Anda di halaman 1dari 7

1. 2.

3. 4. 5. 6. 7. 8.

9. 10. 11.

12.

13.

14. 15. 16.

17.

Dengan memberikan contoh-contoh tertentu, jelaskan mengapa fenomena "Pulau Haba Bandar" berlaku. "Agrometeorologi merupakan satu bidang kajian yang cuba mengaitkan beberapa parameter cuaca dan iklim dengan semua peringkat perkembangan dan pertumbuhan tanaman di mana faktor bahangan suria paling nyata kesannya". Sistem atmosfera bumi mencapai satu keadaan keseimbangan taburan tenaga bahangan. Bincangkan secara terperinci pola pola taburan bahangan tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan "Pencemaran Udara"? Bincangkan secara terperinci bagaimana pencemaran udara telah mempengaruhi cuaca dan iklim setempat. Bincangkan bagaimana pola taburan zon tekanan udara pada bulan-bulan yang berlainan dapat mempengaruhi tiupan Angin Monsun. Bincangkan bagaimana sistem angin monsun dapat mempengaruhi berbagai unsur iklim di Asia Tenggara. Bahaskan punca utama bencana banjir yang sering melanda di beberapa buat negeri di Malaysia. Pembangunan fizikal dekad semasa telah menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar di kebanyakan kawasan di Malaysia. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh agensi kerajaan dalam menangani masalah ini Bincangkan bagaimana sistem angin monsun dapat mempengaruhi geografi manusia dan fizikal di Malaysia. Bincangkan bagaimana musim-musim berlainan di Malaysia dapat mempengaruhi berbagai aktiviti manusia di Malaysia. Empangan Bakun dikatakan menyebabkan bencana ekologi oleh pihak-pihak pencinta alam. Sediakan satu analisis mengenai kos-faedah dengan membahaskan faedah-faedah dan kos-kos negatif projek tersebut. Dengan bantuan peta dunia, huraikan taburan pola-pola tekanan udara sedunia bagi musim panas dan musim dingin. Terangkan bagaimana pola-pola tekanan tersebut mempengaruhi polapola angin permukaan. Anda diminta membina sebuah rumah di Yemen, apakah penyesuaian yang harus diberi kepada iklim di situ? Dengan menggunakan gambarajah-gambarajah tertentu huraikan struktur-struktur seni bina yang akan anda gunakan sebagai penyesuaian tersebut. Bincangkan bagaimana unsur-unsur iklim dapat mempengaruhi kegiatan pelancongan di merata tempat. Apakah berbezaan di antara pemeluwapan dan kerpasan? Huraikan beberapa jenis pemeluwapan dan kerpasan yang terdapat di Malaysia. Sesetengah kawasan di dunia menerima jumlah bahangan matahari yang berlebihan dan setengah kawasan yang lain pula menerima jumlah yang berkurangan. Namun begitu, tiada sebarang kawasan di dunia yang menjadi semakin panas ataupun semakin sejuk. Penjanaan tenaga elektrik melalui kuasa hidro telah dikatakan bersih dan mesra alam dan tidak membahayakan alam sekitar. Dengan membandingkan kesan-kesan jenis tenaga ini dengan jenis-jenis yang lain, terangkan adakah anda bersetuju atau tidak dengan kenyataan tersebut.

18.

19. 20.

21.

