Anda di halaman 1dari 27

1.0 Konsep Asas Falsafah Ramai orang pernah menyebut tentang falsafah.

Ada yang menyebut menurut falsafah seseorang dan ada juga yang menyebut menurut falsafah dirinya. Apa itu falsafah. Istilah falsafah diambil daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos yang bermaksud mencintai dan sophia iaitu kebijaksanaan. Apabila dua perkataan ini dapat difahamkan, falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Jadi dengan itu maka lahirlah ramai tokoh yang mampu menghuraikan maksud falsafah kerana beliau sendiri mengaku beliau adalah seorang ahli falsafah. Fung Yu-Lan (1966), dalam bukunya Sejarah Ringkas Falsafah China, menghuraikan falsafah sebagai pemikiran reflektif yang sistematik terhadap kehidupan. Hu Jun (2003), di dalam bukunya What is Philosphy? , mentakrifkan falsafah sebagai panduan kebijaksanaan dan seni hidup manusia. Ramai ahli falsafah memberi pandangan mereka tentang erti falsafah dari pelbagai sudut. Secara ringkasnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. 1.1 Konsep Pendidikan Erti pendidikan jika mengikut pendapat yang umum, ialah suatu aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Maksud yang lain boleh dikatakan semua ilmu yang baik-baik. Jika dikembangkan lagi konsep pendidikan, ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berkakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. Pendidikan menjadi suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan

kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Dalam


1

masyarakat moden ini, pendidikan adalah juga penting untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaruan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat itu. Winch (1996) membuat satu cadangan bahawa pendidikan itu adalah sebagai persedian kehidupan orang dewasa. Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) pula memberi pendapat bahawa pendidikan sebagai proses persekolahan formal, sebagai proses latihan dan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, soial dan emosi seseorang individu. 2.0 Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pada mulanya, kita perlu mengetahui isi kandungan antara konsep falsafah dengan konsep pendidikan. Begitu juga kita perlu memahami konsep falsafah pendidikan. Jadi, ramai tokoh telah memberi pelbagai keterangan dan pendapat tentang konsepkonsep tersebut. Pemahaman untuk perkataan falsafah adalah bersamaan dengan suatu pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Daripada usaha kajian ahli falsafah inilah yang dapat membentuk satu pemikiran atau pandangan dengan pelbagai cara seperti saintifik, sistematik dan logikal. Apa yang suatu falsafah itu wujud adalah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Jadi, segala tafsiran tentang falsafah pendidikan boleh dirumuskan sebagai pedoman, arah tuju atau pendangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, idea penggubalan FPK dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

Pada tahun 1988, FPK telah diumumkan secara rasminya. Falsafah pendidikan ini akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Dalam misi untuk mengukuhkan standard FPK ini, pelbagai peranan telah diwujudkan dan akan dilaksanakan supaya negara kita akan tetap berpuas hati dengan falsafah ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dijadikan sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Ini bermaksud bahawa setiap warga pendidik akan dapat suatu panduan bagaimana untuk memajukan dan membimbing anak-anak bangsa negara kita ke arah kejayaan. Seterusnya, menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Maksudnya, falsafah ini akan menjadi sebagai satu sasaran untuk mencapai cita-cita yang terkandung di dalam Matlamat Pendidikan Negara. Falsafah ini juga adalah sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan. Huraiannya ialah para pendidik negara kita akan membekalkan falsafah ini dalam semua bidang pembelajaran masing-masing supaya dapat mengajar mengikut sistem dan silabus yang betul di dalam Malaysia. Seterusnya, pengawalan ke atas sebarang penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Maksudnya, tiada jenis aktiviti yang lain daripada dasar pendidikan sebetulnya di negara kita akan di laksanakan di dalam sesi pembelajaran di mana-mana pusat institusi dan sekolah-sekolah. Peranan-peranan penting akan dilaksanakan supaya sitem pendidikan di negara kita sentiasa dalam keadaan stabil, positif dan berilmiah. Justeru, apa yang kita harap sebagai warga pendidik, kita mestilah patuh dengan FPK ini agar kita sentisa memberi suatu pengajaran yang betul dan tiada yang tersesat. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukvmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Selaras dengan FPK, Matlamat Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Program seperti KBSR dan KBSM adalah salahsatu yang dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini. Falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu falsafah pendidikan yang mempunyai ciri tersendiri jika kita ingin dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan, sama ada di negara Barat, Timur ataupun falsafah pendidikan Islam. Tetapi, falsafah tersebut pula mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam. Secara keseluruhannya, pengajian falsafah pada asasnya, merangkumi cabang-cabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi. Metafizik atau ontologi bermaksud menumpukan perhatian terhadap kajian kewujudkan alam asli, minda, dan interaksi antara kewujudan dengan minda, diri, keabadian manusia, dan Tuhan. Epistemologi ialah falsafah ilmu, yang menumpukan kajian terhadap bagaimana ilmu diperolehi, dan bagaimana diuji dan disahkannya. Manakala, aksiologi merupakan falsafah moral, nilai murni dan estetika. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan FPK yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. 2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan kesemua pemikiran, leksikon dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini

menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya, ...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi....
4

Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia. Apabila FPK dibentuk selaras dengan Matlamat Pendidikan Negara, maka kedua-dua tersebut adalah di dalam satu landasan yang sama. Justeru, tujuan matlamat tersebut adalah ingin melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggugjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Justeru, selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, negara kita haruslah mencapai matlamat pendidikannya seperti :

Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajiban sebagai seorang warganegara.

Ini dapat dihuraikan di mana kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa mempunyai sifat rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama membangunkan negara kita tidak kira sama ada dari segi pemodenan tetapi apa yang penting adalah dari segi intelektual. Setiap individu haruslah mahir dalam bidang tertentu dan boleh menjadi pembekal yang produktif untuk negara kita. Melahirkan seorang

warganegara bermaksud melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan sayang akan negaranya sendiri. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berbakti kepada negara.

Menghasilkan

rakyat

yang

progresif,

mahir

serta

cekap

supaya

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta

sempurna demi memberi sumbangan kepada negara.

Maksudnya, matlamat ini menginginkan rakyat Malaysia tidak selalu berasa malas dan lembab. Kita haruslah sentiasa cergas dan membuka minda supaya kita dapat melakukan sesuatu kerja itu dengan penuh efisyen. Bagaimana kita ingin melakukannya? Pelbagai cara boleh kita lakukan seperti membuka banyak peluang
5

pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia agar rakyat kita sentiasa dalam keadaan progresif. Justeru, kemahiran boleh dibina serta kecekapan tentang sesuatu akan teserlah. Rakyat Malaysia juga boleh berupaya untuk melaksanakan tugas secara produktif dan dengan sumber tenaga yang ada, bolehlah kita memberi pelbagai sumbangan untuk negara kita yang tercinta.

Melahirkan warganegara yang memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi Perlembagaan.

Apa yang boleh kita tafsirkan tentang matlamat di atas adalah setiap individu yang lahir di negara masing-masing pasti mempunyai ketaatan prinsip-prinsip yang diwujudkan oleh Perlembagaan. Jadi, matlamat ini menginginkan kita sebagai rakyat Malaysia supaya sentiasa memahami dan menerima serta mengamalkan pelbagai prinsip-prinsip dan segala cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan negara kita. Kita harus mengamalkannya supaya tiada lagi perkara yang boleh berdolak dalih berlaku dalam kalangan masyarakat di negara kita. Penerimaan ini adalah satu titik dan satu bentuk yang boleh mewujudkan keakraban di dalam sesebuah masyarakat negara kita.

Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cintakan negara.

Apa yang dapat diungkapkan di sebalik matlamat ini adalah negara kita haruslah melahirkan ramai rakyat yang sentiasa taat setia kepada Raja dan selalu cintakan negara kita. Negara kita pernah dijajah oleh pelbagai penjajah seperti Portugis, Inggeris, British dan juga oleh pihak Jepun. Rakyat kita yang terdahulu sanggup mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan maruah dan kedudukan Raja kita yang berdaulat serta mempertahankan tanah air kita. teguhkan azam nusa, agar generasiku terbela. Jejakku tinggalkan, untuk kau teruskan, bangkit aku dalam perjuanganmu..

