Anda di halaman 1dari 20

BAB TIGA APLIKASI MASLAHAH DALAM PENGHAKIMAN KES-KES FASAKH DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH BUKIT MERTAJAM.

3.1

PENDAHULUAN

Terdapat pelbagai kenyataan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa keskes penceraian fasakh adalah yang paling rumit dan paling lama untuk diselesaikan di mahkamah. Ini disebabkan mahkamah terlalu menyempitkan urusan pembuktian dan hakim pula bersikap tertutup seolah-olah tidak mahu membubarkan perkahwinan walaupun keadaan memerlukan. Dakwaan sebegini banyak diketengahkan dalam masyarakat dari dahulu sehingga sekarang. Contohnya dalam Majalah Al-Islam keluaran November 1996, dibincangkan bahawa kes tuntutan fasakh selalunya mengambil masa yang sangat lama berbanding dengan tuntutan penceraian yang lain kerana pihak pemohon dikatakan mempunyai beban pembuktian yang berat seolah-olah dan memerlukan keterangan yang lengkap dan saksi yang kuat. Tambahan lagi, hakim dalam kes tuntutan fasakh memegang tanggungjawab yang lebih berat seolah-olah mengambil tempat suami melafazkan talak kepada isterinya. Atas dasar itu, maka hakim perlu mengambil masa yang lama untuk membuat penilaian dan penelitian yang cukup terperinci sebelum fasakh diluluskan. Oleh sebab kerumitan tersebut dan sebagainya,

53

maka kes fasakh mungkin mengambil masa yang sangat lama sehingga lima tahun ke tujuh tahun untuk diselesaikan dan ia tidak begitu popular dikalangan isteri.68

3.2

Penghakiman secara Islam

Istilah kehakiman yang dipakai adalah sinonim dengan bahasa arab al-Qada. Bukubuku mengenai al-Qada dalam Islam menghurai perkataan Qada, daripada Qada-yaqdi-qadan memberi pelbagai erti seperti mana yang dijelaskan dalam beberapa perkataan yang dipetik daripada ayat al-Quran diantaranya membawa erti telah mengejarkan69, telah selesai70, telah perintahkan71 dan menghukum72. Ulama fiqh pula memberi beberapa huraian, diantaranya mengikut Ibn al-Human, Qada ialah hukum yang mengikat. Ibn Abi al-Damn menyatakan ianya ialah menyelesaikan pertikaian dengan hukum mengikat yang dikeluarkan dari orang yang yang mempunyai bidang kuasa. Mengikut Syarbini al-Khatib ialah menyelesaikan pertikaian antara dua pihak atau lebih mengikut hukum syarak. Pada umumnya ulama bersetuju bahawa al-Qada atau kehakiman adalah menyelesaikan pertikaian diantara pihak-pihak dengan hukuman mengikat73.

Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Penceraian secara Fasakh ,Konsep dan Amalan di Malaysia. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Universiti Teknologi Mara(UiTM). Hlm 71. 69 Al-Baqarah. (2): 200. 70 Al-Ahzab. (33): 31. 71 Al-Isra. (17): 23. 72 Yunus. (12): 93. 73 Dr. Abdul Monir Yaacob. 2001. Sistem Kehakiman Islam. Konsep Kehakiman Islam. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Hlm. 1.

68

54

Kehakiman adalah satu diantara tuntutan syarak yang penting. Mengikut satu pendapat kehakiman adalah satu diantara tugas yang penting selepas beriman kepada Allah. Bahkan ia suatu tuntutan fardu kifayah yang merupakan tanggungjawab terletak diatas bahu setiap Muslim dan penolakan atas perlantikan jawatan hakim oleh seseorang yang mempunyai kelayakan adalah berdosa. Mengikut mazhab Syafie, seorang Muslim yang sememangnya berkelayakan dan berkemampuan untuk menjalankan tugas hakim atau kadi hendaklah memohon jawatan tersebut. Seorang yang merasakan dirinya kurang dibandingkan dengan orang lain dalam bidang kehakiman boleh menerima jawatan hakim. Dalam Islam, Kadi menghakimi tuntutan dan pertikaian mengikut hukum syarak. Kadi atau hakim diberi kuasa menjatuhkan hukuman dalam apa jua prosiding kehakiman. Keputusan hakim adalah muktamad kecuali ada rayuan. Bagaimanapun keputusan yang dibuat oleh nabi Muhammad s.a.w adalah muktamad74.

