Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA JALAN SS5B/3, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA MENAIKTARAF BILIK KEMAHIRAN HIDUP 1.0 TUJUAN Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran dan memohon peruntukan barangan untuk menjalankan projek menaiktaraf Bilik Kemahiran Hidup SK Sri Kelana. 2.0 PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan matapelajaran wajib dilaksanakan di sekolah 2 waktu dalam seminggu. KHSR menjadi medium kepada murid-murid mengembangkan bakat reka cipta dan mengasah minat dalam bidang perniagaan serta keusahawanan. Sehubungan itu, Bilik Kemahiran Hidup menjadi nadi kepada matlamat tersebut kerana segala projek penciptaan kreatif bermula di sini. Namun begitu, keadaan Bilik Kemahiran Hidup yang tidak lengkap menjadikan fungsinya sebagai pemangkin bakat kreatif murid agak terbatas. Projek menaik taraf Bilik Kemahiran Hidup ini merupakan keperluan yang mendesak memandangkan keadaannya kini yang serba kekurangan. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Menyediakan pili air sebagai agen pembersihan dan juga keperluan dalam projek pertanian. 3.2 Menukar pintu yang telah rosak. 3.3 Mewujudkan suasana kondusif dalam Bilik Kemahiran Hidup. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Sri Kelana. 5.0 LOKASI Bilik Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Sri Kelana. 6.0 TARIKH PERLAKSANAAN 1 30 MAC 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELANA JALAN SS5B/3, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

7.0 STRUKTUR ORGANISASI Penasihat Puan Rosmawati Binti Mat Som Pengerusi Puan Quah Bee Pek Naib Pengerusi Semua Guru Penolong Kanan Puan Asmah Binti Sulaiman Encik Meor Kamarul Puan Azizan Penyelaras Puan Ruzie Yanti Binti Ahmad Khudri Setiausaha Encik Shahrulnizam Bin Mohamad Yusof Bendahari Puan Mariani Binti Maarof AJK Encik Rosmi Bin Abdul Rahim 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1 2 3 Barangan Pili air dan sinki Cat dinding Kuantiti 1 buah 1 bekas (7 liter) 1 buah Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 500.00 500.00 58.00 58.00 500.00 500.00

Pintu kayu

JUMLAH (RM)

1058.00

9.0 PENUTUP Kami berharap projek menaiktaraf Bilik Kemahiran Hidup ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya hasil usaha dan kerjasama semua pihak di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana. Disediakan oleh, . (RUZIE YANTI BINTI AHMAD KHUDRI) Ketua Panitia Kemahiran Hidup sesi 2012, Sekolah Kebangsaan Sri Kelana.

Anda mungkin juga menyukai