Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN INTERVENSI KAUNSELING Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang

yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. Manakala, kaunseling adalah satu

perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan klien memperoleh kestabilan dalam menyelesaikan maslah dengan batuan kaunselor. Intervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang dilakukan oleh kaunselor dalm membina program bimbingan dan kaunseling yang lebih komprehensif. Bentuk intervensi

kaunseling yang dijalankan juga perlulah sesuai dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi meningkatkan keberkesanan program kauseling yang dijalankan. Jenis intervensi Kaunseling Kaunseling Individu Kaunseling Kelompok Kecil Kaunseling Kelompok besar

PENGENALAN Warna pakaian yang kita pakai hari ini melambangkan perasaan kita pada hari ini kerana ianya kita pilih berdasarkan apa kata hati kita. Sama ada kita warna baju itu kita pilih secara dirancang atau tidak, ia tetap pilihan kita yang berlandaskan apa2 yang ada dalam diri kita. Dalam aspek penulisan, orak/cara serta perkara yang kita TULIS melambangkan perasaan kita. Cuba rujuk semula kandungan dalam diari atau entry blog harian anda. Pasti perkataan yang digunakan berbeza semasa kita menulis dalam keadaan sedih, marah ataupun tenang. Begitu juga dengan Lukisan. Lukisan juga luahan jiwa seseorang baik kepada mereka yang boleh melukis dan sebaliknya. Sebuah lukisan mampu memberikan seribu makna kepada pelukisnya. Kita sudah maklum bahawa kita boleh membayangkan dan mengerti apa yang cuba disampaikan oleh pelukis sesuatu lukisan. Begitu juga dengan hasil lukisan seorang kanak kanak. Hasil lukisan kanak kanak biasanya banyak difaktorkan oleh apa yang berlaku pada dirinya dan apa yang diinginkannya. Menginterpretasi lukisan seorang kanak-kanak saya rasakan bukannlah sesuatu yang rumit kita lakukan selaku orang dewasa memandangkan kanak kanak tidak tahu untuk menipu atau berkias. Sebuah lukisan bukan saja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Justeru seni lukis sudah lama diiktiraf sebagai satu daripada terapi minda membantu pesakit yang berhadapan dengan gangguan psikotik.

Intervensi jenis terapi lukisan atau seni ini sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ia juga proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri. Terapi seni direka berlandaskan kepercayaan bahawa proses melahirkan kreativiti boleh mententeramkan jiwa seseorang. Kebanyakan orang yang

mengalami trauma psikologi biasanya sukar meluahkan perasaan melalui katakata.Ia lebih mudah diluahkan melalui lakaran atau lukisan. Keadaan sama juga berlaku pada kanak-kanak. Kanak-kanak, termasuk yang normal, tidak pandai menunjukkan perasaan dengan kata-kata dan biasanya mereka menzahirkan gangguan emosi melalui kelakuan. Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan emosi dengan lebih baik serta mudah. Definisi Terapi Terapi juga dikenali sebagai rawatan di dalam bidang perubatan dimana pesakit diberi rawatan ke atas masalah kesihatan yang dialaminya sama ada fizikal ataupun mental. Definisi Lukisan Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling minimum dan satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu prosesmenghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan. Selain itu, lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkaninformasi

visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolej dan montaj.

Definisi Terapi Lukisan Terapi seni adalah satu kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan dan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni, terutamanya lukisan. Lukisan boleh menjadi cara untuk pesakit berinteraksi dengan orang lain. pesakit. Tidak kira apa yang dilukis, semuanya ada makna tertentu dan hanya pesakit yang tahu makna karya mereka. Malah, satu garis lurus juga boleh menceritakan perasaan pesakit yang mungkin terganggu atau marah. Kanak-kanak meluahkan perasaan melalui ekspresi seni, Apa yang dilukis adalah luahan perasaan

