Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan Isu seksualiti sudah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan di media massa dan media elektronik.

Masalah-masalah yang dibawa oleh isu seksualiti juga amat membimbangkan masyarakat setempat. Kertas kerja ini akan membincangkan isu-isu seksualiti seperti hubungan sejenis, bersedudukan, kes rogol, sumbang mahram dan sebagainya. Perbincangan utama dalam tugasan ini adalah menyatakan sebab-sebab berlakunya isu seksualiti dan kesan yang akan ditimbul di dalam masyarakat kita. Isu seksualiti juga akan dibincangkan dari perspektif agama dan teori moral supaya pembaca dapat memahami secara terperinci tentang masalah yang berkaitan dengan isu seksualiti. Dalam masyarakat Malaysia, masalah atau isu seksualiti dan remaja adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dan digandingkan bersama. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah yang berkaitan dengan isu seksualiti kini sudah berlambak dan menjadi penyakit barah yang menjangkiti jati diri remaja kita. Justeru itu, guru yang sebagai pendidik warga harapan negara kita, mempunyai kewajipan dan tanggungjawab dalam menyemaikan nilai-nilai moral dan memperkukuhkan pegangan agama para remaja kita. Perbincnagnan di dalam kertas kerja ini diharap dapat membuka mata masyarakat tentang impak besar yang akan dibawa oleh isu seksualiti dan peranan guru dalam mencegah dan menangani masalah yang berkaitan dengan isu seksualiti. Kesimpulan Peningkatan masalah dan kes seksualiti merupakan satu masalah yang serius dan perlu ditangani dengan segera. Boleh dikatakan bahawa hampir semua budaya dan agama tidak boleh bertoleransi dengan isu seksualiti yang dibincangkan di atas. Guru seharusnya memberi didikan moral kepada para pelajar sejak kecil lagi supaya mereka tidak dipengaruhi melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral ini. Selain itu, semua pihak juga harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat melahirkan satu masyarakat yang berilmu, bertamadun serta bertatasusila.

Anda mungkin juga menyukai