Anda di halaman 1dari 25

PUDING KARAMEL Goreng gula sampai jd karemel pastu tuang dlm loyang ni..

bahan blend, telor 5 biji, tepung kastard sudu, tepung jagung sudu, susu cair satu tin, gula halus secukup-terpulang nk bnyak mna..n last sudu kecik ezen vanilla..semua tu sy campur sekali dlm blended...tapis pastu tuang lam loyang ada gula td..kukus.

3. masukkan daun pandan,kiub pati ayam,garam dan gula. 4. masukkan nasi,goreng hingga nasi sedikit rangup,sesuaikan rasa masinnya..bolehlah di angkat.. 5. sebelum menghidangkannya,tabur telur dadar tadi,..siap,jom makan.

Asam gupal Sagu... Cuoh air panas gelegok tu, janger banyok... Agok2 bulih getel... Buh inti, getel bulat2 .. Buh dalam pengukus, kukus la sapa x dop butir putih2.. Wt kuoh... Santan, halba 2-3 butir, halia siris, daun pandan, garam, gula... Masok kuoh, boh dio, bia gelegok 5 minit, tutup la... Inti k.da beli inti kacang meroh di kedai roti, hok ogher wt inti.

Puteri ayu 250 gandum, 200 gula kastor, 2 butir telur, ovalette 1 sudu teh, soda hujung sudu, baking hujung sudu, santan 1cawan, air daun pandan wt peroh nyor, esen vanilla seket... Gula, soda, baking, telur,, putar sampai putih.. Bubuh gandum, n santan , kacau, kukus... Nasi goreng Bahan-bahan ( 4-5 org mkn ) semangkuk nasi 2 ekor ikan kembung yg telah digoreng atau apa2 jnis ikan( smlm punya lg ok) 1 biji bawang besar 10 biji cili padi( ikut suka pedas) 1 kiub pati ikan bilis garam secukup rasa sehelai daun pandan disimpul( utk aroma) sedikit gula(jika suka) 2 biji telur( di dadar nipis) dan potong kecil sedikit minyak masak Cara-cara 1. tumbuk cili padi,isi ikan goreng yang telah di buang tulang dan bawang besar. 2. panaskan kuali,masukkan minyak,kemudian tumiskan bhn2 tumbuk td.

Bubur Jagung Bahan-bahan ( seperiuk besar ) 10 tongkol jagung - hiris biji2 jagung utk pisahkn dari tongkol nya. santan pekat dari 2 biji kelapa gula melaka + gula pasir secukup rasa 1 sudu makan mumbung tepung jagung dibancuh bersama santan 1 sudu teh garam 1/2 cawan sagu biji yg kecil2 5 helai daun pandan, dicarik & disimpul Cara-cara 1. masukkan biji2 jagung bersama air agak2 jagung tenggelam.masak hingga mendidih. biar dlm 5 minit. pastu masukkan biji sagu, biar hingga sagu separuh kembang. 2. masukkan daun pandan,santan & gula. sentiasa kacau supaya x pecah minyak. setelah mendidih 2,3 minit, tutup api. jgn risau jika sagu belum kembang betul. 3. tutup periuk dgn penutup, tp renggangkn sikit supaya x termeluap n cpt basi. semasa proses menyejuk, sagu akan terus kembang sempurna. 4. sedap dimakan panas @ sejuk p/s; akk suka tambahkn sedikit susu cair semasa hendak menyajikan.. brtambah enak rasanyer.

Petua Untuk Sedapkan Sambal Tumis 1. Kisar lada kering bersama sedikit sedikit belacan.

2. Sementara itu goreng ikan bilis bersama bawang besar sehingga garing. 3. Angkat dan ketepikan. 4. Kemudian goreng lada kisar, biarkan betul-betul masak. 5. Masukkan ikan bilis tadi bersama 2 sudu kerisik. 6. Biarkan hingga ia pecah minyak. Petua Untuk Sedapkan Mee Kari 1. Ambil sedikit ikan bilis yang telah dibersihkan, kisar sehingga hancur. 2. Kemudian, masukkan ke dalam kuah kari selepas garing bahan tumis. 3. Selepas itu masukkan santan. Mee calong Bahan A 1 rangka ayam untuk stok sup (dipotong kecil) 500 gm mee kuning (dicelur dan toskan) 1 pokok daun sup (dihiris) 1 batang lobak merah (dipotong kecil) 3 pokok sawi (dipotong pendek) 3 biji cili merah (dihiris) 3 sudu besar minyak masak, garam 100 gm bawang goring, 1 liter air Bahan B (Ditumbuk) 2 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam Bahan C (Untuk Sos Kicap Pedas) 15 tangkai cili padi (ditumbuk halus) 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus) 2 sudu besar kicap cair Bahan D (Untuk Calong) 1/2 cawan isi ikan tenggiri ataupun selayang 1 sk lada hitam (ditumbuk) 1 sb tepung jagung, garam Cara Penyediaan 1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Buatkan bebola kecil (calong). 2. Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi. 3. Masukkan air dan biarkan mendidih.

4. Masukkan garam, tulang ayam dan masakkan hingga mendidih. 5. Apabila mendidihkan asingkan tulang ayam dan masukkan bahan untuk calong. 6. Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih perlahan. 7. Masukkan sawi dan kacau rata. 8. Apabila mendidih, tuangkan sup ke atas mee yang telah diletak di dalam mangkuk sesuai. 9. Taburkan daun sup dan cili yang dihiris serta bawang goreng. 10. Hidangkan dengan sos kicap pedas.

Mee bakso Bahan-Bahan kilogram daging cincang 3 ulas bawang putih dan dihiris 50 gram tepung sagu 1 sudu teh garam atau secukup rasa 1 biji putih telur Sediakan - 1 mangkuk besar air mendidih 1 mangkuk air sejuk/air ais Cara Penyediaan BAKSO: 1. Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan senduk sampai mesra dan tidak melekat. 2. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. 3. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. 4. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai. Kuah Bakso: 1. Sediakan air rebusan daging. 2. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa. 3. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi. Cara Sajian: 1. Sediakan mangkuk berisi mee kuning atau bihun yang sudah direbus. 2. tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah

Mee Kalok

BAHAN-BAHAN 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee) 3 ulas bawang putih (mayang) 2 sudu besar minyak 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar kicap cair 4 helai daun sawi (potong 1 inci) 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi) 3 cawan air rebusan daging/ ayam 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus) Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya CARA PENYEDIAAN 1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam. 2. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut. Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis). Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu. 3. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

4. Apabila daging telah empuk, masukkan santan dan garam. 5. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnya. 6. Masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejap. Tutup api.

Daging salai masak lomak Bahan-Bahan: 500 gram Daging Salai 1 biji Mangga Muda 1500 ml santan 20 biji cili api 1 inci kunyit Garam secukup rasa Cara Penyediaan: 1. Daging salai dihiris nipis. 2. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat. 3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk memastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.

