Anda di halaman 1dari 28

ISI KANDUNGAN

BIL
1 ISI KANDUNGAN

Muka Surat
1

KERANGKA KONSEP PENGENALAN KEMAHIRAN LISAN PENGENALAN TEKNIK PENGAJARAN

BAHAN PENGAJARAN

12

TEKNIK PENGAJARAN / BAHAN BANTU MENGAJAR

13

RUMUSAN

26

RUJUKAN

27

PENGENALAN

Kemahiran lisan- kemahiran mendengar dan bertutur.


BAHAN PENGAJARAN TEMA : KELUARGAKU BERWAWASAN TAJUK : CITA-CITA

TEKNIK PENGAJARAN
Teknik Bercerita Teknik Perbahasan Teknik Main Peranan Teknik Permainan Bahasa : Cerita Berantai

BAHAN BANTU MENGAJAR


Teknik Bercerita : Gambar Teknik Perbahasan : Kad Tajuk
Teknik Main Peranan : Kad Watak
Teknik Permainan Bahasa : Cerita Berantai

RUMUSAN
Kelebihan menguasai kemahiran lisan

1.0 PENGENALAN KEMAHIRAN LISAN

Manusia secara amnya dilahirkan boleh bercakap dan walaupun bayi tidak dilahirkan dengan keupayaan untuk terus bercakap namun mereka menggunakan tangisan dan gerak-geri untuk menyampaikan maksud dan kemahuan. Mereka juga dapat menerima mesej yang kita cuba sampaikan dengan memahami bahasa isyarat dan gerak-geri kita. Kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) merupakan salah satu aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna ia merupakan satu kemahiran yang penting kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Melayu bertujuan : a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah. b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah

menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah.

Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses yang paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya. Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana proses pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi banyak peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini mengambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-sungguh ketika kuliah diberikan.

Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.

3.0 KEMAHIRAN BERTUTUR

Menurut Nor aina dani (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan

membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsurunsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nor aina dani (2007), pertuturan adalah gabungan daripada bunyibunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan,

persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :


o

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

o o o

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

o o

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah : 1. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 2. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 3. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 4. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 5. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakonpelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajarpelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan

menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
o o o o o

merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

10

11

4.0 TEMA

TAHUN : 4 (SEKOLAH KEBANGSAAN) TEMA: KELUARGAKU BERWAWASAN TAJUK : CITA-CITA BAHAN : VIDEO Dalam video ini mengandungi cerita Bila Besar Nanti yang dibawa oleh karakterkarakter kartun. Video ini menerangkan situasi di dalam kelas sekolah rendah menunjukkan guru menyoal murid mengenai cita-cita mereka bila dewasa kelak. Antara cita-cita yang disebut dalam video ini ialah guru, tukang masak, wartawan dan juga angkasawan. Setiap murid memberikan hujah atau idea sokongan mengapa mereka memilih cita-cita tersebut apabila dewasa nanti. Selain itu juga, terdapat situasi yang memaparkan bagaimana menjadi watak kepada cita-cita yang mereka pilih itu.

12

13

5.0 TEKNIK

5.1 TEKNIK BERCERITA

5.1.1 PERINGKAT PERSEDIAAN

Guru memilih bahan yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru juga menyediakan gambar bersiri bersaiz A4 yang dilekatkan pada dan dilekatkan pada mounting board juga bersaiz A4. Gambar bersiri ini menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan

kerjaya seorang doktor. Seorang doktor doktor berada di hospital doktor merawat pesakit terdapat pembantu iaitu jururawat. Guru menyediakan dialog video bagi memudahkan murid untuk memahami dan mengetahui perkara yang

dibincangkan. Dialog dikongsi dalam satu kumpulan.

5.1.2 PERINGKAT PERLAKSANAAN AKTIVITI

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan (3-5 orang) di dalam satu kumpulan kecil. Guru memberi penerangan mengenai aktiviti iaitu setiap kumpulan perlu menyediakan satu cerita berpandukan gambar bersiri. Guru memberi tajuk cerita Saya Seorang Doktor. Berdasarkan gambar bersiri yang ditunjukkan guru, murid perlu berbincang dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan satu cerita yang lengkap.

Masa perbincangan diberi selama 4 minit kepada muridmurid untuk merangka cerita dengan menggunakan bahasa sesuai dan betul. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjsama untuk menyumbangkan idea yang bernas.

14

Seorang murid dari setiap kumpulan menjadi wakil untuk memperdengarkan cerita yang telah dirangka bersama-sama ahli kumpulan. Murid-murid lain perlu mendengar dengan teliti cerita yang disampaikan.

Jika murid membuat kesalahan dari segi penggunaan bahasa atau intonasi yang salah, guru akan menegur dan memperbetulkan kesalahan tersebut.

