Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Terus-terang saya katakan bahawa tugasan kali ini amat mencabar kerana ini merupakan satu tugasan

yang lain daripada yang pernah saya siapkan kerana sebelum ini saya belum mendalami subjek Hubungan Etnik ini. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah dapat juga saya siapkan tugasan ini yang mampu membantu saya pada masa akan datang kerana subjek ini merupakan subjek yang sungguh berguna kepada saya dalam memperkasakan lagi ilmu pengetahuan saya mengenai ciri-ciri serta jatuh bangunnya sesuatu etnik di Malaysia ini. Umumnya, tugasan kerja kursus saya memberi gambaran jelas tentang susur galur sebenar pembentukan etnik di Malaysia melalui perkembangan sejarah sejak zaman penjajahan lagi. Selain itu, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik di negara kita. Saya juga dapat mempertingkatkan elemen pengajaran mengenai keadaan hubungan rakyat Malaysia melalui kerja kursus ini. Langkah menerapkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara dengan beberapa penambahan agar cita-cita murni setiap rakyat dapat dilaksana. Seperti yang saya sudah maklumkan,tugasan ini merupakan tugasan yang rumit. Namun begitu, atas bantuan daripada pelbagai pihak,dapat juga saya menyiapkan

tugasan yang bermakna ini .Berbekalkan nasihat dan tunjuk ajar daripada Pensyarah, Encik Ismail bin Jaafar yang sedia membantu pada bila-bila masa sahaja, proses menyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar. Selain itu, saya juga ada mencari maklumat tambahan daripada laman web dan rujukan dari buku bagi memantapkan tugasan ini dan juga sedikit perbincangan dan perkongsian bagi menyiapkan tugasan ini. Dapat saya simpulkan bahawa melalui subjek ini, ia dapat membantu kita mencanang sesuatu perkara berkaitan ketamadunan di negara kita di samping

menambahkan ilmu pengetahuan mengenainya. Diharap kerja kursus ini memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pensyarah dan menepati kehendak soalan yang diberikan. Ilmu yang saya perolehi sepanjang penulisan ini akan saya aplikasikan sebagai panduan dalam kehidupan.
(MOHAMED HIDAYATIL HADI BIN BASIR) (910902-02-5921)

24