Ayam Golek Beriani Bahan diperlukan: 1.6 kg ayam 2 sudu besar rempah beriani 1 labu bawang besar }dikisar halus 5 ulas bawang putih }juga dikisar halus 2 cm halia 1 pokok daun ketumbar 4 sudu besar sos tomato 2 sudu besar madu 1 sudu besar minyak sapi Garam secukup rasa. Penyediaan: Bersihkan ayam dan jangan dipotong.Campurkan bahan-bahan yang sudah dikisar bersama rempah beriani,sos tomato,madu,garam dan minyak sapi.Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama 2 jam. Masukkan ayam bersama rempah perap dalam kaserol.Masak selama 10 minit(Suhu High),balikkan ayam supaya sekata dan masak lagi selama 15 minit (MEDIUAM HIGH).Apabila masak keluarkan dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar. Enak dihidang bersama pulut kuning. Pulut Kuning 2 cawan beras pulut }direndam 1 jam 2 cawan santan pekat Sedikit garam,perwarna kuning atau serbuk kunyit. Masukkan beras pulut ke dalam kaserol,kemudian tambahkan santan,garam, dan perwarna kuning,kacau rata.Tutup kaserol.Masak selama 10 minit tekan HIGH,keluarkan dan masak lagi selama 10 minit(MEDIUM HIGH) hingga masak. Ikan Kayu Masak Sambal Tumis Kicap Bahan-bahan:-*1 ekor ikan kayu putih

-*15 biji cili kering -*1 labu bawang besar -*3 ulas bawang putih -*3 ulas bawang merah -*belacan -*1 inci halia -*1 sdt kicap pekat -*1 sdb kicap manis -*1sdt kicap masin -*garam -*gula -*1 keping asam keping -*serbuk kunyit Cara-cara:-Bersihkan ikan dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit...goreng ikan tersebut...ketepikan. -Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. -Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak...masukkan asam keping. -Masukkan kicap pekat, kicap manis, kicap masin, garam dan gula...kacau sebati. -Masukkan ikan tadi ke dalam bahan tumis dan masak seketika. Rendang Ayam Ditabur Badam Enak Bahan-bahannya: 1 ekor ayam 1 tin tomato puri biji kelapa }diambil santannya 20 gm serbuk jintan putih 20 gm serbuk jintan manis 10 gm serbuk kaskas tin susu cair Garam dan gula secukup rasa 1 tangkai daun kari 30 gm kerisik 2 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawing 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar: 10 gm cili kering 10 gm cili padi

1 cm halia 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 70 gm badam Penyediaan: 1. Ayam dipotong empat.Goreng ayam separuh masak.Ketepikan. 2. Campurkan santan,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,serbuk kaskas,susu cair,kerisik dan pati tomato.Ketepikan. 3. Masukkan bahan kisar dan bahan-bahan bercampur santan sehingga pecah minyak. 4. Masukkan ayam.gula,dan garam secukup rasa.Setelah pekat,angkat dan hiaskan dengan kepingan badam. Cara menyediakan sos asam ayam badam: 2 biji tomato 1 labu bawang besar 10 gm belacan 3 sudu besar pati tomato tin susu cair 2 sudu besar kerisik Garam dan gula secukup rasa 3 sudu besar sos cili 2 tangkai cili merah }dihiris Cara menyediakannya: 1. Tomato dan bawang besar dimayang halus 2. Campurkan kesemua bahan di atas .Masukkan tomato dan bawang.Hidangkan bersama ayam badam.

Tumis udang Bahan-bahannya: 500 gm udang saiz sederhana

1 cawan minyak 15 tangkai cili kering 7 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 keping asam gelugur 2 labu bawang besar 5 batang kacang panjang Garam dan gula secukup rasa Cara menyediakan: 1. Udang dibuang ekor dan bahagian hujung kepalanya sebelum dibersihkan dan ditoskan airnya. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.Biarkan hingga garing dan pecah minyak dan masukkan udang,asam keping ,garam dan gula. 3. Biarkan hingga udang masak dan masukkan bawang besar dan kacang panjang yang dipotong anggaran 3 cm.Kacau hingga rata dan angkat.Enak dimakan bersama kuah lodeh

2 liter santan (2 biji kelapa) 40 gm udang kering (rendam dan kisar) 50 ml air asam jawa 60 ml minyak masak 50 gm daun kesom (kisar halus) BAHAN UNTUK PES: 2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar serbuk kari 2 sudu besar cili BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 sudu kecil lada hitam BAHAN HIASAN: Timun (potong nipis dan memanjang) Lada merah (hiris) Bawang besar (hiris) Daun selom Kacang panjang (hiris halus) Telur rebus dan belah dua Limau kasturi (belah dua) Sedikit lobak masin Sedikit taugeh Sedikit hirisan daun selom Sambal belacan CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan pes dan kacau hingga terbit minyak. 3. Masukkan santan dan kacau perlahan. 4. Masukkan isi ikan, udang kering dan air asam jawa. Selepas beberapa minit masukkan daun kesom. 5. Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa, dan biarkan mendidih. 6. Boleh dihidangkan bersama spageti dan bahan hiasan LAKSA PENANG Bahan-bahannya:

Laksa Johor BAHAN UNTUK KUAH: 500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar)

3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawang besar dipotong empat Anggaran 6 cm belacan bakar. Bahan hiasan: Daun pudina Isi nanas dihiris *empulur nenas dimasukkan dalam kuah Cili merah dihiris Cili padi dihiris Timun dihiris Daun salad dihiris Bunga kantan dihiris Bawang besar dihiris Telur rebus (sebiji dipotong dua atau dipotong empat) Limau nipis atau limau kasturi dipotong sipi Penyediaan kuah: 1. Masukkan air, ikan mata besar, ikan tongkol dan beberapa keping asam gelugor dalam periuk dan rebus hingga masak. Toskan dan sejukkan sebentar. Air rebusan disimpan untuk membuat kuah. 2. Asingkan isi ikan dengan tulang. 3/4 daripada isi ikan diblender dengan air rebusan sehingga halus, dan 1/4 lagi diramas kasar supaya isi ikan akan terasa bila dimakan. Tulang ikan pula diblender dengan air sehingga halus , kemudian ditapis untuk mendapatkan airnya.

3. Masukkan dalam periuk kesemua bahan-bahan di bawah: air rebusan ikan air tulang ikan isi ikan pes kisaran bunga kantan, daun kesum, serai, lengkuas, kepingan asam gelugor, *empulur nenas pes udang, garam, gula dan perisa makanan Tambahkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat 4. Masak kuah sehingga mendidih dan rasa asam dan garamnya. Kalau tidak menepati citarasa, tambahkan garam dan asam jika perlu. 5. Hias hidangan laksa anda atau biarkan dihidangkan di bekas hidangan untuk tetamu memilihnya. Tips Penting: 1. Ikan yang telah disiang hendaklah diperap sekejap; lebih kurang 10 minit bersama garam dan limau kasturi bagi menghilangkan hanyir ikan. Kemudian dicuci bersih. 2. Laksa kering hendaklah direndam semalamam supaya betul-betul lembut sebelum direbus. Rebus dalam air mendidih bergaram. Tentukan laksa anda masak sempurna dengan mencuba memicitnya. Selepas lembut, toskan dan basuh dengan air biasa. Toskan kembali dan simpan dalam bekas penapis untuk laksa anda sentiasa kering dan liat. Laksa yang direbus dibasuh dengan air biasa akan menghalangnya daripada melekat dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan sekiranya laksa itu stok yang lama.