5.1.3 PERINGKAT SUSULAN DAN PENILAIAN

Guru membuat perbincangan dengan murid-murid untuk mendapatkan pandangan masing-masing mengenai cerita dari kumpulan mana lebih menarik perhatian.

Guru menyoal murid bertanyakan ciri-ciri yang terdapat pada seorang doktor. o Contoh soalan : Apakah pakaian utama seorang doktor di hospital?. o Contoh jawapan : Doktor berpakaian kot putih semasa berada di hospital.

15

BAHAN BANTU MENGAJAR GAMBAR DOKTOR

16

5.2 TEKNIK PERBAHASAN

5.2.1 PERINGKAT PERSEDIAAN

Guru menyediakan kad tajuk perbahasan berdasarkan citacita yang terdapat di dalam video yang bertajuk Kerjaya yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat iaitu wartawan, angkasawan, tukang masak, guru dan doktor. Kad perbahasan ini dibuat dengan menggunakan kertas A4 yang dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul. o Contoh kad tajuk perbahasan : Kerjaya Yang Banyak Memberi Sumbangan Kepada Masyarakat. Setiap satu sampul mempunyai satu cita-cita.

Untuk lebih menarik lagi perhatian murid-murid, guru menggunakan sampul yang berwarna-warni agar murid seronok dan pembelajaran. bersedia untuk proses pengajaran dan

5.2.2 PERINGKAT PERLAKSANAAN AKTIVITI

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil (3-5 orang) dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang dilantik oleh murid-murid dalam kumpulan tersebut.

Setiap wakil kumpulan atau ketua kumpulan mengambil salah satu sampul tajuk perbahasan yang telah disediakan oleh guru. Setiap pusingan perbahasan melibatkan 2 kumpulan kerjaya pembahas yang banyak masing-masing memberi mempertahankan kepada

sumbangan

masyarakat. Setiap pusingan perbahasan diadakan selama 10-15 minit bergantung kepada guru dan setiap kumpulan juga perlu mencabut undi giliran membentangkan bahas masingmasing.

17

Secara dalam kumpulan murid-murid diberi masa selama 10 minit untuk mencari idea dan membuat perbincangan. Murid perlu menyatakan mengapa kerjaya yang dipilih itu. betul-betul menyumbang kepada masyarakat. o Contoh jawapan : Doktor lebih banyak menyumbang kepada masyarakat. Mereka banyak menyelamatkan nyawa dan juga kerjaya berisiko.

Kumpulan yang membangkang perlu mengemukan idea yang lebih bernas dan perbahasan dikawal oleh guru.

5.2.3 PERINGKAT SUSULAN DAN PENILAIAN

Hasil daripada perbahasan, guru meminta murid-murid untuk membuat perbincangan tentang perbahasan yang telah dijalankan. o Contoh : Setiap kerjaya ada kelebihan dan masingmasing menyumbang kepada masyarakat.

Guru meminta murid untuk menyatakan kerjaya lain selain yang terdapat dalam video atau yang telah murid-murid bincangkan. Contoh : Polis, Petani, Juruterbang.

18

BAHAN BANTU MENGAJAR KAD TAJUK PERBAHASAN

WARTAWAN

ANGKASAWAN
TUKANG MASAK

DOKTOR

SAMPUL SURAT

19

5.3 TEKNIK MAIN PERANAN

5.3.1 PERINGKAT PERSEDIAAN

Guru menyediakan kad watak yang boleh digantung pada leher murid dan atau dipakai. Kad watak ini dibuat menggunakan kad keras atau kad manila bersaiz A4. Pada setiap kad dilekatkan gambar kerjaya. o Contoh : Gambar - Tukang Masak, Wartawan, Doktor.

Kad watak turut dilengkapi dengan tali bagi memudahkan murid menggantung atau memakainya. Guru juga menyediakan 8 kad watak yang kosong untuk diisi kemudian oleh murid.

5.3.2 PERINGKAT PELAKSANAAN AKTIVITI

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (3-5 orang). Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua atau watak utama. Guru memberi penerangan mengenai aktiviti main peranan ini. o Contoh : Ketua kumpulan akan mengambil salah satu daripada empat kad watak yang telah disediakan guru. o Setelah berada dalam kumpulan, ketua berbincang dengan rakan lain untuk menetukan karakter atau atau sampingan lain. o Setiap kumpulan hanya dibenarkan menambah 2 karakter atau watak sahaja. o Murid yang terlibat dengan main peranan perlu menulis watak yang telah dipilih pada kad watak yang disediakan guru.