Huraikan peredaran musim-musim tertentu di Malaysia daripada segi masa. Dengan merujuk kepada Malaysia, terangkan bagaimana kemusiman telah mempengaruhi taburan pola hujan mengikut masa dan ruang. Terangkan syaratsyarat di dalam atmosfera yang menggalakkan proses pemeluwapan dan bincangkan beberapa proses pemeluwapan yang berlainan di dunia. Dengan merujuk kepada contoh-contoh tertentu bincangkan bagaimana beberapa unsur cuaca dan iklim yang berlainan dapat mempengaruhi seni bina rumah dan bangunan di dalam: a. Kawasan Gurun Tropika; b. Kawasan Khatulistiwa; dan c. Kawasan Grassland. Sejak Revolusi Industri, kandungan karbon dioksida di dalam atmosfera telah bertambah dengan banyaknya. Senaraikan punca bahan pencemaran tersebut dan jelaskan bagaimana ia telah mempengaruhi cuaca dan iklim setempat. Dengan merujuk kepada contoh-contoh, huraikan bagaimana unsur-unsur iklim yang berlainan telah mempengaruhi seni bina rumah dan bangunan di pelbagai kawasan yang berlainan iklim. Bincangkan peranan manusia dan pengaruhnya terhadap krisis air di Malaysia pada tahun 1998. Kawasan bandar-bandar besar dunia cenderung kepada mewujudkan ciri-ciri iklim dan cuaca yang istimewa. Apakah faktorfaktor yang menentukan kadar penerimaan tenaga bahangan matahari oleh permukaan bumi? Terangkan secara terperinci pengaruh setiap faktor tersebut dengan memberikan contoh dan bukti tertentu. Manusia dan pengaruhnya terhadap kitaran hidrologi. Bincangkan bagaimana peranan hidrometeorologi di dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pertanian. Jelaskan bagaimana kegiatan-kegiatan manusia telah mengubah cuaca (tempatan) dan iklim (dunia). Jelaskan factor kewujudan Hujan Asid. Bincangkan bagaimana taburan hujan asid di Semenanjung Malaysia dan jelaskan sebab-sebab dan kesan-kesannya. Cadangkan kaedah untuk mengatasinya. Bandaraya Kuala Lumpur dikatakan mengalami ciri-ciri iklim dan cuaca yang berbeza jika dibandingkan dengan luar bandar." Huraikan. Bincangkan peranan prosesproses (a) Penyerakan, (b) pemantulan, (c) Serapan, dan (d) Albedo di dalam penggunaan tenaga bahangan matahari. Terangkan bagaimana setiap proses tersebut dapat dikaitkan. Berikan satu tinjauan mengenai bencana banjir kilat yang berlaku di Johor pada tahun 20062007. Jalankan satu kajian mengenai sebab-sebab kejadian tanah runtuh dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Pembalakan di negara-negara tropika telah dipersalahkan oleh Negara Barat kerana menyebabkan peningkatan karbon dioksida di atmosfera. Cadangkan satu penyelesaian untuk masalah ini.

22. 23. 24. 25. 26.

27. 28. 29. 30.

31. 32.

33. 34. 35.

36. 37. 38. 39. 40. 41.

42. 43.

44. 45. 46. 47. 48.

49. 50. 51. 52. 53.