KARI IKAN KERING TALANG Bahan-bahannya: 10 - 12 keping ikan kering talang (campur isi dan tulangnya) Terung bulat 2 biji sederhana (sebiji dibelah dua)

Ubi kentang 5 biji saiz sederhana (setiap biji dibelah dua) Nenas 1/2 biji (Kupas dan bersihkan nenas ini. Buah nenas tak perlu dibelah, hanya potong menyerong jadi berkeping-keping macam sengkuang anggaran ketebalan 1/2 cm dan lebar 10 cm. Tidak perlu ambil bahagian empulur yang keras itu) Cili hijau 3 biji Tomato 2 biji sederhana (setiap biji dibelah dua) Air asam jawa (lebih senang guna pati asam jawa extra Adabi anggaran 1 sudu besar, tapi kalau tiada, guna asam jawa biasa sahaja, anggaran 3 sudu besar dan dicampur dengan secawan air) Minyak untuk menumis Santan secukupnya (1/2 cawan santan pekat, kemudian ditambah air menjadikannya 1 cawan) Garam (kalau perlu, rasa dulu kalau tak cukup masin, baru tambahkan) Sedikit perisa kalau suka (kat rumah dah ada perasa tumix, so kak aisha guna 1 sudu kecil perasa tumix) Bahan-bahan A: 1 1/2 paket serbuk rempah ikan (cuba rempah ikan cap `o') Sedikit serbuk cili (kalau suka pedas) 1 biji bawang besar saiz besar Bawang putih 3 ulas 1 tangkai daun kari 3 cawan air (Bahan-bahan A dikisar bersama untuk mendapatkan rempah yang enak) Bahan-bahan B (untuk tumis darat): 3 ulas bawang merah atau bawang besar 1 biji sederhana dihiris nipis 3 ulas bawang putih dihiris nipis Halba campur 2 sudu besar (boleh beli kat kedai, dah siap campur) 2 tangkai daun kari Minyak untuk menumis (anggaran 1/4 cawan) Cara penyediaannya: 1. Bersihkan kepingan ikan talang masin dan rendam selama 1/2 jam untuk mengurangkan rasa masin. Kemudian dibersihkan.

2. Masukkan ikan kering talang di dalam periuk bersama-sama dengan bahan A. Kalau bahan A agak pekat, masukkan sedikit air ke dalam periuk. Masak atas dapur lebih kurang 10 - 15 minit hingga rempah kari benar-benar masak dan sebati dengan ikan kering tadi. Setelah mendidih masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih lagi. 3. Kemudian masukkan ubi kentang. Setelah ubi kentang 1/2 empuk, masukkan santan, nenas dan terung bulat. Biarkan terung dan nenas agak lembut, kemudian masukkan cili hijau dan tomato. Biarkan ia mendidih dan kemudian tutup api. 4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak. Setelah minyak panas,masukkan bahan-bahan B dalam kuali. Goreng sehingga bahan-bahan tersebut agak kekuningan dan garing. Kemudian tuangkan bahan-bahan tersebut bersama minyak tumisan di dalam periuk kari tadi. Tutup periuk cepat-cepat supaya aroma tumisannya tidak hilang. Kacau rata kari ini sebelum dihidangkan.

Ikan Masak Asam Tumis Bahan-bahannya: 3 ekor ikan (boleh guna ikan kembung, plata, pari) Bendi (kuantitinya ikut suka) 1 biji tomato Daun kesum

1 kuntum bunga kantan (dibelah dua) 2 batang serai dititik Air asam jawa 1 kiub tom yam (Kak Noor guna kiub tom yam Knorr) Garam dan 1 sudu kecil gula Sedikit minyak untuk menumis Bahan-bahan dikisar: 1 cawan cili kering yang telah dikisar 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci halia Sedikit belacan Penyediaannya: 1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, kacau sebati dan tutup periuk. Masak sehingga naik bau dan terbit minyak. . 2. Setelah terbit minyak, masukkan air asam jawa secukupnya, diikuti dengan garam, kiub tom yam, gula dan serai. 3. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Kacau sebati dan masak sehingga ikan masak. 4. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.

1 cawan air 2 biji cili hijau Gula (gula merah + gula putih), garam, dan perisa secukup rasa Bahan-bahan untuk pes: (diblender semuanya) 2 sudu besar serbuk kari daging 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih inci halia Bahan-bahan untuk tumis: 2 biji bawang merah dihiris 1 ulas bawang putih dihiris inci halia dihiris 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih Sedikit daun kari 3 sudu besar minyak untuk menumis Penyediaannya: 1. Potong nenas kepingan bulat, jangan nipis sangat. 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Setelah kekuningan dan naik baunya, masukkan pes dan udang kering, tumis hingga garing dan terbit minyak. 3. Selepas itu masukkan santan, kerisik, garam, gula dan perisa, Kalau pekat sangat, masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih seketika. Suaikan rasa, kalau kurang garam atau gula, tambah sehingga menepati citarasa. Kebiasaannya pajeri nenas mesti terasa kemanisannya.. Kemudian masukkan nenas dan masak hingga nenas layu dan kuah pekat. 4. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tutup api.

PAJERI NENAS BEREMPAH Bahan-bahannya: 1 biji nenas 2 sudu besar kerisik 1 cawan santan 1 sudu kecil udang kering

Ikan Siakap Kukus 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok) 1/2 camca teh garam 1/2 camca teh tepung jagung 1/2 camca teh lada sulah 3 camca besar jus limau kasturi* 1 1/2 camca besar minyak masak*

1 1/2 camca teh gula* 1/2 camca teh garam* 5 - 10 biji cili padi, dihiris* 2 batang serai, dihiris halus* 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris* 1 helai daun limau purut, dihiris halus* 1/2 inci halia muda. dihiris halus* 2 ulas bawang putih, dihiris halus* Beberapa biji asam boi* 1/2 camca teh tepung jagung* 1/2 camca teh serbuk Tumix Cara-caranya: Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos yang bertanda * hingga sebati. Ketepikan. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panaspanas. Seelok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

5 sudu besar minyak untuk menumis garam secukup rasa 1 kiub tom yam maggi (tak letak pun tak mengapa) (campurkan air dan asam jawa utk menghasilkan air asam jawa) Bahan kisar: 15 tangkai cili kering sedikit belacan 2-3 batang serai 5 ulas bawang putih 1.5 cm lengkuas 1.5 cm kunyit hidup 5-6 ulas bawang merah Cara membuat: Panaskan minyak. Goreng bahan kisar, bunga kantan dan serai hingga wangi dan naik minyak Masukkan ayam, goreng sekejap selama 2-3 minit Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih Masukkan gula dan garam secukup rasa Kecilkan api, renehkan sehingga ayam empuk Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih

ASAM TUMIS AYAM Bahan-bahan: 1 kg ayam } potong kecil 1 kuntum bunga kantan } dihiris 2 batang serai } diketuk 1 sudu besar asam jawa* 2 cawan air * 1 sudu besar gula

