Anda di halaman 1dari 30

HEGEMONI BARAT

HEGEMONI BARAT TERHADAP POLITIK HEGEMONI BARAT TERHADAP SOSIAL DAN BUDAYA HEGEMONI BARAT TERHADAP HAK ASASI MANUSIA

DEFINISI HEGEMONI
Pengaruh atau dominasi sesebuah negara terhadap negara lain dengan menggubal undang-undang bagi mengelakkan struktur penjajahan terhadap rakyat peribumi
Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga): 448), hegemoni ialah pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain.

Fathi Aaris Omar Dilihat sebagai penundukan akal, jiwa, jasad melalui kaedah memujuk atau menyakinkan Tidak perlukan paksaan atau kekerasan Hegemoni berasal daripada perkatan Yunani, hegemon, yang bermaksud ketua. (Mclean,1,1996.The Concise Oxford Dictionary of Politics, Oxford: University Press, p. 218).

Hegemoni barat terhadap politik

HEGEMONI BARAT TERHADAP POLITIK


Blok dunia bermaksud pembahagian dunia kepada dua buah blok yang berasaskan pegangan dan fahaman politik serta amalan sistem ekonomi negara berkenaan. Dunia terbahagi kepada ialah blok komunis dan blok kapitalis. Blok komunis diterajui oleh Soviet Union manakala blok kapitalis pula diterajui oleh Amerika Syarikat.

Kewujudan kedua-dua blok ini disebabkan kerana masing-masing menganggap pegangan dan amalan mereka adalah yang terbaik. Mengakibatkan berlakunya perang Dingin
Dikenali sebagai perang dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Tetapi kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.

Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan. Negara penyokong akan diberikan pelbagai anugerah manakala negara musuh akan dikenakan pelbagai sekatan termasuk ekonomi dan diplomatik.

Kesan Hegemoni Barat Terhadap Politik


Politik menjadi tidak stabil Mengakibatkan sistem pentadbiran negara menjadi kucar-kacir Wujudnya ketidakadilan politik dalam perlaksanaan dan pentadbiran agensi politik dunia

Politik menjadi tidak telus dan kotor dengan rasuah Pengamalan kuasa veto oleh negara besar menyebabkan berlakunya penindasan serta tidak memberi peluang kepada negara yang didominasi untuk menyampaikan pendapat mahupun idea apatah lagi untuk membuat keputusan sendiri berkaitan dengan hal politik negara

Hegemoni Barat Terhadap Sosial dan budaya

HEGEMONI BARAT TERHADAP SOSIAL dan Budaya


Gejala sosial ditakrifkan sebagai perbuatan atau tindak tanduk di kalangan anggota masyarakat Tamadun barat telah memberikan pengaruh yang besar dalam budaya atau cara hidup masyarakat dunia Ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek budaya terutamanya hiburan di mana muzik, nyanyian, filem, lakonan, kartun dan komik dari barat telah menembusi pasaran dunia.

Nilai eksport melalui komoditi hiburan merupakan satu sumber penting pemerolehan modal dan keuntungan mutlak Amerika Syarikat Menurut Osman Bakar (1997), menerusi kolonialisme Barat berjaya membentuk satu persepsi cultural superiority di kalangan masyarakat dunia Tamadun Barat mengamalkan budaya yang bertentangan dengan tamadun lain seperi seks tanpa ikatan perkahwinan, seks rambang dan seks sejenis yang menyeleweng daripada tatasusila kehidupan manusia normal

Pengaruh Barat dapat dilihat dari pelbagai aspek terutamanya hiburan Muzik-muzik Barat yang tersebar luas ini semakin digilai oleh masyarakat dunia terutamanya dalam kalangan remaja yang amat menggilai muzik rock, heavy metal, blues, pop dan lain-lain.

Artis-artis dari Barat mempunyai jutaan peminat di seluruh dan ketaksuban peminat terhadap artis ini membuatkan mereka sanggup mengukir nama penyanyi tersebut di badan mereka, menampal poster-poster di dalam bilik, meniru gaya artis tersebut dan sebagainya.

