Anda di halaman 1dari 9

Rancangan harian Prasekolah : Matematik dan Sains dalam Perkembangan Kognitif Nama Kelas Bilangan Kanak-kanak Tarikh Komponen

Tunjang Kurikulum Tema Subtema Fokus KBKK Standard Kandungan Standard Pembelajaran : Pra 2 , SKAP : 25 orang : 18 Oktober 2010 : Kognitif : Sains dan Teknologi (ST)-awal sains dan awal matematik : Makanan : : ST 2.0 kemahiran saintifik : membanding beza , mengkategori, menilai kuantiti : ST 2.3 membanding dan mengelaskan objek : ST 6.2 membandingkan kuantiti objek : ST 2.3.5 mengasingkan makanan mengikut rasa ( manis dan pahit ) : ST 2.3.1 membanding dan mengumpulkan objek-objek mengikut satu ciri a. Bentuk : ST 6.2.1 membandingkan dua kumpulan objek untuk menyatakan sama banyak, lebih atau kurang. ________________________________________________________________________________________________ Hasil Pembelajaran Fokus Utama Sek. Keb. Ayer Puteh umur : 5 tahun masa : 8.30 9.30 pagi ( 60 minit )

1. Mengetahui dan membezakan rasa pada makanan ( coklat ) 2. Membuat pengelasan objek mengikut bentuk dan rasa 3. Menghimpun / mengumpul objek mengikut ciri-ciri tertentu seperti objek dengan atribut bentuk 4. Membandingkan dua kumpulan objek untuk menyatakan kuantiti , ( banyak / lebih atau kurang )

Fokus Sampingan 1. Menamakan jenis makanan secara lisan


2. Mengenal serta dapat membezakan setiap objek dari segi rasa dan bentuk

3. Mengenali makanan yang baik untuk kesihatan

Pengetahuan sedia ada


1. Kanak-kanak pernah melihat dan makan gula-gula atau coklat yang pelbagai bentuk

2. Kanak-kanak suka pada makanan yang manis seperti coklat dan kek 3. Kanak-kanak tidak suka pada ubat kerana rasanya yang pahit

Penerapan nilai 1. Adab makan 2. Menjaga kebersihan gigi dan kesihatan


3. Kerjasama

4. Tolong-menolong 5. Teliti 6. sabar

Bahan / BBM 1. Bahan Maujud : Coklat pelbagai bentuk ( empat segi dan bulat ) Cup cake Ubat 2 jenis sayur iaitu petola dan pria dipotong bulat Gambar yang lengkap Gambar yang tidak lengkap

2. Gambar tukang masak dan kek , sayur - sayuran,buah-buahan dan kuih.

_________________________________________________________________________________________________ Penggabungjalinan 1. Sikap dan nilai-nilai murni ( P. Islam ) 2. Bahasa Inggeris ( sweet, bitter dll ) 3. Nyanyian

LANGKAH Set induksi 5 minit

ISI Tukang masak bersama keknya.

STRATEGI/AKTIVITI Mencantumkan atau melengkapkan gambar Guru mempamerkan gambar tukang masak bersama keknya . Bersoal jawab mengenai gambar Contoh : apa benda di atas kepalanya ? Kenapa dia memakainya ? Guru meletakkan gambar yang tidak lengkap di papan putih, meminta seorang murid mencantumkan gambar pada bahagian yang bersesuaian bagi melengkapkan gambar.

SUMBER/BAHAN Gambar lengkap Gambar tidak lengkap.

CATATAN Kecerdasan

Pemerhatian Teliti Bersih beradab

VIDEO 1

Langkah 1 10 minit

Coklat dan buah/sayur pelbagai bentuk. Bulat, empat segi, bujur dan lain-lain. Soalan :

Guru meminta murid membasuh tangan dan membaca doa. Guru memilih dan meminta beberapa pelajar merasa setiap jenis makanan yang disediakan. Bersoal jawab tentang apa yang dirasa

Coklat Sayur yang telah dipotong bulat

Murid memberi pendapat.

VIDEO 1 1. Cuba rasa ? 2. Ceritakan bentuk coklat dan sayur yang dilihat.

Soalan : 1. 2. 3. 4. Apa rasanya ? Namakan apa yang kamu makan ? Sedap ke tidak ? Apakah bentuk coklat ini ? Membuat pengelasan mengikut rasa.

Langkah 2 10 minit VIDEO 2

Rasa dan jenis Makanan. Manis Pahit

Kanak-kanak melihat dan memberi pandangan mengenai setiap gambar yang dipamerkan berpandukan soalan-soalan yang dikemukan oleh guru. Contohnya Ini gambar apa ? Suka tak makan sayur ini ? Kenapa dan mengapa ?

Gambar buah oren, Pisang, manggis dan betik. Gambar kuih

Membuat ramalan. Bercerita berdasarkan pengalaman kanak-kanak itu sendiri.

Langkah 3. 13 minit VIDEO 3

Pelbagai jenis makanan. Pengelasan mengikut rasa.

