Anda di halaman 1dari 3

2.0 MENU 2.

1 Kuih jagung bakar Resepi Kaedah memasak : Kuih jagung bakar : Mengadun dan membakar

2.1.1 Cara penyediaan Kuih Jagung Bakar BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. BAHAN-BAHAN Jagung krim Jagung kasar Santan kelapa Tepung gandum Garam Gula pasir Telur Pewarna kuning Marjerin Esen vanilla KUANTITI 5 sudu besar 5 sudu besar 640 mL 300 gram sudu 260 gram 2 biji Secukup rasa 60 gram Secukup rasa

Langkah-langkah: Langkah 1 : Campurkan tepung dengan gula dan garam. Sediakan lubang ditengah-tengahnya.

Langkah 2 : Masukkan telur serta garam ditengah-tengahnya, kacau perlahan-lahan sambil masukkan santan sedikit demi sedikit. Adunan dikacau sehingga sebati.

Langkah 3 : Cairkan marjerin diatas kuali kemudian masukkan ke dalam adunan bersama jagung krim dan juga jagung kasar.

Langkah 4: Sapukan loyang pembakar dengan lemak cair yang telah dipanaskan.

Langkah 5: Curahkan bater ke dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan lemak atau mentega yang dicairkan atau dengan minyak.

Langkah 6: Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 c selama 1 jam sehingga masak.