Anda di halaman 1dari 22

Kedudukan berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa, iaitu di antara garis lintang 1U hingga 7U dan menganjur dari garis bujur

100T hingga 120T. Mempunyai keluasan 329 733 km persegi, iaitu merangkumi : a) Semenanjung 131 598 km persegi. b) Sarawak 124 449 km persegi. c) Sabah 73 710 km persegi.

Terletak di lokasi yang strategik, iaitu persimpangan jalan Timur dan Barat Terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, bebas daripada gempa bumi dan letusan gunung berapi Terletak di luar laluan angin taufan

Terdapat empat bentuk muka bumi iaitu : a) Tanah tinggi b) Tanah pamah c) Pinggir laut d) Saliran sungai

Terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia serta bahagian padalaman Sabah dan Sarawak. Banjaran Titiwangsa merupakan banjaran utama di Semenanjung Malaysia dan di kenali sebagai Banjaran Besar atau tulang belakang Semenanjung Malaysia. Banjaran terpanjang di Malaysia merupakan kawasan tadahan dan legeh bagi sungai-sungai utama di Semenanjung Malaysia.

Meliputi rangkaian lapan banjarannya berpunca daripada Dataran Tinggi Yunnan di pedalaman China. Sistem banjaran tersebut merentasi Thailand lalu menganjur dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia. Banjaran gunung di Semenanjung Malaysia merupakan banjaran gunung lipat tua yang stabil.

Kemuncak banjaran ini tinggi dan lebar di utara Semenanjung tetapi merendah dan sempit ke selatan

Banjaran-banjaran di Semenanjung Malaysia ialah: a) Banjaran Nakawan b) Banjaran Titiwangsa c) Banjaran Benom d) Banjaran Kedah-Singgora e) Banjaran Bintang f) Banjaran Pantai Timur g) Banjaran Keledang h) Banjaran Tahan Terdapat bukit batu kapur seperti Batu Caves,Gua Tempurung dan Gua Kelam yang mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti stalagmit dan stalaktit.

Tanah tinggi dibentuk oleh gabungan beberapa banjaran seperti Banjaran Crocker, Banjaran Trus Madi, Banjaran Maitland dan Banjaran Brassey. Gunung Kinabalu ialah gunung tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara. Banjaran Crocker bersambung dengan beberapa banjaran lain di Sarawak seperti Banjaran Tama Abu.

Sistem banjaran terletak selari dengan sempadan Sarawak-Kalimantan. Sistem banjaran di Sarawak ialah: a) Banjaran Tama Abu b) Banjaran Kapuas Hulu c) Banjaran Iran d) Banjaran Kelinkang e) Pergunungan Hose

Tanah tinggi di Sarawak berbentuk tinggi di pedalaman dan semakin merendah ke kawasan barat dan utara Terdapat beberapa gua kapur iaitu Gua Mulu dan Gua Niah.

Nama banjaran yang terdapat di dalam peta


1. 2. 3. 4.

5.
6. 7.

8.
9.

Banjaran Nakawan Banjaran Kedah-Singgora Banjaran Bintang Banjaran Keledang Banjaran Titiwangsa Banjaran Benom Banjaran Tahan Banjaran Pantai Timur Banjaran Crocker

10. Banjaran Trus Madi 11. Banjaran Witti 12. Banjaran Maitland 13. Banjaran Brassey 14. Banjaran Tama Abu 15. Pergunungan Iran 16. Pergunungan Hose 17. Banjaran Kapuas Hulu 18. Banjaran Kelinkang

Kawasan tadahan sungai Pusat pelancongan dan kawasan tanaman sayuran hawa sederhana Daya tarikan pelancong Habitat pelbagai spesies flora dan fauna Menjana kuasa hidroelektrik Sumber mineral seperti perlombongan kuprum.

Proses pergerakan di dalam bumi berkaitan dengan daya mampatan dan daya tegangan yang berasal dari arus perolakan di dalam mantel bumi.
Kuasa mampatan mewujudkan proses pelipatan menyebabkan muka bumi terlipat.

Antara bentuk muka bumi yang wujud ialah gunung, bukit, banjaran, jurang, lurah gelinciran.

Lipatan kerak bumi menunjukkan dua sifat iaitu: a) bahagian lipatan yang menonjol ke atas dinamakan lintap mungkum b) bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut Terdapat dua jenis gunung lipat, iaitu: a) gunung lipat muda b) gunung lipat tua

Proses pembentukan gunung lipat

Sebelum kerak bumi dimampatkan Selepas kerak bumi termampat dan terlipat. Bahagian yang terangkat membentuk tanah tinggi

Terbentuk kira-kira 30 hingga 35 juta tahun dahulu Kasap dan tinggi

Masih mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi


Terletak dalam Lingkaran Api Pasifik. Contohnya Gunung Mayon, Gunung Merapi dan Gunung Semeru

Terbentuk 240 juta tahun dahulu.


Mengalami gondolan, lebih rata dan tidak begitu tinggi.

Lebih stabil kerana terletak di luar Lingkaran Api Pasifik. Tidak mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi.

-----TAMAT----

Anda mungkin juga menyukai