Anda di halaman 1dari 5

Isnin (26 Mac 2012) 1.

Definisi dan konsep pengayaan


Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut: a. Menggunakan daya usaha sendiri b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah e. Melibatkan pembacaan luas dan f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah: Pembelajaran akses kendiri Kerja projek Bacaan tambahan Permainan dan rekreasi Pembelajaran berbentuk komputer

Objektif pengayaan
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman. 2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. 3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.

4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri. 5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.

6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat. 7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

Murid pengayaan
1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya

pemikiraan abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang penting dengan yang kurang teks. 2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran, pengamatan, penting seperi dalam kefahaman dan dapat menganalisis

pendengaran dan pertuturan. 3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta

berpengalaman tentang alam keliling. 4. kreatif. 5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta

berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

Prinsip program pengayaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. Menggunakan daya usaha sendiri Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah Melibatkan pembacaan luas eksperimental.

Langkah dan pengelolaan pengayaan Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan. 1. Kumpulan Mengikut Kebolehan Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap

kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang 2. berbeza

Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan. murid-murid

Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu

jelas

agar

mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu 3. murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan menjalankan aktiviti

Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat

pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan; 1. Pilihan Murid a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru, untuk memudahkan pengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepada murid yang lambat. c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar dengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di samping itu bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas.

2. Pilihan Guru

Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan: 1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari. 2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran 3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran

4.

Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN 1. Bacaan Tambahan

Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak Majalah pelajar Surat khabat / keratan Risalah-risalah 2. Kerja-kerja Projek Lawatan Melapor Peristiwa Menulis Cerita Membuat Zoo Mini Sekolah Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar Buku Skrap Mengadakan pameran bilik darjah Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ] 3. Permainan dan Rekreasi Teka Silang Kata Teka Benda Teka Teki Mencari Jalan Keluar Menyambung Titik Mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita Mencari benda tersembunyi Meneka bunyi Dam Catur Sahiba Bingo Ular dan Tangga Jigsaw Puzzle Bermain bentuk geometri Rubic Cube

Anda mungkin juga menyukai