Itulah antara bunyi bait-bait lagu yang bertajuk Di Medan Ini yang dinyanyikan oleh kumpulan Wings. Jadi, tibalah saat kita untuk terus berjuang dan kukuhkan kekuatan negara kita supaya generasi akan datang akan terus tetap taat setia kepada raja dan negara.

Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum. Matlamat ini menunjukkan bahawa sebagai rakyat Malaysia kita mestilah sentiasa bersikap bertolak ansur sesama kaum dan itulah salah satu kunci yang membawa semangat perpaduan. Cuba kita ingat kembali kepada peristiwa 13 Mei. Peristiwa itu sepatutnya memberi pelbagai kesan dan iktibar kepada kita untuk sentiasa bersatu padu. Rukun Negara adalah salah satu jalan penyelesaian untuk mengukuhkan perpaduan. Rukun Negara mempunyai lima prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan. Jika kita sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, maka kita mungkin boleh mengekalkan dan menstabilkan keamanan di dalam negara kita. Oleh itu, kita seharusnya mengurangkan perselisihan faham antara kaum di Malaysia dan cuba untuk merapatkan lagi tali persahabatan walaupun berlainan bangsa.

Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Salah satu objektif di dalam Wawasan 2020 adalah mengurangkan kadar kemiskinan di seluruh Malaysia. Jadi, matlamat ini berlandaskan dengan objektif tersebut. Oleh itu, mulai dari sekarang kita haruslah bangun bersama-sama untuk membantu kepada golongan yang kurang berada lebih-lebih lagi dari segi kemudahan-kemudahan asas pendidikan. Contohnya seperti skim pinjaman buku teks yang dibuat di semua sekolah kerajaan. Perkara ini dilakukan supaya segala jenis pembelajaran anak-anak didik Malaysia akan terjaga demi masa hadapan
7

mereka. Untuk mencapai matlamat pendidikan negara, perkara ini harus diutamakan dahulu kerana pendidikan adalah kunci kejayaan. Apa yang kita mahukan ialah pelajar-pelajar di negara kita sentisa dapat belajar dan mencapai cita-cita walaupun mereka dalam keadaan serba kekurangan. Jadi, kita mestilah terus menghulurkan bantuan dan janganlah kita meminggirkan mereka untuk terus belajar dan maju ke hadapan. Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat negara tercapai. 3.0 Faktor-faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan rasional terhadap pendidikan. Apa yang kita perlu tahu ialah fungsi asas falsafah pendidikan iaitu memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Idea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan kemanusiaan. Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang bermanfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor berikut ialah faktor agama, faktor sosial, faktor politik, faktor ekonomi, faktor individu dan faktor sejagat.

Faktor agama sangat mempengaruhi kerana agama Islam ialah agama rasmi negara kita. Di samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Semua agama tersebut terutamanya agama Islam merupakan faktor penting dalam proses penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dilihat melalui penyataan berikut " mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan kepatuhan kepada Tuhan.". Jadi, di sini kita dapat mengetahui bahawa kepercayaan kepada sesuatu agama boleh menjadi teras pembentukan FPK. Seterusnya, faktor sosial dapat kita lihat dari segi kehidupan kemasyarakatan di negara. Masyarakat yang ada di negara kita terdiri daripada kelompok yang majmuk. Untuk mewujudkan sistem sosial yang sejahtera dan stabil, setiap individu perlulah memiliki sikap yang positif dan ia amat penting dalam usaha mengukuhkan perpaduan kaum. Tujuan ini telah dinyatakan di dalam FPK iaitu: "..melahirkan rakyat Malaysia.memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Selain itu, sebuah negara yang makmur dan harmoni bergantung kepada sikap toleransi, kerjasama dan hormat menghormati tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan. Oleh itu, keadaan sosial yang baik akan dapat membantu melaksanakan input yang terkandung di dalam FPK. Faktor politik dari segi pengaruhnya amat penting dalam usaha membentuk ideologi negara. Pengaruh politik juga amat penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Selain itu, penggubahan FPK adalah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Pengaruh politik yang bersih dan betul akan mencapai segala input yang terkandung di dalam FPK. Oleh itu, faktor politik ini sememangnya memberi suatu limpahan bagi membentuk FPK. Seterusnya, faktor ekonomi juga memainkan peranan dalam pembentukan FPK. Ini dapat dibuktikan dengan frasa ini "melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, beketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara." Setiap individu di Malaysia yang terlatih dan mempunyai pelbagai kemahiran dapat membantu

memperkembangkan ekonomi negara dengan meningkatkan daya pengeluarannya.


