Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN UNTUK PAMERAN DAN FESTIVAL PENDIDIKAN SAINS IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

2011 Bunga Cempaka Bunga Siantan, Terserlah kecantikan disuluh mentari, Selamat dating kami ucapkan, Semoga majlis tambah berseri. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuantuan dan puan-puan ke program perasmian penutupan Pameran dan Festival Pendidikan Sains Tahun 2011. Mohon perhatian hadirin sekalian. Bagi memastikan kelancaran majlis yang akan bermula sebentar lagi, perkara-perkara berikut diminta diberi perhatian.Para hadirin diminta mematikan talian telefon bimbit atau menukar bunyi telefon bimbit ke mod senyap.Para hadirin di minta duduk ditempat yang telah disediakan sementara menanti kehadiran VVIP. Terima kasih. Mengumumkan ketibaan wakil Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Tuan Haji Mohamad Bin Doraman ke Majlis Penutupan Pameran dan Festival Pendidikan Sains IPG Kampus Perempuan Melayu 2011. Lagu Negara ku dimainkan Para tetamu jemputan dan hadirin dijemput duduk. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Bin Doraman, wakil Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, yang dihormati ketua-ketua jabatan, barisan pensyarah, hadirin dan hadirat. Sungguh kawan bijak bistari Lebih manis jika bersama Kehadiran tuan amat disanjungi Membuat majlis lebih bermakna

MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN HADIRIN

MENGUMUMKAN KETIBAAN PERASMI NYANYIAN LAGU NEGARAKU

KATA ALU-ALUAN

Yang Berusaha, wakil Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu serta hadirin yang dihormati.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA, dapat kita sama-sama berhimpun di dalam satu majlis yang sangat bermakna ini,bersempena dengan Majlis Penutupan Pameran dan Festival Pendidikan Sains IPG Kampus Perempuan Melayu 2011. BACAAN DOA Tak tahu jalan tengoklah peta. Jangan cepat tergesa-gesa, Tangan ditadah doa dipinta Memohon berkat dari yang Esa Bagi memberkati lagi majlis kita pada petang yang berbahagia ini,dijemput al-fadhil Ustaz..............., Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (Selesai bacaan doa) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-fadhil ustaz atas pimpinan beliau dalam bacaan doa itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN OLEH VVIP

Hadirin yang dikasihi sekalian, Seterusnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Bin Doraman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Perasmian Penutupan Pameran dan Festival Pendidikan Sains 2011. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Mohamad Bin Doraman atas ucapan dan perasmian yang telah disempurnakan itu tadi.

PEMBERIAN CENDERAMATA KEPADA VVIP

Seterusnya Majlis menjemput Encik Jafri Bin Mohamed Saad, Ketua Jabatan Sains untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Mohamad Bin Doraman, selaku perasmi Majlis Penutupan Pameran dan Festival Pendidikan Sains pada hari ini. Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada Encik Jafri Bin Mohamed Saad atas penyampaian cenderamata

NYANYIAN LAGU IPG

sebentar tadi. Para hadirin yang dihormati diminta berdiri, bagi menghormati Lagu Rasmi IPG (selesai nyanyian lagu IPG) Para hadirin dijemput duduk. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Berakhirlah sudah majlis penutupan pada petang ini. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan hadir ke program ini dan majlis di akhiri dengan dua rangkap pantun : Gunung Pantai tinggi mengawan, Nampak dari Padang Temu, Sampai disini tuan dan puan, Ada hayat kita bertemu. Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta Dijemput para tetamu untuk menikmati jamuan ringan di bilik.......................... Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

PENUTUP