Anda di halaman 1dari 3

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya. FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi ! MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook ! TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau . GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya . MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses . IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada ! MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer ! IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! ! INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ? FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!! YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email ! GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak ! MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ? TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power !

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu. Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan. Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje". Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??" Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Guru: Murid-murid, hari ni kita akan belajar matematik.. Murid-murid : Baik, cikgu... Guru: Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula-gula, ditambah lagi dgn 5 biji gula-gula, jawabnya apa murid-murid? Murid-murid : "TERIMA KASIH MAKCIK" Guru : .....= . =......

Sakit Jiwa Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. Doktor : ??$$??

P: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan? L: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar). P: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya? L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak. P: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang? L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa. P: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2? L: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja. P: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk? L: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Saya sangat cintakan wanita sebab itu saya tidak mahu mengecewakan mereka. Allah lebih mengerti. Wassalam... P: Allahu Akbar... Ini pertama kali saya jumpa lelaki seperti awak....

Anda mungkin juga menyukai