Pelajar dibentuk menjadi 2 kumpulan , setiap kumpulan akan menerima satu hidangan makanan pelbagai rasa. Setiap ahli kumpulan akan memilih dan mengasingkan makanan yang mereka suka. Pelajar diminta memberikan pandangan, kenapa mereka memilih makanan tersebut. Dan Pelajar juga diminta memberikan pangangan kenapa mereka tidak suka pada makanan yang lain. Seterusnya Guru menjalankan aktiviti secara kelas. Di mana semua makanan yang manis dikumpulkan pada satu bekas dan makanan yang pahit di dalam satu bekas yang

Pelbagai jenis makanan. Seperti ; Sayur pria, petola. Coklat Cooking coklat.

Membuat kesimpulan tentang apa yang mereka pilih.

berasingan. Guru bertanya makanan yang mana paling kamu sukai ? Kenapa ? kenapa kamu tidak suka sayur ? Guru meminta pandangan pelajar mengenai bentuk makanan yang ada.

Atribut bentuk

Langkah 4 15 minit

Bentuk : Empat segi Bulat

Guru menunjukkan sayur yang telah dipotong dan coklat yang telah dipatahkan. Penerangan tentang bentuk pada sayur dan coklat. Aktiviti ini dilakukan dalam bentuk kumpulan.

Cooking coklat

VIDEO 4

Mengumpul dan mengelaskan makanan mengikut bentuk Membuat bandingan dari segi kuantiti.

Bittergout/ buah pria Dipotong bulat. Ubat.( tablet )

Mengenal konsep pranombor. Kuantiti iaitu banyak atau sedikit.

Kanak-kanak dibentuk kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan akan dibekalkan dengan pelbagai jenis coklat di dalam kuantiti yang berbeza . Secara berkumpulan, pelajar diminta memilih dan mengasingkan coklat mengikut bentuk yang ada. Setelah selesai kerja-kerja pengasingan, guru meminta setiap wakil kumpulan membawa bekas yang mengandungi coklat yang paling banyak ke hadapan. Melalui aktiviti ini, guru akan mengemukakan

beberapa soalan seperti 1. Coklat paling banyak yang kumpulan kamu dapat berbentuk apa ? 2. Yang mana lebih banyak ? coklat bulat atau empat segi. 3. Dan sebaliknya. Guru menunjukkan cup cake yang berlainan. Secara kelas pelajar diminta mengenal pasti cup cake yang paling banyak, sama dan sedikit mengikut satu ciri. Cup cake

Pemerhatian,

Penutup 7 minit VIDE0 5

Makan makanan yang berkhasiat. Lagu Sweet

Guru mengumpulkan semua jenis makanan tadi. Meminta pelajar membuat pilihan apa yang mereka suka. Guru menerangkan makanan yang terlalu manis tidak bagus untuk kesihatan. Guru dan murid menyanyikan lagu sweet bersama-sama.

Senikata lagu. It is chocolate 2x It is so sweet Ohoh.. It is so sweet I love chocolate It is so sweet 2x Ohoh its so sweet

Penerapan nilai. Kesihatan seronok

Refleksi Ulasan Kendiri Murid : Murid kelihatan begitu seronok melalui proses p & p pada hari ini. Mereka ternyata begitu teruja dengan pemilihan BBM pada kali ini. Mereka amat seronok menjalani setiap aktiviti yang dirancangkan. Pengalaman yangsedia ada dalam diri mereka menjadi penyumbang ke arah pemahaman pada proses p & p yang dijalankan.Ternyata mereka amat sukakan makanan yang manis dan menarik. Mereka juga memahami mengenai bentuk, walau pada awalnya terdapat segelintir pelajar tidak mengenali bentuk dengan tepat. Begitu juga dengan rasa ada segelintir pelajar tidak dapat membezakan antara rasa tawar dan pahit. Setelah melalui pengalaman melalui aktiviti ini, mereka sudah dapat membezakan rasa, bentuk dan juga memahami tentang kuantiti dan dapat membuat perbandingan. Guru : Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menjalankan setiap aktiviti sebagaimana yang dirancangkan. Namun masih banyak kelemahan dan penambahbaikan yang perlu saya lakukan. Ini merupakan kali pertama saya mengajar di prasekolah SKAP. BBM yang dipilih telah menarik perhatian pelajar dan sering kali ia menjadi rebutan. Ada kalanya lain arahan yang diberi lain pula yang diterima.

Apa yang paling tidak memuaskan hati saya adalah kehadiran pelajar. Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah pada hari ini, keadaan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan cabaran kepada saya. Saya tidak mengalami banyak kerenah atau gangguan dari segi kawalan kelas. Aktiviti yang saya lakukan pada keseluruhannya berjaya. Cuma dapat saya rasakan ia kurang mencabar. Sewaktu sesi penutup, saya meminta semua pelajar bernyanyi bersama-sama. Ternyata ia tidak berapa menjadi, pelajar belum mengingati lirik lagu dan ia menjadi lebih sukar apabila ia dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris. InsyaAllah pada masa-masa mendatang, saya akan lebih berhati-hati dalam merancang aktiviti dan pemilihan bahan.