Seterusnya begitu juga di dalam penghakiman kes fasakh. Hakim akan menggunakan kuasanya dalam menentukan pensabitan fasakh melalui hukum syarak dan undangundang. Pelbagai prosiding dan rujukan yang diperlukan hakim bagi melaksanakan tugasnya agar tidak ada pihak yang bertikai dan teraniaya atas keputusannya. Penghakiman dalam kes fasakh memerlukan tumpuan dan ketelitian setiap keterangan mahupun bukti yang ada bagi menentukan pensabitan pembubaran perkahwinan secara fasakh. Selalunya pihak isteri akan memohon perbicaraan kes dan pihak isteri juga adalah dipertanggungjawabkan dengan bukti yang kuat yang boleh mensabitkan perkahwinannya boleh difasakhkan.
74

Ibid. Hlm. 2.

55

Menurut Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam berkenaan penghakiman kes pembubaran perkahwinan secara fasakh di mahkamah, Penghakiman kes-kes fasakh terutamanya di Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam tidaklah terlalu berat untuk disabitkan, kerana pihak yang mengemukakan kes selalunya mempunyai bukti yang kukuh bagi mensabitkan fasakh. Bukti-bukti yang dikemukakan semuanya mengikut hukum syarak dan menepati alasan-alasan yang terkandung dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Jika semua bukti dikemukan dan hujahan dibuat maka senanglah untuk mensabitkan kes fasakh tersebut. Penghakimannya tidak terlalu rumit dan saya akan melihat kepada alasan-alasan yang ditimbulkan dan sekiranya ianya benar maka sabit hukum fasakh keatas perkahwinan tersebut.75.

3.2.1 Kedudukan Kuasa Hakim.

Secara umumnya dalam banyak keadaan yang melibatkan tuntutan fasakh, campur tangan hakim adalah sesuatu yang sangat perlu dan dilihat sebagai unsur terpenting dalam perlaksanaan fasakh. Atas dasar itu, maka sesetengah ulama ada yang meletakkan perbahasan tentang penceraian fasakh ini di bawah satu tajuk khusus iaitu pembubaran perkahwinan di bawah kuasa hakim. Ini boleh dilihat contohnya dalam tulisan Dr. Muhammad Abu Zuhrah yang telah membincangkan perkara ini di bawah tajuk AlTalaq bi al-Hukm al-Qadi dan juga Dr. Wahbah al-Zuhaily yang meletakkannya di

Temubual bersama Tuan Mohd. Saifuddin bin Othman. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam. Pulau Pinang pada 12 Oktober 2009. Jam 3 petang.

75

56

bawah tajuk Al-Tafriq Al-Qadai. Mereka semua tidak meletakkan peruntukan ini di bawah tajuk khusus iaitu pembubaran menggunakan kuasa hakim sebagaimana ulama kontemporari tetapi dalam perbahasan mereka, ada dinyatakan tentang kuasa hakim sebagai pihak pemutus yang membuat perintah dan keputusan dalam kes-kes tersebut.

Apa yang boleh dikatakan daripada usaha para ulama kini ialah mereka sebenarnya bukanlah bertindak bertentangan dengan perbincangan ulama terdahulu tetapi sebaliknya membawa pembaharuan dengan cara mengambil kesemua yang dibahaskan dan menyeragamkannya di bawah satu tajuk yang khusus. Ini kerana usaha mereka itu telah memudahkan kita dalam mencari maklumat serta menyenangkan dalam memahami peruntukan penceraian secara fasakh76.

Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Penceraian secara Fasakh, Konsep dan Amalan di Malaysia. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Universiti Teknologi Mara(UiTM). Hlm. 14.

76

57

3.3

Kes-kes berkaitan fasakh beserta aplikasi konsep maslahah yang digunakan

dalam penghakimannya.