20

Setiap kumpulan diberi masa untuk berlatih selama 5 minit dan mempersebahkan lakoanan secara spontan. Semasa kumpulan 1 membuat persembahan, kumpulan lain memberi perhatian.

Guru menegaskan aspek penting yang perlu dibincangkan ketika membawa watak masing-masing. o Contoh : Setiap watak haruslah menyatakan tugas dan peranan. (Doktor : Saya seorang doktor yang pakar dalam bidang pergigian. Saya boleh merawat pesakit yang sakit gigi sahaja)

Setiap kumpulan membentangkan atau mempersembahkan watak masing-masing serta menggunakan intonasi dan laras bahasa yang sesuai.

5.3.3 PERINGKAT SUSULAN DAN PENILAIAN

Guru menyoal murid tempat pekerjaan berdasarkan watak atau peranan yang telah dipersembahkan. o Contoh soalan : Di manakah tempat kerja seorang doktor? o Contoh jawapan : Doktor bekerja di hospital.`

Guru menyoal murid mengenai pekerjaan yang paling digemari. o Contoh soalan : Pekerjaan manakah yang paling kamu gemari? o Contoh jawapan : Angkasawan kerana dapat pergi bulan..

21

BAHAN BANTU MENGAJAR KAD WATAK

ANGKASAWAN

TUKANG MASAK

WARTAWAN DOKTOR

22

5.4 PERMAINAN BAHASA

5.4.1 PERINGKAT PERSEDIAAN

Guru memilih bahan yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru menyediakan gambar seorang angkasawan bersaiz A4 yang boleh dilihat oleh setiap murid.

Guru menyediakan borang penilaian untuk menilai murid dari segi intonasi, kejelasan, kelancaran dan keindahan bahasa yang digunakan dalam permainan bahasa iaitu Cerita Berantai.

Guru menyusun murid di dalam kelas mengikut urutan nama bagi melancarkan lagi perjalanan cerita atau lebih mudah menggunakan nombor agar setiap murid tahu giliran untuk bercakap.

5.4.2 PERINGKAT PELAKSANAAN AKTIVITI

Seorang wakil murid menampal gambar yanng disediakan guru pada papan putih. Guru kemudian menerangkan bagaimana permainan Cerita Berantai ini berlangsung. o Berpandukan gambar seorang angkasawan, membina cerita secara spontan dan menggunakan intonasi, penggunaan ayat yang betul dan mesti lancar. Setiap murid perlu membina 2 ayat untuk peringkat pertama. o Contoh ayat : Saya seorang angkasawan pertama negara Malaysia. Saya sedang menjalankan kajian di Bulan.

23

Murid yang tidak dapat membina dua ayat atau tidak peka akan tersingkir daripada permainan. Permainan ini diteruskan dengan setiap murid perlu bercerita menggunakan 3 ayat. Murid yang tidak menepati peraturan akan tersingkir. o Murid yang tersingkir daripada permainan perlu mendengar dengan teliti setiap cerita yang disampaikan rakan-rakan lain.

Guru mengawal keadaan kelas dan memberhentikan permaianan apabila separuh daripada murid tersingkir.

5.4.3 PERINGKAT SUSULAN DAN PENILAIAN

Guru mengemukakan soala terlebih dahulu sebelum memilih secara rawak murid untuk menceritakan secara ringkas berdasarkan permainan Cerita Berantai. o Contoh : Saya seorang angkasawan pertama negara Malaysia. Saya sedang menjalankan kajian di Bulan. Badan saya terapung-apung di udara. Saya rasa seperti terbang bebas keran tiada graviti.....

Guru memperbetulkan kesalahan murid dan membimbing dengan memberikan jawapan yang betul.

24

BAHAN BANTU MENGAJAR GAMBAR

ANGKASAWAN

25

RUMUSAN

Kemahiran lisan adalah satu kemahiran bahasa yang penting kerana manusia berkomunikasi secara lisan lebih banyak daripada kemahiran bahasa yang lain. Lagipun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai seseorang sebelum ia menguasai kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran lisan agak kurang mendapat perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah berbanding dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran kemahiran lisan di dalam kelas hendaklah dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik tertentu supaya murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik. Keupayaan berkomunikasi secara lisan dengan baik akan menambah keyakinan diri kanakkanak untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanakkanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik. Keupayaan berkomunikasi secara lisan dengan baik akan menambah keyakinan diri kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi.

26

RUJUKAN

Buku Arbak Othman. (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysian Sdn. Bhd. Mok Soon Sang.(1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1986). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Heinemann. Internet http://psk-shima.blogspot.com/ diakses pada 22 Mac 2012 jam 10.00 pagi. http://www.teachersrock.net/index.htm diakses pada 20 Mac jam 3.30 petang. Lumpur:

27

Anda mungkin juga menyukai