Anda di halaman 1dari 10

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan Bermula dengan memberi

emberi beberapa contoh yang khusus Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu o Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif o Sediakan contoh-contoh yang sesuai o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi. o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus o Sediakan alat bantu mangajar o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh. o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan Proses pengajaran: o Prinsip/rumus o Kaedah deduktif o Aplikasi rumus/prinsip o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

Jenis pendekatan deduktif (a) Untuk penyelesaian masalah Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Contohnya, setelah murid mempelajari imbuhan ber mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ber. (b) Untuk membuat generalisasi baru Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.

(c) Untuk membukti hipotesis Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tig a sudut dalam sebuah segitiga.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif

Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.

Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.

Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat.

Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur o Gabungan pendekatan digunakan o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik o Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

Pendekatan Eklektik Bentuk pengajaran yang menggunakan pendekatan eklektik ini adalah menggabungkan elemen-elemen daripada kedua-dua pendekatan iaitu induktif atau deduktif. Rasional amalan pendekatan induktif dan deduktif dalam sesi pengjaran dan pembelajaran ialah kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai aras dan kebolehan. Ada pelajar yang senang atau mudah memahami isi pelajaran jika diberi contoh dahulu dan ada pula pelajar yang mudah faham jika dibuat generalisasi terlebih dahulu dan diakhiri pengajaran pada hari itu dengan mengemukakan contoh-contoh bagi menjelaskan maksud atau konsep sesuatu perkara. Jika seseorang guru memilih pendekatan deduktif, langkah-langkah pengajaran berikut boleh digunakan: 1. 2. 3. Guru menerangkan generalisasi/hukum-hukum atau peraturan Guru menggunakan contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut Guru mengaitkan contoh dan menjelaskan generaalisasi tersebut.

Sebaliknya jika guru ingin menggunakan pendekatan induktif, langkah berikut pula boleh dilaksanakan.

1. Guru menggunakan banyak contoh bagi menjelaskan sesuatu konsep dengan lebih jelas. 2. Berdasarkan contoh-contoh tersebut guru dan pelajar akan bersama-sama membentuk generalisasi 3. Mungkin sebagai pengukuhan guru dan murid akan mengemukakan contoh dan mendorong pelajar mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran.

Pendekatan Tematik Sesuatu tema perayaan, buah-buahan tempatan atau kemudahan awam dijadikan isi pelajaran untuk pelajar-pelajar memahami sesuatu pengetahuan dan kemahiran. Pendekatan bertema ini membolehkan pelajar menganalisis, generalisasi, dan mengaplikasi pengetahuan. Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan kepada sesuatu konsep yang lebih luas atau tema membolehkan pelajar menyatukan pelbagai fakta. Tujuan pendekatan ini ialah: 1. Strategi lebih berpusatkan kepada pelajar. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira minat, tahap kebolehan dan pengalaman kanak-kanak semasa merancang aktiviti. 2. Berpandukan tema, guru dapat mencetuskan idea yang menarik untuk aktiviti yang dirancang 3. Aktiviti yang dilaksanakan dapat melibatkan pelajar secara aktif. 4. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat membina kemahiran pelajar-pelajar Prinsip-prinsip pendekatan tematik 1. Tema yang dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman pelajar. 2. Tema yang dipilih haruslah ada kaitan dengan kehidupan dan pengalaman murid. Ini kerana murid sudah ada pengalaman hidup sebenar yang ada dengan kaitan tema. 3. Tema mempunyai sikap yang luas dan meliputi pelbagai bidang. Oleh itu guru perlu bijak memlih tema dan aktiviti yang dapat mengembangkan kemahiran kreativiti murid. 4. Sekuen sesuatu tema amat penting agar dapat membantu murid memahami secara keseluruhan dan perkembangan antara idea. 5. Tema harus merangkumi pelbagai bidang atau mata pelajaran lain merentasi tema sedia ada atau proses penggabungjalinan.

6. Konsep bermain sambil belajar sangat ditekankan. PENDEKATAN INTEGRATIF Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang merangsangkan murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran asas, memahami, hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza. Pendekatan ini memerlukan murid-murid untuk berfikir, mensistesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang diajar. Berikut adalah beberapa prinsip pendekatan integratif : (a) Tumpuan diberi kepada strategi pemusatan murid Guru dikehendaki memberi kuasa kepada murid-murid mengendalikan tugas atau projek serta mengalakkan pembinaan hubungan. Guru hendaklah mudah didampingi agar dapat memberi bimbingan, jika perlu: Penggunaan pembelajaran aktif. Teknik-teknik yang digunakan seperti pembelajaran koperatif memberi murid-murid peluang untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari kepada situasi dalam kehidupan seharian. Peranan guru sebagai fasilitator. Guru perlu merekabentuk aktiviti-aktiviti dimana murid dapat belajar sesama mereka serta memperoleh pengalaman pembelajaran berbentuk arah kendiri dan inisiatif kendiri. Keutamaan diberi kepada kemahiran asas. Kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira diperkukuhkan dalam kalangan murid. Peluang untuk kerja berpasukan. Melalu kerja berpasukan, murid-murid belajar untuk menghargai unsur kepelbagaian dan perbezaan individu.

Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugas atau projek. Amat penting agar murid-murid didedahkan dan diajar pelbagai kemajuan teknologi dan strategi internet yang sedia ada.

(b) Strategi pemusatan bahan. Bahan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini. Guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Murid-murid pula boleh memahami pelajarannya dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara berkumpulan tanpa kehadiran guru.

Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran? 1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID? Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)

Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN? Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

Anda mungkin juga menyukai