1. Kes Siti Noraini Binti Abdul Rahman lawan Mohd SyaifulBahril Bin Saidin.77 Kes ini adalah tuntutan cerai fasakh di bawah seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Pihakpihak ini telah berkahwin pada 02.12.2006 dan dikurniakan seorang anak sepanjang tempoh perkahwinan. Isu-isu yang ditimbulkan dalam kes ini adalah defendan telah tidak memperuntukkan nafkah seperti yang terkandung dalam seksyen 53 (1)(b). Defendan juga telah tidak menyediakan saraan hidup dan telah tidak menunaikan tanggungjawab dalam memperuntukkan nafkah sejak tinggal bersama. Isu yang seterusnya ialah Defendan telah menganiaya isteri dengan menyakiti dan menjadikan kehidupan Plaintif menderita seperti yang terkandung dalam seksyen 53 (h)(i). Kejadian itu berlaku adalah disebabkan pertengkaran mengenai isu penjagaan anak. Fakta kejadian tersebut adalah Defendan telah menghentak topi keledar ke kepala Plaintif. Plaintif mendapat kecederaan seperti calar, luka, dan berdarah serta lebam.

Plaintif yang diwakili peguam telah menyuarakan hujah bahawa ketidakhadiran dan tiada sebarang pembelaan daripada Defendan menguatkan lagi qarinah yang menunjukkan bahawa tuntutan Plaintif benar dan relevan. Plaintif memohon kepada

77

No.Kes 07003-014-0632-2007. Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam. Pulau Pinang.

58

mahkamah agar mensabitkan dan memutuskan penceraian secara fasakh antara mereka. Plaintif juga telah melafazkan sumpah al-Istizhar bagi menguatkan tuntutannya.

Menerusi penghakiman dalam kes ini, Yang Arif Tuan Mohd Saifuddin Bin Othmam telah mensabitkan pembubaran perkahwinan secara fasakh berdasarkan tuntutan Plaintif berkenaan lazim menyakiti yang termaktub di dalam seksyen 53 (1)(h)78. Jika dilihat dalam kes ini, Hakim menggunakan maslahah daruriyyah dalam menentukan pensabitan hukum. Maslahah daruriyyah yang terdapat di dalam kes ini ialah kebajikan menjaga akal. Hakim meneliti segala keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif beserta saksi-saksinya. Dalam kenyataan Plaintif bahawa Defendan selalu memukulnya dan pernyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan saksi-saksinya. Bukti yang menyatakan Defendan telah memukul Plaintif dapat dibuktikan lagi dengan laporan perubatan Plaintif. Keperluan menjaga nyawa atau daruriyyah al-nafs penting bagi memastikan kehidupan Plaintif lebih terjamin sekiranya pernikahan mereka dibubarkan.

Maslahah lain yang digunakan ialah keperluan menjaga akal atau daruriyyah al-aql iaitu dengan pembubaran perkahwinan mereka oleh Hakim maka Plaintif tidak akan lagi berasa tekanan dan kehidupannya akan lebih sempurna selepas difasakhkan. Dua maslahah digunakan oleh Hakim dalam menentukan pensabitan hukum fasakh pada kes ini. Kedua-dua maslahah ini wujud berdasarkan kenyataan yang telah dikemukakan
78

Seksyen 53 (1)(h). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

59

serta bukti-bukti yang terdapat dalam kes ini. Keperluan dalam menjaga nyawa dan akal penting bagi Plaintif untuk memulakan hidup baru dengan lebih selamat tanpa lagi diganggu oleh pihak Defendan. Kehidupan yang baik dapat dinikmati oleh pihak Plaintif selepas maslahah ini digunakan dalam menentukan kesnya.

2. Kes Salbiah Binti Yahya lawan A.Saleem Bin Abd. Thalif.79 Kes ini adalah berkaitan tuntutan cerai fasakh di bawah Seksyen 53 Enakmen UndangUndang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Pihak-pihak telah dikurniakan dua orang anak sepanjang tempoh perkahwinan. Plaintif telah keluar dari rumah kelamin 06.05.2005 kerana tidak tahan dengan sikap Defendan yang mana suka memukulnya, mengambil dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita India.