NASI DAGING Bahan-Bahan: 1 kg daging dipotong agak besar (12 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. 1 kg berasmathi. Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak

nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging). 3 sudu besar kimball tomato sup. 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin. Gula batu sedikit dan garam secukup rasa. Bawang goreng untuk ditaburkan. Bahan-Bahan Untuk Menumis: 1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar). 2 sudu besar minyak sapi. 2 sudu besar rempah daging. 1/2 sudu kecil Jintan Manis. 1/2 sudu kecil Jintan Putih. 1 sudu besar rempah beriani. 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus. sedikit buah kismis dan Jangus. 1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin. 2 biji bawang besar telah dimesin halus. 1 biji bawang besar dihiris. 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang. Garam masala Kayu manis 1, bunga lawang 3, cengkih 4 dan buah pelaga 4. Cara-Cara Memasak: 1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi. 2. Bila minyak panas, masukkan garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar. 3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok. 3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dengan benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

4. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal. 5. Apabila nasi telah masak, mencungkil menggunankan sudip dan terbalikkan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai. 6. Jangan kerap buka tudung periuk nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banyak dan nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha kalau mentah jugakukus saja nasi ituhehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!. Selamat mencuba. AIR ASAM: 1. Cili api, belacan bakar, lada merah masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan). 2. Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi. 3. Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata. Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Jadilah ia air asam.

KUAH DAL Bahan-bahannya: 2 cawan kacang dal (basuh dan rendam selama 1/2 jam, kemudian ditoskan) 2 batang lobak merak dihiris (jangan nipis sangat) 3 biji kentang dibelah (setiap biji dibelah 4) 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat) 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu besar serbuk rempah daging

1 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk cili 1 biji telur Sedikit pati santan Bahan-bahan tumisan (tumis atas): Minyak untuk menumis **1 inci halia diracik **2 biji bawang putih diracik **3-4 biji bawang kecil dimayang **sedikit daun kari **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed) **3 tangkai cili kering Penyediaannya: 1. Masukkan kacang dal bersama serbuk kunyit, rempah daging, serbuk jintan manis dan serbuk cili, rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk. 2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan lobak merah & kentang ke dalam rebusan dal tadi dan teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk. 3. Kemudian masukkan pati santan, garam, dan gula secukup rasa. Kalau pekat sangat, masukkan sedikit air dan biarkan kuah mendidih. Semasa kuah sedang mendidih, pecahkan telur ke dalam kuah. Biarkan seketika, kemudian kacau dan masukkan cili hijau. Bila kuah mendidih sekali lagi, tutup api. 4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu dan naik aromanya. Kemudian curahkan ke dalam periuk kuah dal tadi. Rasakan garam dan gula ikut citarasa masing-masing. Tutup dengan tudung periuk agar aroma tumisannya menyerap di dalam kuah dal tadi. (Bila nak makan baru kacau sebati bahan-bahan tumisan tadi dengan kuah dal). NASI BERIANI ALA THAI Bahan Utama: Beras dibasuh dan ditos air secukupnya. Ayam dipotong ketul. Bahan-bahan A: Jintan manis

Jintan putih } Rempah biji (ketumbar) Bahan-bahan B: Cili padi Daun ketumbar Susu cair Garam secukupnya Sedikit pewarna kuning Bahan-bahan C: Bawang putih Bawang besar Sedikit halia

digoreng dan dikisar }

} } }

dipotong

penyediaan: 1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan C. Bila telah wangi, masukkan air, bahan A dan B hingga mendidih. Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam masak. 2. Angkat ayam yang telah masak dan letakkan di bekas berasingan. 3. Tambahkan lagi air secukupnya dan biarkannya ia mendidih. Kemudian masukkan beras. 4. Bila nasi telah kering, dibalik-balikkan dan kemudian masukkan ayam tadi dan ditutup sampai nasi masak.

CREAMY CHICKEN SOUP BHN2:Creamy Chicken Soup-*1 bhgn dada ayam (potong kecil2) -*1 bj bawang besar (di dadu) -*1 ulas bawang putih (di cincang) -*2 sdb mentega -*1 1/2 sdb tepung gandum -*250ml susu segar -*500ml air

-*1 kiub pati ayam -*1/2 sdk lada sulah -*garam CARA2:--Panaskan mentega dan goreng bawang besar, bawang putih dan 1/2 isi ayam hingga layu... -Masukkan tepung gandum dan kacau rata... -Masukkan air, susu dan kiub..masak hingga agak pekat... -Biarkan suam dan kisar hingga semua bhn2 td hancur... -Masak semula dan masukkan 1/2 lagi isi ayam, lada sulah dan garam secukup rasa... BHN2:Garlic Bread-*roti perancis @ roti gardenia pn blh -*3 sdb marjerin -*1 ulas bawang putih (di sagat) CARA2:--sebatikan marjerin dan bawang putih...sapu pada roti dan bakar...

Garam secukup rasa Kicap pekat (terpulang nak guna atau tak.. saya guna garam je) minyak untuk menumis Cara-caranya 1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang kecil hingga perang. 2) Masukkan tepung gandum dan tumis hingga warna tepung bertukar keperangan 3) Masukkan air, bawang besar, carrot, ayam, garam 4) Setelah menggelegak masukkan kentang 5) Tunggu hingga kentang hampir empuk, masukkan cendawan yang telah dihiris 6) masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan di atas api sederhana. 7) lagi lama ayam tu dimasak lagi sedap.. keluar rasa manis ayam tu nanti.

STEW AYAM Bahan-bahannya 1 ekor ayam sederhana - dibersih dan dipotong kecil 5 biji kentang - dipotong 4 6 ketul cendawan kering - direndam sehingga kembang kemudian dihiris 2 biji carrot - dipotong baji 4 biji bawang besar - dipotong 4 Air satu jug 10 ulas bawang kecil - dimayang 2 1/2 sudu besar tepung gandum

NASI AYAM MADU Bahan-bahan nASi -*4 tin beras (saya guna tin susu yg kecil)-basuh dan toskan -*stok rebusan ayam -*1 kiub pati ayam -*1 ulas bwg putih (ketuk) -*2 inci halia -*daun pandan (simpul) -*garam

***satukan semua bahan2 diatas & masak...sukatan air mesti lebih sedikit dari nasi biasa... aYAm mADu -*1 ekor ayam (rebus dan toskan) -*kicap pekat, kicap manis & masin -*sos cili & tomato, sos tiram,sos ikan -*madu, oregano, gula & garam ***satukan semua bahan kecuali gula...perapkan dgn ayam lebih kurang 30 minit...masa nak bakar baru taburkan gula atas ayam (utk dptkan kulit ayam yg rangup & cantik) aYAm hAiNAn -*1 ekor ayam (rebus & toskan) -*marjerin, garam & gula -*sos ikan, sos tiram **satukan semua bahan kecuali gula...perapkan dgn ayam lebih kurang 10 minit...masa nak kukus taburkan sedikit gula atas kulit ayam (utk dpt kan kulit ayam yg berkilat) sUp -*stok rebusan ayam -*1 kiub pati lembu @ kiub sup tulang (utk elakkan sup berbau hanyir) -*garam -*bhn hiasan:bawang goreng, daun sup & daun bawang kUAh kiCAp -*stok rebusan ayam -*kicap pekat, sos tiram -*bancuhan tepung jagung ***satukan semua & masak hingga agak likat... cILi -*cili merah besar, jus limau nipis -*cuka makan, 1 ulas bwg putih -*gula & garam ***kisar semua bahan diatas... baHAn hIAsAn -*timun, tomato, salad, lobak merah AYAM HARUM THAI

Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam dipotong kecil 2 batang serai diketuk 4 helai daun limau purut 2 biji cili benggala dipotong memanjang 6 biji cili api - saya tambah Garam dan gula secukupnya Minyak utk menumis Bahan A 1 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1 in halia* (Semua bahan dihiris halus) Bahan B 3 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar pes tomyam 2 sudu besar kicap cair 2 sudu besar kicap manis 1 biji limau nipis ambil jusnya Daun ketumbar dihiris Cara-cara: Ayam dibersihkankan dan digaul bersama garam dan kunyit, Goreng dan ketepikan, Tumis bahan A dan serai hingga layu. Masukkan semua bahan B dan kacau hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul rata. Rasa garam dan gula secukupnya. Masukkan cili benggala, daun limau purut dan perahan jus limau. Tabur daun ketumbar.

MEE UDANG Bhn2 : Cili kering, Bawang putih, Bawang merah dan Udang kering (dikisar) biasa orang guna belacan, tapi kat rumah aku takder belacan aku ganti udang kering je.. lagi pure mee udang tu.. hehehe Tahu - digoreng dahulu ye (sebagai hiasan) sos tiram, sos cili dan sos tomato Udang ikut banyak mana korang sukalah.. lagi banyak lagi best.. puas tekak makan udang nanti.. Fishball saje je aku masukkan nak biar nampak meriah.. klu korang nak lagi meriah

boleh ikut cara aku.. hehehe Mee kunig dan sayur sawi - dicelur ye.. ada orang masukkan je sayur sawi tu dalam kuah mee udang. tapi aku tak suka.. nanti sayur tu lebam pulak.. CARA2 : bila minyak dah panas, masukkan semua sekali bahan yang dikisar tadi.. tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak dan bau ye.. kira sampai masaklah cili tu.. bila dah naik minyak masukkan sos cili, sos tiram dan sos tamato anggaran sos tu semua dalam 2 sudu ye.. kalau rasa kurang pandai2lah korang tambah.. hehehe bila dah masukkan semua bahan tadi.. dan baha tu pun dah naik minyak n bau.. bolehlah masukkan air.. air agak2 koranglah ye.. sebab kene ikut jugak kepekatan kuah tapi kuah mee udang ni tak pekat pun.. bila kuah dah mengelegak baru masukkan udang dan fishball tadi.. tunggu dalam 5 minit @ kuah mengelegak semula baru matikan api dapur...

Cara2nya Leyetkan kentang yang digoreng. Kemudian, gaulkan dengan daging goreng, bawang goreng, daun sup, garam & lada hitam dalam mangkuk yang besar. Pecahkan sibiji telur dan gaulkan sampai sebati. Ambil sedikit kentang yang digaulkan dan membuat bebola mengikut cita rasa siz nya. Pecah dan cacaukan sebiji telur lagi untuk dibuat sebagai coating pada kentang yang dibuat bebola. Buatlah sampai habis. Panaskan minyak di kuali untuk mengoreng begedilnya. Disajikan dengan masakan sampingan lain puding roti bahan: 4 keping roti- carik2an 1 cawan susu cair 1/2 cawan susu pekat manis, 1/2 cawan gula 2 biji telur, 8 gm serbuk agar2 3 1/2 cawan air, 2 susu besar mentega 2-3 titis pewarma- optional, x boh pun x pe.. cara: -masak agar2 dengan air sampai larut kemudian masukkan gula dan biarkan mendidih blender roti + telur + susu cair + susu pekat manis pastu masukkan dalam periuk agar2 pastu masukkan mentega -kacau sampai adunan jd pekat- masukkan dalam loyang atau apa2 bekas -titiskan beberapa titik pewarna -ambik lidi sate, lorek2 kan suka ati (yg aku nyer tu dh terlebih warna lak...uhuuuuu) sejukkan dalam peti ais sampai membeku bubur kacang hijau 1 cawan kacang hijau 1/2 cawan gula merah- aku bancuh ngan air dan tapis

BEGEDIL DAGING Bahan2nya 1/2 kg Ubi Kentang - dihiris/digoreng hingga masak 150gm daging cinchang - digoreng dengan sedikit serbuk ketumbar dan garam Segenggam daun sup - dicinchang halus 4 sudu besar bawang goreng 2 biji telur Garam & serbuk lada hitam Minyak untuk mengoreng (Canola/Sayuran)

2-3 sudu gula putih 2 cawan santan segenggam sagu 1/2 sudu teh garam 2 helai daun pandan rebus kacang hijau hingga kembang masukkan santan + daun pandan kemudian masukkan gula merah.. kalau x cukup manis, tambah gula putih masukkan garam..biar mendidih dan renehkan hingga sagu kembang (kalau perlu, tambah sedikit air kalau terlalu pekat)

3 ulas bwg putih- hiris sedikit halia- hiris sedikit daun sup dan daun bawang cili merah/api- hiris menyerong cara: tumis bahan yg dihiris sampai naik bau masukkan cili kisar..gaul2 jap sampai cili garing masukkan kicap dan semua bahan lain tambah sedikit air jika perlu (jgn byk sgt) masukkan secubit gula last..masuk ayam goreng td..sebatikan.. Rendang ayam 1/2 ekor ayam-dipotong2 santan dari 1/2 biji kelapa - aku guna 1/4 santan kotak 1 peket kerisik - lebih kurang 2 sudu besar 2 helai daun kunyit - hiris 3 helai daun limau purut (x letak sbb lupa beli) 1 sudu besar gula merah (letak 1/2 sudu je, x suka manis), garam, minyak masak * Bahan kisar 2 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih 3 cm kunyit hidup, 10 cm lengkuas 5 cm halia, 2 batang serai segenggam cili kering * Rempah tumis:2 cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang 3 biji cengkih, 3 biji buah pelaga Cara-cara 1. Tumis bahan kisar dan rempah tumis sampai naik bau. 2. Masukkan semua bahan lain. Kecilkan api (sederhana)dan biar hingga kering (sambil2 kacau sekali sekala takut berkerak) (jgn lupa boh garam, aji kalau suka) Daging dendeng 250g daging kicap manis secukupnya utk perap daging kicap masin secukupnya 5 ulas bwg merah- hiris nipis2 utk buat bwg goreng 2-3 sudu besar cili kisar

ikan masak lada hitam 2 keping ikan- sebarangan- goreng garing 1 biji bwg besar- hiris 3 ulas bwg putih- hiris sedikit halia- hiris 1 sudu besar lada hitam- tumbuk cili api/ cili merah- hiris cara: tumis bwg hiris + halia sampai naik bau (minyak skit je) masukkan lada hitam masukkan sedikit air asam jawa- skittt je tau.. aku guna pes adabi tu, cuma hujung2 sudu je masukkan sedikit air dan garam (air pun jgn byk..sekadar basah2) akhir, masukkan cili dan ikan kacau sebati, tutup api