Sumber: Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

PELAKSANAAN INTERVENSI (Terapi Lukisan) Terapi ini dilaksanakan kepada pelajar Tahun 2, Sk. Kayangat Tenghilan, Tuaran. semua pelajar terdiri daripada 21 orang pelajar dan jenis intervensi yang dilaksanakan merupakan intervensi secara kelompok besar. Objektif terapi ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti pelajar yang mungkin mempunyai masalah terpendam dan pelajar mengambil sikap memendam masalah. Pelajarpelajar ini berumur 8 tahun dan melalui pemerhatian awal semua pelajar ini mempunyai tingkah laku yang berbeza serta mereka dating daripada latar belakang yang berlainan malahan tahap prestasi pembelajaran juga berbeza. Pelaksanaan terapi ini adalah mengikut perancangan Modul Terapi Lukisan:

Modul Terapi Lukisan

Tarikh Masa Alat Sasaran Tempat Tajuk Objektif

: 25/02/2012 : 8.30pg 9.30pg : Kertas lukisan, berus warna, warna air, LCD,laptop, palatte : Tahun 2 Dedikasi ( 21 orang murid 11 lelaki, 9 perempuan) : Bilik darjah Tahun 2 Dedikasi : Lukisan Saya. :

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:-

1) Mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar 2) Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. 3) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi komunikasi pelajar.

Prosedur : Set induksi (5 min) Guru menanyakan khabar murid. Guru menunjukkan pelbagai jenis objek yang berwarna asas iaitu kuning, biru dan merah bagi memulakan pembelajaran. Guru menanyakan persamaan di antara objek tersebut kepada murid. Murid memberitahu persamaan di antara objek tersebut kepada guru iaitu warna semua objek itu adalah sama (warna asas).

Langkah 1 (25 min) Guru mengedarkan alat-alat lukisan seperti berus, warna air, kertas lukisan, palatte kepada murid- murid. Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk melukis dan mewarna mengikut kehendak masing-masing. Semasa murid-murid melukis guru bergerak mengelilingi bilik darjah untuk memerhatikan hasil lukisan mereka. Selepas, murid-murid tamat melukis dan mewarna, guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid.

Dalam sesi soal jawab guru menanyakan sebab untuk hasil lukisan tersebut daripada murid. Murid-murid memberi penjelasan kepada guru tentang hasil lukisan mereka.

Langkah 2 (20 min) Selepas itu, guru meminta murid murid melukis gambar yang sesuai dengan warna (biru, kuning dan merah) yang diberi oleh guru. Guru meminta lapan orang murid untuk membentang hasil lukisan mereka di hadapan bilik darjah. Murid-murid menjelaskan hasil lukisan mereka.

Penutup (10 min) Guru menunjukkan pelbagai jenis gambar yang berwarna asas dengan menggunakan LCD. Murid murid diminta menjawab warna asas sebanyak dua kali bagi gambar yang mempunyai warna asas dan shhhhh bagi gambar berwarna lain. Guru menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran selepas permainan ini.

PERBINCANGAN Pemilihan untuk mengapliksikan Terapi Lukisan ini pada peringkat kanak-kanak iaitu pada umur 8 tahun adalah kerana seperti lazimnya seorang kanak-kanak akan dapat memberikan kerjasama sekiranya kita meminta mereka melakukan suatu aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka dan aktiviti melukis merupakan antara aktiviti yang paling digemari oleh kanak-kanak pada peringkat ini. malahan, Melalui ekspresi lukisan ini pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Selain itu, pemilihan terapi ini juga kerana lukisan merupakan suatu alat yang melambangkan perwatakan seseorang individu. Kanak-kanak merupakan individu yang paling sukar untuk dijangka tingkah laku mahupun pandangannya kerana mereka masih dan apa yang kita tahu bahawa kanak-kanak masih belum boleh untuk menyimpan apa sahaja perkara dalam diri sendiri. Oleh itu, Lukisan merupakan suatu medium untuk meluahkan perasaan ataupun medium bagi kanak-kanak ini meluahkan perkara yang mereka ingin diberi perhatian. Kajian daripada pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain yang mana sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Menurut, Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya, Teori Perkembangan Kanak-kanak menulis tentang terapi seni ini di mana

kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya

memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih padaibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Melalui kajian ini, jelas menunjukkan

bahawa lukisan mampu membantu kanak-kanak menyuarakan pendapat atau perasaan dalaman mereka untuk diberi perhatian kepada orang dewasa. Tambahan lagi, terapi lukisan boleh dikatakan sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar-pelajar ini datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi lukisan ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan

pembangunan negarakita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya ciptadan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap disamping kestabilan emosi.