Antara sebab-sebab tuntutan fasakh ialah Defendan telah menganiaya dengan menyakiti dan menjadikan kehidupan Plaintif menderita seperti seksyen 53 (1)(h)(i).80 Dalam keterangan, Plaintif telah menyatakan bahawa Defendan telah memukulnya kali terakhir pada 03 Januari 2005 di rumah Taman Bercham Jaya, Ulu Kinta, Perak. Plaintif juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh, Perak. Seterusnya sebab munasabahnya yang lain ialah Defendan hidup berperangai keji seperti termaktub dalam seksyen 53 (1)(h)(ii)81. Defendan adalah seorang penagih dadah dan mempunyai

No.Kes 07003-014-0105-2008. Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam. Pulau Pinang. Seksyen 53 (1)(h)(i). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. 81 Ibid. Seksyen 53 (1)(h)(ii).
80

79

60

hubungan sulit dengan perempuan India. Plaintif dalam keterangannya telah mendakwa bahawa Defendan seorang penagih dadah dan sering mengambil dadah di rumah serta implikasi daripada pengambilan tersebut, Defendan kerap memukul Plaintif dengan teruk.

Seterusnya Plaintif juga menyatakan bahawa Defendan mempunyai hubungan sulit dengan wanita India. Keterangan Plaintif, bahawa Defendan telah pernah membawa pulang wanita India bernama Rani ke rumah matrimonial mereka pada bulan April 2004 ketika waktu petang. Plaintif telah mengemukakan beberapa keratan akhbar yang di dalamnya melaporkan seperti berikut: kira-kira jam 7.30 pagi oleh bapa dan teman wanitanya (rujuk keratan akhbar Harian Metro, Sabtu 10 Mac 2007, muka surat 19). Plaintif juga telah melakukan lafaz sumpah al-Istizhar bagi menguatkan qarinah untuk mensabitkan fasakh atas sebab-sebab yang dikemukakan.

Menerusi penghakiman dalam kes ini, Yang Arif Tuan Mohd Saifuddin Bin Othmam telah mensabitkan pembubaran perkahwinan secara fasakh berdasarkan tuntutan Plaintif berkenaan lazim menyakiti yang termaktub di dalam seksyen 53 (1)(h)82. Keputusan menfasakhkan pernikahan ini ditentukan oleh Hakim disebabkan terdapat bukti-bukti yang sabit dari segi Undang-Undang mahupun Hukum Syarak. Maslahah juga digunakan dalan kes ini sebelum menentukan hukuman sabit fasakh. Antara maslahah yang digunakan dalam kes ini ialah keperluan asas atau maslahah daruriyyah.
82

Seksyen 53 (1)(h). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

61

Maslahah daruriyyah yang terdapat dalam kes ini ialah dari segi kebajikan menjaga nyawa daruriyyah al-nafs. Kebajikan menjaga nyawa membolehkan hidup Plaintif selepas difasakhkan lebih baik daripada sebelumnya. Plaintif tidak akan lagi dipukul oleh Defendan selepas pernikahan mereka difasakhkan.

Aspek lain daripada maslahah daruriyyah ialah kebajikan menjaga akal daruriyyah al-aql. Kehidupan Plaintif tidak akan lagi dibelenggu dengan pergaduhan mahupun pukul memukul. Perkara ini penting bagi memastikan Plaintif tidak akan trauma dengan kejadian yang menimpanya. Penjagaan akal ini juga penting kepada anak-anak bagi memastikan mereka tidak berada dalam ketakutan sekiranya Plaintif dipukul oleh Defendan. Selepas difasakhkan, Plaintif boleh hidup dengan tenang bersama anak-anak tanpa memikirkan perkara yang telah berlaku.

Hakim juga melihat kepada kebajikan menjaga agama daruriyyah al-din dari sudut perbuatan Defendan yang berkelakuan keji seperti menjalinkan hubungan sulit dengan wanita India. Perkara ini sepatutnya dibendung dan ianya salah dari segi Hukum Syarak kerana perbuatan itu adalah maksiat. Keperluan ini perlu diambil agar Defendan dapat berubah dari sikapnya yang buruk kepada baik serta melepaskan Plaintif daripada hidup dengan perbuatan maksiat oleh Defendan. Penjagaan kebajikan agama ini penting bagi memastikan kehidupan Plaintif dan anak-anak tidak dipengaruhi oleh perangai keji Defendan terhadap keluarganya.