ayam masak kicap pedas 4 ketul ayam- goreng 3 sudu besar cili kisar 2-3 sudu kicap pekat kicap cair secukupnya 2 biji bwg besar- potong bulat

air asam jawa bahan tumbuk: 5 ulas bwg merah 1 ulas bwg putih sedikit halia cara: goreng bawang sampai garing- ketepikan rebus daging sampai empuk- toskan air sampai kering hiris nipis- pastu tumbuk bg penyek dh siap semua, gaul dengan kicap manis secukupnya bagi salut rata kesemuanya -guna minyak goreng bwg tadi, buang sedikit sbb x perlu guna minyak byk -goreng daging yg diperap td sampai daging nampak garing -alihkan guna kuali yg sama, tumiskan bahan tumbuk dan cili kisar -renjis air sedikit x mo bg cili hangit -biarkan hingga cili garing dan masak -pastu masukkan kicap masin dan air asam jawa -masukkan daging goreng td, gaul sebati sampai kering -akhir sekali, masukkan bwg goreng, sebatikan dan tutup api * bwg goreng harus goreng sendiri kalo nk sedap jgn guna yg siap goreng kt kedai tu daging goreng lada hitam simple2 je nih... bahan2 agak2 je la daging, bwg besar, bwg putih , halia- hiris cili api/ merah- hiris, lada hitam- tumbuk cara daging rebus sampai empuk pastu hiris nipis panaskan sedikit minyak dlm kuali tumis semua bahan hiris pastu masukkan daging dan lada hitam masuk air skit perasakan dgn garam tutup api. hiaskan dgn daun bawang

Hati Lembu Masak Ungkep seketul hati lembu yg telah dihiris kecil beberapa biji cili api serai-ketuk 1 biji bwg besar hiris 1 keping asam keping- saiz kecil sedikit kulit kayu manis & bunga lawang bahan kisar-(guna pengisar kering) 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh ketumbar, sedikit halia sedikit kunyit hidup, 1 biji bwg besar 2 ulas bwg putih cara: panaskan minyak, tumis bwg hiris, serai, kulit kayu manis dan bunga lawang masukkan bahan kisar- biar jap masukkan hati masukkan 1/2 cwn air masukkan asam keping biar hingga hati masak dan kuahnya kering masukkan garam secukupnyaakhir sekali masukkan cili api- tutup api (sblm hati masak, jgn terlalu dikacau bg mengelakkannya hancur)

resepi nasi ayam 1/2 ekor ayam- rebus dan simpan air rebusan utk sup 3 sudu besar sos tiram bahan kisar: 2 biji bwg besar 5 ulas bwg putih halia- agak2 lebar n panjang 2 jari

(blend semua bahan ni dan akan diguna utk masak nasi, sup dan perapan ayam) bahan sup: kulit kayu manis, bunga lawang, daun sup 1 sudu rempah sup, campur air skit sedikit daun sup hiris bahan nasi: 2 pot beras, 2 sudu marjerin daun pandan, 1 ketul kiub ayam megi air secukupnya bahan sos: 3 biji cili merah, 2 ulas bwg putih halia- lebih kurang besar ibu jari 1/2 biji tomato, garam 1 sudu kecil gula- tambah la kalau nk manis lg 1 biji limau kasturi- ambik jusnya bahan kicap: 2 sudu kicap, 3 sudu air rebusan ayam 2-3 titik minyak bijan cara masak nasi: basuh beras sampai bersih dan sukat air cam biasa masukkan mentega, kiub ayam dan daun pandan masukkan juga 2 sudu besar bahan yg dikisar td petik suiz on...masak le cam biasa sonang kan...ehehhehe masa nasi tu tgh mendidih, kacau2 la skit utk sebatikan cara wat sup : ambik air rebusan ayam tadi dlm 1 saiz hidangan (1 mangkuk) campurkan serbuk rempah sup masukkan separuh bwg kisar td campak kulit kayu manis ngan bunga lawang masukkan garam dan didihkan hiris daun sup, tabur masa hidang cara wat sos: campur semua bahan, masuk 1/4 cawan air kisar sampai halus

pastu masak dlm periuk hingga mendidih dan sos agak pekat, masuk 1/2 sudu teh garam, siap! cara wat sos kicap: satukan semua bahan cara wat ayam: masukkan baki bwg kisar bersama ayam yg direbus masukkan sos tiram & perap jap goreng hingga kekuningan **hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan daun salad.. nasi hujan panas 2 cawan beras- elok lg kalau guna basmathi 2 1/4 cawan air, 1/4 cawan susu cair 1 1/2 kiub ayam, 1 helai daun pandan pewarna- kuning, merah, hijau- 2-3 titik je bahan tumis: 1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih- hiris rempah 4- K.K.manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelage, 4 sudu besar planta cara: basuh beras sampai bersih dlm periuk nasi, ketepikan panaskan kuali, cairkan planta, tumiskan bahan tumis sampai agak garing.. pastu curahkan dlm periuk beras td masukkan semua bahan lain kecuali pewarna biarkan hingga nasik kering kaup balikkan..titiskan pewarna..biar hingga nasik masak.. (jgn gaul lepas titik pewarna) lepas nasi minyak, baru gaul (gaul lebih kurang je sbb x nak warna tu bercampur) (leh gak tambah kismis dlm nasi kalau suka) CENDAWAN GORENG TEPUNG bahan tepung goreng 1 senduk tepung gandum (guna senduk cedok nasi tu) 1 senduk tepung beras 2 sudu besar serbuk kari 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil garam sedikit lada sulah / lada hitam -gaul semua bahan di atas sampai sebati

masa nk guna ceduk la byk mana yg nk guna utk cendawan ni: sepeket cendawan 1 biji telur- x yah asing putih kuning, membazir! - gaul2 cendawan ngan telur -pastu masukkan satu persatu dlm tepung sambil ratakan bg semua kena tepung tu..(tepung tu x yah bancuh) -goreng dlm minyak yg byk dan panas sampai garing kekuningan Kerabu kerang + tauge bahan2: 1 kg kerang- rebus dan kopek ambik isi segenggam tauge- celur sepeket kecil kerisik- (2 sudu besar) 5 biji cili kering(rebus) + sedikit belacan + - tumbuk 1 biji bwg besar- hiris halus 1 biji cili merah/ cili api- hiris sedikit daun kesum-kalau suka- hiris air asam jawa secukupnya garam secukupnya cara: gaul semua bahan hingga sebati KERABU KACANG BOTOL 1 ikat kacang botol- hiris- rendam sat ja ngan air panas (jgn lama2) 2 ekor ikan kembong- bakar- ambil isi, hancur2kan skit 1 biji bwg besar- hiris cili merah/ cili api- hiris 1 sudu besar kerisik 5-6 biji cili kering- rebus- tumbuk ngan sedikit belacan sedikit air asam jawa, garam, perasa cara: gaul semua sampai sebati ayam goreng madu berempah 1/2 ekor ayam- potong kecil 1 sudu besar serbuk kari 1 sudu kecil serbuk cili sedikit serbuk kunyit garam - gaul pada ayam...