Kadar pengeluaran hasil tanaman amat bergantung kepada kefahaman yang sempurna terhadap iklim. Senaraikan beberapa jenis nuklei pemeluwapan yang wujud di dalam atmosfera dan bincangkan kepentingan nuklei tersebut di dalam proses pemeluwapan. Bincangkan secara terperinci tentang Sistem Angin Monsun di Asia Tenggara dan bagaimana angin ini telah mempengaruhi taburan hujan di Malaysia. Jelaskan teori proses kerpasan secara ringkas dan kemudian bincangkan teori BergeronFindeisen dan teori lagaan secara mendalam. Bincangkan secara terperinci bagaimana kegiatan manusia telah menyebabkan perubahan unsure-unsur iklim. Dengan menggunakan contoh-contoh tertentu dari Malaysia dan juga dari negeri lain, bandingkan perbezaan beberapa unsur cuaca dan iklim di antara kawasan Bandar-bandar besar dengan kawasan sekitarnya. Pengeluaran haba merupakan faktor yang paling penting di dalam pengubahan unsurunsur iklim di bandar-bandar besar dunia". Bincangkan Hutan di dalam bandar patut dikekalkan: Dengan merujuk kepada bandaraya Kuala Lumpur, melalui contoh-contoh tertentu jelaskan bagaimana hutan dapat meningkatkan kualiti hidup di kawasan bandar. Dengan merujuk kepada aliran haba lautan di dunia, huraikan bagaimana arus lautan dapat mempengaruhi cuaca dan iklim kawasan tanah daratan yang berhampiran. Dengan merujuk kepada Lautan Pasifik, huraikan bagaimana arus lautan dapat mempengaruhi unsur-unsur iklim di tanah daratan yang bersempadan dengan lautan tersebut. Dengan merujuk kepada Lautan Atlantik, huraikan bagaimana arus lautan dapat mempengaruhi unsur-unsur iklim di tanah daratan yang bersempadan dengan lautan tersebut. Huraikan proses pembentukan awan dan seterusnya senaraikan jenis-jenis awan yang didapati di merata tempat di dunia. Apakah yang difahamkan dengan "Zon Penumpuan Antara Tropika (ITCZ)"? Bincangkan faktorfaktor yang menyebabkan iklim berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam zon tersebut. Berpandukan peta dunia, lorekkan kawasan-kawasan beriklim Khatulistiwa. Huraikan ciri-ciri iklim tersebut secara terperinci. Apakah yang maksudkan dengan istilah "Perenggan"? Merujuk Bagaimana fenomena tersebut berlaku di merata tempat di dunia, huraikan perkembangan unsur-unsur cuaca yang dihasilkan. Merujuk kepada salah sebuah negeri beriklim monsun tropika huraikan ciri-ciri iklim dan jelaskan bagaimana angin monsun telah mempengaruhi unsur-unsur iklimnya Bincangkan pandangan bahawa tidak terdapat sebarang iklim yang boleh dikatakan sebagai mewakili iklim gurun lazim. Apakah yang boleh difahami dengan istilah kadar tukaran suhu udara sekitar, kadar tukaran suhu adiabatik kering dan kadar tukaran suhu adiabatik tepu? Kenapakah pengetahuan tentang kadar tukaran tersebut amat penting untuk memahami keadaan cuaca setempat? Apakah yang difahamkan dengan istilah:

54.

a. b. c. d. e. f. 55. 56. 57. 58.

min suhu harian; min suhu bulanan; min suhu tahunan; min beza antara suhu harian; min beza antara suhu bulanan; dan min beza antara suhu tahunan.

59.

60. 61. 62.

63. 64.

65. 66. 67.

68.

Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan iklim? Apakah trend iklim masa depan dan apakah kesan-kesannya? Apakah yang difahamkan dengan istilah "Bayu darat dan bayu laut". Huraikan bagaimana fenomena ini mempengaruhi aktiviti manusia di Malaysia. Buat satu klasifikasi tentang jenis-jenis awan sedunia dan bincangkan dengan jelas istilah-istilah yang digunakan bagi menjelaskan jenis-jenis awan tersebut. Rekabentuk seni bina rumah dan bangunan dapat menggambarkan unsur-unsur iklim setempat. Bincangkan penyataan ini dengan merujuk kepada seni bina rumah dan bangunan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tuliskan nota nota mengenai istilah-istilah berikut: a. Gelombang Rossby b. Sel Hadley c. Daya Koriolis d. Imbangan Bahangan Bumi-Atmosfera e. Lapisan Ozon Perihalkan pola taburan ozon dunia mengikut ruang dan masa. Bincangkan sebab-sebab wujudnya masalah penipisan lapisan ozon sedunia dan cadangkan kaedah penyelesaiannya. Jelaskan bagaimana beberapa kegiatan manusia telah mengakibatkan iklim di bandar besar berbeza dari iklim di desa. Reka bentuk rumah dan bangunan merupakan penyesuaian manusia kepada unsur-unsur cuaca dan iklim setempat". Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk kepada reka bentuk dan seni bina rumah dan bangunan di merata tempat di dunia. Jelaskan fenomena El Nino dan La Nina? Bincangkan secara terperinci bagaimana El Nino 1997/98 telah mempengaruhi iklim dunia. Apakah yang boleh difahami tentang fenomena jerebu? Jelaskan punca-puncanya? Bincangkan secara terperinci bagaimana jerebu yang melanda Malaysia pada Julai 1997 hingga November 1997 telah mempengaruhi berbagai aspek alam sekitar dan sosio-ekonomi. Apakah yang boleh difahami tentang fenomena hujan asid? Jelaskan punca-puncanya? Bincangkan secara terperinci bagaimana fenomena ini terjadi Malaysia. Jelaskan bagaimana hujan asid terjadi? Bincangkan bagaimana fenomena hujan asid boleh mempengaruhi aspek alam sekitar dan sosio-ekonomi di Malaysia. Dengan merujuk kepada kes-kes yang berlaku di Malaysia, Bincangkan masalah-masalah utama berkaitan dengan bekalan sumber air dan cadangkan bagaimana pengurusan sumber air lestari dapat dilaksanakan. Bincangkan kesan kegiatan manusia terhadap komponen-komponen utama kitaran hidrologi.