62

3. Kes Siti Zabedah Binti Said lawan Usaman Bin Maming.83 Kes ini adalah tuntutan cerai fasakh di bawah Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Plaintif telah berkahwin dengan Defendan di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 25.09.2005. Pihak-pihak tidak dikurniakan anak sepanjang tempoh perkahwinan. Plaintif telah dihantar oleh Defendan dari rumah kelamin 20.12.2006 kerana tidak tahan dengan sikap Defendan yang mana mengabaikan tanggungjawab bagi menyediakan nafkah keluarga dan sering menggunakan serta melupuskan harta Plaintif.

Antara alasan permohonan fasakh ialah Defendan telah tidak memperuntukkan nafkah seperti termaktub dalam seksyen 53(1)(b)84. Defendan telah tidak menyediakan saraan hidup dan telah tidak menunaikan tanggungjawab dalam memperuntukkan nafkah sejak tinggal bersama. Plaintif menanggung segala keperluan dan perbelanjaan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di Jabil Circuit, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Keterangan ini menunjukkan ada kemungkinan besar ketiadaan nafkah daripada Defendan sehingga menyebabkan Plaintif terpaksa bekerja. Menarik perhatian, Plaintif sanggup bekerja di Bayan lepas sedangkan tempat mereka menetap bersama di Kampung Pertama. Plaintif juga telah mendapatkan khidmat kaunseling dari Pejabat Agama Daerah Butterworth bagi menyelesaikan krisis rumahtangga mereka tetapi tidak berjaya mencapai kata sepakat ke arah kebaikan.

83 84

No.Kes 07003-014-0245-2007. Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam. Pulau Pinang. Seksyen 53(1)(b). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

63

Alasan seterusnya ialah Defendan telah menganiayai isteri dan menjadikan kehidupan Plaintif menderita seperti seksyen 53 (1)(h)(i). Plaintif telah menyatakan bahawa 25.03.2007 bertempat di Jabil Circuit, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah berlaku di mana Defendan telah menculiknya dan menggunakan cara kekerasan membawa Plaintif dengan sebuah kereta Wira warna kelabu bernombor pendaftaran PEX 4459 menuju utara Kedah. Keterangan ini disokong oleh saksi 1 dan saksi 2 di mana di dalam keterangan mereka telah menyatakan kepada Mahkamah bahawa mereka juga turut terlibat di dalam kejadian itu.

Dalam situasi ini, Defendan telah melakukan satu tindakan mengambil dan membawa Plaintif secara paksaan tanpa rela dan boleh diklasifikasikan sebagai jenayah. Hujah bahawa ketidakdadiran dan tiada sebarang pembelaan daripada Defendan juga merupakan satu qarinah yang membuktikan bahawa setiap inci tuntutan Plaintif adalah benar dan relevan. Plaintif juga telah melakukan sumpah al-Istizhar untuk menguatkan kenyataannya.

Penceraian secara fasakh ini dihakimi oleh Yang Arif Tuan Mohd Saifuddin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam. Hakim telah menggunakan

kebijaksanaannya dalam mensabitkan hukum fasakh untuk perkahwinan ini. Hakim menggunakan pelbagai keperluan atau maslahah dalam perbicaraan kes ini sebelum memutuskan hukuman. Maslahah yang tercapai dalam kes ini ialah keperluan asas atau

64

maslahah daruriyyah. Dari segi aspek dalam maslahah ini ialah kebajikan menjaga agama, kebajikan menjaga nyawa dan kebajikan penjagaan harta. Dari sudut penjagaan agama, dalam kes ini Defendan tidak menunaikan tanggungjawabnya dalam pemberian nafkah kepada isterinya. Sekiranya ini tidak dibendung maka pengabaian ini boleh memudaratkan isteri untuk melakukan suruhan agama dan keperluan hidup yang tidak sempurna.