1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk jintan manis 2 sudu besar madu 2 sudu besar tepung jagung bahan kisar: 1 biji bwg besar 3 ulas bwg putih lengkuas- agak2 je la ye 2 ibu jari halia 2 batang serai cara: gaul dan perap ayam dengan semua bahan selama 2 jam -kalau lg lama lg sedappp goreng sampai garing taburkan daun kari semasa menggoreng *serbuk jintan manis dan ketumbar leh ganti dgn jintan manis dan ketumbar biji- tumbuk halus **penggunaan tepung jagung menyebabkan kerak2 nya terasa rangup...

nasi lemak pandan 2 cawan beras- cuci bersih 2 cawan santan - kisar bersama 4- helai daun pandan, kemudian tapis + 2-3 titik pewarna hijau 2 ulas bwg putih-hiris 2 bj bwg merah-hiris sedikit halia- hiris 1 btg serai- titik 1/2 sudu teh garam cara: masukkan semua bahan dlm periuk.. tanak hingga masak AYAM MASAK PADANG 1/2 ekor ayam- potong kecil 2 helai daun limau purut- carik2an 1 batang serai -ketuk2 1 cawan santan- sederhana pekat (santan pekat + air skit) 5 biji ciliapi - belah jgn putus 1 biji tomato - belah 4 1 keping asam keping

3 s/b minyak garam Bahan mesin 2-3 biji cili api- kalau nk pedas boh la lebih 2 sudu besar cili kisar 1 inci halia 1 inci lengkuas 1/2 inci kunyit hidup 1 biji bwg besar 2 ulas bawang putih 3 biji buah keras Cara membuat 1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk. 2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap. 3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi. 4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih & sedikit pekat.

bahan kisar: 1 genggam cili kering- rebus dan toskan 2 biji bwg besar 3 ulas bwg putih 2 biji tomato masak sedikit halia 2 btg serai- hiris sedikit lengkuas cara: - goreng ayam dan ketepikan - guna minyak yg sama, kurangkan skit jika perlu, tumis semua bahan2 tumis, kacau hinga agak kekuningan dan bau wangi. kemudian masukkan bahan kisar. kecikkan api, biar hingga mendidih atau pecah minyak... - masukkan susu , biar sedikit kering , masukkan gula dan garam -masukkan ayam- sebatikan - biarkan sebentar sblm angkat

Ayam masak merah 1 ekor ayam- goreng 1/4 cawan susu cair bahan tumis: 1 biji bwg besar-hiris bulat 2 ulas bwg putih-hiris kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

Rendang ayam 1/2 ekor ayam-dipotong2 santan dari 1/2 biji kelapa - aku guna 1/4 santan kotak 1 peket kerisik - lebih kurang 2 sudu besar 2 helai daun kunyit - hiris 3 helai daun limau purut (x letak sbb lupa beli) 1 sudu besar gula merah (letak 1/2 sudu je, x suka manis), garam, minyak masak * Bahan kisar

2 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih 3 cm kunyit hidup, 10 cm lengkuas 5 cm halia, 2 batang serai segenggam cili kering * Rempah tumis:2 cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang 3 biji cengkih, 3 biji buah pelaga Cara-cara 1. Panaskan minyak . 2. Tumis bahan kisar dan rempah tumis sampai naik bau. 3. Masukkan semua bahan lain. Kecilkan api (sederhana)dan biar hingga kering (sambil2 kacau sekali sekala takut berkerak) (jgn lupa boh garam, aji kalau suka)

bahan tepung: (tak perlu campur air) 3 sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk kari 1/4 sudu teh garam cara: gaulkan sedikit garam pada sotong dan masukkan ke dalam mangkuk yg berisi telo putih gaul rata (sblm tu, pastikan sotong tu betul2 kering selepas dicuci, guna tisu dapur utk serap lebihan air, kalo tak sotong akan meletup2 dlm kuali, salutan tepung jd x rata dan hasilnya kurang rangup) pastu masukkan dalam campuran tepung.. ratakan tepung pada sotong panaskan minyak masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali (sekali goreng jgn byk sgt) goreng sampai garing keemasan

Rendang sotong 5-6 ekor sotong saiz sedang- potong 3 3 sudu besar santan pekat- aku guna yg dlm kotak, mmg pekat 2 sudu besar cili kisar 1 helai daun kunyit- hiris kasar 1 keping asam keping bahan kisar: (agak2 le saiznya) 2 '' lengkuas, 2 ''halia, 2 ''kunyit hidup, 2 btg serai cara: panaskan minyak tumis bahan kisar + cili kisar masak sampai agak kering masukkan santan dan daun kunyit masukkan 1 keping asam keping dan sedikit garam akhir, masukkan sotong dan biar hingga sotong masak (jgn lama sgt)

sotong bakar bercili 3 ekor sotong besar- bersihkan, buang selaput luar, jgn buang tulangnya, nk mkn baru buang- kelar2 kan dan gaul ngan kunyit dan sambal cara2: segenggam cili kering- kisar sedikit halia, 4 ulas bwg putih- tumbuk 2 sudu air limau nipis- kurang atau lebihkan ikut citarasa sendiri , 2 sudu sos tiram cara;

sotong goreng tepung sotong secukupnya 1 biji telur putih

tumis bwg putih dan halia, masukkan cili kisar.. kalau perlu, tambahkan air skit je... biar sampai pecah minyak, masukkan sos tiram, garam dan air limau nipis biarkan kering, angkat dan lumurkan pada sotong patutnya, serai tu leh tumbuk sekali, tp aku terlupa so, aku sumbat je btg serai tu dlm perut sotong, n bakar sekali ok gak cam ni..serai tu ketuk2 dulu bakar sotong selama lebih kurang 1/2 jam dibalik2kan..atau sehingga sotong nampak masak kerabu sotong sotong secukupnya (dlm 4-5 ekor saiz sedang) sos ikan 2 biji limau kasturi- ambil jusnya (aku boh 3 biji, sbb nk masam lagi) bahan-bahan hiris halus bunga kantan, daun kesum, bawang besar, cili merah tomato cara: rendam sotong dlm air mendidih (bukan rebus ye, just rendam atau celur dlm 5 mnt) sambil tunggu 5 mnt tu, leh la hiris bahan2 yg kena hiris tu pastu, toskan sotong, masuk dlm mangkuk (x kisah la besen ke, jug air ke, tempayan ke, jgn dlm kolah mandi dah) campur semua bahan2 hiris td campur jus limau, sos ikan n 1/2 sudu teh garam (baca elok2, garam tau bukan teh!) sotong masak lada hitam 5 ekor sotong saiz sedang- hiris bulat 1 biji bwg besar- potong bulat 2 ulas bwg putih- hiris, halia- hiris 1 sudu teh lada hitam- tumbuk halus 1/4 sudu teh pes asam jawa adabi / sedikit air asam jawa, tomato, daun bawang, cili merah cara: tumis bwg besar, bwg putih dan halia sampai naik bau

masukkan lada hitam dan sotong gaul jap pastu masuk air skit masukkan garam dan perasa (atau secubit gula) akhir sekali masuk tomato, daun bwg dan cili merah MASAK LEMAK LABU 1/4 biji labu udang- sukati nk byk mana 1 btg serai- dititik 2 keping asam gelugur 1/2 biji kelapa- ambil santan jdkan 1 1/2 cawan 1 helai daun kunyit- hiris bahan kisar: (aku kisar guna blender kering) 2 biji cili hidup beberapa biji cili api- ikut nk pedas mana sejemput ikan bilis sedikit kunyit hidup/ serbuk kunyit cara: masukkan bahan kisar dlm kuali/periuk masukkan labu dan 1 cawan air buka api dan didihkan sampai labu empuk pastu masukkan semua bahan lain... sentiasa kacau, kalo tak santan akan naik kepala jgn lupa masukkan garam.

