Anda di halaman 1dari 2

Source: http://harunyahya.

com/en/works/106478/Prof__Robert_Davis__from_Glasgow_University__warned_that_the_Scottish_curric ulum_is_%E2%80%9Cunder_pressure%E2%80%9D_of_atheists_like_Richard_Dawkins

Prof. Robert Davis, dari Universiti Glasgow, mengingatkan bahawa kurikulum Scotland berada di bawah tekanan para ateis seperti Richard Dawkins Laman web The Christian Institute melaporkan bahawa Robert Davis, seorang pakar pendidikan dari Universiti Glasgow, memberi amaran bahawa ateis seperti Richard Dawkins mahu menyingkirkan perspektif lain dan hanya menekankan satu sudut pandang yang berat sebelah dalam kurikulum.

Profesor Robert Davis menegaskan tekanan lobi ateis tersebut ke atas kurikulum Scotland sebagai berikut: Mereka mahu mengecualikan perspektif lain dan mencadangkan bahawa ia bukan setakat salah, tetapi juga tidak sah dan tidak seharusnya diberi sebarang ruang dalam pembelajaran dan pengajaran. Lobi ateis telah memberi impak yang kuat terhadap sekolah dan para guru dan saya fikir ia perlu dipersoalkan.

Selama bertahun-tahun, Encik Adnan Oktar telah menghuraikan satu penguasaan menyeluruh Darwinism eke atas sekolah dan universiti, dan pihak pentadbiran sekolah malah menteri tetap membisu mengenainya. Dalam banyak tulisan dan wawancara yang diberikan kepada pihak akhbar, tempatan dan asing, Encik Oktar berulang kali menegaskan bahawa evolusi telah hampir menjadi satu ideologi rasmi di setiap penjuru dunia. Meskipun tiada bukti saintifik dan tertolak sepenuhnya dari sudut pandang saintifik, teori evolusi tetap diajar dalam pelajaran sains. Satu sistem pendidikan unilateral dikenakan ke atas kurikulum manakala hakikat Penciptaan dikecualikan seluruhnya. Namun pada hakikatnya, pendidikan perlu bebas dan Penciptaan harus diberi tempat selari dengan teori evolusi.

Anda mungkin juga menyukai