Dari segi aspek kebajikan menjaga nyawa, terdapat perkara yang telah dilakukan oleh Defendan yang menyebabkan kehidupan Plaintif dalam ketakutan dan trauma. Defendan telah menyakiti dan menganiaya kehidupan Plaintif dengan kelakuannya semasa mereka masih suami isteri. Hakim melihat keadaan ini perlu diambil berat bagi menjaga kehidupan Plaintif lebih terjamin serta hidup dalam keadaan baik tanpa berada dalam keadaan ketakutan. Seterusnya ialah dari segi aspek kebajikan penjagaan harta. Penjagaan harta dalam kes ini dapat dilihat dari segi nafkah. Defendan tidak memberikan sebarang nafkah yang menyebabkan Plaintif terpaksa bekerja untuk menampung dirinya. Sekiranya perkara ini diteruskan maka Defendan akan membuat apa-apa sahaja tindakan bagi mendapatkan harta yang dicari oleh Plaintif. Perkara ini sudah dapat dielakkan dengan pensabitan fasakh bagi perkahwinan ini.

65

4. Kes Ruzizaini Binti Muhd Lazim lawan Suhaime Bin A Hamid.85 Kes ini melibatkan kepada tuntutan penceraian secara fasakh berdasarkan Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Di dalam tuntutan Plaintif telah menyatakan beberapa alasan-alasan untuk pensabitan penceraian secara fasakh iaitu Defendan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ketagihan najis dadah dan tidak bekerja, Defendan juga seorang penagih dadah, pencuri dan tidak memberi nafkah dengan sempurna. Defendan juga pernah ditahan di Pusat Serenti Muar, Penjara Simpang Renggam, Pusat Serenti Tampoi dan pernah diarah lapor diri di Balai Polis Simpang Renggam selama 2 tahun. Semasa tempoh perkahwinan mereka telah dikurniakan 3 orang anak. Plaintif terpaksa balik ke Kepala Batas, Pulau Pinang dan bekerja untuk menampung perbelanjaan kehidupan sendiri dan anak-anak. Kenyataan ini disokong oleh saksi-saksi yang menyatakan bahawa Defendan seorang penagih dadah beserta tempat ditempatkan Defendan semasa tahanannya.

Plaintif juga telah membuktikan dengan ketiadaan pembelaan daripada Defendan maka semua keterangannya adalah benar dan terpakai berdasarkan peruntukan Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 makanya keterangan Plaintif mesti diterima pakai di dalam perbicaraan ini. Plaintif juga telah melakukan sumpah al-Istizhar dalam perbicaraan untuk menguatkan lagi hujahan serta keterangan yang telah diberikan dalam tuntutannya.

85

No.Kes 07003-014-0599-2008. Mahkamah rendah Syariah Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

66

Dalam penghakiman kes

ini,

Hakim

menggunakan kebijaksanaannya dalam

menjatuhkan hukum fasakh terhadap pasangan ini. Pertamanya, Hakim menggunakan kaedah keperluan asas ataupun masalahah daruriyyah dalam menentukan

penghakimannya. Aspek yang digunakan dalam maslahah daruriyyah di sini ialah kebajikan menjaga nyawa daruriyyah al-nafs. Kebajikan menjaga nyawa penting kerana Hakim melihat Defendan akan membawa kemudaratan kepada Plaintif dan anakanak sekiranya mereka terus berkeluarga. Defendan yang telah banyak masuk dan keluar pusat serenti menunjukkan satu qarinah yang kuat bahawa Defendan tidak pernah insaf atas kesalahannya. Kebajikan anak-anak mahupun Plaintif terpelihara sekiranya mereka berpisah. Seterusnya ialah, Hakim menggunakan maslalah daruriyyah dari segi aspek menjaga kebajikan akal dan harta. Kebajikan akal di sini ialah keadaan yang dihadapi oleh Plaintif adalah satu tekanan yang kuat kepadanya serta anak-anak yang terabai menyebabkan Plaintif berada dalam keadaan yang tidak terkawal sekiranya mereka terus bersama.

Dari segi kebajikan menjaga harta pula ialah, sekiranya Plaintif bekerja manakala Defendan tidak bekerja, boleh berlaku sesuatu perkara yang tidak baik dimana segala pendapatan Plaintif akan diambil oleh Defendan untuk memuaskan kehidupannya sebagai seorang penagih dadah. Perkara ini penting dalam melihat kepentingan kepada Plaintif mahupun kepada masyarakat bahawa tanggungjawab sebagai suami berat dan wajib menyediakan nafkah kepada keluarganya bagi melihat generasi akan datang berada dalam keadaan baik dan harmoni. Plaintif serta anak-anak dapat memulakan

67

kehidupan baru dengan lebih baik dan selamat tanpa memikirkan lagi tentang Defendan yang tidak bertanggungjawab.