Dari segi cara berpakaian dan fesyen pula, masyarakat dunia berlumba-lumba mencari pakaian yang berjenama dan mahal seperti Pierre Cardin, F.Saint Lawrence, Cocoproco, Versace, Bonia, Padini dan sebagainya

Dalam segi gaya pemakanan pula, antara jenama makanan yang hampir menyeluruh boleh didapati dalam mana-mana bandar di dunia ialah Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Hambuger dan lain-lain.

Minuman seperti Pepsi Cola, Coca-Cola, Seven Up dan lain-lain juga turut menjadi pujaan.

Implikasi Hegemoni Barat Terhadap Sosial dan Budaya


Gejala sosial semakin berleluasa kerana kebanyakan artis dari Barat mempunyai tingkah laku dan akhlak yang buruk seperti minum arak, merokok, seks rambang, homoseksual dan sebagainya. Menghakis nilai moral dalam diri individu

Adab dan etika dilupakan kerana mereka beranggapan adab dan etika tersebut menyekat kebebasan mereka untuk melakukan apa yang mereka inginkan Menghakis nilai-nilai agama dalam diri individu Pengamalan budaya yang bertentangan dengan nilai ketimuran dan adat sesetengah negara

Hegemoni Barat Terhadap Hak Asasi Manusia

Hegemoni Barat Terhadap Hak Asasi Manusia


Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung Hak asasi manusia termasuk hak asasi kanakkanak, hak asasi wanita, hak asasi orang kelainan upaya dan hak asasi pengguna

Ideologi mengenai hak-hak asasi manusia bermula kesan daripada penindasan masyarakat Eropah Berdasarkan ideologi dan fahaman yang diamalkan oleh masyarakat Amerika Syarikat, tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan

Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan

Implikasi Hegemoni Barat Terhadap Hak Asasi Manusia


Ideologi barat terhadap hak asasi manusia yang mementingkan tiga hak yang utama iaitu hak kehidupan, hak kebebasan dan hak mengejar kebahagiaan Terdapat tiga hak asasi manusia mengikut ideologi barat iaitu hak kehidupan, hak kebebasan dan hak mengejar kebahagiaan.

Hak kehidupan memberikan manusia kuasa mutlak ke atas kehidupan mereka sendiri di mana mereka berhak sepenuhnya untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripada mereka Hak kebebasan bermaksud setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja yang dinginkan asalkan tidak menghalang hak asasi individu lain

Kuasa Barat menggalakkan individu untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa sekatan dengan syarat mereka tidak melanggar hak asasi individu lain Hak ketiga iaitu hak mengejar kebahagiaan juga dianggap salah satu unsur penting dalam mencapai keamanan dan keadilan sejagat

Hak ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memberikan kebebasan sepenuhnya kepada individu dalam mengumpul harta Hak ini wujud ekoran daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap kuasa raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu Oleh itu, hak ini diwujudkan untuk memberikan mereka kuasa penuh ke atas harta dan titik peluh mereka sendiri.

Namun demikian, ketiga-tiga hak asasi yang diterapkan oleh kuasa Barat lebih menjurus kepada hak individu dan bersifat individualistik Mereka beranggapan hak individu lebih penting dan menolak kepentingan hak secara berkumpulan

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa hegemoni Barat meninggalkan pengaruh besar dan impak yang kuat dalam mempengaruhi ideologi, pentadbiran, ekonomi serta sosial masyarakat dunia. Hegemoni Barat boleh mempengaruhi dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat dunia seperti ekonomi, politik, sosial, hak asasi manusia dan media. Hegemoni Barat telah pun memainkan peranan dan meninggalkan pengaruh besar dalam pembentukan masyarakat dunia kini. Kuasa Barat yang menggunakan hegemoni untuk mencapai matlamatnya dalam menjadi kuasa utama dunia dilihat semakin tercapai sedikit demi sedikit. Pengaruh dan kesan yang telah dibawa oleh hegemoni Barat meninggalkan pelbagai impak seperti kemusnahan keluarga, kehilangan jati diri, ketidakadilan politik, penghakisan nilai-nilai Islam dan budaya serta penindasan kepada golongan yang lemah.

Anda mungkin juga menyukai