SUP TULANG Bahan A 1 kg tulang lembu dicuci dan ditoskan 2 sm halia diketuk 1 sudu makan lada hitam ditumbuk 1 sudu teh garam kasar 1 sudu makan gula Air secukupnya Bahan B (ditumbuk) 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 1 cm halia

1 sudu makan jintan manis 1 sudu makan lada hitam Bahan C (ditumis) 2 batang kulit kayu manis 1 biji bawang besar dihiris 5 biji cengkih 3 biji bunga lawang 4 biji buah pelaga Bahan D 2 bunjut rempah sup tulang 3 bji kentang dibelah dua, Serbuk perasa 8 biji cili api, 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos ikan, 1 biji jus limau nipis Sedikit minyak, Garam secukup rasa Bawang goreng, daun sup dan daun bawang untuk ditabur Cara Membuat: 1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu. 2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau. 3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. 4. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap. 5. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goreng. 6. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisandaun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. SOTONG MASAK LEMAK Bahan-Bahan: 250g sotong, 250g santan pekat 250ml air, 6 biji cili padi (dikisar) 1 inci kunyit hidup (dikisar) 50g ikan bilis, 2 batang serai (dititik) 2 helai daun kunyit

Cara Membuat: 1. Masukkan santan pekat, air serta bahan kisar ke dalam periuk. 2. Nyalakan api dan masukkan serai bersama garam dan serbuk perasa. 3. Setelah menggelegak masukkan daun kunyit dan sotong yang telah dibersihkan. Kacau hingga masak. Bahan-bahan Nasi Marjerin:1.-*4 tin beras (saya guna tin susu kecil) -*1/3 tin susu cair -*4 sdb marjerin -*1 labu bawang besar - di hiris -*2 ulas bawang putih - di hiris -*2 inci halia - di hiris -*2 helai daun pandan - simpul -*2 1/2 sdt garam halus Cara-cara:-Basuh dan masak macam biasa tapi lebihkan sedikit air...masukkan garam sekali. -*Sementara itu panaskan marjerin. -*Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. -*Apabila air beras tinggal hampir sama paras dengan nasi masukkan susu cair dan bahan tumis dan gaul sebati...biar hingga masak.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

4. 5. 6. 7.

Ayam Cendawan Berkrim Bahan-bahan Ayam Cendawan Berkrim:-*1 ekor ayam - di potong kecil -*bahan kisar (1 labu bwg besar, 5 ulas bwg putih, 3 inci halia, 6 biji cili kering) -*-bahan tumis (sedikit bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga) -*4 biji cendawan kering - rendam dalam air baru potong -*2 sdb tomato puri, 1 sdb tomato cili -*1/2 tin susu cair, garam, gula -*serbuk perasa, daun bawang Cara-cara:-Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis...kacau. -Masukkan bahan2 kisar dan tomato puri...masak hingga naik minyak.

-Masukkan ayam dan gaul sebati...masak hingga kering. -Masukkan cendawan, susu, garam, gula dan serbuk perasa...masak hingga kuah pekat. -*Taburkan daun bawang. DAGING GORENG BEREMPAH Bahan: 400gm daging ~ dipotong kecil/nipis 1 sudu besar cili mesin 1 biji bawang besar ~ dihiris nipis 1 biji bawang besar ~ dipotong baji/wedges 3 ulas bawang putih ~ dihiris nipis 1 in halia ~ ditumbuk 3 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ lebih sedap jika guna lada hitam yg baru ditumbuk 2 sudu besar kicap manis 1 keping asam keping air secukupnya (lebih kurang 1 cawan) 3 biji cili merah/hijau garam, gula, minyak daun ketumbar secukupnya ~ dihiris Cara: Perapkan daging bersama serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris. Goreng hingga bawang layu dan masukkn bawang putih serta halia. Goreng lagi hingga wangi. Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing. Masukkan kicap dan daging yg diperap tadi dan goreng hingga daging berubah warna. Masukkan asam keping dan air secukupnya dan kacau. (biasanya K.Nor suka masukkan air separas daging) Tutup kuali dan biarkan mereneh dgn api sederhana dgn sesekali mengacau supaya masak serata. Kemudian masukkan cili, bawang besar yg dipotong baji, garam dan gula secukupnya. Kacau. Masak hingga kepekatan yg disukai. * kalau menggunakan daging batang pinang tak perlu

guna air yg banyak, sekadar 1/4 - 1/2 cawan sudah memadai.


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL Bahan-bahan 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 4 keping roti gardenia 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan esen vanilla (1sk) Cara-cara Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je NASI JINTAN PUTIH Bahan2:41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos) 1 biji bawang besar dihiris nipis 4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang 2 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk kunyit ~ k.nor letak 1/2 sudu jer 4 sudu besar minyak sapi, 2 biji pelaga 1 inci kayu manis, 2 bunga cengkih 2-3 daun pandan 11/2 kiub vegetable stok ~ k.nor letak serbuk pati ayam 4-5 sudu besar plain yogurt, 5-6 cawan air 2 biji cili hijau dibelah tak payah putus 2 sudu besar susu cair garam + secubit perasa ~ k.nor letak garam jer Cara2:-

Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga. Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu. Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.Biarkan masak macam masak nasi biasa. AYAM KASHMIR Bahan-bahan : 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka) Bahan A : 6 biji bawang merah (dihiris) 1/2 labu bawang besar (dihiris) 3 bawang putih (dihiris) 1 inci halia (dihiris) 1 batang serai (diketuk) rempah 4 sekawan sedikit daun kari Bahan B : 3 sb puri tomato, 1 sb serbuk cili 2 sb rempah beriyani 2 sb rempah kari daging 4 biji tomato (dipotong kecil) garam dan gula secukup rasa minyak masak secukupnya 2 biji ubi kentang (dipotong) Cara-cara : Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. Hidangkan setelah masak. ROJAK BETIK Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz

betik) ) 1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang) 1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td) 2 biji timun
Bahan Utk Kuah 9 ekor ikan selayang saiz sederhana (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan) 5 - 7 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas) 1/2 - 1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka) 3 sudu besar gula 3 sudu besar kicap 1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat) garam secukup rasa 1 1/2 liter air

Cara-cara Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.
Utk membuat kuah: Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas. Utk. menghidang: -Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap.. -Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan).

Anda mungkin juga menyukai