5. Kes Noor Azlida Binti Mat Lazin lawan Md.Ali Bin Haji Md.Siddik Molla.86 Kes ini melibatkan tuntutan penceraian secara fasakh di bawah seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Plaintif telah berkahwin dengan Defendan pada 17.09.2002 di Dhaka, Bangladesh. Pihak-pihak telah dikurniakan dua orang cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan. Defendan telah pulang ke Bangladesh pada Mei 2006 untuk mengubati penyakit yang dihadapinya dan sehingga hari ini tidak pulang ke pangkuan Plaintif tanpa khabar berita.

Antara alasan-alasan yang digunakan dalan kes ini ialah bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun berdasrkan seksyen 53(1)(a)87. Plaintif juga tidak mengetahui sebarang khabar berita mengenai Defendan. Keterangan ini disokong oleh saksi 1 dan saksi 2 Plaintif ketika pendengaran keterangan mereka. Alasan seterusnya ialah Defendan telah tidak memperuntukkan nafkah seperti seksyen 53 (1)(b)88. Plaintif telah menyatakan di dalam keterangannya bahawa Defendan telah tidak menyediakan saraan hidup dan telah tidak menunaikan tanggungjawab dalam memperuntukkan nafkah sejak pulang ke Bangladesh

No.Kes 07003-014-0540-2007. Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seksyen 53(1)(a). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pualu Pinang) 2004. 88 Ibid. Seksyen 53 (1)(b).
87

86

68

pada Mei 2006 sehingga tuntutan ini difailkan. Sejak itu, Plaintif yang menanggung segala keperluan dan perbelanjaan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di Perai, Pulau Pinang.

Penceraian secara fasakh ini diputuskan oleh Yang Arif Tuan Mohd Saifuddin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam. Keputusan ini dijatuhkan pada 30.06.2009. Berdasarkan penghakiman yang telah dibuat, Mahkamah telah mensabitkan pembubaran perkahwinan Plaintif dan Defendan secara fasakh mulai 30.06.2009. Hakim telah menggunakan pelbagai maslahah bagi menjaga kebajikan masing-masing agar tiada pihak yang teraniaya. Pertamanya, Hakim menggunakan keperluan asas ataupun maslahah daruriyyah dalam mensabitkan kes ini. Aspek yang dikira ialah kebajikan menjaga agama iaitu maslahah daruriyyah al-din. Kebajikan menjaga agama dapat diteruskan oleh Plaintif sekiranya perkahwinan ini difasakhkan. Jika tidak difasakhkan, Plaintif telah tidak dapat melakukan kerja ibadatnya dengan sempurna tanpa nafkah yang sepatutnya diberikan oleh Defendan. Seterusnya ialah kebajikan menjaga akal. Plaintif akan hidup dalam tekanan sekiranya perkahwinan ini diteruskan kerana Plaintif terpaksa melakukan pelbagai kerja bagi memastikan kehidupannya dan keluarga dapat diteruskan. Tekanan yang dialami oleh Plaintif boleh menyebabkan kepada pengabaian kepada anak-anak sekiranya Plaintif tidak boleh menjaga kebajikan keluarganya. Ini adalah antara maslahah yang digunakan oleh Hakim dalam mensabitkan kes ini berdasarkan maslahah daruriyyah yang terdapat dalam kes ini.

69

3.4

Statistik kes-kes fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam.


