enam puluh ringgit. Kalau murid mengabaikan peribahasa ini, ertinya murid sendiri bkal berhadapan dengan masalah apabila ditimpa kesusahan.Hidup manusia ibarat roda.Ada waktunya senang, dan ada waktunya susah. Tabung yang disimpan dapat digunakan ketika kita berda dalam kesusahan.Oleh itu, kita janganlah boros semasa berbelanja. Sebagai kesimpulan, perlu ditegaskan bahwa pengajaran disebalik peribahasa ini hendaklah diamalkan didalam kehidupan seharian kita.Akhir sekali, berjimat cermatlah ketika berbelanja.

Anda mungkin juga menyukai