9

Selain itu, untuk merealisasikan individu yang terlatih, pelbagai sekolah seperti sekolah teknik vokasional dibina demi penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara. Secara keseluruhannya, faktor ekonomi ini adalah sangat penting untuk menepati kandungan FPK. Faktor individu juga terlibat dalam pembentukan FPK. Kita boleh lihat tentang perkaitan FPK dengan individu dari segi potensinya. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Pendidikan tersebut merangkumi aspekaspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Perkara ini dapat dibuktikan di dalam ayat pertama FPK Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukvmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Selain itu, keselamatan juga adalah salah satu keperluan pada setiap individu. Oleh itu, faktor individu adalah salah satu faktor yang penting dalam penglibatan pembentukan FPK. Akhir sekali ialah faktor sejagat. Sejagat merupakan perkara yang merangkumi seluruh aspek dan dunia. Faktor ini juga adalah yang menitik berat pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Pengenalan idea-idea pendidikan ketika seminar pendidikan antarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang pada tahun 1980 telah dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan... Jadi, perhubungan antara dunia adalah faktor pembentukan FPK di mana pendidikan menjadi satu perkara yang terpenting untuk dedikasi negara Malaysia. Secara keseluruhannya, faktor-faktor tersebut sangat menepati apa yang terkandung di dalam FPK. Faktor-faktor tersebut harus diambil berat bagi memantapkan lagi pendidikan di negara kita. Sehubungan itu, adalah diharapkan pendidikan negara ini merangkumi semua aspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapat memberi sumbangan kepada negara serta memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.
10

4.0 Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Seterusnya, antara elemen-elemen yang terkandung di dalam FPK ialah yang pertama, pendidikan secara berterusan. Maksud lainnya ialah pendidikan sepanjang hayat ataupun satu proses pemorelahan dan pemindahan ilmu serta kemahiran dan nilai murni yang berlaku secara berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat. Bermulanya suatu pendidikan kanak-kanak di tadika diikuti pula ke sekolah rendah, pembentukan sahsiah perlu dimulakan dalam tempoh tersebut supaya mereka sentiasa dalam keadaan taat dan perintah. Seterusnya, dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah pembentukan sahsiah diteruskan agar mereka bersedia menempuh hari yang seterusnya. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Mereka akan mula mengembangkan bakat dan pembelajaran mereka seperti bidang guru, kejuteraan, bidang ICT dan sebagainya. Apabila proses pembelajaran diteruskan, maka mereka akan dapat menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai keadaan. Kedua ialah memperkembang potensi individu. Sebenarnya, setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahir. Walaubagaimanapun, kebanyakannya terpendam dalam kendiri. Jadi unsur-unsur JERI perlu ada pada setiap individu. Unsur jasmani memberi keupayaan seseorang itu kosentrasi kepada perkembangan anggota-anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Aktiviti yag ada di dalam subjek Pendidikan Jasmani boleh dijadikan sebagai isi untuk unsur jasmani. Seterunsya, unsur emosi membantu individu itu mempunyai perasaan jiwa yang sihat serta berupaya memperkembang kecerdasan emosi ke tahap yang matang. Unsur rohani pula mengandungi sifat kejiwaan dan kebatinan yang baik serta berupaya berdisiplin kendiri dan membentuk
11