STATISTIK KES-KES FASAKH DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH BUKIT MERTAJAM TAHUN 200989.
SELESAI J U M L A H

JADUAL 1:

BULAN / JENIS

BAKI

DAFTAR PELARASAN

TARIK BALIK

BATAL/ BUANG KES

SULH / SETUJU

PINDAH KES

TOLAK

LULUS

JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

40 41 41 41 42 42 39 35 35 35 34 36

5 6 3 5 3 2 2 3 2 1 1 3 2 2 1 2 1

4 6 2

4 6 3 4

1 3 3

3 5 6 3 0

5 6 2

4 4

6 4 7

Berdasarkan jadual 1 iaitu statistik kes-kes fasakh ini menunjukkan banyak kes yang berbaki untuk setiap bulan bagi tahun 2009. Kes yang berdaftar untuk pelarasan hanya sedikit berbanding kes yang berbaki bagi setiap bulan. Pada bulan Mei dan Jun menunjukkan jumlah kes berbaki yang terbanyak manakala jumlah kes berbaki yang paling kurang pada bulan November 2009. Kes diselesaikan dalam pelbagai jenis iaitu penarikan balik kes, pembatalan atau buang kes, persetujuan dalam majlis sulh,

89

Sumber daripada Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam.

70

pemindahan kes, penolakan kes dan kelulusan kes. Jika diteliti, kes hanya diselesaikan dengan penarikan kes, pembatalan kes dan kelulusan permohonan kes. Penarikan kes paling tinggi dicatatkan pada bulan Disember 2009 manakala pembatalan kes paling tinggi dicatatkan pada bulan Ogos dan Jun 2009. Berdasarkan statistik telah menunujukkan kelulusan permohonan kes fasakh paling tinggi pada bulan Februari 2009 dan paling rendah pada bulan Mei 2009.

3.5

Impak pengaplikasian konsep maslahah dalam penghakiman kes.

Diteliti daripada jadual 1 yang menunjukkan berkenaan statistik kes-kes fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam tahun 2009 didapati bahawa banyak kes yang sedang dalam sebutan mahupun dalam proses perbicaraan. Statistik menunjukkan bahawa hampir setiap bulan kes-kes fasakh diselesaikan dan kebanyakannya kes-kes diluluskan atau permohonan fasakh diterima. Hakim menggunakan maslahah dalam menentukan keputusan beserta peruntukan undang-undang yang sedia ada. Jika dilihat daripada jumlah kes yang diluluskan, maka terbukti bahawa masyarakat di sini mengetahui apakah itu fasakh dan menggunakannya bagi menyelamatkan institusi keluarga mereka. Masyarakat umumnya mengetahui kaedah serta konsep fasakh itu sendiri dan ini terbukti di dalam statistik yang menunjukkan baki kes yang belum diselesaikan di mahkamah ini. Kes-kes banyak yang tertangguh disebabkan pelbagai masalah serta pihak-pihak yang terbabit mesti mencari bukti-bukti yang kukuh setelah permohonan kes dikemukakan.

71

3.6

Kesimpulan

Penghakiman kes pembubaran perkahwinan secara fasakh ini berdasarkan kepada budi bicara Hakim berdasarkan kepada Hukum Syarak dan peruntukan yang terdapat di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Kebanyakan keputusan yang telah diputuskan oleh Hakim melihat kepada pembuktian dalam tuntutan yang dibuat oleh si isteri. Kes-kes fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam ini kebanyakannya susah untuk disabitkan kerana tidak mempunyai bukti dan keterangan yang cukup bagi membuktikan tuntutan yang difailkan. Terdapat juga kes yang hanya melibatkan si isteri sahaja tanpa penglibatan daripada suami. Jika ketiadaan suami maka Hakim akan mempertimbangkan bahawa segala kenyataan isteri bersama saksi-saksinya adalah benar dan relevan kerana pihak suami tidak mengemukakan pembelaan dan ketidakhadirannya ke Mahkamah. Hakim akan mempertimbangkan segala kenyataan yang dikatakan oleh pihak Plaintif , Defendan mahupun saksi-saksi dalam pensabitan pembubaran perkahwinan secara fasakh. Hakim juga akan melihat kepada maslahah dalam penentuan hukum bagi kes-kes yang dibicarakan. Antara maslahah-maslahah yang digunakan Hakim dalam kes-kes berikut bagi penentuan hukum adalah maslahah keperluan asas atau maslahah daruriyyah, keperluan biasa atau maslahah hajiyyah dan keperluan mewah atau maslahah tahsiniyyah. Maslahah ini selalunya digunakan dalam menentukan pensabitan sesuatu tuntutan kes fasakh di Mahkamah ini.

Anda mungkin juga menyukai