69.

70. 71. 72. 73. 74. 75.

Bandingkan kitaran hidrologi di sesuatu hutan hujan khatulistiwa semulajadi dan kitaran hidrologi di dalam ekosistem sebuah bandaraya besar. Dengan menumpu kepada perbezaanperbezaan utama kedua-dua kitaran tersebut, bincangkan implikasi-implikasinya. Bincangkan caracara bagaimana kegiatan manusia telah mengubah cuaca (tempatan) dan iklim (dunia). Pengeluaran hasil tanaman dunia sangat bergantung kepada iklim. Bahaskan kefahaman anda Banjir sering diperkatakan sebagai sesuatu bencana semulajadi di Malaysia. Bahaskan Jelaskan ciri-ciri unik hutan hujan tropika? Huraikan pengaruh hutan tersebut tdengan mengambil kira unsur-unsur cuaca dan iklim mikro dan makro. Jelaskan kesan-kesan hujan asid terhadap pertanian di Malaysia? Apakah cara-cara yang sesuai untuk mengurangkan kesan-kesan ini? Cadangkan bagaimana peranan yang boleh dimainkan oleh: a. Masyarakat Antarabangsa; b. Kerajaan sesebuah negara; c. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO); dan d. Individu boleh membantu mengurangkan fenomena Hujan Asid dan juga kesan-kesan utama akibat fenomena tersebut.

76.

Cadangkan peranan yang boleh dimainkan oleh: a. Masyarakat Antarabangsa; b. Kerajaan sesebuah negara; c. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO); dan d. Individu dapat membantu mengurangkan fenomena Pemanasan Global dan juga kesan-kesan utama akibat fenomena tersebut. Bincangkan sejauhmana proses pertambahan penduduk dan perbandaran telah membawa kepada perubahan iklim mikro. Gunakan contoh-contoh dari Malaysia dan luar negara untuk memperkukuhkan perbincangan anda. Apakah yang difahamkan dengan istilah "Seni Bina Mesra Alam"? Sejauhmanakah seni bina rumah dan bangunan di Malaysia merangkumi ciri mesra alam, terutamanya mempunyai penyesuaian kepada unsur-unsur cuaca dan iklim tempatan. Jelaskan faktor terjadinya berbagai bencana cuaca dan iklim di Malaysia dan bincang bagaimana bencana banjir dapat diatasi. Bincangkan sistem taburan angin permukaan sedunia. Jelaskan bagaimana sistem angin permukaan dapat mempengaruhi iklim di Malaysia. Tenaga elektrik berasaskan kincir angin tidak sesuai dibangunkan di Malaysia. Bincangkan Dengan memberikan contoh dan rajah yang sesuai, bincangkan bagaimana reka bentuk rumah dan bangunan di dunia telah dipengaruhi oleh unsur suhu.

77.

78.

79. 80. 81. 82.

83.

84. 85. 86. 87. 88. 89.

90.

91. 92. 93. 94. 95. 96. 97. 98. 99. 100.

101.