akhlak mulia terhadap seseorang. Unsur intelek pula membantu individu berupaya untuk memberi tumpuan kepada daya berfikir secara kritis dan kreatif. Seterusnya, fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Bakat, potensi dan kebolehan dapat dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan ditingkatkan. Ianya akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Ketiga ialah insan yang seimbang dan harmonis. Antara intipatinya ialah insan yang menghayati dan memiliki ilmu dan berakhlak mulia. Insan yang seimbang memiliki aspek-aspek JERI di dalam dirinya. Ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta memiliki akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani) adalah kunci untuk menjadi inssan yang seimbang. Insan yang seimbang dan harmonis pasti akan memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara. Justeru, individu ini akan sentiasa berikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi, melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. Keempat ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kita mesti

mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Justeru, setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya. Setiap individu juga perlu tahu akan pembalasan perbuatan baik atau buruknya. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang berilmu tinggi. Setiap individu mestilah menyintai ilmu pengetahuan. Jika kita cinta akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani yang membawa maksud: Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa. Hadis tersebut menunjukkan betapa pentingnya ilmu bagi setiap individu. Dalam FPK, terdapat juga rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, serta
12

bertanggungjawab.

Berketerampilan

bermaksud

mempunyai

kecekapan

dan

kompetensi diri serta berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Selain itu, dengan mempunyai kekuatan aspek-aspek JERI di dalam diri keterampilan diri boleh dibina. Manakala berakhlak mulia pula ialah mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Untuk memastikan kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan negara. Seterusnya, bertanggungjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebgai rakyat Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara. Contohnya mematuhi undangundang ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan. Keenam pula ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan. Ini juga adalah elemen yang ditekankan dalam FPK. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma. Justeru, setiap individu yang berketrampilan haruslah menggunakan ilmu pengetahuannya untuk memberi sumbangan kepada negara. Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlu memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta

mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk. Jadi, kita seharusnya mendidik anak-anak kecil tentang akhlak supaya apabila mereka besar mereka mampu untuk menerajui keharmonian negara kita. Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan kerana rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
13

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Seterusnya, kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbagan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai kesejahteraan diri, individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu. Setiap individu juga perlulah memiliki fikiran dan sikap yang waras, jiwa yang tenang. Mereka haruslah berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan negara dengan menggunakan sains dan teknologi serta ICT. Seperti elemen yang terdapat dalam FPK, individu yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan mampu untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Jadi, program-program seperti kem jati diri adalah amat bernas bagi membina setiap individu menjadi lebih matang dan bersedia untuk memberi sumbangan serta kesejahteraan negara. Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara.

14

5.0 Peranan guru atau sekolah dalam merealisasikan FPK Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana muridmurid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh. 5.1 Kepimpinan Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan.

Terutamanya seorang yang bergelar guru besar kerana dia ialah pemimpin sekolah. Guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan. Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Guru besar juga di jadikan sebagai penentu sama ada sekolah itu dalam keadaan bagus atau tidak. Terdapat hadis yang menyatakan tentang kepimpinan. Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang
15

suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Hal ini disebabkan kerana watak dan perwatakan murid-murid sekolah adalah berbeza. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan cara kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di manamana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan. Guru besar juga adalah dijadikan sebagai penanda aras. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid. 5.2 Budaya sekolah Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah dan ia merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula
16

boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik. Iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah. Aspek ini membolehkan semua yang berada di sekolah itu berasa senang hati. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormatmenghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Aspek ini boleh dibentuk dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti kempen Budi bahasa budaya kita dan lain-lain lagi. Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Jadi, pihak sekolah seharusnya memberi sepenuh sokongan untuk meneruskan budaya membaca wujud dalam kalangan murid-murid selama-lamanya. Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua iaitu Bahasa
17

Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global. Suasana sekolah yang sentiasa diterapkan dengan penggunaan ilmu bahasa diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 5.3 Ko-kurikulum Seterusnya ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai penerapan aspek-aspek JERI. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya mampu mengaktifkan segala aktiviti ko-kurikulum untuk murid-murid. Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai

18

beberapa matlamat penting yang merangkumi pelbagai aspek seperti aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan aspek sosialisasi. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing. 5.4 Guru Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan suatu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagaibagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya. Seseorang yang bergelar guru mestilah mempunyai otak yang kreatif dan sentiasa berkembang serta berfikiran jauh. Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah
19

pembelajaran.