Kesan daripada kegiatan manusia yang paling nyata terhadap cuaca dan iklim ialah perubahan unsur-unsur cuaca dan iklim mikro akibat daripada pembinaan bandarbandar besar di dunia. Bincangkan. Dengan memberi contoh tertentu bagi memperkukuhkan perbincangan anda. Bincangkan kesan-kesan perubahan iklim terhadap berbagai aspek geografi fizikal dan manusia. Apakah yang difahamkan dengan istilah "Kitaran Hidrologi"? Huraikan kepentingan kitaran hidrologi terhadap berbagai aspek cuaca dan iklim. Apakah yang difahamkan dengan istilah "Pembocoran lapisan ozon"? Bincangan bagaimana lapisan ozon mengalami pembocoran dan bagaimana ianya dapat dipemuliharakan. Huraikan kesan-kesan pembocoran lapisan ozon ke atas unsur-unsur cuaca dan iklim, flora dan fauna sedunia. Isu iklim semasa adalah Pemanasan Global"? Jelaskan kenapa fenomena tersebut berlaku dan bincangkan cara-cara untuk mengatasi fenomena itu. Bincangkan secara terperinci bagaimana pembangunan tanah tinggi akan membeikan berbagai kesan negatif terhadap alam sekitar. Cadangkan bagaimana kawasan tanah tinggi harus dibangunkan? Bandingkan amalan-amalan pertanian tradisi di hutan hujan khatulistiwa di Malaysia dengan amalan-amalan pertanian moden. Apakah implikasi-implikasi kedua-dua jenis pertanian terhadap persekitaran hutan tersebut. Kesan-kesan pembalakan secara besar-besaran yang berlaku di hutan hujan khatulistiwa boleh mempengaruhi iklim tempatan dan global. Bincangkan Apakah isu-isu utama berkaitan dengan sumber air di Malaysia? Apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani isu-isu ini? Apakah kesan-kesan utama hujan asid terhadap sumber air di Malaysia? Apakah cara-cara yang sesuai untuk menangani pengaruh hujan asid terhadap sumber air? Apakah yang difahamkan dengan istilah min suhu bulanan? Huraikan bagaimana nilai ini diperolehi daripada rekod suhu harian di sebuah stesen kajicuaca. Penyahutanan dan pengaruhnya terhadap iklim. Perindustrian dan pengaruhnya terhadap iklim. Pembandaran dan Iklim. Apakah yang difahamkan dengan istilah min hujan tahunan? Huraikan bagaimana nilai ini diperolehi daripada rekod-rekod hujan harian di sebuah stesen kajicuaca. Huraikan secara terperinci fenomena cuaca yang dikaitkan dengan sistem-sistem tekanan rendah. Setiap garis-lintang di atas bumi mempunyai imbangan bahangan yang tersendiri. Ada yang merupakan sumber tenaga bahangan dan ada pula yang merupakan benaman tenaga bahangan. Huraikan bagaimana bumi mencapai satu keadaan keseimbangan taburan tenaga bahangan walaupun setiap garis lintang mempunyai imbangan yang berlainan. Di atas sebuah peta dunia, huraikan taburan pola tekanan udara sedunia bagi bulan-bulan Januari dan Julai. Bincangkan bagaimana polapola tersebut telah mempengaruhi taburan sistem angin permukaan sedunia.

102. 103. 104. 105. 106.

Apakah perbezaan di antara pemeluwapan dan kerpasan? Huraikan beberapa jenis pemeluwapan dan kerpasan yang terdapat di Malaysia. Bincangkan teori kerpasan serta jelaskan proses yang berlaku semasa pembentukan kerpasan. Bincangkan mengenai daya-daya yang mempengaruhi tiupan Angin Monsun Timur Laut yang meniup dari Siberia ke Australia pada bulan-bulan November hingga Mac. Dengan merujuk kepada contoh-contoh tertentu bincangkan bagaimana beberapa unsur cuaca dan iklim yang berlainan telah mempengaruhi seni bina rumah dan bangunan. Dengan menggunakan contoh tempatan dan luar negara bagi memperkuatkan perbincangan anda. Bincangkan bagaimana manusia telah mempengaruhi iklim di kawasan bandar-bandar besar dunia.