Dalam

mengatur

langkah-langkah

pembelajaran,

guru

akan

merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluankeperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid. Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalamanpengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, video dan cerita dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain. Aktiviti seperti kerja rumah, kerja sekolah dan ulang kaji perlu dilakukan supaya murid-murid sentiasa ingat apa yang mereka telah belajar. Ini juga dijadikan sebagai persediaan untuk pelbagai kertas ujian. Ujian penilaian dilakukan adalah untuk memastikan prestasi pada setiap murid-murid dinilai dari segi peningkatan atau penurunan. Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan. Kita diingatkan bahawa guru adalah suatu pengaruh yang besar kepada murid-murid. Bak kata pepatah guru kencing berdiri, murid kencing berlari. 5.5 Disiplin Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan FPK.

20

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat. Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan ahklak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin. Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah. Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid yang

mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

21

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah tersebut adalah seperti pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur, pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur, keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi, muridmurid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin, keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah, kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan dan segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

22

6.0 Implikasi FPK terhadap system pendidikan Negara. FPK yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak FPK. FPK sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita. Pertama, FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Seterusnya, amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Justeru, setiap kaum pendidik yang berada di institusi pendidikan haruslah sentiasa berpegang kepada garisan panduan FPK supaya apa yang mereka melaksanakan sama ada dalam sesi pembelajaran ataupun luar adalah perkara yang betul. Kerajaan pula disarankan untuk tidak melaksanakan perkara-perkara atau program yang lari daripada garisan panduan FPK. Seterusnya, para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Dalam hal tersebut, mereka haruslah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Para pendidik adalah salah satu kunci dalam pembentukan individu yang berguna. Sehubungan dengan itu mereka seharusnya bersedia untuk menimba ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik juga harus berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar. Para pendidik ialah ikon kepada setiap rakyat. Jadi, aspek-aspek JERI harus sentiasa tersemat di dalam diri sendiri. Jika ingin merealisasikan isi kandungan di dalam FPK, maka para pendidik harus bersedia menghadapi cabaran dari semasa
23

ke semasa. FPK bagaikan seutas benang yang diikat bersama-sama azam yang ada pada setia para pendidik. Ketiga, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan

tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukkan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara. Selain daripada itu, guru-guru juga mesti memiliki ciri-ciri seperti mesti mempunyai unsur kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. Maksudnya, sebagai warga pendidik, mimik muka kita hendaklah sentiasa senyum. Walaupun kita mempunyai masalah, jaganlah kita menunjukkannya dengan mengubah mimik perwajahan kita. Kadang-kala orang dapat menilai kita hanya dengan melihat perubahan pada wajah kita sahaja. Seterusnya, guru-guru mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. Sesungguhnya orang yang jujur adalah orang yang akan rapat di sisi Tuhan Yang Esa. Setiap kerja yang diberi haruslah dilakukan dengan baik dan tida unsur penipuan. Tabiat yang baik harus ditonjolkan agar murid-murid dapat menjadikan sebagai contoh. Guru-guru mesti bertanggungjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas. Sebagai seorang guru, kita tidak akan dapat lari daripada mendapat tugasan sama ada ringan atau berat. Jadi, tanggungjawab itu adalah amanah dan wajib bagi kita untuk menyempurnakan tugasan tersebut. Jangan kita takut akan kesilapan semasa melakukan tugasan kerana kesilapan itu yang akan membantu kita memperbaiki kesilapan menjadi bagus. Guru-guru juga mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri. Perkara ini boleh kita tonjolkan semasa kita mengajar. Kita mesti ingat bahawa murid-murid dan ibu bapa akan sentiasa memerhatikan kita semasa mengajar. Jadi, keyakinan diri adalah kunci kejayaan mengajar. Seterusnya, guru-guru mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. Sebelum menjadi guru, perkara ini telah diterapkan semasa program Bina Insan Guru sewaktu di institut dahulu. Jadi, di dalam minda kita sentiasa sudah set untuk terus belajar sehingga ke akhir hayat.
24

Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungajawab professional meraka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja. 7.0 Rumusan dan cadangan Setelah pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengorek intipati-intipati yang terkandung di dalam FPK, maka dengan itu satu pemahaman terbentuk untuk selarikan dengan bidang pendidikan. FPK mempunyai implikasi yang sangat penting kepada pendidikan negara. Sebagai para pendidik, kita mesti akui bahawa FPK adalah salah satu panduan dalam bidang pendidikan. Isi yang terkandung di dalam FPK membantu para pendidik untuk mempelajari aspek-aspek JERI. Ia juga menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat negara. Selain itu, FPK dapat menghilangkan salah faham, keraguan dan pertelingkahan dalam usaha

melaksanakan tugas pendidikan. Implikasinya, akan berlakunya suatu perubahan tentang bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua

matapelajaran. Selain itu, ada juga perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajaran yang sesuai. Perubahan ke atas aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai nilai murni dalam kalangan murid. Pada masa yang sama, perubahan kemudahan supaya murid mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari aspek JERI. Seterusnya, faktor-faktor pembentukan FPK ini menjadi persoalan dalam bilang ilmu pengetahuan yang berjaya diselesaikan. Falsafah serta huraian berkaitannya membangkitkan lagi usaha dan proses pergerakan pengajaran dan pembelajaran berlandaskan FPK. Faktor-faktor ini merupakan unsur penting dalam titik permulaan falsafah ini dengan mengambil kira pelbagai aspek serta keadaan pendidikan pada masa itu. Oleh itu, sebagai para pendidik pemahaman yang mendalam tentang FPK adalah wajar untuk dijadikan pedoman untuk bidang pembelajaran.

25

Elemen-elemen yang terkandung di dalam FPK juga adalah penting dalam proses pendidikan. Kesemua elemen tersebut harus difahamkan oleh para pendidik agar setiap sesi pembelajaran adalah selari dengan FPK. Justeru, elemen-elemen FPK ini boleh membantu para pendidik untuk membina modal insan yang cemerlang dan mempunyai penerapan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek pada setiap individu. Oleh itu, elemen-elemen ini menjadi panduan dalam perjalanan pendidikan negara. Selain itu, implikasi FPK memberi kesan jangka masa panjang yang berkualiti ke arah melahirkan individu yang seimbang serta pembentukan modal insan. Dengan ini, jelaslah bahawa FPK menjadi tunjang utama dalam pendidikan negara dan guru pula dijadikan sebagai penggerak dalam menyalurkan ilmu pengetahuan. Dengan ini, matlamat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan dapat dicapai. Secara keseluruhannya, FPK secara tidak langsung menjadi tunjang yang penting dalam bidang pelajaran. FPK dijadikan sebagai panduan untuk semua para pendidik negara. Sekolah-sekolah yang ada di Malaysia seharusnya berusaha melahirkan modal insan yang cemerlang dengan pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Para pendidik haruslah sentiasa membuka minda dan mengajar mengikut sukatan pengaliran masa tetapi tidak lari dari landasan FPK.

26

Refleksi kendiri Setiap masa kita mempunyai perasaan yang terpendam lebih-lebih lagi apabila kita membuat sesuatu kerja. Selain itu, apabila membuat sesuatu kerja kita akan memperolehi suatu pemahaman. Setelah saya siap menganalisis tentang kerja kursus ini, saya mendapat pelbagai ilmu yang baru. Contohnya, FPK. Apa yang saya faham tentang FPK ialah satu rangkap ayat yang menjadi garis panduan kepada setiap individu lebih-lebih lagi kepada warga pendidik. FPK mengajar kita untuk mengubah cara pembelajaran dari masa ke semasa. Justeru, setiap apa yang warga pendidik lakukan di setiap institusi pendidikan adalah berpandukan FPK. Terdapat pelbagai buku yang banyak menerangkan tentang FPK ini. Bukubuku ini saya jadikan sebagai bahan untuk membuat kerja kursus ini. Jadi, setelah berhempas pulas, kerja kursus ini berjaya disiapkan. Ucapan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kurusus ini.

27

Anda mungkin juga menyukai